Saturday, 26 November 2016

Manual Chopper dari Tefal yang best!

Assallamualaikum...

Yeahhh! Hujung minggu muncul lagi.. well biasalah jadi mak mak ni, hujung minggu kenalah masak breakfast kan.. tapi kalo malas takpe makan kat luar pun bolehh.. tak giteww! Hehehhe

Tapi kan.. minggu ni mummy mood rajinlah sikit.  Basuh karpet , pi jogging , basuh baju , kemas rumah walaupun kaki kiri mummy ni masih terseliuh lagi. Super Woman katanya.. cehh poyos gilossss..! Hahahaha 😝😝😝

Nak masak apa ea??

Nasi Gorenglahh! Peberet mummy dan hero kecik.. yehaaaaa!

 
Nak menumis bahan-bahan untuk memasak pulak senang sangat kali ni, sebabnya..?? Ada Manual Chopper dari Tefal yang mummy dapat aritu dari Lazada.  Tak payah la berpeluh-peluh menumbuk menggunakan lesung batu lagi.. lalallalalaa

Senang je nak guna dia, dalam masa 5 saat bahan yang nak dihancurkan siap! Semudah 1,2,3 .. . Dan ianya juga digunakan tanpa pengunaan letrik.. so jimatkan!

 
Mula-mula masukkan bahan-bahan yang nak dihancurkan . Mummy masukkan bawang kecil, bawang putih , halia dan juga ikan bilis. Mummy potong kasar-kasar je..

Sambil-sambil tu, jaga sikit tangan Kak Limah oiiii.. pisau Manual Chopper ni tajam tau..!

Kemudian tutup dan tarik tali pemegang tu beberapa kali sehingga hancur bahan-bahan tadi.  Mummy buat kejap je.. Sebab mummy suka bahan tumisan tu kasar-kasar.. Rasa sedap dan baunya yang harum akan membuka selera mummy sewaktu menumis nanti.

 
Hah! Nilah hasilnya.. senangkan . Lepas ni tak payah la susah-susah nak kena menumbuk  dan keluarkan belendar bagai tuk bahan yang sedikit cam ni. Kerja pun jadi mudah dan pantas. Perut yang lapar pun tak perlu lagi berkeroncong lama. Hehehe

Ehh! Lupa nak amik gambar Nasi Goreng.. Dah hadam baru pasan..! Ehh gambar Nasi Goreng tak amik la..kiiki

Apalagi cepat dapatnya kat http://www.lazada.com.my/ tau..  Selamat Mencuba! 

Thanks for Reading! Wassallam
Love , Mummy JA

15 comments:

  1. Wowww.. lg memudahkan keje di dapur..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa memang memudahkan sungguh!..hhhehe

      Delete
  2. Wowww.. lg memudahkan keje di dapur..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa memang memudahkan sungguh!..hhhehe

      Delete
  3. Oh, manual chopper nama dia.
    Bukan blender.

    ReplyDelete
  4. Baru nak tgk Mummy masak apa..tp dpt tgk chopper tu jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhhah... dah selamat hadam baru pasan tak amik gambo..kikiki :p

      Delete
  5. Wa..rajinnya siap gi jogging tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehee.. Aktiviti peberet tu.kikiki

      Delete
  6. Brg tefal selalunya mahalmahal..tak mampu nak beli

    ReplyDelete
  7. Senang kerja mummy bila dah ada chopper tu kan. Lagi mudah dari guna lesung batu. Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa mudah sangat.. takyah nak kluaqkan belender ngan lesung batu lagi.hehehe :D

      Delete
  8. Senangnya x payah susah2 nak menumbuk dah!

    ReplyDelete