Sunday, 31 January 2016

Dinner di Huang -Di Restaurant I A Famosa Resort

Assallamualaikum...

Tahun ni tahun monyet..hahhahaha..korang agak-agak kenapa mummy gelak .. hah?! sebabnya ni tahun mummy , so mummy kenalah cuba Chinese Food kat Huang -Di Restaurant ni.. ehhh ada kena mengena ker? Kawan-kawan cina mummy cakap tahun ni mereka yang lahir pada tahun monyet akan dapat luck atau pun 'Ong'.. Contohnya naik pangkat la, bermimpi disiang harilah nak naik pangkat.. naik pangkat nenek tuk cucu-cucu berekor mummy tu adalah..hahhhaa manalahh ada naik pangkat,  naik berat badan ada la.. tu yang sebenarnya mummy nak simpulkan . Sila jangan nak gelak sangat ea..babab kang!

So bagi nak menambahkan berat badan mummy... kenalah dinner kat sini. Chinese Food. 1st time mummy rasa makanan Chinese Food ni.. Okay sini halal ye. So Don't Worry! Nak masuk restaurant ni kenalah melintasi pintu masuk ke Old West aka Cowboy Town ni. Maksudnya sebelum jalan-jalan kat Cowboy Town kenalah makan kat sini dulu. hehhehehe

 
 Masing-masing sedang menanti makanan. Lapo gamaknya muka sorang-sorang especially yang tengah pegang kamera ni. Tu dah biasa...Mulut 24 jam lapooo..

 
Ruang dalaman Huang -Di Restaurant
 

Sempena Tahun Baru China yang bakal menjelang tiba ni, pihak A Famosa ada menawarkan beberapa pakej yang ditawarkan mengikut jumlah  orang yang nak makan. Especially tuk program malam Tahun Baru China iaitu Makan Besar. Seriously ianya semurah RM 198 ( Harga Asal 258)  yang sesuai tuk 4-5 orang makan dan yang paling ramai untuk 10-12 orang makan dengan harga RM 788   setiap pakej ( Harga Asal RM 988). Untuk pakej RM 528 dan RM 788 ni terdapat promosi  dengan mendapat Voucher bernilai RM 108 untuk A Famosa. Rasanya memang berbaloi-baloi tu.. Complete set!

Untuk tempahan

Boleh layari Website A Famosa : http://www.afamosa.com/price-packages/

 
So masa yang ditunggu-tunggu telah tiba..Makan time! Hidangan pertama Eight Taste Seafood Soup. Pekat dan likat... so sedaplahh kalo dah bunyinya lagu tu.

Nasib baik Mukhriz duduk sebelah Fizi selamat mummy .. almaklum hero-hero ni banyak soklan pasal makanan -makanan yang dihidang .. letih aihh nak menjawab..hahahhaa

Deep Fried Seabass Sweet dan Sour Sauce

Hah..ni permulaan pinggan mummy.. jenuh nak control. Makan sejemput sejemput je.. hahhahaa :p

 
BBQ Sweet Honey Chicken . Sedap! siap ada decoration rabbit lagi tu..hehehhe :P

 
Milk Cream Fried with Tiger Prawn . Udangnya agak besar-besar belaka, cuma kalau jika tidak digoreng terlalu garing pasti akan lebih sedap.hehhee



 
Steamed Chicken with Spicy King Sauce . Ayam steam yang dibalut dengan kobis bunga.

 
Fortune Steamed Jenak Fish with Radish

 
Fried Beef with Black Pepper

 
Chilled Longan with Sea Coconut. Air Longan dan Kelapa laut ni memang terbaek. Puaslahh makan. Isi banyak, kelapa laut tuk memang penuh la.. kembung perut dibuatnya sebab! sedap sangatlahh

 
 Braised Bean Curd with Minced Chicken. Berbentuk bongkah emas yang membawa maksud 'Ong'. Sedap buat pencinta tauhu macam mummy kena pulak dilapis pula dengan isi ayam yang telah diracik halus..yummy!

 
Berposing dengan Chef Huang -Di Restaurant.. Apalagi tuk pencinta Chinese Food boleh datang makan kat sini. Sedap weii tak tipu bakhang!

Thanks for reading! Wassallam.

D' Savoy Condo A Famosa Resort

Assallamualaikum...

Percutian ringkas mummy selama dua hari satu malam  di A Famosa Resort adalah bercuti sambil bekerja ye. Mengambil masa dalam 45 minit dari Bandar Melaka dan hanya lima minit dari Persimpangan Tol Alor Gajah.

Penginapan  D 'Savoy Condo

Mula-mulanya mummy ingat ianya merupakan sebuah kondo tapi tak ye.. Ianya merupakan sebuah Apartment 2 bilik yang lengkap dengan segala kemudahan dan yang paling penting luas okay. Kenapa mummy kata ianya bukan kondo sebab bangunan 3 tingkat ni tidak dilengkapi dengan lift hanya tangga sahaja. Tapi takdelah penat pun.. kejap je dah sampai depan pintu bilik lagipun mummy duduk kat tingkat satu je pun. hehehehe. Ngada-ngada nak lift bagai.hahhha :P

Ruang Makan yang luas

 
Nilah aktiviti hero-hero masuk bilik je terus tengok tv . Nasib baik ada Astro. Waktu ni dorang tengah layan movie HBO .. mummy ambil gambar sorang pun tak kalehh..kejam kejam..hahahha 

 Ni bilik mummy. Ada dua bilik kat dalam ni. Satu jenis katil King , satu lagi jenis katil Queen. Laju jer mummy tido malam tu padahal selalu je bermasalah dengan tempat yang tak biasa ni.. tapi aritu ehh lajulah pulak. Hero kecik lagi laju siap tido depan tv lagi.. Haiii bestlah tu..

 
Ni bilik air .. satu attach dengan bilik (ada Bath Tub ) dan satu lagi dalam bilik juga tanpa bath tub. 

 
Ni Dry Kitchen. Siap dilengkapi dengan Peti Ais dan juga kettle  . Kalau nak masak kenalah bawak dapur sendiri atau mungkin bole request dari receptionist mungkin. tapi kalo nak booking better tanya dulu.. kalau takde buat naya ja hampa..hehhehe

Ni pula wet kitchen. Serius luas kalah dapur mummy..hahhahaha :P

Muka ada happy jugak.. Tara nampak ka..! Ni jelahh sekeping pic hero kecik berposing.. Kalau tak jenuh pujuk nak bergambaq. Sib baik ada tuk kenang-kenangan. Hehee

Sebenarnya banyak kemudahan lain yang terdapat di D'Savoy Condo ni.. Ada Swimming Pool lagi, cuma mummy tak dan nak bawak hero-hero pergi situ,  lain kali mungkin. Kat bilik pulak ada juga disediakan iron dan boardnya sekali. Tak payah susah nak call reception suruh dorang hantar, buat membazir masa je. hehhehehe Biliknya pun luas. kalo datang dengan family... tak perlu nak book banyak-banyak bilik .. Insya Allah muat. Lagipun parking pun senang kat basement, tak perlu nak parking kat tengah panas.. hehhehehee. Apalagi jemputlahh booking. Macam-macam ada! hahhhaa

Breakfast pulak  di Clubhouse A Famosa , tak silap mummy yang dengan Golfer Terrace tu.. Perghh memang cantik sungguh lanskap dan bangunan dia.  Rasa macam nak posing sakan tapi apakan daya .. keadaan kamera yang tido dalam air-cond tak mengizinkan..Sob Sob Sob :( 

Antara menu yang disediakan .. ehh awat mummy amik gambar salad je ni.. padahal hero-hero sental nasi lemak.. mummy pulak Mee Hoon goreng panas-panas.. Sedap weiii...  Tapi salad ni mummy amik jugak buat second round. Manalah mummy tak muncit..hahahahha :P

Pemandangan dalam Clubhouse A Famosa . Cantekk! 

Pic candid oleh hero kecik. Sempat pulak tu , waktu ni tengah sedih dok godek-godek kamera kesayangan mummy.. hurmmm Sebenarnya waktu ni dah take mood tapi saja disorokkan... huhuhu Mood makan pun kelaut..kelaut kelaut pun dua pinggan jugak.. walapun selalunya mood makan kat hotel biasanya bisa mencecah  5 pinggan seorang ..ehhh?!

Hero besaq ngan flag lubang golf. Takpelah bang.. nak main golf tak reti.. posing ngan Flag Lubang Golf pun jadilah..hahhahaha :P

Ruang Buffet yang disediakan.. Sori pic blurr sikit..semua hero kecik yang amik gambaqnya.

Ruang Clubhouse yang dihiasi dengan hiasan Sempena Tahun Baru Cina. Mungkin percutian di A Famosa akan menjadi percutian korang bagi Tahun Baru Cina.. Apalagi.. Bookinglah cepat nanti penuh kang..menengis la korang depan pintu gerbang A Famosa tu..hahhahha 

Thanks for reading ! Wassalam...

West 57th St Cafe I Zang Toi Cafe

Assallamualaikum..

Gendang gendut  tali kecapi, haii kenyang perut senanglahh hati.. Hehehehe suka-suka je mummy tambah-tambah perkataan kat peribahasa kat atas kan. Biasalahh perut dah kenyang senanglah hati kan.. Tak gitewww...Ni adalah kali pertama kali nelangkah masuk ke dalam Zhai Tong Cafe ni.. Berkonsepkan Black and white serius ianya nampak simple dan cukup menarik. Terletak disalah satu outlet yang terdapat di Freeport A Famosa Outlet membuatkan korang rasa woowww! Insya Allah korang akan puas hati.

Lokasi 

West 57th St Cafe
Lot F & B5 Free Outlet,
Jalan Kemus, Simpang Empat,
78000 Alor Gajah
Melaka

Tel No : 03 -2145 7701

Website : http://zangtoicafe.com

Opening Hour : 10 pagi - 10 malam

Bahagian Tepi Bangunan Zhang Toi Cafe

 Bahagian Hadapan Zhang Toi Cafe


Bahagian Dalam Zhang Toi Cafe. Sebelah kanan Cafe , sebelah kiri Butik Zhang Toi. Sebab tulah Zhang Toi Cafe ni unik .
 
Antara menu-menu yang menjadi pilihan utama antaranya adalah Chicken Chop, West 57th Nasi Lemak with Chicken Rendang dan pelbagai lagilah menu yang bakal menambat hati korang..

 
 West 57th Nasi Lemak with Chicken Rendang

Jangan tak tau Hero kecik menikmati nasi lemak ni sampai licin okay.. Wahh sedap sungguh gamaknya, sampai tak dan mummy nak menumpang berkaki-kaki..hehehehe

 
Chicken Chop.. Sos Black Pepper ni sedap hokay.. Yum Yum!

Selain itu juga terdapat pelbagai jenis sandwich, sampai mummy lupalah apa nama dia.. almaklum la sedap! hahhahaa. Tak senonoh sungguh kelakuan itu..hahhaha. Tak silap mummy yang ni berasaskan Salmon dan juga Cheese.

Yang ni pula, Chicken sandwich. Nampak sama tapi tak serupa hokay

Yang ni paling marvellous.. Sebut tak tau. kalo nak order tunjuk gambaq ni je tau.. hahhaha. Bernas tak idea mummy.. 


Hah?! bab dessert pulakk.. Hadoiii cerita je dah jenuh telan ayaq liuq.  Antaranya adalah Banana Chocalate Cake especially buat pencinta cokelat macam mummy ni.. Ni antaranya menu dessert yang wajib korang cuba.. Tak muak pun kalau korang makan dalam kuantiti yang banyak. Coklat dia aummmm.. Leleh baqhang! kena pulak diselang selikan dengan beberapa slice banana.. hadoiii...Pastu letak pulak ice cream..hahhahahha  Mampuih telan ayaq liuq la korang..hahahhaha

Bagi yang tak suka coklat.. Dunt worry... Pandan Cheese Cake akan membuat korang terkedu akan kelakzatannya. Yum yum! So kira banyaklah pilihan yang korang boleh pilih. Menu-menu dia pun sedap dan tak pelik-pelik namanya untuk disebut. Sekali makan pasti nak lagi. Serius mummy tak tipu. hehhhee

Kalau tak suka dua-dua dessert yang mummy mention kat atas tu, bole try Lemon Cake with Ice Cream. Lemak berkrim , rasa dia pun padat. 

Apalagi..ngap la... tak kan tengok je kot...hahhahaha


Ni pulak last sekali.. tetiba je muncul..ehhh?! Macam scoon  Tapi ianya lembut sikit. Nak bertambah sedap sila request nak coklat dan juga caramel.. perghhhh... Macam-macam flavour ada, Nutty, coklat, raisin  dan satu lagi lupa lak nama dia..hhehehe ampun kan mummy na. Biasalah banyak tertelan semut. hehehehe

Mummy order air ni.. ala-ala detox.. blend sekali ngan lemon dan  serdak-serdaknya. Letak pulak daun pudina. Serius Sedap. Rasa tak cukup satu gelas.. ingat nak tambah lagi, tapi malulah pulak...hahhaha :P


Staff bersama Outlet Manager Zhang Toi Cafe

Blogger KBBA dan Blogger Melaka bersama En .Amir  Outlet Manager Zhang Toi 



Pulon dek non pulon oii..  Sib baik penat amik gambaq tu berbaloi dengan hidangan yang disediakan. hehhehe Yummy!

Last sekali mummy ngan En .Amir Outlet Manager. Abaikan muka serabut yang kekenyangan itu. hahhaha

So apalagi...  Disamping menikmati hidang-hidangan yang memukau perut tu.. Korang boleh membeli belah kat sini yang berkonsepkan makan sambil membeli belah .  Hiasan dalamnya yang berkonsepkan balck and white ni pasti akan memukau mata korang.. So bukan takat perut je kenyang.. Mata, badan dan perut sekali ikut serta. Hah?! Tak ker berbaloi-baloi bunyinya..gitewww.. 

Thanks for reading! Wassallam

Freeport A Famosa Outlet Grand Opening

Assallamualaikum...

Baru-baru ni mummy berkesempatanlah menghadirkan diri di Majlis Perasmian Freeport A Famosa Outlet di Alor Gajah Melaka tu.. Haiii untunglahh orang Alor Gajah Melaka takyah susah-susah nak menapak ke Bandar Melaka tu merentas 19 tiang traffic light.. Kat A Famosa tu macam-macam brand ada.. Murah lak tu.. Aihhh sentap mummy tau!

Tanggal 28 November 2015 yang lepas sebenarnya Freeport A Famosa Outlet telah dibuka kepada umum untuk merasaikan  pengalaman membeli belah secara bersantai gitu.  Malahan terdapat 80 gedung fesyen, sukan , aksesori , bag dan tak juga lupa untuk kasut-kasut yang berjenama. Freeport ini mempunyai keluasan 180, 000 kaki persegi  serta berkonsepkan membeli belah didalam konsep yang terbuka . so hari ni  genaplah dua bulan  dibuka dan ianya telah lancarkan secara rasmi  pada 28 Januari 2016 iaitu pada hari ini.

Lokasi

Lima minit dari persimpangan Tol Alor Gajah  melalui lebuh Raya Utara Selatan . Senang je , sampai dipersimpangan Traffic Light  Simpang empat, belok kiri terus je sehingga akan nampak Bangunan bercirikan Belanda di sebelah kanan anda , itulah Freeport A Famosa Outlet .. Senang je kan.

 Freeport A'Famosa Outlet
Jalan Kemus
Simpang Empat
78000 Alor Gajah


Tel No : 06-552-8958 , 06-552-8961

 

Rekabentuk Bangunan

Berkonsepkan warisan sejarah Belanda di Melaka , Freeport A Famosa Outlet pasti biasa menggamit hati pengunjung yang dilengkapi dengan sebuah tasik tiruan buatan , air pancut , karusal dan kincir angin. Rekabentuk  ini diilhamkan daripada Arkitek terkemuka dari Australia  iaitu LGM Architecture.

 

Sebenarnya Freeport Outlet ni telah  banyak terdapat diluar negara seperti  lima Outlet di UK, Portugal, Sweeden , Itali , Republik Crezh dan Solvia. So Melaka people should be proud tau..hehehhhee Wahh speaking omputih kejap. hahahhaha :P

Sekitar Majlis Perasmian Freeport
A Famosa Outlet 

Ketibaan Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haji Haron , Ketua Menteri Melaka dan juga Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi , Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


 Persembahan kebudayaan  dari Jabatan Kebudayaan Negeri Melaka

 Antara tetamu -tetamu yang turut hadir.

Acara pemotongan riben sebagai tanda rasminya Freeport A Famosa Outlet pada 28 Januari 2016

Sempat juga mummy bergambar bersama pengacara Majlis untuk hari itu, Wan Zaleha Radzi , Ex Host Majalah Tiga..Tak sempat nak beramah mesra sebab ramai yang bersusun nak ambil gambar. Opsss sila abaikan muka mummy yang penuh screen itu.. apa-apapun yang penting mummy comey okay.. hahhahaha sila muntah pink!..:P


Akhir sekali meh jamu mata mummy berbaju kebaya pink yang lobos tu... lobos pun loboslahh yang penting pink!..hahhha gelak jahat. Nilah geng-geng blogger Melaka.  Dari kiri Hafizi , sebelah tu mummy la, Kak Zura , PR A Famosa Resort  dan juga Farah Dafri.  

Akhir kata bak kata Ketua Menteri Melaka pada ucapannya hari itu..

Kapal Dagang Dari Seberang,
Bawa Muatan Kayu Meranti,
Dari Jauh Tuan Tuan Datang,
kami Orang Melaka Sedia Menanti..

Thanks for reading! Wassallam..