Wednesday, 26 October 2016

Berhujung Minggu Di Puncak Bukit Beruang , Melaka

Assallamualaikum... Tak jawab dosa! 

Sabtu yang lepas  mummy telah  meyempatlah diri memdaki  Bukit Beruang kat Melaka ni. Idea ni tercetus setelah membaca  komen Blogger Aida (http://www.adianiez.com/) yang berplan nak naik ke Bukit Beruang tu.. apalagi berdesub la mummy PM Aida kata nak join. Hehehehe sambil -sambil tu sempat jugaklah mummy ajak Tiera join sekali.. ( ni semua team hiking opis mummy.. cian kena paksa dengan mummy) Takpe kena paksa untuk bersukan takpe kan.. hahaha 


 
Mummy disepara puncak Bukit Beruang. Kat belakang mummy tu adalah pemandangan keseluruhan Negeri Melaka. Tapi mummy nampak bangunan je banyak.. rumah mummy takde pun..sobsss.. :P

 
Geng panjat Bukit aritu.. Tiera dan adik-adiknya. Gurl Pink Power ok!

Tapi sampai kat sana, Aida tak sampai lagi, nak jadikan cerita no phone Aida pun mummy lupa mintak.. Adehh cuai betui mummy ni, ajak plan tapi no phone lupa nak mintak. Apalagi mummy redha je la.. Tapi baru nak redah bukit  tengok Aida pun baru reply PM mummy kat FB. Tapi mummy cakap ngan Aida mummy naik dulu then jumpa kat atas. Sampai kat atas, bayang pun tak nampak. Yelah dah ramai-ramai, lagipun trek ke puncak tu macam-macam simpang ada.. Mummy pulak naik yang paling mudah dan pantas. Memanglah tak jumpa kann. Hahhahaa . So buat Aida.. Sorryyyy...:((

Lagipun mummy risau takut lambat balik, sebab hero kecik ada kat rumah. Hero kecik tu memang eksen sikit bab-bab ikut mummy bersukan ni.. kononnya dia punya aktiviti bersukan lagi best dari mummy . Cehh poyoss giloss.. Kununnya main bola sepak kat padang lagi bestlah.  Pastu kaki terpelecok cari mummy jugak.. Cehhh! :p

 
Cakkkk....

Lokasi Bear Hill / Bukit Beruang Hill

Jalan Teratai 3 , 
Taman Bunga Raya , 
Bukit Beruang Melaka. 
( Starting Point untuk hiking)

Senang je nak cari.. mula -mula simpang traffic light ke Taman Bunga Raya tu belok kiri ke Jalan Teratai 1 ( Yang ni jalan dari Multimedia Universiti -MMU tau ) , kemudian masuk simpang kedua belah kanan ( Jalan Teratai 3)  , Terus je .. then sampai la. Sebelah starting point tu ada sekolah SRJKC Bukit Beruang.  Untuk ke puncak Bukit Beruang , ada dua laluan... Satu trek jalan Tar, satu kagi trek lalu hutan.. trek tu sebelah -sebelah je.. Senang je nak cari.. 

Ni trek Jalan Tar waktu nak turun ke bawah. 

Mummy mula hiking lebih kurang jam 5.15 petang. Sebenarnya pakai redah je,  jalan trek pun mummy tak tau. Risau jugak sesat. Tapi degil! ku redah jua. Sapa kenal mummy tau lah atas kepala ada besar punya batu..:P  Kebetulan terjumpa sorang uncle yang nampak gayanya cukup familiar ngan trek Bukit Beruang ni.. apalagi pucuk dicita ulam mendatanglah.. dengan sengeh-sengeh dan terhegeh-hegeh mummy pun mintak tolonglah uncle tu guidekan . Sib baik uncle tu baik. Tak mintak bayooor pun, tapi mummy bayoorr la jugak dengan sekeping selfie paling manis giteww.. errr.. hahhaha :p

 
 Ni hah! Selfie.. adehhh manis ker???

Trek takdelah susah sangat , sesuai sangat buat  yang nak cuba-cuba belajar mendaki tu..dan mummy rasa trek yang uncle ni tunjuk pun yang paling senang dan pantas kot. Tak sampai satu jam , siap posing bagai kitaorang berjaya tamatkan hiking ni. Tu pun sebenarnya tak sampai satu jam pun. Anw mummy sebenarnya cungap jugak, yelah stamina running dan hiking kan dua benda yang cukup berbeza..., kuat mana korang lari, tapi kalo mental tak kuat , takyahlah daki. Ni pun berdasarkan pengalaman kawan-kawan jugakk..

Dok separa puncak yang jenuh dok senggeh ja..
 
Peace Yooo!
 
 
Gigih mendaki lagi kat batu-batu yang ada kat belakang. Nak amik gamboo punya pasal katakan.
Angle atas pulak.. :D 

 
Mummy dan tongkat sakti berpisah tiada.hahhaa :P

 
Kat tengah-tengah hutan tu ada pulak Bear Hill Garden.. Apalagi posing lagii

Ehh! Lupa nak habaq sebelum korang sampai kat puncak Buki Beruang tu,  jangan lupa singgah kat satu simpang di belah kanan korang yang membolehkan korang melihat pemandangan keseluruhan Banda Melaka. View yang ohsem! Tapi kalau dapat naik waktu sunrise atau sunset.. perghhh lagi terbaik kot. Ni idea dari orang yang suka bergambar dan mengambil gambar. Confirm Awesome! 

Apalagi selamat mendaki. Majulah Sukan untuk Negara! 

Wassallam, Thanks For Reading!
Love, Mummy JA

19 comments:

  1. Replies
    1. hahahha... Tulahh semua pink. Kebetulan kot. :D

      Delete
  2. Cutenya nama bear hill tu? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... Tapi Bukit tu pun memang comel pun. Tapi kalo ada Teddy Bear gergasi lagilah comel..hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. hehhehe.. tulah mummy pun dah lama tak hiking semput! kikikki

      Delete
  4. wah sonoknya Mummy berhiking ye. Tak pernah lagi hiking, takde sapa nak bawak -,-''

    tapi track tu memang jalan tar ke ? kalau ye sonok lah. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh sini mommy... mummy bawakkan.. :D ada dua trek, mummy ikut hutan je.. tapi waktu nak turun tu ..uncle tu just tunjuk jln nak masuk hutan balik lepas bergambar sbb dia nak turun ikut jln tar.. we ols follow aje

      Delete
  5. Seronoknyaa mummy hiking. Nani kureng sikit kalau hiking hiking ni. Heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tu memang seronok tp nak naik mental adakalanya rabak.. hahaha :P

      Delete
  6. Ohoiii ! Mummy tak aci.. rindu sangat dengan Beruang Hill ni... rindu nak tengok Melaka dari atas tu, disapa lembut oleh bayuuuu.. arghh !!! rinduuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aci kat India hokay.. hahaa :p Nanti siti balik Melaka boleh lah daki bersama2.. hamboiii disapa bayu bagai.. Oh My Sastera! Hahaha :p

      Delete
  7. hmm kurang mencabar.. *berlagak* hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang mencabar sebab banyak selfie ke? He he he

      Delete
    2. SS .. aaa sbb banyak selfie.. kalo susah tak dan nak selfie bagai.. ahhaha

      Delete
  8. Replies
    1. Hahahhahaha.. sila jangan sentap., ;p

      Delete
  9. Dulu2 suka la jugak main daki2 bukit ni..tapi loni taktau laa mummy blh lagi ke kita manjat hahha

    ReplyDelete