Saturday, 30 April 2016

Kenapalah kita ni kuat berangan kan?

Assallamualaikum....

Apa sebab kita ni berangan ataupun lebih kepada suka bercakap seorang diri ?  Kegilaan atau satu bentuk kekurangan mentalkah? Hope korang takdelahh sampai ketahap itu okay....AMARAN KERAS : JANGAN !

Sapa yang tak pernah berangan kan..? cer citer cer citerr.... Pastu naik jerawat. Padan Muka !  macam mummy la tu... hahahaha :P tapi kalo berangan nak sampai ke bintang apa salahnya kan. Tapi kalo berangan nak kawin ngan anak raja.. ok tu memang patut naik jerawat.. :P

Tapi serius kali ni memang mummy berangan.. tapi bukan berangan yang itu, berangan yang itu kena rahsia , mana boleh habaq kat hampa.. Pecah rahsia! hahahhaha Syhhh gelak pelan-pelan sikit na... Yang mummy angankan kali ini adalahh Mummy berangan nak makan BUAH BERANGAN..!

Ada tak kat sini tak tau buah berangan ... Tak tau? hadoiii sedihnya. Hilang satu nikmat donia! Jom kaji sikit pasal buah berangan ni..

Ni lah pokok buah berangan

Buah berangan yang tajam dan keras

Hah.. tulah isinya  . Buah berangan dalam kulitnya yang tajam.

Ingat senang nak kopek buah berangan ni, kulitnya je dah la keras... tajam pulak tu. So no wonderlah buah berangan ni mahal harganya. Proses nak sampai ke mulut kita tu memang azab rupanya. Korang tu tau makan je, pastu komplen mahai.hahahah Eh! tercakap tuk diri sendirilah pulak.hahahhahaa :P


Bila buah berangan dah siap diproses ianya akan digoreng dan dikacau dengan menggunakan biji-biji yang berwarna hitam itu selama 45 minit..hadoiii lenguh tangan.. Sebenarnya tulah petua nak bagi buah berangan ni sedap dan manis. Goreng dengan tangan!

Nilah rupa buah berangan yang dah siap digoreng.


Apalagi ngap ler...! Sedap weiii... Mummy beli dalam satu bekas kecik ni , adalah dalam 15 biji yang kecil harganya  RM 9.00 .Memang mahai la kan.Tu la mummy dok google awatla mahai sangat. Kalo korang macam mummy ni.. jangan marah tuan kedai, sila kenal pasti puncanya kenapa ianya mahal. Ingat titik peluh petani yang menggambil buah ni, tangan yang tercucuk duri dan penukul yang diketuk untuk mengeluarkan isi buah berangan ni. Barulah bole makan dengan aman. hehheheehe..

Ok selamat makan & SELAMAT BERANGAN .. Yum yum ! 
Thanks for reading.. Wassallam

Note : Autopublish 30/4/2016  I 10.30 AM


Friday, 29 April 2016

Sedapnya Nasi Arab kat Hadramawt Palace Restoran Melaka

Assallamualaikum....

Sapa suka makan nasi arab? angkat tangan cepat! hehehehehe. Mummy dan hero-hero memang suka makan nasi arab especially hero kecik. Bole bertambah-tambah kalau dia makan . Padahal nasi arab punya posion kalau yang small tu bole makan dua orang tapi ni tak.. dia sorang pun bole habis... see the badan la..hahahhaa :P

Sorrylah entry kali ni takde muka hero-hero sebab semua dah bad mood sebab dah mengantuk, lagipun mummy ni jarang keluar makan malam kat luar melainkan dengan family. So semua tak nak amik gambar.. dah kenyang masuk kete terus tidur.. adoiii... manalah tak kembang. 

Restaurant  Hadramawt Palace ni sememangnya terkenal dengan hidangan tradisonal dari Yemen dan Lubnan.. Malahan tukang masak kat restoran ni sendiri pun berasal daripada sana. Takde langsung orang kita kat kitchen dorang. Master Chef dia pun dari Eygpt . Lain semua dari Yemen, so tak heran la kalo makanan yang dihidangkan asli  dari sana rasanya.

Lokasi 

Hadramawt Palace Restaurant
No.15, Jalan PN BB2, 
Pusat Niaga Bukit Baru,
Mukim Bukit Baru , Seksyen IV
75150 Melaka

Waktu Operasi
11.00 pagi -11.00 malam
( Tutup : Hari Raya Puasa / Hari Raya Haji sahaja /
Hari pertama puasa )

Tel No
 06-2866662
011-40444144 ( Reserve Line)
016-642 6776 ( En Hisham-Manager)


Mula-mula meh kita tengok menu apa yang best kat sini. Nampak menarik je . Ni kali pertama makan kat sini tau. Jom kita tengok apa menu best...

Mestilah Nasi Arab Mandy yang jadi pilihan. Memang sedap! Ni medium saiz harga pun tak mahal RM25.00 satu pinggan besar ni. Kalau yang smal RM 13.00 , besar RM 40.00..Mummy makan kongsi 4 orang. Hero kecik dan besaq serta Farah dan juga mummy.

Mr.Chicken tido mengiring. Letih gamaknya kot.. :P

Ayam tido mengiring ni..bak kata Hero Besaq " Lembut gilosss!" So sedaplahh tu kan...

Yang ni pulak Mandy Lamb  . Small RM 22 , Medium RM 39, Large RM 65.

Lamb Kebab RM 16.00

Fasha Sanda.. ehh bukan la , Fahsa RM 17.00

Bar tender dia. Style Arab gitewww... Colorfull!


Geng makan malam tu. Tengok siap bawak botol air isi Susu Coklat lagi hero kecik.
Last-last tak sempat nak tido dah terbongkang kekenyangan.hehehe :P

Waktu mummy and the geng datang , restaurant ni dah penuh dengan orang ramai  so kalau nak datang mummy suggestkan korang booking meja dulu kalau nak datang. Especially pada  waktu malam takut lama je nak menunggu .. 


Roti apa tah.. sedap gak.. 

Lepas makan wajib la ada buah-buahan kan. Tembikai susu tu manis gilos. Jarang pulak jumpa yang manis gilos macam ni.Yummy!

Ada lagi... Teh dan Teh o sebagai pencuci mulut. Cawan dia kecik je  .
Sama macam chinese style bezanya ada pemegang dan takde pemegang.

Muka kenyang masing-masing.. 

Dewan untuk majlis -majlis tertentu seperti Majlis Perkahwinan, Hari Jadi dan pelbagai lagi. Ianya boleh memuatkan lebih kurang 300-500 orang tetamu dalam satu-satu masa. Tak silap mummy harga paling rendah lebih kurang RM 29.00 satu kepala untuk majlis perkahwinan.. Semua disediakan termasuk pelamin , pengantin hanya perlu bawak badan  yang dah siap berhias sahaja.

Selain itu juga restaurant ni ada menyediakan buffet Ramadhan tak lama lagi. Tapi kena booking dulu tau. No telefon mummy dah letak kat atas. :D

Berangan kejap jadi MC walaupun takde talent. 
Asal jadi MC je cakap mengalah Bullet Train laju dia..hahaha :p so posing pun jadilah.


Posing bersama orang-orang kuat Hadramawt Palace Melaka. Memang terbaekk!

Thanks for reading! Wassallam..

Note : Autopublish 29/4/2016  I 10.00 AM

Thursday, 28 April 2016

4 Things Real Estate Investors Can Expect in 2016

One of the most lucrative investments to make a few years ago was in real estate when the bubble was still fully intact, but as everyone knows, it burst eventually. However, as the economy and the property industry it self continues to recover, prospectors are once again looking to market for potential investment opportunities. The overview of 2016 for real estate is that the market is still evening out and regulating itself. The GDP will show a little less growth than in 2015, but unlike an economic crisis, it’s not fluctuating wildly. Keeping the market steady is important, and as 2017 creeps up, it’s more essential than ever to continue to monitor trends. Here are four things that investors can expect in the Malaysian real estate market for the rest of the year.



1. What Was Expected, and What to Expect

To summarize the Malaysia property market, PropertyGuru Malaysia simplifies matters by stating that the national economy is slated to slow down in 2016. However, that also doesn’t mean that the market is about to crash. The growth of the GDP will grow by a predicted four to five percent this year, as opposed to a solid five percent in 2015. This isn’t an indicator of a downward spiral, but rather, a slow recovery. However, although this is good news in the long run, that doesn’t mean that it’s the perfect time to invest. Generally speaking, there are a lot of pros and cons when it comes to real estate investment at all times, no matter what the economy is doing. However, the reasoning behind purchasing real estate for investors versus would-be homeowners is very different. While the market isn’t bad for people who are looking to purchase property they intend to reside in, investors should be more wary.

2. Property Market Trends and Predictions

According to the Malay Mail Online, experts predicted earlier this year that for 2016, the first half would see real estate transactions total at RM35 billion, as compared to RM36.38 billion in the first half of the previous year. In other words, the market will not fluctuate wildly, nor will it crash. Although seeing profits skyrocket is always desirable, in the long-term, it’s actually best for investors to allow the market to stabilize and develop again, rather than forging forward without recognizing the trends. Right now, the market is not prime for investors, but it’s not continuing to spiral downward. The state of other economies as well, such as China and Singapore, will also directly impact how real estate fares in the second half of 2016.

3. The Current State of the Real Estate Sector

The Star Online points out that although investors might be willing to pay high prices for choice real estate, there’s no guarantee that rental prices will then match the amount. This is another way of saying that if you’re hoping to break even with only a small margin of error allowed, it’s not the right time to invest. Buyers with more leeway to absorb losses and who can afford to fail, but want to try nonetheless, are the only major real estate investors in the current market. Any smart investor will wait until market prices match what rental incomes can be, and then go from there. If you’re an investor with a solid but humble financial portfolio, now is not the right time to purchase property. Watch the market as it recovers, and wait for demand to also meet supply. In order to adjust due to the Malaysian real estate bubble pop a few years ago, many developers halted building new units until the residential housing market was ready to pick back up. As such, if you’re being financially conservative, then don’t jump in when the market is still cloudy and in recovery.

4. Continued Power of Online Search Portals

As is to be expected, the power of the Internet continues to be a force to be reckoned with even outside price trends and market values. Sites that allow investors to search properties and compare prices at the click of a button empower buyers and brokers alike, presenting a snapshot day by day of what the real estate market is actually doing. Keeping in tune with these tools is especially important to investors monitoring the mood of the market, including both buyers and renters.

Overall, real estate can be a risky business if you jump in headfirst without a plan. Many investors just a few years ago were rash, completely absorbed into the fantasy world of when real estate was at its peak and garnering huge profits. However, that all ended after the worldwide economic recession and the backlash of the Malaysian real estate bubble popping. The best advice investors can take in 2016 and going into next year is that sure and steady is the best advice possible. Keep your eye on exactly what you want your investment to bring you and for a time when the market is up. That’s the time to invest.


Movie Time! The Jungle Book

Assallamualaikum...Hi dari rimba!

Mummy dan hero-hero ni memang suka tengok wayang, selain suka jalan  kat tempat-tempat yang best-best! Tapi kali ni special sikit...  lebih kurang seminggu movie ni keluar ,  baru mummy dan hero-hero pi tengok. Padahal selalunya bila ada movie cartoon baru je berdesup kitaorang  pi tengok . Nak tau  sebabnya ? Nak tengok kat kampung dengan Mak Usu hero-hero ni la. Cian mak usu takde kawan, tak kan nak ajak Tok dan Wan pi tengok wayang pulak la kan.. Confirm tak akan dilayan. hhhehehe
Mummy tengok poster je dah teruja, seorang kanak-kanak yang hidup  didalam rimba bersama-sama binatang buas.

Muka excited dapat pi tengok movie peberet

Yeahhh sayang Mak Usu.. Mak Usu kann belanja Pop Corn....Muahh ciked! Sayang ada makna na.. ..hahahha :p

So planning punya planning .. akhirnya dapatlahh aku tengok . Best sangat! Bukti? Pop Corn Giant mummy tak habis sebab dok melopong tengok Si Mowgli tu , kalo tak asyik gaduh je tak cukup..hhahaha. Panggung pilihan aku kali ni TGV kat Aeon Alma Bukit Mertajam.  Kat TGV ni harga tiket  agak mahal sikit kalau bukan member jika nak dibandingkan dengan GSC . So harga tiketnya RM 50 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. 




Sebenarnya Movie The Jungle Book ni memang dah lama ditayangkan cuma dalam pelbagai versi yang berlainan.. yang belah kiri ni Poster Movie pada tahun 1994, hah! lama kan.. Yang belah kanan ni versi cartoon. Memang memikat hati kanak-kanak sungguh la kan... Bukan takat kanak-kanak , mummy yang dah tua ni pun teruja tengok.. hehhehe :D

Sinopsis 

Mengisahkan seorang anak seorang pengembara yang bernama Mowgli dimana  bapanya telah dibaham harimau  iaitu Si Raja Rimba Shere Khan.  Mowgli ditinggalkan didalam sebuah gua  dan telah dijumpai oleh seekor harimau bintang bernama Bagheera . Kemudian Bagheera telah menyerahkan Mowgli kepada sekumpulan serigala di rimba dan dibesarkan oleh nya. Malahan ibu serigala iaitu Akeera , Mowgli anggap seperti ibunya.

Disitulah bermula kehidupan  yang penuh pancaroba Mowgli dari kecil sehingga meningkat remaja. Namun sejak kehadiran Raja Rimba Si Shere Khan ianya mulai berubah. Acap kali Shere Khan mengganggu kehidupan mereka sekeluarga. Ianya terjadi sewaktu  Mowgli bertemu dengan Shere Khan sewaktu sedang meminum air dikolam . Baginya Mowgli tidak layak tinggal di rimba. Desakan demi desakan oleh Shere Khan agar Mowgli pulang pada kehidupan manusia , Bagheera dan Akeera akhirnya bersetuju.  Dengan harapan Mowgli tidak diganggu lagi walaupun Akeera agak keberatan melepaskan anak manusianya itu pada mulanya.

Sepanjang perjalanan Mowgli kembali ke tempat asalanya pelbagai peristiwa telah berlaku, antaranya Mowgli berjumpa dengan Ular Sawa yang nyaris membelitnya namun telah diselamatkan oleh seekor beruang yang bernama Baloo . Namun atas pertolongan yang diberikan oleh Baloo itu, dia meminta sesuatu sebagai balasan dengan mengambil madu lebah untuknya. So berbagai peristiwalah yang berlaku selepas itu sehingga membuatkan Baloo dan Mowgli menjadi sahabat baik. Nak tengok dengan lebih lanjut sila menonton ye. Best! Kanak-kanak pun sesuai untuk menonton. Dia punya excited sampai nak ngap Pop corn bole terlupa ..hehehhehe . 


Trailer The Jungle Book. Mummy suka cinemaphotography nya.. menarik! Dua tiga kali jugaklah mummy menjerit mengalahkan budak-budak dalam panggung..Cehh! buat malu je.. Tu la sapa suruh Shere Khan tu keluar tiba-tiba. Babab kang!  Next movie.... Adakah Iron Man ? Tak pun Kung Fu Panda Ish  best jugak ni..hehehehehe Tungguuuuu....

Thanks for reading! Wassallam..

Wednesday, 27 April 2016

Bila El-Nino menjelma dan Cara kekal sihat di musim panas

Assallamualaikum...

Berjumpa lagi wahai hujung minggu... walaupun dah berakhir hujung minggu, tak kira mummy nak citer jugak. Cuti-cuti ni memang lah best dok umah kan, memerap , lepak, tengok tv, hadap hero-hero, masak .... ehh! macam-macamlah bole buat bila tiba hujung minggu ni. Kena pulak musim El-Nino ni. Lagipun minggu-minggu sebelum ni kan mummy dah  sibuk berpicnic bagai  , so ini minggu kita kasi rehat jugak itu badan.... Amma!  Hari ni jelahh esok tak tau lagi.. almaklumla kaki menggeletis nak berjalan ni  susah sikit nak janji dok umah.... hahahaha ... citer je pong pang awai-awai  Propa je lebih..podaaah! hahahahha

Sedang enak-enak melayan televisyen... 

" Mummy sapukan bedak kat kita" pinta Mukhriz dikala Citer hindustan di tv sedang mendodoikan mummy.. hahha well biasalah mummy... kikiki Selalunya tv tengok mumy bukan mummy tengok tv... :P 

Dihulurnya bedak dashing.. Apahal bedak dashing.. Pegi amik bedak Cuticura tu... arah aku. Ada ker patut badan gatal-gatal disuruhnya bubuh bedak dashing.... hahhhaa.. Bedak Cuticura ni milik hero kecik, so waktu dia takde ni, nilah peluangnya kita melenjankan bedak dia..hahahahaa #gelakjahat

Ni lahh bedak cuticura ni.. Rasanya dah berkurun jugalah jenama bedak cuticura ni berada dipasaran. Ianya cukup berkesan untuk menghilangkan ruam-ruam badan disebabkan oleh El-Nino . Sapa yang tak pernah pakai memang rugi gilos la..nyaman bakhang!

Abam mummy yang  gagah perkasa sorang  ni sebenarnya memang ada masalah kulit sikit, takleh panas, habis satu badan naik ruam dibuatnya. Almaklumlah rumah tak ada air-cond , ginilah rupanya.... Tu pun dah cukup bersyukur tak perlu hadap bil elektrik berkepuk-kepuk bila El-Nino ni muncul. Hanya perlu bedak Cuticura yang tak sampai sepuluh hengget ni.hehheeh

So apalagi sesi sapu menyapu bedak seluruh badan pun bermula. Habis jugaklah satu botol.hahahahahaa Sebenarnya dah bertahun usia bedak ni terperap je kat bilik tu , ni kira peluang untuk menghabiskannya lah. Apalagi aksi-aksi tuang menuang dan sesi menyapu bedak pun bermula. Ikutkan bole je dia sapu sendiri, tapi manja punya pasal aku sapu kan ajelah. Waktu ni lah nak manjakan dorang, dengan hasrat pelaburan mummy ni, bila mummy dah tua dimanjakan pulak.hehehe  hasrat je la , hasrat tercapai atau tidak tu belakang kira. Yang penting kita laburkan dulu. hehehehe

Hero hindustan mummy bersama bedak cuticura.. hadoii macam-macam betui kerenah anak ni la..

Video Ringkas sebagai rujukan kita bersama sewaktu musim panas ni.

Cuaca panas dan kesannya disebabkan oleh El-Nino
video

Apa itu strok haba dan cara mengelakkannya
video

Tips Kekal sihat di musim panas
video

Video ringkas sumbangan Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Cik Myra. Thanks Cik Myra atas video yang best ni. Moga ianya bermanfaat untuk semua yang menontonnya...

Thanks for reading! Wassalam...


Note : Autopublish 27/4/2016  I 1.00 PM

Tuesday, 26 April 2016

Tempat menarik di Pulau Pinang I Pulau Aman ... kecil tapi menarik!

Assallamualaikum... JKalo jawab  muah ciked! hehehhe

Yeahhh Balik kampung!.. Sebenarnya banyak kali dah berjanji ngan hero-hero ni nak balik kampung, tapi tulahh asyik busy je... kali ni bila tiba  Cuti Melaka Bandaraya Warisan Dunia , apalagi berdesup mummy amik cuti tambahan dan berangkat pulang ke Penang! Oh.. kampung halaman ku yang dirindui gitewww... eee overnya! hahahaha :p

Lagipun balik bukan waktu cuti umum satu Malaysia ni best.. Jalan tak jem,  bawa kete pun smooth je.. heheheh I like!  

Destinasi percutian pendek kali ini... jeng jeng jeng

Pulau Aman

Merupakan sebuah Perkampungan Nelayan yang terletak didaerah Seberang Perai Selatan yang mempunyai keluasan 288 ekar sahaja. Kenderaan utama yang terdapat disini hanyalah  motosikal dan juga basikal, tapi kalau jalan kaki pun tak ada masalah , jarak  dari  rumah ke satu rumah yang lain pun dekat je. Penduduk pun bole dikira dengan jari. Dulu waktu zaman sekolah mummy selalu je lepak ngan kawan-kawan kat sini. Tido pulak kat rumah kawan mummy , Si Nanie tu.. hehhehehe Panjat Bukit secoet kat Pulau Tu.. Mandi manda .. ehhh! terimbau kenanganlahh pulak.. kikiki. 

Tiket Bot 

Dewasa : RM 6.00
Kanak-kanak : RM 3.00
(Bot di Jeti Batu Kawan )

Untuk ke sini dari  exit Tol Bukit Tambun.
Lepas bayar tol jumpa simpang belok ke kanan ( Bukit Tambun / Pulau Aman )
 Terus je, jumpa traffic light belok kiri, terus lagi .. ikut je signage ke Jeti Pulau Aman.

Masa/ Operasi  Bot 

10.00 pagi , 1.00 tgh , 4.00 ptg, 7.00 malam ( Weekday)
Lebih kerap ( 10 minit sekali ( Weekend)

(Jarak perjalanan mengambil masa 10 minit je.. Tak sempat pun nak lelap mata.)


Selfie dulu sebelum naik bot... 

Dalam bot.. waktu ni semua okay lagi, bila balik ada orang tu mabuk laut. hahahhaa
Ngalahkan pompuan! sapa dia? Sila baca sampai habis ye.. keh keh keh :p

Yeahhh dah sampai.. Ni lah Pulau Aman..

Jeti Pulau Aman.. comel je

Souveniar Shop.. Banyak hasil kraft penduduk kampung. 

Apa yang bestnya kat Pulau Aman selain pantainya... ? Ni hah petanya.
Ada Telaga Emas, Batu Payung  dan lain-lain lagi.

Jalan-jalan sekitar kampung ke pantai tuk bermandi-manda.. hehehe :D
Sila pakai sunblock , nanti rentung!

Pokok yang paling banyak terdapat di Pulau Aman ni. Pokok Sukun.
Ish buat sukun goreng pun sodap ni. Pastu cicah ngan sambal kicap... perghhh marvellous!

Kat tepi-tepi pantai ni ada je chalet tapi chalet tepi hero besaq berposing ni macam dah uzur . No phone pun takde.. So susah sikit mummy nak suggest tido kat sini. balik hari pun dah ok. Sekejap je nak explore pulau ni.

Suasana dipantai. Ramai gak family yang berkelah kat sini walaupun matahari terpacak tepat atas kepala. Merelit merelap la jawabnya! panaih aihhhh...

Pastu sepanjang jalan ada je tempat-tempat excersice kat tepi-tepi pantai ni.
Hero-hero mummy suka la termasuk uncle dia ni.. hehhehe


Jalan punya jalan.. finally jumpa port yang kitaorang nak.. yeahh! dulu pegi tempat ni ada orang chop dah. Apalagi bila dapat port ni lompat bintang lima(5) kali la mummy. Mummy suka sikit sebab bole mandi bawah rimbunan pokok. Tak kena panas. Kulit pun tak sun burn. hahahahahaha redup je... kikikiki Pastu kat tepi tu ada Telaga Emas. Bole bilas badan nanti dengan air sejuk. Tak masin pun walaupun bersebelahan dengan air laut. Lagipun port ni ada buaian.  Bole lah feeling -feeling jadi bawang putih kejap..hahahahah :p

Sebelum mandi kita main buaian dulu..hehhee :D

Hero-hero mummy dan unclenya. Kunun nak jadi macam uncle badan ketak-ketak keding tapi lupa diri  gamaknya makan tiga (3) pinggan... hahhahhahaaha  Bertabahlah !

Mak Usu ngan Hero kecik feeling ombak rindu pulak..hahahahah Macam-macam peel adik-adik mummy ni..hahahhaha

Ni namanya bergayut monyet. hehhee

Geng berkelah aritu. Tok ngan Wan hero-hero tak join sekali. Ada keje katanya. Pak Ngah pulak busy je memanjang so dia tak dapatlah balik kampung tuk join sekali. 

So buat Pak Ngah sila santap mata jelah ea...hehhehe :D Ala kalo Pak Ngah ada pun bukannya nak ikut. Suka sangat dok umah memerap dalam bilik macam pompuan. Hahahahah gelak sedas!

Tempat berkelah weols! Bumbung biru tulah Telaga Emas.

Kisahnya dulu ada seorang penduduk kampung sedang berjalan-jalan ditepi pantai untuk mencari punca air untuk dibuat perigi tuk kegunaan penduduk kampung. So dia terjumpalah mata air ni.. apalagi gali dan galilah dia. Tiba-tiba... jeng jeng.. Dia tergali ada satu benda keras..... korek-korek punya korek kelihatanlah sebuah telaga emas. Apalagi dipanggilnya orang kampung untuk menyaksikannya sendiri. Tapi apabila orang kampung muncul yang ada hanya sebuah batu yang berwarna kuning sahaja. So sebab itulah Telaga itu diberi nama Telaga Emas.. :D


Dah habis bilas badan dan puas badan berendam kat pantai. So kitaorang pulanglah ke tempat asal. Adalah 3, 4 jam jugak kitaorang berendam.. hahahahaha Biasalah sekali sekala jumpa ayaq laut . hhehehe  Eh!lupa lak nak cakap, Pantai ni bukannya pantai pasir, ni pantai batu... so standby la mandi pakai kasut ea takut kaki berlubang je pijak batu-batu kat laut tu..hhehehe 

Hero lecik tumpang buaian di tepi pantai yang ada kat situ.

Mummy dan kekasih terang-terangan. 

Pemandangan di Pulau Aman.

Yeahhh berakhir sudah short trip ke Pulau Aman. Nak amik gambar ramai-ramai dah tak bole dah sebab Uncle Ejoy dorang mabuk laut.. hahahaha jenuh dok pakat gelakkan Uncle dorang ni. So  mummy titipkan gambar hero besar lompat sebagai penutup ngomellan kali ni..hehheheehe 

Thanks for reading! Wassallam...