Monday, 28 November 2016

XPDC Gunung Nuang 0.1

Assallamualaikum...Tak jawab dosa , jawab cayang! Heheehehe 😘😘

Sebenarnya perancangan mendaki Gunung Nuang ni adalah perancangan yang tidak dirancang sempena Cuti Deepavali aritu. Kawan-kawan ajak terus je ON.. hehehe Yang diajaknya pulak memang menggeletis nau dengan benda-benda lasak ni.hah! memang sesuai sangatlah kannnn...

Actually ni adalah pendakian pertama aku setelah lama berehat  dari aktiviti macam ni disebabkan masalah lutut. So feel mendaki dia macam 1st timer pendaki la. Ketaq lutut weii.. boleh panjat ker idok?? Adehhh jenuh jugak kalo pancit ditengah jalan. Tak ker naya menyusahkan pendaki yang lain ... huhuhu tapi segala rasa aku tolak tepi macam biasa, well sapa yang kenal aku kan. The Degil Gurl.. keh keh keh

 


Sebelum mendaki tu posinglah dulu okay..hehhe
 
Serba sedikit mengenai Gunung Nuang ni. Puncak Gunung Nuang ni sebenarnya terletak diatas sempadan Negeri Selangor dan juga Pahang . Sebab tu juga lah pendakian boleh bermula dari 3 lokasi iaitu dari Kuala Pangsoon Hulu Langat Selangor , Kampung Kemensah Gombak  dan juga Bukit Tinggi , Bentong Pahang. So korang boleh pilih ikut laluan mana yang bagi korang mudah berdasarkan stamina yang ada.  Ketinggian Gunung Nuang ni pula adalah 1493 Meter dari paras laut. Waweee ! Tinggi jugakkan.. phewww 😅

Sehari sebelum..

Keluar masuk .. keluar masuk... hah! Tulah aku.. hidup nak pink aje. Kunun nak bawak beg hiking warna pink tapi keciklah pulak.. nak sumbat sleeping bag la , pekakas hiking la.. adoii pitam makkk.. akhirnya beg besaq gedabak jugak aku pilih.. Nampaknya hidup aku kali ni memang takde pilihan. Bertabahlah wahai hati..keh keh keh



Antara mereka-mereka yang terlibat dalam pendakian kali ini.
 


Posing setelah aktiviti regangan badan sebelum pendakian bermula.
 




Aku tiba di starting point utama atau kaki Gunung Nuang jam 9.30 pagi tadi. Lambatkan! Mana taknya melantak nasi lemak sedap dipertengahan jalan.. tu lah pasal lambat! Untuk trip hiking kali ni Seramai 15 orang peserta yang ikut serta.. Dari Seremban dan juga Melaka. Wow meriah. Setelah agihan nasi , roti dan juga air minuman, kitaorang ada membuat sedikit aktiviti renggangan bagi mengelakkan kekejangan anggota badan. 
 


50 meter pertama
 
Actually ni 1st time aku usung bag besaq pi hiking , kalo dulu selalu gak aku suh je abam-abam sado bawakan .. hahahha kejam! Dulu pi panjat kinabalu aku mintak abam porter bawakan tapi kali ni aku memang takde pilihan sebab abam-abam yang sado pun usung bag jugak.. besaq dia?? Perghhh kalah peti ais.. hahhaha so memang tak sampai hati la aku nak suh depa bawakkan. Oh! Aku tak kejam.. peel kejam akan muncul kadang-kadang je.. 

Namun kitaorg tiba di kem Lolo lebih kurang jam 11.30 pagi dan ianya lewat sejam dari jangkaan awal.



Dah sampai Kem Lolo

Syukur alhamdullilah 2.9 kilometer pertama di Check point Buluh Akar, semua masih ok. Masih lengkap anggota tubuh badannya . Hahahaha. Track ok... landai je... fuhhh lega, tapi bila dah masuk 3 dan 4 kilometer terakhir , track makin mencabar sikit. Tapi semuanya bisa diatur sebab kebanyakkannya dah biasa hiking..nasib baik..!  
 


Cakkk
 


Kem Lolo

Apalagi cari port pacak khemahlah.. kebanyakkan kawasan kat situ berbatu aje.. apalagi memang sakit badan la jawabnya aku tido malam tu... huaaaa.. Setelah settle semua bagai, pukul 2 tengahari kitaorang mulai bergerak ke puncak.. Hujan mulai turun renyai-renyai.. tak lama kemudian lagi rancak dan terus-terusan rancak turunnya.. Apalagi track ke puncak dah macam air terjun teh tarik.. likat! Serius makin mencabar!


Disepanjang perjalanan aku asyik jumpa kertas yang bertulis "Pelan-Pelan Kayuh .. Jumpa Di Puncak". Serius memang banyak. Mungkin ianya sebagai kata-kata semangat untuk pendaki yang menaiki Gunung Nuang pada hari itu.
 
 


Sedang sibuk recce port yang sesuai untuk dipacakkan khemah
 




Khemah dah pasang! Yeahh..
2.00 Tengahari.
Hujan turun dengan lebatnya..


Tapi itu semua  tak mampu mematahkan semangat aku dan team meneruskan aktiviti memanjat walaupun track memang licin nak m....s . Salah langkah.. Gud Byelahh jawabnya.. Rain cot aku pulak dah koyak rabak sebab tersangkut kat sana sini ..banyak  pulak pokok tumbang.. So makin mencabarlahhh.. Tu belum pulak serangan liar dari lipan hutan yg bapok besar sebab salah sorang kawan aku , Aishah tersalah parking tongkatnya.. terparking pulak kat badan dia. Mau tak ngamuk.. nasib baik tak jadi apa-apa... Dah la hujan lebat, aku pulak terkedek-kedek sebab rain coat tu memang menyusahkan aku untuk bergerak.... rasa dia macam pakai jubah mendaki didalam hujan yang lebat.. hurmmm pejam mata dan sila bayangkan.. hehehe :p


Namun perjalanan ke puncak tak dapat diteruskan sebab track dah makin kelam.. laluan semakin licin.. Ramai pendaki yang turun suggestkan patah balik sebab sah-sah terlampau bahaya. Namun sebab degil sekoq-sekoq termasuk aku... panjat lagi.. Bak kata orang nak alang-alang dah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. Namun! Kitaorang terpaksa mengalah pada keadaan dan berpatah balik sebab licin benau dan demi menjaga keselamatan yang lain. Degil-degil pun ada hati dalam taman tau.. jangan main-main. Hahaha


Air terjun yang mulanya jernih bertukar menjadi warna teh tarik 


Sesampai je di khemah!

Patah balik ke Khemah.. Khemah lak bocor! Hahahaha .. dugaan lagi. Nak seberang air terjun ke tapak perkhemahan pun dah agak mencabar disebabkan air terjun yang deras. Ni lah namanya dugaan mendaki dimusim hujan. 

Masing-masing dah kesejukkan, nak mandi pulak untuk membersihkan diri dari kekotoran sewaktu mendaki pulak , air terjun arusnya deras pulak. Takut juga ada yang dibawa arus nanti.So hold dulu untuk mandi.

6.50 petang

Air dah mula tenang sedikit, waktu nilah kitaorang mengambil peluang untuk mandi. Huh! Tak selesa sungguh badan. Melekit!Walaupun waktu tu, dah nak masuk maghrib. sabooo je la.hehhee

Aktiviti malam.

Makan la... hehehehe. Yang jejaka-jejaka je yang masak, kitaorang yang gegurl ni tukang makan. Molek benor perangainya. hehhe. Yelahhh nak buat aktiviti apalagi lagi , aku ni nak keluar khemah pun takut sebab ??? Takut disapa angin lalu, weiii ketaq. Sejukkkkkkk sangat! kikiki 

Setelah kekenyangan bagaikan ular sawa, Apalagi beradulah aku. Walaupun aku rasa yang lain masih dok rancang menyembang diluar khemah. Tapi takdelah nyenyak mana, hujan turun lagi . Tidur dalam kesejukkan yang amat walaupun berselimut tebal dan berbaju sejuk. Lain kali kena bawak comforter kot, baru selesa..keh keh keh.. Tapi tulah aku memang cukup kalah dengan suasana sejuk. sobssss...

Pagi Ahad..

Subuh je semua dah pakat bangun . Seronok je dok dalam hutan ni.Nyaman..! Waktu amik wudhu pun eh! Air dah jernih la. Apalagi menggeletis lah nak mandi tapi ....  air dia punay sejuk macam letak ais. Huaaaaaa... So jawabnya lap-lap je la. keh keh keh..

Sarapan pagi tu ada maggi dan juga roti salut telur .Yum Yum! Semua jejaka-jejaka yang masak . Kitaorang tukang makan je seperti biasa. kikiki



Waktu ni masing-masing dah siap kemas khemah untuk berangkat pulang. So masa untuk posing! 
 

Tengok air kat belakang mummy . Jernih sangat tau ! Rasa macam tak nak balik je . Hilang rasa segala masalah dunia.hehe
 


Last kopek punya posing sebelum meninggalkan tapak perkhemahan.
 


1, 2, 3 senggeh!
 

 


Posing lagi Minah Pink ni..kikiki
 


Kitaorang dah bergerak pulang.
 

Antara yang terawal sampai di garisan selamat. hhehe 
Yeahh! Mission berjaya...

Thanks for Reading! Wassallam..
Love, Mummy JA

17 comments:

  1. klau nak mendaki nuang mmg kena tidur ker kat tengah perjalanan?
    teringin gak nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole rasanya.. tapi kena naik awal pagi lahh.. hehhehe

      Delete
  2. Pink tetap pink eh mummy... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah warna kan pemangkin semangat..hahhaaha

      Delete
  3. SS tak leh pegi tempat cenggini... Elergikkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat? Awat? mummy pun allergic gakk, tapi allergic dipelawa ke sini..hehehe :P

      Delete
  4. wahhhh syoknya.. rajin mendaki gunung eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang je Hernee... kalo ada yang mengajak.. hehehe :D

      Delete
  5. Atas gunung tu tak jumpa tongkat ali ke? Atau kacip fatimah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupa Tongkat Ali dan Kacip Fatimah pun mummy tak tau macamana mau jumpa daaa.. hahaha :P

      Delete
  6. Amboi seronok mendaki...adventure gitew yer...lepas ni boleh ke Bukit Broga pulak ..kat Beranang kalu tak silap Bunda...adek ipar bunda dah pergi dah tahun lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehheeh... Aaa memang seronok mendaki Bunda.. Tgk hijau je..sejuk! ooo boleh try jugak nanti tu bunda.. :D

      Delete
  7. Seronoknya pergi ramai2!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa memang seronok Fatin.. hehehee :)

      Delete
  8. Bestnya Mommy! Siqah tak pernah lagi cuba mendaki. Nak jugaklah satu hari nanti at least sekali. Eh sekali je? Hihi.

    Seronok nampak mummy happy dengan kawan-kawan! Best khemah dan mandi sungai!! Khemah bocor pulak, ada dugaan di situ dan paling best bila girls makan, laki masak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa best siqah.. Cuba lahhh mendaki pasti jatuh hati., hehehe :)

      Delete
  9. tak pernah try sejak-sejak umur 30 an ni..hehe.bukanlah kaki hiking.tahniah mummmy!

    ReplyDelete