Saturday, 3 September 2016

Sambutan Hari Merdeka 2016 di Melaka

Assallamualaikum

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 
Selamat Hari Merdeka yang ke 59 semua..! 

Dua hari sebelum merdeka mummy berkesempatan la menyaksikan raptai merdeka  ni. Tapi takdelah semeriah mana pun, yang ikut serta pun jabatan/agensi yang hanya diwakili beberapa kerat orang peserta je .  Namun begitu sempat jugalah mummy rakam beberapa scene yang bakal dijadikan perisai untuk mummy kejutkan hero kecik bangun pagi pada hari Merdeka tu . Hidup kena bijak, kang tak pasal-pasal melepas nak tengok perbarisan kan.. hheehhe


31 Ogos 2016 , 6.30 pagi mummy nak kejutkan hero kecik! Adoiii LIAT! walaupun bila ditanya nak ikut ker tak  dia still angguk nak ikut. Apalagi mummy capailah phone , dan tunjukkan PERISAI mummy tu. Hah! nak tau perisai apa? Mummy ada rakam perarakkan kereta kebal. Perghh pantas bangun! Kejap je dah siap. Kitaorang kena gerak awal sebab nak ke Banda Hilir ni jalan banyak yang akan ditutup. Kang tak pasal-pasal melukut di tepi jalan yang sunyi  sepi . hahaha baru hang tau Azabnya!

Disebabkan terlampau awal , kitaorang breakfast kat McD je dulu. Ni jelah paling dekat . Makan kat sini pun bole kira la , setahun sekali je kot. hahaha  Mak aii orang punyalah ramai macam semut. Semut api ada, semut hitam ada, kerengga ada, semut gatai ada.. hahhaha macam-macam semut ada. hahaha :p So dah makin jelas akan  kemeriahan perbarisan tahun ni. 

Saat yang dinanti-nanti telah tiba , selesai breakfast mummy dengan pantas menggunakan teknik menyelit-nyelit didalam kesesakan orang ramai untuk duduk dan adakalanya berdiri berhampiran pentas utama bersama-sama abam dan kakak-kakak polis dan jugak tentera. Hahhaha. Tapi yang tak bestnya duduk ngan dorang ni kejap-kejap kena jerit bangun-bangun.. jangan lintas jalan.. pok pek pok pek . Errr bosan. Walaupun jeritan tu tak ditujukan pada aku dan hero kecik tapi bingitlah telinga kalau mai penyakit jeritnya jeritnya tu.. Yang korang tu pun apa pasal la kejap-kejap nak lintas jalan la, nak duduk waktu lagu negaraku dinyanyikan.. weiiii sendiri mau ingatlah tu pun tak kan nak kena habaq kot.. erkk! 

Lepas beberapa acara pembukaan seperti check perbarisan  oleh TYT Melaka, doa , nyanyian , naikkan bendera.. aku mula bergerak ke Muzium Dunia Melayu Dunia Islam sebab nak cari port tak panas , cantik untuk bergambar, bole duduk-duduk secara aman dan lain-lain untuk keselesaan aku dan hero kecik. hehhehe Hero kecik ni lain sikit.. tak suka bising-bising, cepat laporr, cepat bosan .. dan sebelum semuanya itu muncul kita harus bertindak awal, tak giteww...

Seat VVIP..hahhaa :P 

Apalagi perbarisan dan perarakan pun sudah bermula .. Jom tengok siapa yang kena. hehhee 

Persembahan Teater

Pembukaan Perbarisan Kemerdekaan

Pink Yooo! Persatuan Puteri Islam



Hampir jam 11 pagi aku bergerak turun ke tepi jalan Kota pulak .. Sebab port kat atas tu dah mulai panas.. Kang waktu pergi rupa macam anak mat salleh,  balik pulak terus transform jadi anak negro pulak kang.. hahaa :p

Bersila tepi Jalan Kota. Hero sebelah mummy ni muka stress je manjang sebab? bila kereta kebal nak lalu ni mummy .. adehh!

Lagipun duduk kat bawah ni syok gak., Bole cuci mata sikit. Bole close up sikit perbarisan yang best-best seperti basikal-basikal tua yang antik, costume dia lagi, kereta-kereta antik, abam-abam hijau, abam-abam siren , kereta-kereta kebal... Apalagi bersilalah kitaorang ditepi jalan. hehehhee

Abam pokok berbaris..hhehe

Abam polis old style

Abam wespa

Kereta mini

Akak -akak celoreng hijau

Geng Kelab Basikal Tua Melaka

Kereta kebal yang ditunggu-tunggu telah tiba..

Akhirnya tamat sudah perbarisan / perarakan Sambutan Sempena Hari Merdeka 2016 di Melaka dengan tema tahun ni " #SehatiSejiwa" . Yeahh Merdeka! Merdeka! Merdeka! 

Thanks for reading! Wassallam
Love , Mummy JA

17 comments:

  1. Reen tengok kat tv je.. Sambil breakfast. Hahaha Merdeka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh syok jugak tu.. mummy ni kalo dok umah hadap asyik buat keje umah je memang tak dan la nak tengok tv... hehehee :)

      Delete
  2. Hihihi faham.. Lgpun mummy ada ank2.. Nak kne uruskan anak2.. 😳

    ReplyDelete
  3. meriahnyaaa... tak sempat nk tengok perbarisan. ramai org

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa meriah! Kena keluar awai pagi.. baru dpt tempat.. hehehe

      Delete
  4. sonoknya. dari kecik sampailah ada anak kecik asyik melepas je nak pegi tengok. sebab? Malas bangun pagi. ahahhaha -,-'' tapi mesti seksa berhimpit kan. untung dapat seat vvip

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. malas bangun pagi memang melepas la.. kannn VVIP sgt.. hehrhehe :p

      Delete
  5. hai mummy

    kereta kebal ni guna tayar biasa atau tayar satu lagi....

    perghhh meriah sambutan merdeka di melaka...

    abam polis old school tu menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Arz..

      Pakai tayar kete kebal ada, yg tayar pun ada gak.. hehhee

      Kannn.. memang cun old style polis tu kan.. heheh

      Delete
  6. bestnya mummy....

    meriahnya... memang tiap tahun meriah macam ni ke?

    ni rasa tahun depan nak sambut birthday kat melaka ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn best!

      tahun lepas mummy takpi.. tahun baru pi.. mummy dtg tu yang meriah tu.. hahahha :p

      Sila2 .. kalo jadi mummy masukkan Huda dlm listing anak merdeka tahun hadapan.. bole celebrate.. hehhe

      Delete
  7. Replies
    1. aaa tahun ni meriah sungguh .. ramai sangat orang.. :)

      Delete
  8. Bestnya tengok sambutan merdeka kat sana

    ReplyDelete
  9. Nanti SS sambung baca... Bookmark entry ini dulu...

    ReplyDelete