Thursday, 22 December 2016

6 Sebab Kenapa Perlu ke Nepal untuk #MyTravelokaEscapade

Assallamualaikum....

Disaat semua orang mengimpikan untuk melawat atau melancong di negara -negara maju dan kaya dengan teknologi , mummy memilih Nepal sebagai negara pilihan untuk mummy lawati. Sebenarnya mummy teringin nak pergi ke negara dimana di Malaysia , penduduknya bekerja sebagai Pak Guard ataupun pengawal keselamatan takpun sebagai pekerja kontrak ditapak pembinaan. Walaupun negara ini di kira mundur dari segi pembangunan , ini bermakna alam semulajadinya tidak terusik dan tidak di ganggu kecantikannya . So kalau berpeluang bercuti dan melancong keluar negara ni memang menjadi satu idaman yang dinanti-nantikan. Nak nak dapat hadiah daripada #traveloka ni. Perghhh! Lompat bintang mummy... 😀😀😀

If Traveloka approves my leaves to Nepal as my dream destination or #MyTravelokaEscapade ,  here a few things I want to do in Nepal.

Kathamandu ( Old Kathmandu)

Kathamandu merupakan Ibu kota dan bandaraya yang terkenal di Nepal. Tapak Warisan dunia yang paling popular di Khathamandu di Nepal adalah Bhaktapur Durbar Square. Disitu kita seolah-olah dibawa  ke  zaman silam. Seolah-olah ianya kembali kepada zaman kegemilangan Malla King yang memerintah pada tahun 2000 . Lembah Kathamandu ini masih kekal dan dipelihara walaupun kerajaan baru telah mengambil alih. Durbar adalah perkataan Nepal yang bermaksud Istana, maka sekiranya mummy melancong disitu dapatlah mummy feeling feeling jadi pemaisuri Nepal.. Ehhh!??? hahahha :P Bukan tu aje , mummy juga akan dapat melihat tinggalan Istana lama, istana kecil untuk para raja, permaisuri dan juga anak mereka. Malahan ukiran-ukiran yang terdapat dibangunan itu sendiri cukup halus hasil kerja tangannya. Wow mesti mummy kagum kejap waktu tu kan..hehhehehe  Nampak tak mummy dah mula berangan..kikiki


Pemandangan di Kathamandu

Sumber Gambar : Google

Pemandangan Gunung Everest

Buat peminat aktiviti lasak seperti mummy ni, mendaki gunung Everest pasti akan menjadi idaman  yang cukup mengujakan. So kalau dapat naik tu bonus tapi kalau tak dapat naik/mendaki,  dapat duduk kat Base Camp di Annapurna pun dah rasa pengalaman yang cukup berharga kann... Actually Gunung Everest ni merupakan Gunung Tertinggi di dunia yang terletak di Banjaran Himalaya. Ianya bersempadan dengan Tibet dengan ketinggian 8.848m dari permukaan laut.. Fuhhh! tinggi tu...

Tapi kalau tak dapat naik hingga ke puncak Gunung Everest , banyak lagi aktiviti yang dapat dilakukan disekitarnya seperti junge trekking, berbasikal keliling pekan dan juga kampung, malahan dapat juga mendaki gunung-ganang yang rendah-renadah dan comel-comel tu menggunakan Tour guide Local dari Etnik Sherpa yang tinggal dikawasan pergunungan tu. Dengan cuaca yang sangat sejuk pasti akan menambahkan keseronokan berada disitu. Wow tak sabar hokay!...


Nampak tak..nampak tak ...mummy sedang lambai-lambai tangan kat puncak tu...
Phangggg.. Ehh mimpikah aku?! :P

Sumber Gambar : Google

Elephant Safari , Chitwan National Park

Ianya merupakan salah satu tapak Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 1984. Taman Negara ini juga merupakan antara kawasan pertama  dibangunkan di Nepal yang berkeluasan 932 kilometer persegi. Mengambil  tempoh masa 4-6 jam dengan menaiki bas dari kota Pokhara atau Kathmandu , rasa dah cukup untuk mengeksplorasi Taman Negara ini . Bukan itu aje terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan disini seperti  trekkingjeep tour ke hutan, naik gajah, kano dan boat, dan lain-lain lagi.


heyy seronoknya dapat naik gajah ni kan.. Fuhhh...

Sumber Gambar : Google
Tasik Phewa-Pokhara

Pokhara adalah bandar kedua terbesar di Nepal dan ianya merupakan titik permulaan ke Trek Annapura. Di Pokhara juga terdapat bandar-bandar kecil yang hanya perlu diexplore hanya dengan berjalan kaki yang dimana , kenderaan-kenderaan yang bersaiz besar tidak dapat melakukannya. Dimana salah satu tempat yang paling menarik adalah  Danau Tasik Phewa .


Tasik Phewa  ini juga dikelilingi oleh hutan , air terjun dan juga  tasik yang cantik. Malahan air-air ditasik tu memang jernih sekali,  sekaligus sesuai sangat untuk yang mencari ketenangan. Waktu yang sesuai sekali untuk kesana adalah pada waktu pagi untuk melihat matahari terbit dan waktu petang untuk melihat matahari tenggelam. Antara gunung-gunung yang dapat dilihat dari Tasik Phewa ni adalah Gunung Machapuchre, Dhaulagiri, dan Annapurna jika cuaca sedang cerah.


Cantik kan...

Sumber Gambar : Google

Sarangkot-Phokhara


Kenapa mummy nak ke Sarangkot ? Sebab kat sini boleh tengok matahari terbit dicelah-celahan gunung-ganang yang terdapat disitu. Especially kita datang pada waktu selepas subuh. Mesti sangat-sangat cantik! Ni pun refer gambar-gambar yang telah diambil oleh kawan-kawan di media sosial.


Matahari  yang terbit di pergunungan Himalaya di Sarangkot.

Sumber Gambar : Google
Festival Warna atau Holi Festival

Holi atau Festival Warna adalah festival awal musim yang dirayakan oleh Masyarakat India di India, Nepal , Bangladesh dan juga negara2 yang mempunyai penganut beragama hindu.  Ianya dirayakan dengan melemparkan bubuk berwarna -warni atau saling menyiram air yang berwarna-warni . Ianya diraikan selama 3-16 hari . Ianya diraikan pada akhir musim dingin iaitu pada akhir bulan februari.  Ianya diraikan bagi menggambarkan kemenangan kebaikan melawan kejahatan . Holi ini juga dirayakan secara besar-besaran di kawasan Braj ditempat-tempat yang berkaitan dengan Sri Kresna. 


Kemeriahan Festival Warna.

Sumber Gambar : Google

Hah! korang mesti tertanya-tanyakan kenapa mummy menulis mengenai destinasi impian ni... ni ha nak bagitau www.traveloka.com.my  sedang mengadakan contest  " Free Trip to your dream destination " tau.. Apalagi jom klik pada link diatas untuk maklumat lanjut cara untuk menyertainya.



10 lokasi pilihan idaman kalbu. Apalagi cepatlah join.. Apa-apapun doakan mummy berjaya ok. Menikmati keindahan bumi Nepal disamping mengenali bahasa , budaya, cara hidup , rupa bentuk serta muka buminya ok... 

Thanks for Reading! Wassallam

26 comments:

  1. Nepal memang idaman hati..tp tiket boleh tahan mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo mahal ea.. Tulahh kalo dapay free best ni.... hehhe

      Delete
  2. Sapa suka lanskap memang akan mengidam ke Nepal..macam Kashmir dan NZ jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. lanskap dia memang ohsem sungguh.. tu yg mummy suka.. Macam tu jugak ngan NZ dan Kashmir.. hehhe

      Delete
  3. nepal x masuk dlm wishlist nina lagi.. i dont know why..hahahha.. mayb sbb i lagi suka city..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala takleh la gi sama2 ni.. hehehe.. Mummy tak suka sgt city, sebab tak tershopping sakan.. hahhaa

      Delete
  4. menarik jugak nepal nie ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa Memang menarik pun.. tu yg buat mummy jatuh cinta.. heheh

      Delete
  5. Syoknyaaa kalau dapat pergi sana. Goodluck mummy :D

    ReplyDelete
  6. baru tahu banyak tempat menarik kat situ. bestnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa memang banyak tempat menarik kat situ hasil google2 mummy.. hehhee

      Delete
  7. OOOOOOOOO...good luck mummy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aihh panjangnya ooooo... Macehhh Wa..

      Delete
  8. good luck mummy! Nepal memang cantik..nanti bolehlah mummy feeling Aishwarya Rai masa kat sambutan Holi tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macehh Sal.. Tulahh kalo menang boleh ler fefeeling.. kali kalah kenalah dok diam2 kat umah.. hehehe

      Delete
  9. Good luck mummy.

    Menang x ni?

    Tak sempat nak join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Huda.. Ntahhla .. Kalo tak menang pun takpe... Sekurang-kurangnya dapat jugak mummy berkongsi ilmu tentang apa yg menarik kat Nepal ni.. hehehe

      ala awat tak masuk.. mummy ni pun rushing walaupun tak sihat waktu update entry ni.. hehehe

      Delete
  10. Good luck.. rasa nak pi gunung tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macehh Lisa.. Jom Jom panjat gunung .. hehehe

      Delete