Friday, 2 December 2016

8 Tanda Badan Anda Penuh Toksin

Assallamualaikum..

Zaman yang berbagai-bagai menu masa kini memang seronok untuk dimakan kan.... Rupa cantik , rasa sedap tetapikan bagi sesetengah orang yang mengalami masalah sistem pencernaan,  ini akan membuatkan toksin mudah terkumpul didalam badan.

Apa itu Toksin?

Toksin adalah sejenis racun dalam tubuh kita yang terhasil daripada :-

  • Pengambilan ubat-ubatan , 
  • Pemakanan (bahan pengawet, 
  • Pewarna makanan, sisa racun perosak , 
  • Minyak terhidrogen dll) ,
  • Nitrat ,  
  • Udara yang kotor, 
  • Radiasi , 
  • Dehidrasi 
  • Terhasil daripada gaya atau amalan hidup yang tidak sihat seperti merokok.


Tapi apa yang lebih menakutkan sekiranya ianya dibiarkan , ianya mampu membahayakan organ penting tubuh kita terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh.Disini mummy ada senaraikan 8 tanda badan yang mempunyai toksin.

8 Tanda badan Penuh Toksin


Sembelit


Anda perlu membuang air besar dua kali sehari, bagi memastikan bahan buangan pepejal dan cecair bertoksin tidak disimpan lama didalam badan dan membawa penyakit









Kembung Perut


Usus yang tidak bersih dan penuh toksin akan memyebabkan angin terperangkap didalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.










Sakit Kepala


Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang berulang-ulang malah boleh menyerang anda pada setiap pagi









Letih dan Lesu


Toksin yang terkumpul dalam badan seumpama racun yang mencuri tenaga didalam badan, menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari










Mulut Berbau


Usu yang kotor dan tidak dibersihkan secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain di sekeliling.








Perut Buncit

Najis yang terkumpul lama di dalam usus akan mengeras  dan menjadi tempat angin berkumpul . Ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi walaupun berat badan normal.







Kulit Kusam

Jika masalah kulit seperti jeraqat dan kulit kusan adan berpanjangan , cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang berkumpul dalam badan terlebih dahulu. 







Kemaruk Makan

Badan yang bertoksin akan menyebabkan anda tidak boleh mengawal cara makan dengan baik malah menyebabkan anda sering rasa lapar dam ingin mengunyah sepanjang hari.








Cara Membuang Toksin dalam Badan

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membuang toksin secara semulajadi didalam badan  antaranya :-


  • Detoks dengan membuat jus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, anggur, belimbing, oren, tomato, nanas, kubis, brokoli, lemon dan timun  , 
  • Detoks Air  ( Meminum air masak/suam mengikut sukatan yang diperlukan oleh badan )  , 
  • Puasa ( Seperti yang semua sedia maklum berpuasa memang mampu membuang racun dalam badan secara berkesan) 
  • Bekam ( Membuat rawatan juga mampu menyedut darah kotor yang terkumpul didalam badan ) .


Thanks for Reading! Wassallam
Love , Mummy JA

Sumber Info : Facebook / Pesan Bonda
Sumber Gambar : Mr Google


15 comments:

  1. aiseh..memang banyak toksin saya ni.badan kurus tapi buncit sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha.. Sila la detoks dari sekarang ye.. hehehehe.. Muncit2 pun comel apa.. 😊

      Delete
  2. ermmm..mcm bnyk je toksin dlm bdn ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy pun ada toksik jugak.. mehh kita detoks dari sekarang.. ehhehe

      Delete
  3. Replies
    1. Kalo toksin hati, rendam je ngan clorox.. keh keh keh

      Delete
  4. Sha rasa sha byk toksin skrg...sebab nk makan aje...kena slow down n detox nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa Sha ... silalah detoks.. hehhe.. Mummy pun otw ni.. heheh

      Delete
  5. nak kena buat jus la balik ni

    ReplyDelete