Wednesday, 7 September 2016

Lawatan Berpandu Secara PERCUMA : Kampung Morten Melaka Cultural & Heritage Guided Walk

Assallamualamualaikum..

Kampung Morten sememangnya terkenal dengan keunikan rumah tradisional Melaka yang terletak ditengah-tengah Bandar Melaka. Malahan ianya menjadi salah satu tarikan bagi mereka yang menaiki boat river cruise terutamanya . Selain keindahannya disebelah siang, keindahannya juga dapat disaksikan pada sebelah malam yang penuh dengan kemeriahan warna warni lampu yang menerangi keseluruhan Kampung Morten Melaka ini.


Villa Sentosa , Kampung Morten

Pemandangan Sungai Melaka


Peserta  yang turut serta sedang khusyuk mendengar penerangan yang diberikan oleh En.Shaukani Abas.

Sehubungan itu atas kesedaran bagi menambahkan aktiviti pelancongan di Melaka , Perbadanan Muzium Melaka, Bahagian Promosi Pelancongan Melaka serta usahasama Persatuan Sahabat Muzium Melaka telah mengadakan satu program yang dinamakan Lawatan Berpandu "Kampung Morten Melaka Heritage Walk " bagi mempromosikan tapak-tapak warisan UNESCO yang berada diluar buffer dan core zon.

Ianya diadakan pada setiap hari Isnin , Khamis dan Jumaat selama 1 1/2 jam mulai dari pukul 3.00 petang sehingga 5.30 Petang. Ianya juga dikendalikan oleh beberapa Tour Guide yang terkenal di Melaka antaranya En. Shaukani Abbas . Tiada jumlah minima yang ditetapkan  untuk peserta namun maksimummya adalah 25 orang. Setiap sesi yang diberi ianya PERCUMA bagi setiap peserta. 


Kata-kata Aluan di Villa Sentosa 

Serba sedikit maklumat mengenai Kampung Morten Melaka 
Cultural & Heritage Guided Walk

Tempat Bermula
Villa sentosa

Tempat Tamat 
Rumah mantan sidang, Encik Joret Ali 


Tempoh masa 
1 ½ Jam


3.30 petang 
Pendaftaran pelawat


4.00 petang 
Lawatan berpandu bermula




Antara Lokasi yang bakal dilawati 


LOT 119/120 : VILLA SENTOSA
Disini mummy diceritakan tentang sejarah dan latar belakang Kampung Morten dan serta penduduknya disamping melihat koleksi turun temurun pemilik  Villa Sentosa.



LOT 117 : RUMAH MERDEKA 
Disini pula mummy diterangkan serba sedikit tentang senibina rumah yang mempunyai perkataan MERDEKA dibumbung rumah. Rumah ini dimiliki Puan Aminah Be binti Abu Bakar.


LOT 88 : HOMESTAY YUNUS 

Mengenai aktiviti ekonomi Kampung Morten yang salah satunya adalah Homestay Yunus malahan ianya diterangkan juga  mengenai ciri-ciri rumah melayu tradisional Melaka, adat dan budaya orang Melayu  termasuk cara pemakaian kain sarong untuk lelaki dan juga wanita.


LOT 85 : GERAI NASI LEMAK MAK SOM –
Penduduk Kampung Morten juga ada yang menjaja makanan seperti nasi lemak. Seterusnya bakal menyingkap serba sedikit mengenai pengusaha gerai tersebut dan juga mengenai makanan ikonik orang Melaka, nasi lemak piramid.

Nak tahu bagaimana Nasi Lemak mendapat nama?


LOT 102 : PENGUSAHA CENDERAMATA &KRAFTANGAN – 
Encik Basir merupakan seorang pembuat / pengusaha cenderamata rumah tradisional mini yang amat-amat jarang sekali dipelori oleh orang lain.

En. Basir bersama salah satu koleksi Rumah Tradisional Mini

Antara Koleksi-koleksi Rumah Tradisional Mini di rumahnya .

Ianya juga dipamerkan bagi mereka-mereka yang ingin datang melihat sendiri keunikkan Rumah Tradisional Mini ini.

LOT 107 : HOMESTAY WARISAN MANTAN SIDANG KAMPUNG MORTEN – 
Menyingkap serba -sedikit mengenai pentadbiran Kampung Morten.


Yeahh tamat sudah sesi menjelajah budaya dan sejarah Kampung Morten Melaka ini. Bagi mereka yang berminat adalah digalakkan memakai baju yang selesa  seperti seluar dan T-shirt sebab perlu berjalan mengelilingi sekitar Kampung Morten ini. Hah! Jangan jadi macam mummy..jenuh basah kuyup bermandi peluh tau..kikiki :P Tapi takpe.. basah kuyup tapi penuh ilmu didada gitewww.. hahaha :P Poyoss sudah..keh keh keh 


Thanks for Reading ! Wassallam
Love , Mummy JA

17 comments:

  1. Replies
    1. yeahhh! Tahniah sbb dah sampai.. kikiki

      Delete
  2. Tapi "pandu" diri sendiri je.
    Kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. datanglah sekali lagi.. nanti dtg berpandu pulak.. hehehe :)

      Delete
  3. pernah masa naik bot tour panggil apa ntah....nampak perkampungan ni...cantik-cantik semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni namanya Kampung Morten tapi rumah tu dipanggil Villa Sentosa.. Living Museum ni. Best ni!

      Delete
  4. teringin juga nak ke sini..nbantilah sampai sana insyaallah singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datanglah.. Boleh dpt free Tour tuk kg Morten tu nanti..

      Delete
  5. bila balik melaka , selalu jugak jog area sini ... tapi tak pernah tahu boleh laat rumah2 nie ... menarik ... boleh gie lah next time balik melaka lagi . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh NIA pun selalu jog kat sini jugak ker.. Dulu mummy ada jugak jog kat sini, tp bila lutut dh overhall ni kuranglah sikit..hehehe

      Balik Melaka leh la join tour ni..best!

      Delete
  6. Replies
    1. Datanglah Zumal.. Best! Ada free tour..

      Delete
  7. lama dh tak p melakaaaa... kg morten mmg lawa. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datanglah Nina.. Best Tour ni.. Free je. :D

      Delete
  8. SS pegi kampong morten ni main redah aje... Tak sempat nak cari info pon... mummy lambat sgt share... adehhhh...

    ReplyDelete
  9. Kalu pi pagi panas... pi petang redup redup kerinduan gitu.. keh keh keh...

    ReplyDelete
  10. apo kobo lah makcik kg morten tu kan

    ReplyDelete