Wednesday, 30 March 2016

Travellogue China Part 2 : The New Yuan Ming Palace

Assallamualaikum...Salam Zhuhai! ehhh...

The New Yuan Ming Palace Zhuhai ( Yuanming Xinyuan) merupakan sebuah Taman diraja terbesar yang telah dibina semula setelah kemusnahan akibat perang satu masa dahulu. dimana istana asal dulu telah dibina pada tahun 1709. Setelah kemusnahannya ianya telah dibina oleh arkitek mengikut pembinaan asal istana pada zaman Dinasti Qing dan menjadikan ianya salah satu warisan negara China. Selain itu juga ianya juga lebih dikenali sebagai " The Sole Royal Garden of South China" . Ianya Mempunyai keluasan 1.39 km persegi  istana ini juga  merupakan diantara lokasi yang terindah yang terdapat Zhuhai China  bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman tentang kehidupan Diraja China dan taman sekitarnya . 

Kecantikan bangunan dan senibinanya  membuatkan mummy bergambar sakan  di pintu masuk. Dengan baju keje pun jadi je berposing sakan walaupun dalam hujan renyai .Nampak tak? boss cakap  sakan staff aku ni... posing je kejenya.. hahaha :p

Lokasi 

Alamat 
Lampu Road , Xiangzhou District, Zhuhai China

Tel No : 0756-8610388

Bus Route 
 1,13,14,25,30,40,60,62,69,201,991

Website 

Selepas pintu masuk pertama tu, kita akan menuruni tangga untuk masuk ke istana kedua rasanya kot.. mummy pun tak paham sangat sebab tiada tour guide yang explain ataupun sebarang write-up menerangkan dalam bahasa Inggeris, semua dalam bahasa mandarin yang membuatkan mummy terkebil-kebil  disamping terpesona akan seni ukiran istana itu sendiri

Untuk makluman Istana ini telah  dibuka pada 17 Oktober 2012 kepada orang ramai dan kemasukkan adalah PERCUMA . Bagi yang berminat untuk menyaksikan persembahan Diraja China , pelawat hanya perlu membayar tiket sebanyak 50 yuan/ rmb. 

Tiket masuk show. RMB 50

The New Yuan Ming Palace ini telah mendapat 4 bintang di sebagai antara lokasi terbaik di Zhuhai . Pembinaan Istana ini telah dibina mengikut zaman kegemilangan dan sejarah purba China. Malahan pelawat yang berjalan-jalan sekitar The Yuan Ming Palace ni akan turut menikmati pemandangan yang indah disamping mengimbau sejarah kegemilangan Dinasti Qing (1633-1911) yang melibatkan pembelanjaan  bernilai RMB 600 milion .

Taktau pintu ni nama apa. Caption dan signage semua in Mandarin. Saboo je la..Nampaknya mereka masih mengekalkan bahasa ibunda dorang walaupun ditempat utama yang menjadi tarikan pelancong.

Tempat beristirehat. Waktu mummy sampai rasanya hujan baru lepas turun dengan lebatnya. So tidak kelihatan seorang makhluk pun yang duduk berehat disitu.

Rumah hantu! ingat kat Malaysia je ada, sini pun ada la..hantu Ju'On.. hahaha :P

Toilet.. Tapi tak masuklahh sebab sibuk dok kejarkan show tu.  Tapi kalo masuk pun confirm ajak berteman macam scary je.. macam menarik je..ehhh! mana satu da.. hehehe :P

Antara pemdangan yang terdapat disini. Serius cantik gilosss! nasib baik pi ngan bos.. kalo tak sampai tutup operasi tempat ni mummy round. Ish rasa macam nak pegi balik je. Tapi next time nak pi ngan hero-hero la pulak. 

Berpayung didalam hujan

Cakk... comey tak muka sehari suntuk keje tak mandi..hahaha :P
Takpe musim-musium sejuk kat sini tak berapa nak digalakkan mandi takut beku nanti.
hahaha :P

Bagi mereka yang suka mengabadikan kenangan melalui gambar bole je berposing sakan dengan jumlah RMB 100 dengan memakai costume-costume DiRaja China termasuk make-up dan juga photografi dan rasanya wajib try la.. tapi mummy tak dan nak try.. bos ada.. huaaaa..huh! Alasan bos lagi... :((

Antara costume-costume yang ada.

Kelihatan para juru mekap sedang bergembira menempek bedak pada para pelancong yang ingin mengabadikan kenangan sebagai Pemaisuri Di Raja China..

Sesi berposing sedang dijalankan.. 

Peta The New Yuan Ming Palace

Pada sesiapa yang tak larat nak jalan tu, buggy juga ada disediakan . Rupa dah macam Thomas and friends  cuma color je beza sikit. hehhee . Tapi kitaorang jalan je.. sambil jalan sambil posing..
hehehe :D

Terdapat 10 persembahan merangkumi  tarian, "imitation show", pecking show, dan lain-lain lagi bagi satu-satu tayangan. Selain itu juga antara tarikan utama The New Yuan Ming Palace adalah Architure Istana itu sendiri yang mempunyai gabungan Classic Royal style , South Classical Garden dan juga persembahan kebudayaan Dinasti Qing yang cukup memukau mata.

Pentas persembahan. Full hokay!

Pelancongan yang hadir menonton juga dipanggil untuk turut serta diatas pementasan show ini. Memang menarik!  ada Pelancong dari Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Seronok weeii... Mummy baru nak angkat tangan ... ehhh dah cukup orang la pulokk.. oh! hatiku keciwa... :(





Pelancong aka penonton juga turut dipakaikan dengan costume bangsawan mereka. Salah seorang kawan kitaorang yang ikut serta kata macam nak pengsan pakai baju tu.. Walaweiii dah lama agaknya tak pegi dry cleaning..hahahah sib baik , kalo tak, confirm mummy pun terjebak sama.hahaha 

Persembahan dan costume yang menarik

Walaupun tak berapa nak faham tapi mummy enjoy jugak la...
 Teater muzikal gamaknya kot.hahaha :P

Amoi-amoi manis

Akhirnya Maharaja dapat berkahwin dengan gadis pilihan hati dan mereka hidup aman bahagia hingga ke akhir hayat setelah melalui pelbagai pancaroba . Sekian Terima Kasih. Tang ending dia ja mummy paham..kikiki

Thanks for reading! Next entry kita sambung lain okay..
Wassallam!

Tuesday, 29 March 2016

Travellogue : Zhuhai China ( Part 1)

Assallamualaikum... Muah Ciked dari Zhuhai!
( Sori entry ditaip di Zhuhai tapi  tak bole pos sebab kat China dorang Block Google)

Zhuhai , Guangdong merupakan sebuah zon yang terawal di China yang stabil akan ekonominya . Mempunyai keluasan 7,653 kilometer persegi termasuk 1,701 kilometer persegi tanah  dan juga 5,952 kilometer persegi marine areanya.  Malahan terdapat juga 146 Pulau kecil yang terdapat di Zhuhai, dimana mulanya berpunca Zhuhai mendapat gelaran " The City of Hundreds Islands ". Seramai lebih daripada 1.5 million penduduk yang menetap di Zhuhai yang terkenal dengan  kecantikkan alam semujadi  dan cuaca yang best!  Bestlahhh sangat... sejukkk weiiii! Sebenarnya terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang best boleh dilawati disini antaranya Ocean Spring Resort, New Yuan Ming Palace, Imperial Hot Springs Resort, Chimeleong Ocean Kingdom , Airshow China dan pelbagai lagi tempat yang menarik.. nak tau sila google hokay...  
( Info daripada Broucher Zhuhai Culture Sports and Tourism Bureau)

City of Zhuhai

Berbalik pada dimana ianya bermula....hahahah poyo je bunyinya kan..kikiki :P Bertolak dari Melaka jam 11.00 malam dan sampai ke KLIA lebih kurang jam 2.30 pagi...  Megong kejap la kepala dibuatnya.  Sebab jadual asal dari travel agent sepatutnya bertolak pukul 1.30 tengahari tapi telah dipinda sesuka hati jam 6.15 pagi.. hati panas! tapi takpelahh nak jalan-jalan hati takleh panas... nanti tak syokkk ma..Anw  tu jugalah mummy suka booking sendiri.. senang nak susun jadual..  Bila tiba masanya untuk check in luggage,  tambahan luggage yang kitaorang booking takde pulak dalam booking.. perghhh panas panas... so masa yang diperuntukkan untuk tidur terpaksa menyettlekan luggage sahaja ... Untuk makluman setiap tambahan luggage tuk flight Air Asia harganya RM 50 hengget hokay bagi setiap kg.. So luggage asal 40 kg nak tambah lagi 60kg..urmmm So telinga itu hari itu ada asap kepuk-kepuk juga keluar...  Mummy bawak hampir 100 kg untuk dua orang penumpang.. huaaa... bengkok-bengkok jugaklah tulang-tulang mummy.. hahhahaa okay itu mummy tipu! kikiki :P Takpe dunt worry... hal luggage dapat disettlekan dengan amannya + tambahan wang RM 150 hengget sahaja. 

Buku Merah jangan lupa bawa ye....

Jom beratur Check In Luggage ...  Mummy bawak 5 bag Giant size je.. 
Berat? confirmla lagi berat dari mummy. hhehehhehe

Akhirnya berjaya jugak mummy settlekan semua luggage tu. So sunrise dalam flight la  sambil breakfast Nasi Lemak Pak Naseer tu... hehhee So amik gambaq wajib bila dalam flight.. sapa pangai macam mummy sila angkat tangan ! hehehe :p

Nasi Lemak Pak Naseer.. Tetiba rasa makin lama dah makin kurang kick pulak rasa dan texturenya. hahah komen ngalah Chef Wan..:P
 tapi apa kan daya layan je la.. dah lapo nak kebeloq sangat waktu ni. licin! hahaha :p

Syukur Alhamdullilah  mummy dah selamat sampai ke Airport Shenzen pukul  11.30 pagi 15 Mac 2016 aritu dan akan terus bergerak ke GDH Hotel , Zhuhai . Jangkamasa sampai , sepatutnya 2 jam je.. tapi kitaorang sampai lebih kurang jam 3.30 petang. Perghhhh beranak pinak debaran dihati mummy.. kikiki Almaklumla driver sini pun pakai waze tapi dalam mandarin la... so hanya mampu mendengar tapi tak mampu menolong..  So sempatlah jugak berhenti kejap kat RNR dia.. perghhh bau... menusuk ke kalbu toiletnya. T_T 

Gambo dari atas flight Bandar Shenzen.  Kemas dan teratur je.  Awan kepuk-kepuk takde kat sini.. so mood bergambar agak kurang pada hari pertama sahaja.. takpe esok mummy amik gambaq lain pulak okay.. Selfie tak dak... muka belemuih tak mandi.. hahahaha

Pesanan Mummy!

1. Sila bawak botol air kosong. 
Sebab? toilet sini tiada air. Air ada hanya di sinki . hehhehe Bau semerbak walaupun nampak bersih . Kalo nasib korang tak baik... akan masuk toilet tanpa pintu atau berjumpa manusia dalam toilet tanpa pintu.. itu sadis.. pastu lap-lap je.. Tapi ingat bukan semua ye.. Ada jugak yang bersih hokay.. 

2. Sila roaming phone bagi hantu internet! 
Sebab ? Kat sini Google  dan adik beradik dan seangkatan dengannya ( Gmail, Blogpot, Map dll) , di block especially yang guna wifi hotel dan kawasan sekitarnya. Hanya We Chat, Yahoo, Bidoo sahaja dibenarkan.. WhatsApp kadang-kadang boleh, kadang -kadang tak bole ala macam Chipsmore tu! Tapi kalau nak cool je bila travel tanpa  internet /google macam mummy pun bole, just pakai wi-fi hotel je... hehhehe  ( coollah sgt!, menggelupuq jugak takde internet..hehhee :p) 

3. Sila bawak wording-wording penting dalam bahasa mandarin 
Seperti Di mana Toilet ? Dimana restoren halal?  dan lain-lain lagi wording penting.. Sebab diorang hanya tahu cakap mandarin dan kantonis sahaja.. bunyinya akan jadi macam dinasour dan naga berborak... hati jadi panas nanti. English dorang pun kekadang ke laut. 

4. Sila banyak sabar
Sebab? kasar budi bahasanya. hehehehe Kadang-kadang dorang maki kita dalam senyuman bila tawar menawar barang dalam mandarin walaupun muka ada senyum jugakkk...

5. Sila bawa power bank berjenama
Kuantiti dua sahaja ke dalam kabin. Kalo tak nangis tanpa lagu la jawabnya bila kena rampas.. kalo nak try sorok dalam kargo je.. tu bole try.. ehehehe Mungkinkah anda bernasib baik.. rasanya ok je kot... 

6. Sila standby sakit .... sakit hati
Sebab? kalo korang bawak sambal goreng.. Akan ada anjing yang akan bau korang punya beg , salah hari bulan kena punggah kat tempat Collect Luggage > Tengok kawan-kawan kena kesian dibuatnya. Tapi akan daya dah keje dorang.

7. Bawak stok makanan yang secukupnya
Mummy bawak maggi ngan oat je.. tu pun dah cukup. Sebab tu bila balik aritu ramai yang kata mummy dah kurusss... aichechechehhh..hahahaha :P 

Ada je halal food kat sini, antara boleh telan ngan tak bole telan je la. Nasi kat sini pun macam berpulut sikit. Satay kambing kat sini sedap. Sup banyak sup herba. Air banyak  Green Tea... sebab tu semua penduduk kat sini slim slim belaka. Semua saiz S.. cam mummy.. hahahhaa pasan nak mampuih! :p

8. Berhati-hati dengan barangan kulit yang murah
Sebab? barang kulit seperti purse , handbag banyak diperbuat daripada kulit "ba alif ba ya"  apa bunyinya anak-anak..? Babi ye...  Ada 3 titik berbentuk segi tiga. so beware.. especially barang-barang yang cukup murah tu... memang kena hati-hati ! 

Satu lagi nak habaq cuaca kat sini tengah tak menentu kejap panas , kejap kejong ehhh bukan, sejukkkk... !  tapi memang sejuk habis la cuma masih positif lagi bukan negatif... walaupun ikutkan anggaran kesejukkan dalam 14-21 darjah celcius sahaja.  So sapa nak pi sini sila standby. Mummy memang bawak baju tebal tapi kena pakai yang lagi tebal.. ketaq weiiii, nampaknya kena cari baju yang lagi lagi lagi tebal la jawabnya... so mula-mula aktiviti lepas check in hanyalahhh duduk bawah selimut sebab nak gantikan aktiviti tak tido dari pukul 12 malam semalam... hahahahahahhahahha... Sini subuh pun awai 5.15 pagi dah subuh...  Tapi tu biasalah kan sebab pi mana-mana pun waktu solatnya akan berubah-rubah. 

Nota Chenta Adam aka Hero Kecik buat Mummy... Love U la! 
Sorry pic blurr sikit.. ketaq sejukk..hahhaha  Bahasa Mandarin + Bahasa Melayu.
Banyak gunanya hokay.. 

Oklah mummy nak bersiap pi breakfast dan belajaq mandarin sikit-sikit hasil dari tulisan hero kecik. Dia ada jugak request nak ikut sama sebab dia kata , bole tolong mummy translate apa yang orang sini cakap.. Tapi apakan daya datang sini pun atas urusan keje. sob sob sob.  Ish rindu pulak hero-hero mummy ni.  Masing-masing tengah merdeka tu sebab tak perlu  pergi tuisyen tapi sedih la sebab cuti sekolah dorang memerap je ngan daddy dia, nanti mummy balik kita enjoy okay.. 

Agak-agak dorang ingat mummy tak..? Double  sob sob sob.. Semalam ada gak hero kecik text mummy.. tapi mummy cakap jangan kerap sangat sebab message mahal , tetapi sebaliknya berlaku.. memang hero kecik terus tak text dah langsung.. eeeee... kedekut tui dorang ni. Terpaksa suh Mak Usu dia top upkan handset dorang, kalo tak memang takde harapan la dorang nak borak ngan mummy je yang kiut miut ni..ehhh ada kena mengena ker..? hahahaha #muntahpink :P 

Next entry tungggguuuuuuu....
Thanks for reading! Wassallam..

Monday, 28 March 2016

5 Things I Hate The Most

Assallamualaikum... Muah Ciked!

Tudiaa lama sungguh tak hupdate blog.. sejak streamyx kat rumah dah buat hal hampir 2 minggu lebih, mood menghupdate memang kelaut memanjang.... Sorry na, dah lama tak blogwalking, kalo tak, sempat  jugak malam-malam skodeng korang punya blog, layan jiwa katanya.hehhehee. Ni entry khas buat Cik Huda Comey kita yang telah menominatedkan mummy kat SINI..hahhahaha Nomited sungguh aihhh, mana tau bole dapat grammy awards.. ehh!....hahhaa :P

Sebelum tu bolelah korang skodeng blog Huda.. banyak tips  yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama , dah la comey, cutelah pulak.. bukan tu aje ramah tamah lagi.. Mummy suka! Mummy suka! http://hnr318.blogspot.my/

5 Things I Hate The Most

Shopping ngan kawan-kawan

hahahahaha heran tak..? orang lain suka ajak kengkawan shopping, tapi mummy tak suka.. sebab kawan-kawan bukan hantu pink. Nanti dorang asyik komplen je.. balik balik handbag pink, kasut pink, note book pink itu pink ini pink... hahahhaa So sebab tu mummy memang suka shopping sorang-sorang. ! melainkan ngan BFF mummy Mak Encek Fyda kita tu ataupun geng satu kepala.. hehhehe :P memang borong sakan sampai tak hinggat dua. Nasib baik 2, 3, 4, 5 bulan sekali baru je jumpa.. Selamat Purse Pink mummy..:P Bukan tu aje, nak nak kalo shopping ngan kawan-kawan geng poket tebal.. semua nak branded je.. uishhhhhh .. kecik besoo je mummy tengokkan dia.. 

Travel dengan klik yang tak best! 

Ni memang benci gilos la ...! bapak stress hokay! Orang cakap nak jalan bukan senang sebab banyak wang yang perlu dikeluarkan , tapi bila dapat pi, kena pulak klik yang suka memerap dalam bilik yelahh pergi pun atas urusan kerja kan.. ermmm . Almaklum la mummy ni suka amik gambar, suka belajar pasal sesuatu budaya, suka test tradisional food , suka berjalan tapi kalo dah hobinya asyik dok dalam bilik je..ko pehal.. !! Rasa macam nak lipat-lipat je boh dalam luggage hantaq balik.. hhahahahahaaa

Tak dapat balik kampung sebab busy kerja

Sebab sebab..?? sebab tak bole makan masakan free mak hari-hari. hahahhaah Mak masak sedap oooo... so memang benci gilos la kalo sibuk dan tak dan balik kampung... Perghh Sambal Ikan Keli mak.. Kerabu Perut mak... Ikan bakaq mak... huaaaaa Makkkkk orang nak balik kampung...!!! Bukan tu aje.. rindu dengaq mak beletiaq... hadoiii rasa macam radio bergerak tu.. nak nak bila terkandas dalam kereta sebab jadi driver... hahahahaa Orang lain benci, tapi mummy suka..hehhehehe Mampuih la lepas ni mak pertingkatkan serangan meriam dia...hahahaha :P

Bila hero-hero takde

Kadang-kadang dorang duduk ngan daddy dorang, kadang-kadang dengan mummy... tapi bila takde tu, mak aihhh rasa macam... ermmmm  macam nak pitam la.. Kena cakap dengan dinding, tak bole main masak-masak, tak bole lawan gaduh, takleh kemas rumah .. sebab tukang sepah takde .. huhhh.. memang bencila saat tu. Biarlahh hati sakit sebab bergaduh hari-hari, yang penting dorang ada depan mata.hahhaha Pelik pelik pelik.. mummy sapo lahh ni.. :P

Kuih Talam... 

Ehh kuih talam... ?? Kuih talam pun tak benci jugak kerr?? hahahhaa Bukanlahh kawan jenis kuih talam la.. depan baik , belakang tikam.. hadoiii memang tak suka la.. tak best. Kawan nak happy happy.. nak enjoy-enjoy. Berkawan untuk share ilmu, share bahagia , share kesedihan.. tapi ni tak ni tak.. depan baik , tapi belakang , tak yah la nak habaq berkoyan-koyan depan dok hunus keris kat kita.. mampuih la lagu ni..hahhahaa :p

Yeahh akhirnya cabaran disahut! Macehh Huda.. 
Muahhh Thanks for reading ! Wassallam...

Wednesday, 23 March 2016

BoboiBoy The Movie... Best Weiiii....!

Assallamualaikum...

Yeahhh movie time! 

Hero-hero mummy kat umah ni asyik menghitung hari je nak tengok Boboiboy The Movie.. ngan aku aku sekali ikut terjebak.. kikiki.. Dengar cerita hasil kutipan dah mencecah jutaan ringgit .. ehh betui ker? Ish macam bergosip pulak bunyinya... kikiki.   Tu yang buat aku lagi teruja tu. Kena pulak hero kecik asyik update je kat aku perkembangan movie ni. Almaklum la sejak jadi mummy ni, nak tengok tv pun kadang-kadang tak dan , sibuk je ngan keje kat umah. Ntah apa yang aku buat pun aku tak tau.. hahaha .

Sejak dah ada anak-anak genre filem yang aku tengok ni semua berunsur keanak-anakkan.. hahhaa layan kan aje.. walaupun hakikatnya aku ni jenis mudah terhibur bila melihat movie-movie sebegini rupa..hehehe . Almaklum la kalo layan tv.. confirm akhirnya tv tengok aku.. sebab tu aku prefer bawak hero-hero tengok wayang sebab aku bole fokus.... kalo tak memang taklahh.. kejap nak basuh baju, kejap nak masak, kejap nak lipat kain, kejap anak kucing mintak nak makan.. hadoii busy bebenor gamaknya...heheehhee amacam korang sama macam aku tak? hhahaha :p



Berbalik pada Boboiboy The Movie ni, ianya merupakan terbitan Pertama Syarikat Monsta edaran PrimeWorks Studio... Merupakan sebuah Movie berunsurkan animasi yang berbahasa melayu dan ditayangkan dalam masa 1 jam 40 Minit  malahan ianya diklasifikasikan sebagai tayangan Umum dan cukup sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. 

Sinopsis

Merupakan perjuangan Boboiboy and The Team untuk menyelamatkan bumi daripada anasir -anasir luar yang mengganggu gugat kesejahteraan manusia dibumi. Sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak telah tiba dibumi dan menculik Ochobot yang juga merupakan dalah seorang sahabat baik Boboiboy. Geng Tengkotak ni telah turun ke bumi bagi mencari Sfera Kuasa dengan mengggunakan kelebihan tang terdapat pada Ochobot untuk mengenalpasti kedudukkan Sfera Kuasa itu disamping membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa. Berbagai aksi yang menarik serta teknik-teknik animasi yang dapat menarik perhatian untuk kanak-kanak malahan golongan dewasa juga akan turut serta seronok menontonya. Nak tahu lebih lanjut jangan lupa menontonya ye... 

Mummy dan hero kecik bergambo sebelum tayangan bermula. Sila abaikan kelayuan mata mummy yang hampir-hampir pejam tu. Almaklum la lately ni keje menimbun-nimbun...hadoii penat tak yah la habaq... ehhehehe :D

Thanks for reading! Wassallam..

Sunday, 13 March 2016

The Best Dentist in Melaka

Assallamualaikum... Tak jawab dosa, jawab muahh ciked! hehehhe :p

Hehheehe tajuk je omputih. Mummy masih melayu ..hehhehee sekali sekala je jadi omputih celup ni. Kasi canlaahhh.. hahahaha


" Someone could be falling in love 
with your smile"

Mengukir senyuman yang sangat indah  buat mereka yang  tersayang itu bunyinya macam mudah je kannn.... tapi korang kena ingat ye.. ! sekali je korang tersenyum menampakkan gigi yang berlubang sana sini,   ditambah pula gigi kuning bersilau-silau tu ....ehhh! , ditambah ronggak lagiiii ?!  hadoiii senyuman yang kononnya rasa manis tahap potong kaki tu tadi terus jadi mimpi ngeri buat insan kesayangan korang. So tolonglah jangan ambil mudah tentang perkara ini.  Itu adalah aset penting yang perlu kita jaga especially bila berhadapan dengan orang ramai. Penting sangat! Biar muka tak cantik , asal kan mempunyai senyuman yang manis giteww... hahhaha Ala macam senyuman mummy ni ..ehhhhh! pasan nak mampuih...hahahaha #muntahpink


Amacam ada manis tak..? hahahaa .. mampuih dok pasan ja...kikiki :p  Tengok gigi ja, jangan tengok orang.. nanti mummy malu...haihhh :p

Adakah mummy orang yang amat pentingkan kesihatan gigi ? jeng jeng jeng .. Sejak dari kecil memang mummy dah didik oleh mama mummy  untuk menjaga gigi dengan baik... sebab apa? sebab mummy hantu coklat!!! yeahhh Sapa geng mummy?! #giveme5 . Almaklum la tanpa coklat , gelap gulitalah donia! bak kata orang,  coklat kan pengubat segala duka lara dikala strees .. tak gitu ? So Mama mummy selalu je  bawak pergi dentist.. tampal sana, tampal sini, cabut sana, cabut sini.. so kacanglaahh bila jumpa dentist ni ....aicheheh eksenlah pulok! hahahaa :P

Sekarang sikap tu mummy praktikkan pada hero-hero. Nampaknya semangat menjaga gigi itu disambut baik oleh hero-hero malahan dorang pun cukup suka ke dentist tuk check gigi. Relax je..   Sampai hero besaq request nak pakai braces lagi , nak kacak katanya. hehehee well biasalah anak mummy kannn.. kikiki :p

So baru-baru ini mummy  berkesempatan check gigi di Mahkota Medikal Centre  bersama seorang Dentist ni... Tukar angin katanya. Selalu mummy pergi yang kat Melaka Raya , UTC dan Jalan Ong Kim Wee.. tapi kali kita tukar anginlah pulak ye... nak cari Dentist terbaek bukannya senang. Setiap orang ada cara dan gayanya yang tersendiri. Tapi bila cakap bab pengalaman .. serius memang banyak sangat pengalaman mummy dengan dentist ni.... 



Nilah dentist yang mummy jumpa tu.. jap lagi kita citer pasal Dr ni ea...
 sabooo sabooo... hahaha :p

Firstly pasal graham bawah mummy yang satu ni... Ada dua, tiga buah  klinik yang suggest gigi mummy dicabut sebab katanya takde harapan tuk diselamatkan.. pastu dorang kata bole buat jumper atfer that.. Hadoii sedih tau,  gigi tak sakit pun, just berlubang  cuma saiz lubang itu agak besar sedikit..Bak kata orang kalo terjunam jatuh tu, memang takde harapanlah nak hidup..hahaha :p  ermmm  so cari punya cari jumpalah klinik tu yang boleh buat half rawatan akar pastu tampal balik.  Syukur Alhamdullilah everything is fine. Kekallah sampai sekarang dan cukup sihat hokay! 

Makan pun sentiasa je rasa nikmat sebab tu makin gemoks..hahaha :P Nasib baik mummy ni berkeras tak nak cabut.. kalo tak, memang pink colorlah gigi mummy . hahaha :p  Tu belum lagi mummy citer pasal tampalan lubang di gigi pulak.. ada gak doc yang brutal sangat , habis simen-simen putih tu penuh satu muka.. hamik ko , brutal ker idak... macam-macam!


Ni contoh rawatan jumper yang disuggestkan pada mummy sebelum ni.. cabut dulu pastu tu buat gigi palsu dan simen balik.. takmo takmo...

Berbalik pada Dentist yang mummy jumpa di Mahkota Medical Centre ni , Dr Raymond ... mummy hanya membuat rawatan Scalling dan polishing je... Well biasalah nak buang karang-karang gigi ni kalau ada. Almaklum la karang-karang gigi ni wajib dibuang setiap 6 bulan sekali. Supaya ianya tidak merosakkan gigi kekal kita yang cantik molek tu. Firstly gigi kita akan di check sama ada pernah tampal ker idak, cabut ker dan apa-apa rawatan lain. Kemudian ia akan memasukkan gel pink ( wow pink ! teruja u.. I like..!) rasa strawberry lagi.. sebenarnya ianya merupakan  sejenis bius yang akan membuatkan kita akan merasa kebas dan tidak merasai sebarang kesakitan. especially rasa nyilu tu la.. barulah scalling akan dijalankan.. 

 Dr. Raymond sedang melakukan rawatan Scalling keatas gigi mummy yang cantek molek tu.. kikiki :P

Nganga jangan tak nganga..hahaha :P

Tak rasa apa sangat pun...tau tau dah siap..hhehehe... tapi bagi yang rasa tak selesa boleh  angkat tangan and get rest for a while. Servis pun okay.. tak kasar ! Lipstik ai pun maintain je hokay... masih comey giiteww...hahhaa  Pastu barulah polishing gigi dibuat.. Settle..! Senang, mudah dan selesa sangat.. Seriously fully recommanded kat Uols semua.. Harga pun sama je macam kat klinik-klinik luar sana.  So Thumbs Up! for the service... 


Terdapat pelbagai jenis rawatan yang terdapat disini especially 
oleh Dr. Raymond antaranya  


Scalling + Polishing ( RM 85- RM 125)
ada promotion sekarang RM 80 termasuk consultation) 

Tampal ( RM 70-RM 100) 

Implant (RM 7K) 

Root Canal (RM 420- RM 700)

Crown ( RM 750.00 keatas)

Bridge (RM 2250.00 keatas)

Whitening (RM 966 Tengah Promotion )
Entire Pakej RM 1400.00

(Doc Pesan : Sembang-sembang dengan doctor is FREE)
Maksudnya free consultation laa....

 dan pelbagai lagi jenis rawatan.

Inilah Implant atau lebih dikenali sebagai menanam gigi baru bagi menggantikan gigi yang telah dicabut.

 Ni pula adalah gambar rawatan akar... Macam masalah mummy yang mummy telah ceritakan kat atas tadi..

Ni apa ea.. mould untuk jumper tak silap mummy.. menggunakan steel mould.Tak silap la.. nanti mummy betulkan balik kalau salah.

Penerangan oleh Dr Raymond mengenai penjagaan gigi.

Klinik gigi doktor Raymond.. 

Sebarang pertanyaan dan apa juga permasalahan tentang penjagaan gigi bole menghubungi :-

Doktor RaymondPall Singh Kler 
Mahkota Medical Centre Sdn Bhd
No.3 Mahkota Melaka,
Jalan Merdeka ,
75000 Melaka

Dept : Dental Centre , Ground Floor
Tel : 06 - 285 2999 Ext 2919

Website : www.mahkotamedical.com

Thanks for Reading.. Wassallam..

Wednesday, 9 March 2016

Patah Lagi... Spec ke 10 Adam!

Pagi Jumaat 4 Mac 2016

Phanggg!! dari pintu sliding door sayup sayup kedengaran hero kecik nangis.. " hadoii perang lagi " bisik hati kecil aku.. Apalagi berlari-lari anaklah aku persis Watson Nyambek melihat apa yang telah  terjadi..   sudah ku duga Spec Adam patah lagi... Patah terus, cerminnya pulak jatuh berterbangan, manakala bingkainya melantun  ntah dimana. ok ayat novel sungguh aihhh!

Rasa macam nak tepuk je dua manusia depan aku ni, nampak kecik je..! pantas tangan aku mencubit Mukhriz .... rupa-rupanya dia marahkan adiknya sebab tak bagi makan dan minum hamster dengan cara yang betul... Apalagi wrestling la di pagi hari.. rasa macam nak pang pang pang je..  tapi bila mengenangkan cahaya pagi pun belum menjengukkan mukanya lagi.. aku cuba berpositif sebaik mungkin...  so khutbah pagi menggantikan siaran Hot fm arini.... so tahanlah telinga sbb telinga mummy dah penuh asap berkepuk-kepuk ni cuma taik telinga je dok hold dalam lagi... hahahah :p

Inilah rupa hamster gemok yang telah menyusahkan hidup aku dipagi hari. Babab muntot demoks tu baru tau! eeeeee geram aku tengok. Makan tido je kejenya. Nak jaga pewott hang punya pasai anak-anak aku bercakaran..eeeeee

Spec yang telah tamat diriwayatnya. hurmmm sedih mummy tau!

Sebagai ganti atas ketidak sabaran Hero Besaq mengajar adiknya memberi makan dan minum kat hamster dengan penuh kesopanan dan kesusilaan dengan itu aku membuat keputusan hero besaq kena bayar balik harga spec adik dia petang ni... so aku harap lepas ni dia akan lebih berwaspada atas segala tindak tanduk dia kepada hero kecik., tetiba terdetik dalam hati .. maybe aku masih tak pandai jaga anak lagi kot.. adehhh tetiba jauh disudut hati  , ianya berlagu sayu... :((  so mood keje aku aritu bercampuk aduk dengan kusutnya walaupun senyuman masih terbit dibibir. Well biasalah pompuan! benda kecik pun bole jadi besaq .. hahhaha hepp senyum sikit2 udahh... 

Petang Jumaat 4 Mac 2016

Lebih kurang jam 5.00 petang aku dah sampai dipintu gate depan transit school Hero kecik.... hati rasa kesian tapi bila mengenangkan perangai dorang.... rasanya aihhh macamm.. tut tut tut tut.. paham-paham sendiri je la kan... Kita ni tempat anak-anak luahkan perasaan yang adakala marah, sedih, gumbira dan pelbagai lagi perasaan so kalau kita ni mummy yang menjadi tempat luahan perasaan ni asyik emo je memanjang kan susah.. tak pasal-pasal anak-anak ni cari mummy baru tuk luahkan perasaan .. kan tak ke naya lagu tu.. kannnn

Kelihatan hero kecik pantas memasukkan spec yg dah patah sebelah ke dalam kocek.. susah bagi dia nak melihat kalo takde spec sebab hero kecik sekarang routation dia dok kat meja belakang sekali ( kelas hero kecik ni ada buat routation tempat duduk) .. ni semua bahana baca buku dalam gelap dan juga tengok tv dekat-dekat la. errmmmm

Aku rasa ini adalah spec yang ke berapa ea.. lebih dari 10 kot sejak dari standard 1.. so korang paham-paham je la betapa lasaknya hero-hero mummy ni.   Ada yang masuk lubang jamban, ada yang terbelah dua sebab diduduk Hero kecik, ada yang cermin patah sebab langgar tong sampah balik dari mengaji.... ish ish ish serius sampai tak terlistinglahh memori kisah spec Hero kecik ni... pengsan wooo! Aku rasa baru je lagi kot tukaq spec baru ni.. hujung tahun lepas tak silap. Memang menangislah kalo citer bab tukang spec hero kecik ni.. dah sampai nangis tanpa lagu tau tak?!

Biasalah bila dah selalu tukaq spec ni aku kenalah cari kedai yang best servicesnya dan harga yang cukup reasonable tuk aku yang masih ditahap kais pagi makan pagi kais petang makan petang ni.. huhuhu


Check power dulu. Nampaknya makin bertambah..urmmm

Jom kenal huruf.. hahahha hero besaq yang dok pulon gelakkan adik dia sebab salah sebut dan tak nampak huruf dan nombor yang terpampang di screen.

Alien tanpa leher..hahaha :P

Peace yoo!

Turn hero kecik check mata hero besaq pulak sementara tunggu spec siap.. Habis tuan tanah kedaung gelak sakan tengok telatah dorang sampai mummy rasa nak kita-kitai je hero-hero ni.. eeee

Selfie bersama tuan tanah kedaung Mr .Vincent Chan. Sporting dan tahan melayan kerenah hero kecik yang bole tahan pengsan la lasaknya. Bab soklan-soklan yang masuk dan tak masuk dek akal pun dia bole jawab dengan selambanya pada hero kecik.  Harga kat sini semua tip top! paling murah dan paling mahal semua ada. Servis pun pantas.. 1/ 2 jam je dah siap ..siap dengan kanta baru.Tak payahlah tunggu dua hingga 3 hari nak siap dan menyusahkan hero kecik nak belajaq sebab musim exam telah tiba. Thanks bos..!

Pro-V , Project Vision Eyewear
147G, Jalan Kesidang 1/10,
Taman Kesidang Seksyen 1,
75250 Melaka

Tel No : 019-6669099

Thanks for Reading! Wassallam..