Thursday, 25 February 2016

Taman Negara Trip with KBBA / Day 1 ( Han Rainforest Resort & Jungle Trekking )

Assallamualaikum..


Yeahhh! Masa yang dinanti telah tiba..berbekal tido dua jam pada malam sebelumnya akhirnya mummy telah berjaya ke Taman Negara Pahang bersama Kelab Blogger Ben Ashaari dan juga penaja rasmi  Han Rainforest Resort Pahang. Best ooo .. Dah lama betui rasanya pendam perasaan nak merasai segala aktiviti lasak yang acapkali digembar-gemburkan oleh kawan-kawan sekeliling mummy. Hehehhe.. #senyum sampai telinga

Taman Negara ini telah dibuka pada tahun 1938 /1939 yang nama asalnya adalah Taman Negara King George V dan ianya telah ditukar pada nama Taman Negara setelah kemerdekaan . Taman Negara merupakan Hutan Hujan Tropika yang tertua didunia yang berusia lebih daripada 135 juta tahun yang telah diwartakan pada tahun 1925 dibawah oleh Kerajaan Negeri Pahang dibawah daerah Jerantut. Ianya mempunyai keluasan 4, 343km . Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan seperti jungle treking, Hiking ke puncak Gunung Tahan, rapid shoot, trip ke Lata Bekoh, Merapoh  dan ianya juga merupakan habitat pelbagai jenis hidupan liar.

19 hb - Jumaat 
Bus kami telah bergerak tepat jam 9.30 mlm yang telah menanti kami ahli KBBA di Matic Kuala Lumpur. Dan kami sampai di resort lebih kurang pukul 2.30 pagi.

2.30 pagi 
Setelah menempuh jalan yang berliku dan gelap gelita sambil ditambah pula dengan break emergency disebabkan oleh kerbau pendek dan juga lembu  melintas maybe nak ikut kitaorang join jugaklah tu.. Hehehehe. Haippp!!

Sesampainya sana kami dan telah diberi kunci bilik dan apalagi jomm serbu! Satu bilik 2 orang. Mummy duduk ngan farah. Team KBBA Melaka jugak.. Hehhee :) keching keching!

Penginapan

Han Rainforest Resort
Taman Negara Pahang , 
Kuala Tahan 
27020 Jerantut,
Pahang

Website : Han Rainforest Resort



Nilah bilik kitaorang.. Cantek dan cukup Simple. Cuma takde tv je.. apahal datang Taman Negara tengok tv..memang tak ter on la tv tu sebab busy bebenau dengan aktiviti best kat Taman Negara ni.  Tepi Curtain tu siap ada balkoni lagi... cosy gilosss...! Sorry na.. mata dah rabak, so cuma pic ni je mummy dan snap... gedebum mummy tumpang atas katil empuk ni.. Nyaman yooo.. kena pulak aircond dia sejuk gilos.. hamik hang, sampai terlajak tidolah dibuatnya..hahhahahaa 

20hb-Sabtu

Seawal 7.00 pagi kami telah berkumpul dan cafe untuk sarapan pagi.. Nasi goreng, scramble egg dan juga roti bakar. Sedap! Yum yum...

Trekking ke Bukit Terisek

Setelah selesai kami telah dibahagikan dengan beberapa group untuk menaiki pacuan 4 x4 untuk ke Jetty bagi meneruskan aktiviti pertama kitaorang iaitu Jungle trekking atau hiking ke Bukit Terisek. Wow! Dah lama tak hiking ni.. Nasib baik tak jadi apa-apa, rasanya waktu ni lah mummy nak balas dendam segala rindu dendam mendaki. Setelah hampir beberapa jam mendaki bukit yang agak curam akan treknya kami hanya mampu sampai di 2nd last check point tuk ke puncak. Ni disebabkan oleh beberapa ahli dalam team yang fizikalnya dan kesihatannya tak berapa nak mengizinkan. Ala yang penting sikap tolong menolong dan sikap toleransi antara satu sama lain. Actually mummy agak bangga dengan beberapa orng ahli yang cukup kuat semangatnya dan juga sentiasa  happy sokmo senantiasa walaupun tidak berjaya ke puncak sepenuhnya. 


Masing-masing berwajah ceria walaupun tak cukup tido.. Semangat ooo semangat!! hehehehe.
Waktu ni sedang menunggu turn untuk menaiki kenderaan ayng disediakan oleh Han Rainforest Resort tuk aktiviti trekking. 

Sewaktu di Jeti untuk menunggu bot ke seberang Sungai . Apalagi posing ler... 

Yeahhh sampai sudah di Jeti kat Mutiara Resort tu . Disitulah bermulanya trek tuk hiking. waweeee.. Apa-apapun kita posing lagi...

Diawal perjalanan muka masih ceria je.. hah! tunggulahh lagi 100 meter.. tengok ada rupa orang lagi ke idak.. keh keh keh :p

hahahhaaha masing-masing dah terpancar cahaya kepenatan disitu.. halloooo perjalanan kita masih jauh lagi okay. Sebenarnya trek dia hanya 300 meter lebih je pun. Tapi disebabkan oleh oleh banyak sangat yang trek tangganya tinggi mencanak , hamik ko semput. Kesian pula aku tengok kat dorang  yang baru 1st time mendaki.. rasa macam separuh nyawa la dibuatnya. Apa-apapun dorang memang mental strong giloss sebab takde sorang pun yang merungut nak patah balik, tido kat resort. Terbaeklah korang!


Kumpulan -kumpulan lain sedang rancak memotong kitaorang walaupun asalnya kitaorang dari group dua.. habis group 3 dan 4 potong. hhehehe Waktu pit stop kejap sebab ada yang dah nyawa-nyawa ikan so waktu-waktu macam nilah aku mengambil kesempatan berposing sakan..keh keh keh Jangan jeles na!!

Aku di 2nd pit stop terakhir untuk sampai di puncak bukit Terisek. Group aku tak dan nak kejar masa ke puncak disebabkan oleh masa yang cukup suntuk sebab next adalah canopy walk. Almaklumla takut jem. hehheehe. Entry seterusnya aku akan citer pasal canopy walk pula ye.. tunggguuuuuuuu

Thanks for reading! Wassallam

Friday, 19 February 2016

Satay Kampung Jawa

Assallamualaikum... 

Satay Kampung Jawa ni memang dah cukup sinonim dengan penduduk sekitar Banda Hilir  , Kampung Jawa dan seluruh Melaka rasanya.. Dari sebuah gerai kecil telah bertukar lokasi ke kedai yang lebih besar yang terletak di tepi Sungai Melaka di Kampung Jawa. Apa yang istimewanya disini? Apalagi.. Cendol, Satay pelbagai jenis, Nasi Goreng Kampung, Mee Rojak dan juga Rojak.. Rasa dia memang marvellous!!  Sebenarnya nama asal kedai ni adalah Restoran Line Clear Kampung Jawa.. Tapi dek kesedapan Sataynya , maka ianya lebih dikenali sebagai Satay Kampung Jawa. 

Kebetulan aritu sedang sibuk mummy mencari barang dengan hero kecik, terlalulah disini secara tidak sengaja ,kena pulak hero kecik tengah lapar waktu tu apalagi menyinggahlah mummy dengan hero kecik. Dah nak jadi rezeki, senang pulak dapat parking aritu, padahal selalunya cukup azab nak dapat parking. So berbunga-bungalah hati.  Senang je nak cari kedai ni sebab ianya berhampiran dengan Jambatan Kampung Jawa berhadapan pula dengan Syarikat Menang. 

Pemandangan dari dalam kedai... View yang sangat cantik! Sesekali kelihatan bot-bot river cruise lalu memecah ketenangan air sungai Melaka  menambahkan lagi kecantikan dan keunikan Sungai Melaka .

Mee Rojak. Ni peberet mummy.. Yummy! Kuah sedap dan mee pun banyak.

Hero kecik dengan Mee Rojaknya.

Nasi Goreng Ayam. Sebenarnya mummy nak order nasi goreng kampung je, tapi teroder ni pulak.. Apalagi ngap je la... Rasa dia memang ada umph!

Air Mata kucing Panas.. Ni mummy punya. Sedap.. !
Mata kucing tu banyak .. Tak kedekut! Hehehe :)

Cendol.. Isi pun banyak.. Ni share ngan hero kecik.. 
Makan sampai mengah la... Hahhaha :p

Kepelbagaian satay.. Kalau dulu selalu mummy order satay , tapi dorangkan akan hantar satay dalam kuantiti yang banyak tapi kita tak perlu bayar untuk keseluruhan  satay yang dihantar  tu tapi hanya bayar apa yang dimakan sahaja.  Tapi sekarang tak lagi.. Kita kena mention nak berapa batang satay dan jenis apa.. Yang mummy order ni campur-campur. Ada satay ayam, kamping, perut, hati dan juga kerang. Satay ni mummy order 10 cucuk dalam RM 10.90.  Harga tuk air mata kucing sejuk dan panas , satu mee rojak, nasi goreng ayam dan juga cendol semuanya berjumlah RM 16.50. Agak-agak murah ker mahal?? Mummy ni tau makan dan bayor je.. Dan yang penting kenyang dan sedap...

Kedai ni dibuka sewal jam 12.00 tengahari hingga ke pukul 4.00 petang. Kedai ni memang penuh memanjang.. Parking pula agak susah , so kena pandai-pandailah cari parking ye. Hehhehe sapa nak mai Melaka bole la cuba makan kat sini.. Sedapp weiii bakhang ! hehehehe 

Thanks for reading! Wassallam..

Friday, 5 February 2016

Cowboy Town di A Famosa Resort Melaka

Assallamualaikum..

A Famosa diambil nama sempena kubu peninggalan penjajah  Portugis yang cukup terkenal yang dibina pada adab ke-16. Ianya juga dikelilingi dengan bukit dengan pemandangan yang hijau yang mempunyai keluasan 520 hektar yang telah direka oleh artikek padang golf yang tesohor daripada Australia iaitu Ross.C Watson. Selain daripada Cowboy Town iainya juga terkenal dengan Animal World Safari , Taman Tema Air, Resort Hotel , Condotel dan juga Villa.

Kali ini mummy berkesempatan membawa hero-hero ke Cowboy Town.... yeahhhh ! Salah satu tempat yang menjadi lokasi idaman hero-hero . Almaklum nak jadi cowboy tak dapat.. Dapat merasai suasana cowboy di A Famosa ni pun dah cukup best buat her-hero .. Hehehee.. So percutian ni kira in Advance Birthday Treat untuk hero kecik yang jatuh pada 3 Februari yang lepaslah. Happy Birthday Adam.. Mummy Love U! muahhhhh....

 
Posing dulu bersama-sama Live Band di pintu masuk Cowboy Town.


HARGA TIKET COWBOY TOWN/ ENTRANCE FEE

WEEKENDS & WEEKDAYS / 
HARI BIASA & CUTI HUJUNG MINGGU

Dewasa : RM 59
kanak-Kanak: RM 48



OPERATION HOUR / WAKTU OPERASI

 6.00 PETANG- 12.00 MALAM

Show

Cultural Show 7.30pm Daily
Red Indian Show 8.30pm Daily
Carnival 9.15pm Daily
Firework 9.45pm Daily


Berjalan menuju ke Huang -Di Restaurant yang terletak di dalam Cowboy Town.

Sebelum menjelajah ke dalam Cowboy Town ni , kami dihidangkan dengan makanan Chinese Food oleh pihak A Famosa di Huang-Di Restaurant. Nak tengok apa yang mummy makan sila petik  DISINI.

 Hero-hero bersama-sama Fizi ( Blogger Melaka)

 Hero Kecik dan kuda padi. Comelnya je! 


Diantara papan tanda arah dan  kemudahan yang terdapat di Cowboy Town.

Suasana di dalam Cowboy Town .

Carnival Show. Sebenarnya banyak lagi gambar yang mummy snap, tapi kalau tempek semua kat sini, jenuh korang nak scroll.. ni diantara sebahagian show carnival pada malam tu. Pelawat pada malam tu pun tak berapa nak ramai maybe sebab weekdays kot. Rasanya kalau hujung minggu mau penuh.


Hero besaq dan hero kecik berposing bersama pas pelawat. Hero besaq dah standby baju hujan awal-awal yang telah diberi oleh petugas disana sebab lepas je keluar Huang -Di Restaurant hujan mulai rintik-rintik. Nasib baik sekejap je.. kalau tak mau basah lokos kitaorang malam tu.hehehe

Pertunjukkan bunga api diakhir persembahan.

Kanak-kanak di tarik untuk menari tarian Gang Nam Style oleh DJ tuk malam tu. Comel-comel je tengok budak menari. Hero kecik dan besaq malu-malu yang akhirnya tersadai ditepi pintu. hehehe

Yeahh show dah tamat. Apalagi jom kita round apa yang ada kat Cowboy Town ni. Suasana kat sini sama je macam kat Zaman Cowboy. Bangunan rustik-rustik gitu, barang-barang kat situ semuanya antik dan bermacam-macam lagi lah.

Buggy Car .. Tak nampak pulak dia bergerak tuk malam tu. Hero besaq request nak naik.. tapi malas la mummy.

Fun Fair

Mummy and the geng

Sayang kuda padi.. Nak bodek ajak balik umahlah tu..hahaha :p

 
Senarai tiket untuk semua games / horse riding yang terdapat dalam Cowboy Town. So buat siapa yang datang sini, bawaklah duit lebih-lebih sikit ye.. sebab macam-macam nak naik ni. ehheheehe

Thanks for reading! Wassallam

Thursday, 4 February 2016

Tak rocklah kalau tak derma darah!

Assallamualaikum...

Ish rasa malu pulak nak cerita. Hahaha.. Umur dah setengah abad, ni la baru 1st time mummy berkesempatan menderma darah.. Bukan baru berkesempatan.. Peluang selalu ada je depan mata... Tapi desakan diri untuk menderma tu masih tak kuat kununnya.. Almaklum dulu banyak penyakit bergayut kan badan ditambah pula dengan takut bila tengok jarum besaq gedabak tu. Hahaha macam budak kecik!

Ntah bagaimana selepas perhimpunan pagi kat office semalam, kebetulan pulak ada taklimat ringkas mengenai fysiotheraphy.. Yang lebih banyak berhubung kait pasal ligemen kat badan ni. So kira banyaklah part yang terkena kat batang hidung.. Hamik hang rasa macam nak bernanah telinga dengar doktor pakar terangkan itu dan ini... Lasak lagi. Padan muka! Mummy ni kan jenis manusia yang suka paksa diri even tak mampu nak buat.. Sampai la berjaya!  so badanlah memamg merasalah impaknya.. Perkataan yang lebih sesuai "degil" lah kan.. Sapa sama perangai dengan mummy baik mengaku cepat. Hahaha :p

Selepas taklimat ada pulak pemeriksaan kesihatan.. Check kolestrol, BMI, darah tinggi dan juga kandungan dalam darah.  Hah?! Nak tau result.. Semua ok ye.. Tapi ..?! Obesiti..! Huaaaa.. Gara-gara tak cukup tinggi. Ish ish ish kena bergayut lebih ni. Sadis sungguh... Hahaha :p

Jom derma darah!

Mummy dan pom pom gurl mummy..hehehe

Ketaq weiii.. Waktu ni belum amik darah lagi..so kita posing dulu.. 

So tibalah masa untuk derma darah.. Rasa macam nak derma tapi takut so mintak mak encek (Fyda) tolong teman sambil menjadi pom pom gurl tuk mummy . Macehh mak encek. Mak encek takleh  nak menderma sebab baru lepas operation bersalin  lima bulan yang lepas ditambah pula ada hepitetis keturunan keluarga ( ntah betui ker idak spellingnya.. Hentam je la labu). Apalagi setelah isi form bagai... Mula la step by step mengikut prosedur yang dibuat..


  1. Isi form tentang semua data diri dan juga sejarah kesihatan dan dapat buku merah (buku rekod tuk setiap kali amik darah)
  2. Check jenis darah
  3. Re-confirm balik semua data tentang tiada penyakit lain yang merbahaya dan juga  pastikan tidak melakukan sebarang hubungan kelamin dengan pasangan yang baru berkahwin dalam tempoh kurang dari setahun .
  4. Operasi ambil darah pun bermula. Mula-mula takut juga nak ambil darah ni, almaklum darah mummy ni kategori jenis cepat beku.. So memang takutlah.. Nasib baik semua berjalan lancar. Heheehe
  5. Siap! 1 beg.. Yes! Akhirnya mummy berjaya melawan ketakutan. Ala bukan sakit mana pun.. Macam gigit semut je pun. Hahaha eksyenlahh pulak :p
  6.  Kemudian mummy diberikan air 100 plus limited edition CNY, roti dan juga air milo O' dan diminta tuk berehat dengan secukupnya, memang berehat sungguh la jawabnya sampai tertido-tido. hahahaa 

Buku merah bukan tuk travel tau.. Buku merah untuk darah!..hahahahaa

Setengah jam lepas tu.. Mummy mula rasa mengigil yang amat, rasa macam nak pitam dan letih tahap gaban! Kenapa mummy jadi macam ni? 

  1. Sebab mummy tak breakfast.. Hanya minum air suam + lemon je.. ( rutin)
  2. Tipu kata larat padahal perut dah keroncong gara-gara nak proses derma darah tu berlaku dalam tempoh yang cepat dan pantas! Padan muka mummy lah! Hahahaha :p so lepas ni kalau korang nak derma sila pastikan perut tu penuh hokay.. 
  3. Mummy tido kurang dari 5 jam.. ( pukul 1 pagi - 4pagi) gara-gara ada kerja -kerja  yang perlu disettlekan segera.. So sila pastikan korang kena cukup tido sekurang-kurangnya 5 jam. Jangan jadi macam mummy membohong je kejenya..hahahaa :P


Pic : Muka orang yang lepas derma darah, nak bukak mata pun tak larat. hadoii parah sungguh!




 Kesimpulannya derma darah ni ok je.. Takdelahh sakit mana pun. Macam kena gigit semut je pun. So mendermalah dari sekarang sebab mungkin ramai yang kat luar sana amat memerlukan darah kita yang cukup berharga ni tuk meneruskan hidup. Ni pun kira amal jariah la jugak kan.. Nak menderma macam Pak Arab 2.6 billion tu tak mampu. Derma darah je la yang mummy mampu.. 

Thanks for reading! Wassallam.



Tuesday, 2 February 2016

App best untuk edit gambar

Assallamualaikum...

Eh lately ni ramai pulak yang tanya mummy pakai app apa untuk edit gambar... Ish ish ish cantik ker..? Terima kasih la yang memuji na.. tersipu-sipu malulah pulak..hahahaha :P Buat yang mengutuk pun terima kasih jugak.. sebab koranglah sumber inspirasi mummy nak edit dan edit lagi supaya lebih cantik dan cantik lagi..hahahaha sungguh poyos bunyinya itu..:P

Sebenarnya banyak je app yang mummy pakai.. kalau tengok kat phone mummy... ummpphhh penuh app photo editing je.. Stress je hero-hero bila godek phone mummy. hahahahaha  Kalau tengok mummy asyik hadap phone je.. mengedit laa.. tak reti mummy nak main games-games ni.. Main batu seremban ker, congkak ker, ting ting ker ..hah! tu mummy retilah .. :D

Snapseed

App ni bole je korang download tak kiralah untuk pengguna Appstore atau Google Play. Senang je nak guna.  Mula-mula kena download lah kan.. Ni app free tak perlu fikir mahal ker murah. Mummy ni pilih app semua free je.. tak mampu nak beli app berbayar ni.hehhe


Mula-mula buka App Snapseed ni. Kemudian open photo


Setelah muncul gambar yang dipilih tu.. klik kat icon pencil kanan bawah.

Akan muncul lah  tool dan juga filter  seperti gambar-gambar diatas. 

Selalunya mummy akan "Tune Image " dulu kat tool tu.. bagi terang gelap.. dan sebagainya ikut kesesuaian. kemudian barulah mummy  memilih app " HDR" dibahagian filter. Bukannya apa mummy suka tengok gambar-gambar yang terang dan penuh warna-warni ni.. barulah hidup kita ceriakan. Tak giteww... kalau korang bukan peminat HDR banyak lagi filter yang korang bole pilih mengikut citarasa masing-masing. 


Bahagian Kiri : Gambar yang belum diedit
Bahagian Kanan : Gambar yang telah diedit.

Nampak tak perbezaannya. * Sorry gambar ni je yang ada kat Camera Photo yang lain semua dah transfer. Layannn....


Kemudian bila dah puas hati boleh lah "Save" atau "Save a copy". Bezanya save akan disimpan menggantikan gambar yang asal dan " Save a copy " akan save satu lagi tanpa menjejaskan gambar asal.


Successfully saved!.. Apalagi bolelah post kat Instagram ye..

dan juga lupa follow Mummy di Instagram  : julia___ali
untuk melihat hasil-hasil gambar -gambar yang telah mummy edit .

Thanks for reading! Wassallam..