Tuesday, 20 September 2016

Applikasi Phone Paling " Wow " untuk melancong tanpa Agensi Pelancongan

Assallamualaikum..

Lately ni memang rajin sungguh mummy share pasal tips untuk travel kan.. bukannya apa kebetulan bila selalu membaca travel magazine dan paper ni.. banyak pulak tips tuk travel yang muncul . So untuk rekod dan rujukan diri sendiri nanti mummy tulislah kat sini. Senang korang boleh guna.. mummy pulak senang nak cari.. hhehehe. Hopefully tip-tips yang mummy beri ni akan membantu korang tuk travel dengan mudah dan lancar. Mummy ni ntah bila dapat travel.. tabung asyik bocor je..hahhaha Almaklumla anak-anak makin membesar , so banyaklah yang perlu dibocorkan tuk dorang.. :D Insya Allah ada rezeki travel tuk mummy nanti.. Amin
Didalam dunia yang serba canggih dan moden ini , penggunaan alatan smartphone , ipad , tabs dan sebagainya kini semakin meluas tempiasnya kepada semua . Baik kepada pengguna, penggiat , pengusaha pelancongan seperti hotel , produk-produk pelancongan , resort , penggangkutan awam. Jom kita tinjau apa yang app yang makin menular diluar sana.


1. Agoda.com & Booking.com- 

Tempahan hotel dengan harga dan lokasi terbaik.




2. Tripadvisor- 
Cadangan Lokasi penginapan dan juga destinasi pelancongan berserta riview terbaik.



3. XE Com & Currency -
 Memudahkan anda mengetahui kadar tukaran matawang asing

4. SkyScanner - 
Mampu membantu anda membuat perbandingan harga ke semua syarikat penerbangan ke seluruh destinasi dunia dengan harga yang termurah.



5. Foursquare - 
Cadangan restoren , lokasi makan, destinasi pelancongan dengan review lengkap dan terbaik.


6. Waze , CityMapper & Google Maps - 
Merupakan GPS lokasi dengan jarak dan masa .



7. AccuWeather - 
Melaporkan kajian kaji cuaca harian , mingguan dan bulanan bagi semua destinasi dunia.



8. Google Translator dan
 Talking Translator - 

Membantu menterjemahkan bahasa.



9. Google , Yahoo - 
Enjin pencarian global paling mudah dan juga ringkas.


Kesemua app diatas adalah PERCUMA je.. So senanglah korang na download sebagai rujukan. So tak payah nak pening-pening kepala. Kalau nak lagi senang save location dan info siap-siap kalau takut takde coverage waktu travel nanti. So selamat men"Download".. :D 

Thanks for Reading! Wassallam
Love, Mummy JA

28 comments:

  1. Suka skyscanner dan xe currency..mmg selalu buka pun yg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa mummy pun sama. Semua ni penting kalo nak travel kan.. hehee

      Delete
  2. Betul mummy..dh ada doter son ni mmg tabung pyh nk penuh utk travel..pengorbanan seorang ibu kan lebih afdal

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betuii.. Memang bocor sokmo.. Takpelah korban sikit. Nanti dorang dah pandai cari duit sendiri kita travel puas2.., hehehe :)

      Delete
  3. saya pun harap tajaan shaklee je la baru boleh travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sib baik ada tajaan.. hai untunglah badan.. kikiiki

      Delete
  4. Most apps yang mummy senaraikan tu... SS guna... Tapi... Tak guna kat phone... Guna kat PC... Sebab... Dalam travel tak suka on hp sgt... Nak jimat bateri... keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ea kat PC semua tu.. ingat a few je.. Aaa ye lah kena save bateri, kang nak posing pakai go pro susahlak kan.. hehehe :p

      Delete
  5. agoda tu... SS dah haramkan penggunaanya... ha ha ha... booking.com plak lately ada cam perangai haram skit... tapi libatkan seketul dua hotel jek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa?? oo sebab bayorr pastu tak dapat bilik kan.. yg g mana aritu ea.. lupalak mummy..

      Delete
  6. terbaik..mmg selalu guna apps semua ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. Memudahkan perjalanan katanya.. heheh :p

      Delete
  7. dunia hujung jari je kan..tq share nii,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman begitu canggih.. giteww la gamaknya.. hehehe :)

      Delete
  8. Tehnologi sudah semakin berkembang dan melancong sudah tak perlu takut. Banyak aplikasi yang siap membantu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. semua hanya dihujung jari.. klik je dan yg penting data mesti mau ada.. :)

      Delete
  9. kalau travel mesti buka currency tu dan foursquare aka swarm hehehe. lebih senang book flight dgn hotel skali. nice info mummy

    ReplyDelete
  10. antara Booking n Agoda..JM pilih booking.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Booking takyah bayar dulu.. hehhee :)

      Delete
  11. kalau ada smarthone..semua aplikasi ni di hujung jari jek tapi JM x ada smartphone..sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelahh takde smart phone.. Tak cayalah..

      Delete
  12. JM guna samsung young jek..nak taip msg asyik salah jek sbb keypad kecik jari beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh sama la ngan mummy.. jari beso2.. hehehe :)

      Delete
  13. Bagusnya perkongsian dalam blog ni. Boleh yaya jadikan rujukan in future. Yaya follow ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Yaya.. Nanti mummy pi ronda blog Yaya ok.. :)

      Delete