Sunday, 9 October 2016

Nights Of Fright 4 (NOF4) di Sunway Lagoon Malaysia... Jom Lawan Rasa Takut!

Assallamualaikum..

Gigih tau dari Melaka ke Bandar Sunway nak jumpa hantu.. hahhaa Balik keje terus gerak ke sana. Ala Melaka -KL 1 jam 45 minit je pong! hahhhaa #gelaklupadiri . Ni semua kes nak cabar diri yang penakut tahap gaban tu la.. hahhaaa :p Ingat dulu waktu kes Pontianak yang mengganggu penduduk taman mummy dulu.. Jangan main-main , hampir seminggu dua mummy tak keluar rumah basuh baju  malam-malam.  Yelahh kang ada yang di say "hi" tengah-tengah malam hari! Mau demam seminggu mummy.. tu nasib baik kalau seminggu.. kalau berminggu-minggu matiklahhh makkkkk nakk oiiii!!! 



"Face Your Fears" at Nights of Fright 4 (NOF4 )  Sempena Festival Of Fears di Sunway Lagoon sebenarnya dah masuk season 4.. ehhh awat mummy tak tau ni. Rugi rugi! Ianya dibuka waktu malam sahaja mulai 7 okt sehingga 31 Oktober sahaja tau Jumaat hingga Ahad.. Disini korang akan saksikan pelbagai jenis hantu dalam pelbagai variasi seperti local urban legends , Hollywood Icons dan juga modern dystopian Story .. 

 
Mummy pi bertemankan abam sadoo yang kununnya berani ni..hhehe Kunun jelahh! hahhahha :P

 
Belum start bole lerrr Peace! Waktu ni tengah ada sesi launch program ni..

Frights ! Fear! Fun! Itu yang mampu mummy ungkapkan bila melangkah masuk ke sini. Terdapat 8 buah rumah berhantu , 6 zone ketakutan dan juga 11 rides yang menakutkan. 

 
Hantu ni kejap-kejap keluar hammer... 

 
Pintu masuk Ghostbuster

 
Pakai Spec 3D untuk masuk kat salah satu rumah hantu kat situ. Naik juling mata mummy..berpinau-pinau. Hantu punya pasal layankan ajee..hehhee :P'

 
Ehh ! Hantu ni main chak-chak pulak..

Langkah pertama mummy dimulakan dengan memasuki " Malaya High School"  perghhh ketaq lutut mula-mula tu. Dah la classroom tu ditingkat atas.. kena naik tangga lagi dalam gelap-gelap tu..  perghhh...Scary doh! Tapi sekali bila hantu jerkah.. Adam pulak boleh secara spontan cakap " Shut Up  U! " hahahha.. Dari rasa takut pun jadi tak takut pulak.. jenuh dengan gelak tawa je.. Yang Kak Farahnya pulak.. Gelak non stop sebab nak lawan rasa takut.. adehhh! Baru nak feel scary.. kikikiki :p

Dah penat-penat jalan refill pulak yang paket darah!... yum yum... :P 
Ala juice tembikai je la.. 

 
Ehh! Hantu comel ni berkenaan sungguh kat Adam aka Hero Kecik yang dah ta berapa nak kecik ni..hehhe

 
"Senggih lagi"

 
Yang tengah tu dok sibuk buat muka sekupang 5 det.. hhhee

Langkah kedua ..  " DIYU - Journey Of Judgement "  Menelusuri gua yang penuh kegelapan.. di kiri hantu , di kanan hantu .. huh! Ketaq lutut weii.. Dah la mummy dok belakang sekali.. Hantu elok je dok follow belakang mummy.. hampehh betui! Adam pulak.. " Mummy.. ada hantu follow mummy.. Mummy ...ada hantu follow mummy.. " Waktu tu rasa macam nak cekik-cekik je Adam bukan hantu..  Dan waktu tu jugaklah tetiba meremang bulu hidung dan kaki.. Cisss!!  Tapi part paling seram bila nak sampai ke penghujung perjalanan ada sekoq hantu cina ni, boleh pulak dia gelak cara yang menakutkan mummy! Hampehhh betui!

 
Antara hantu dan Adam... Mummy rasa Adam lagi pemes kot. Semua hantu dok sapa dia.. hishh! 


 

Sebenarnya banyak lagi rumah hantu yang boleh diexplore dalam ni.. antara berani dan tak berani je.. Buat lelaki -lelaki sado kat luar tu , waktu ni la nak tunjuk macho wife memasing, wife ok! Bukan marka ( Girlfriend)  iyeee! Jangan pulak korang yang lari lintang pukang.. hahhaa :p

Masa Lawatan
7.30 malam - 11.30 malam 
( Jumaat -Ahad sahaja)

Tarikh 
7-31 Oktober 2016

Harga Tiket untuk Night Of Fright 4
Dewasa : RM 58
Pelajar : RM 50

Promosi : 
RM 120 ( Sunway Lagoon + NOF4)
RM 80 ( 2 Tiket NOF4 with entry dates only on Sundays)

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
No tel : 603 5639 0000

Pelawat berumur 12 tahun keatas sahaja dibenarkan masuk 

Antara rumah-rumah hantu yang
menakutkan terdapat disitu adalah :

Malaya High School
Chaonei #81
Diyu " The Journey To Judgement"
Kevin Hill
Tahah Perkuburan Bukit Lang
Ah Wing's Butcher Shop
The Ghostbuster Adventure Live
Zombie Apocalypse
Angoscia
The London Fog

 
 
Apalagi jom .. rasai sendiri! Melawan rasa ketakutan didalam kegelapan  yang dipenuhi dengan makhluk-makhluk yang menakutkan disekeliling korang.. Dan jangan biarkan hidup korang diselebungi misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... hihihhihihihihihihihihihi (ala-ala pontianak mengilai...:P)

Thanks for Reading! Wassallam
Love , Mummy JA

10 comments:

  1. Haha.. Kelakar la mummy n Adam ni..
    Nak try pi juga la.. Tapi takot.. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi je Kak Long.. mummy ni tawakal je.. tapi kalo pi ramai-ramai tak takut sangat..:)

      Delete
  2. Best kan?! Jomnler kita g lagi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa best SS.. tp nak pi sekali lagi.. tggu ramai2 mcam aritu baru bole.. sikit2 takmoo serammmmm..

      Delete
  3. kat mana nak beli tiket promotion yang skali dengan masuk park tu ye? tak jumpa yang rm120

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy rasa walk in kot.. Takpe mummy dah tanya kat SL.. nanti mummy maklumkan balik ye.. Tq

      Delete
  4. takotttt..hahaha..tapi mcm seronok gak tengok hantu2 tu Mummy ....:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah.. Atie samala ngan mummy penakut tapi nak pi.. pergilahh best!

      Delete