Thursday, 24 November 2016

13 Tahun Sudah Ku Sulam Cinta

Assallamualaikum..

Telah ku sulam cinta ini sejak 9 November 2003 , maknanya dah 13 tahunlah kan. Kadang-kadang waktu menyulam tu ,  terasalah jugak tercucuk jarum, sakit, berdarah.. Namun adakalanya sulaman tu cantik hasilnya.. Giranglah rasa hati waktu tu kan. Tapi seriously sulaman tu hanya untuk hero besar aku okay. Bukan sulaman cinta untuk aku.. Sulaman cinta untuk aku tu masih lagi kelam.. masih teraba-raba dalam kepekatan malam.. wahh gitewww..! Sastera sangat tau! Hahhaa :p Lagipun sapa la nak kat aku., dah la rendang, garang, tak flawlesss, tak comey, sombong (org cakap ea) , pelik dan giler-gilerr.. tu yang buat orang takut nak dekat kot.. hahhaha.. Takpelah dek non oiii,  ah kak dah redho ... hahhaa :p 😂😂

Hari ini genap 13 tahun , Adam Mukhriz dikirimkan kepada aku untuk dibesarkan, disayangi, dikasihani , dipertanggungjawabkan pada aku untuk senantiasa berada disisinya.. tak kiralah saat dia sakit, dia degil, dia melawan cakap dan tak lupa saat datang penyakit romatik dan ringan tulangnya itu datang.. aku ni dok sebelah tu .. pakat dok urut dada je.... sabo sabooo.... Allah cakap dia tak akan uji hambanya ,  kalau dia tahu hampaNya tak mampu untuk diduga. Kannnn... 13 Tahun menyulam cinta untuk hero besar memang penuh dengan drama suka duka penuh lara.. bab berendam ayaq mata tak payah  nak cakaplahh.. sampai disaat ni, ayaq mata dah kering untuk menitik lagi.. Macam tu sekali dah aku rasa 13 tahun yang dah aku harungi. 


Hero Besar dengan peel terbaru, senggeh herot! hhaha :P

Hari ni genap umur Mukhriz 13 Tahun ... Tiada kek dan tiada taman tema untuk diraikan.. Ni pun atas permintaan hero besar.. Jalan-jalan tengok wayang , makan-makan  dan aku hanya buat satu permintaan kat dorang agar kitaorang ambil gambar untuk dijadikan kenangan. Yelahhh aku ni kan memang suka bergambar untuk dijadikan kenangan. Hero-hero ni pulak makin besar , makin tak suka bergambar tapi aku paksalah jugak.. Sekurang-kurangnya nanti aku dah takde , ada juga kenangan tuk hero-hero. "ooo ni lah rupa kita waktu umur 13 tahun kan.. rupa Mukhriz , rupa Adam, rupa mummynya.."  Sebab kenangan memang tak dapat dibeli dengan wang ringgit . Almaklumla masa kan tak boleh diputarkan kembali sebab tu harga untuk upah photografer tu mahai! Melainkan korang ada sahabat baik bernama  Doreamon .... kikikiki 😝😝


Ni lah musuh ketat dan sahabat baik hero besar! Kadang-kadang baik, kadang-kadang perang . Tulah namanya lumrah adik beradik. Bak kata orang umpama 'Air yang dicincang tak akan putus" tulah perumpaan yang paling sesuai untuk hero-hero aku ni.

Mula-mula cadangnya nak berpicnic tepi pantai , aktiviti peberet mummy tu, tapi apakan daya cuaca tak mengizinkan . Apalagi berpicnickah kitaorang didalam panggung wayang menonton " Dr Strange "! So memang kenalah dengan jiwa kitaorang anak beranak.. Layan action movie aje kejenya.. 🙈 hehehhee. Mummy dan anak sama je perangai !

Lepas tengok wayang , jalan-jalan , kaut-kaut apa yang berkenaan kat Shopping Mall.. Sesi berposing pun bermula. Pilihan mummy kali ni adalah Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka.. Mummy memang suka tempat yang penuh kehijauan ni... Nyaman je.. 

Ikut kan hati nak je naik basikal ronda-ronda taman tu... Tapi kannn, nanti dah naik basikal alamatnya memang tak nampaklah  bayang hero-hero mummy  tuk berposing . Kannnn.. 



Posing dalam terowong


Hero kecik dok pantau monyet kat atas terowong.. Muka cuak sebenarnya tu
 
Sesampainya kat sana , kitaorang disambut oleh sekumpulan monyet , dari bapaknya hingga anak baru lahir. hah! ketaq jugak kitaorang. Dahla waktu tu tak ramai orang. Mungkin monyet-monyet ni terbau makanan dari dalam kereta kot ( Monyet-monyet dah mula berkumpul kat Car Park 🚗 )  . Apalagi dorang pakat dok mengikut je kitaorang. Hero-hero muka dah cuak. Ada jugak aku halau dia "syhhh .. syhhhh" Ada ker patut dia menyingga balik kat aku. hampehhh!! So sesi bergambar kitaorang memang spoil habislahh.. Nak posing pun ada penonton, cehh! Makin lama makin dekat .. dekat dan dekat ! nasib baik sempat jugaklah kitaorang berposing sekeping dua sebagai kenangan. Nak berpindah ke lokasi lain macam dah tak sempat sebab cuaca dah makin gelap menandakan hari nak hujan .. huh sedih tau.. Tapi takpelahh dah nasib mummy kot. Sabooo je la. Eh lupa lak nak amik gamboo monyet yang ramai tahap gaban tu sebagai kenangan.. Kikiki



Harta dunia akhirat


Mummy dan hero besaq..  


Hero Besaq yang semakin membesar dengan jayanya. Nampaknya lagi dua tiga tahun mummy dah boleh tukar position kot.. hahhaha Jadi Marka hero besaq.
 
Apa-apa pun mummy nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 13 Tahun buat hero mummy yang kacak  dan bergaya ni. Kejap je dah besoo kan.. Moga jadi anak yang berguna , senantiasa menceriakan suasana bukan gaduh dengan adik tau! , sentiasa rajin tolong mummy kat dapur, belajar rajin-rajin , jadi anak yang soleh buat mummy dan daddy , jadi abang yang sempurna untuk adik dan jadi cucu yang baik untuk tok dan juga wan  dan semua yang selalu berada disisi abang. Dan ucapan yang tiap-tiap tahun mummy harapkan ..bila mummy dah tua, dah kerepot, dah takde yang berseri dimata abang.. jangan pernah malu mengaku ni mummy abang. Mummy bukan nak wang ringgit.. asalkan abang ingat setiap pengorbanan mummy dalam membesarkan abang dan adik penuh dengan drama dunia ni. Pimpinlah tangan mummy saat mummy dah tak terdaya nanti dan janganlah abang buang rasa cinta abang pada mummy sepertimana seorang Hamba Allah membuang rasa cinta dia pada mummy dalam hatinya.

Sorii abang , abang selalu cakap mummy garang, mummy garang sebab mummy nak abang jadi manusia , bukan hantu. So jaga segala tingkah laku ye.. Mummy sayang abang sangat2!  Ni lahh jawapan untuk soalan yang abang acapkali tanya kat mummy hari-hari sampai mummy dah naik fed-up nak jawab..hahhahaha Yelahh satu hari kat 10-20 kali abang tanya.. mau mummy tak hangin ! " Mummy.. Mummy sayang kita tak?? " So ni lah jawapannya.. Mummy sayang abang sangatttttt2! ... Muahhhsss!

Thanks for reading! Wassalllam
Love , Mummy JA

19 comments:

  1. Happy birthday Adam Mukhriz...

    Semoga jadi anak yang soleh dunia akhirat.
    Imsya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Auntie Huda... Insya Allah Amin..:D

      Delete
  2. Touching lah mummy tiap kali baca ucapan hari jadi mummy utk hero2.

    Tahun lps pun kita lap air mata...

    Hihi...

    Dasar neng yatimah (pssstt pinjam watak sss) hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaa.. janganlah nangis, nah tisu!.. :D Maceh Huda dari dulu sampai kini masih setia membaca blog mummy.. yg penuh suka duka ni..hehe Muahhhsss..

      Delete
  3. Ok soalan abg yg last tanya sehari dekat doploh kali tu kita pun paham sbb dalam ghumah ni ada sorang berperangai seperti itu.

    Sehari tah berapa kali puan ibu nk kna jawab soklan tu. Adeiiii stress kiteorg ... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada geng jugak sama perangai ea.. ingat anak mummy sorang je.hehehe

      aaa memang stress Huda, kadang2 tu tgh busy dok sibuk tanya.Tak jawab ngamuk.. adoiiilah anak..

      Delete
  4. ohh november baby jugak dia hehee happy birthday mukhriz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa boleh genglah ngan akak Farah ni..heheh Anw Macehh Farah..:D

      Delete
  5. mummy dia takde lah garang pun. eksyen garang je lebih haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha depan org memanglah tak garang sgt ..jaga air muka anak katanya..hehhee

      Tapi memang tak delah garang sangat takut nanti kena darah tinggi takpun sakit jantung.hehehe :D

      Delete
  6. mummy2 kena garang klu tidak anak naik lemak, lps buat2 garang tiba2 touching sendiri kan, hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulahh kadang2 paksa diri tuk jadi garang.. semata-mata nak anak jadi manusia berdisplin pastu emo sendiri..hahaha

      Delete
  7. besar dah anak mummy, klu keluar jln2 mcm adik dgn abg je ..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..kejap je masa berlalu..heheh :D

      Delete
  8. wah..dah besar! hepi birthday hero sulung Mummy. Mak ngan anak cam adik-beradik je. Mungkin pakai baju pink selalu tu rahsia awet muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macehhh Sal.. hahahha. Adik yg selalu buli kakaknya.. hahahha

      Mungkinlah kot pink segalanya berpunca datangnya awet muda.. kikiki Pasan sungguh.. hhhehehe

      Delete
  9. Replies
    1. Thanks Jue.. :) Nanti mummy balas ronda balik ok. :)

      Delete
  10. alolo mummy serius macam muka mummy... hee semoga jadi anak yg soleh ye buat anak2 mummy :D

    ReplyDelete