Tuesday, 31 May 2016

Mother's Day High Tea with Celebrity Chef Wan

Assallamualaikum... 
" Ibu .. Ibu.. engkaulah ratu hariku , bilaku berduka .. ibu  hiburkan selalu...
Ibu.. Ibu.. Engkaulah Ratu hatiku... Tempat menyatakan kasih .. wahai ibu "
Petikan lagu P. Ramlee 1953...
Korang ingat lagi tak lagu ni.. hah ! ni lah lagu yang sering kita nyanyikan tu , malahan banyak dinyayikan semula dalam iklan seperti fernleaf dan lain-lain lagi  media.  Cukup mendayu-dayu !

Malahan ia juga  akan mengingatkan kita tentang betapa besarnya pengertian seorang ibu yang tidak mampu digantikan dengan apa-apa sekali pun,  jika nak dibandingkan dengan tumpahnya darah sewaktu melahirkan kita dan tak terbalas dengan susu ibu yang mengalir dalam darah kita. 

I Love U mama..! 

Tapi bagi aku ,  ucapan ni bukan hanya perlu diucapkan pada hari ibu sahaja.. malahan hari -hari adalah hari ibu bagiku... Hah! Dah jadi ibu aka mummy ni lagilahh sangat mengerti.. hah! baru tau susah senangnya.. Rasain kamu...


8 Mei 2016 adalah sambutan Hari Ibu. Pasak kuat-kuat kat kepala tu. Hari penghargaan untuk ibu..  So aku berkesempatan meraikan diri sendiri dengan " Sambutan Hari ibu di Ramada Hotel bersama Chef Wan " hahahaha... Reward tuk diri sendirilah katakan. 

Hah ni korang kenal tak? kalo tak kenal tak tau la..hhehhehe

Chef Wan sedang mengusik salah seorang tetamu yang hadir pada hari itu.

Dewan full house okay. So kalau full house paham-paham sendiri je la ea.. 

Pelbagai aktiviti istimewa yang telah disusun oleh Ramada Plaza Hotel ni untuk ibu-ibu yang hadir. Yup meriah sangat!  Antara aktiviti yang telah disusun antaranya demontrasi masakan oleh Chef Wan , Ceramah pemakanan yang sihat oleh Doktor dari Putra Hospital, Special Talk oleh Chef Wan , Zumba  , cabutan bertuah dan juga games tuk ibu-ibu yang hadir.

Mother's Day High Tea with Celebrity Chef Wan 

Tarikh : 
8 Mei 2016

Masa : 
12.30 petang - 4.30 petang

Lokasi : 
Bunga Raya Grand Ballroom Level 7 , Ramada Plaza Hotel

Harga :
RM 98 Dewasa , RM 68 Kanak-kanak. 

Bukan tu sahaja makanan yang dihidangkan juga memang menguji diet mummy aritu.. Perghh mantopsnya menu dia.  Jawabnya memang keje mummy aritu berulang-ulang ke meja buffet makanan la.. Ada Dim sum, Pizza , Pelbagai Variety Pasta  , Dessert .. ehh macam-macamlah menu. Naik juling la nak pilih. hehehe

2 orang mak sorang bakal mak..hehehhe :D Kiri Blogger Kak Z, kanan Blogger Farah

Akhirnya diet mummy hancus. asyik makan je kejenya. Pizza tu sedap! kalah dominos.. hehheeh Walaupun mummy tak berapa suka makan pizza, tapi pizza ni telah mummy buat jatuh cinta la. Aduish!

Sushi Otak-otak. Lain dari yang lain. Sedap!

ABC... Boleh suka-suka hati je nak isi apa..Syokk! 

Zumba Time! habis semua mak, mak diangkutnya untuk turut serta berzumba. Best! walaupun ada yang kecam kenapa buat zumba tuk event Mother's Day ni? lex lex sudah... Mummy tengok enjoy je mak-mak yang ada kat situ. terserlah keseronokkan disitu. Lagipun yang nak berzumba ni pada yang mampu la.. yang tak mampu mummy tengok dorang pun turut serta bertepuk tangan.. So mummy simpulkan kebanyakkan dorang yang hadir enjoy!

Selain itu juga terdapat pelbagai yang disediakan oleh pihak Ramada  Plaza  Hotel ni. Sedap-sedap pulak tu.  Tapi tekak orang lain-lain. Ikut mummy and the team semua puas hati. Muncit jugaklah pewott kitaorang balik haritu..hehehe :D

Pasta Station

Pizza dan Ikan bakar Station

Yang ringan-ringan saja Station..keh keh keh  :p

Ni yang heavy-heavy Station.. :P 

Dessert Station.. Ni port peberet la kan.. Kek Coklat Oh! Kek Coklat! hehehhe :P

Acara cabutan bertuah juga turut diadakan. Tapi mummy takde lucklahh.. So takdelah mummy amik gambarnya..O! aku keciwa laalalaa. :P Selain itu banyak juga  hadiah berupa Voucher-voucher penginapan di Ramada Plaza Hotel Melaka dan juga dimenangi oleh ibu-ibu yang hadir. Tulah korang rugi tak pi...

Mummy and team with General Manager Ramada, Marketing Manager dan juga PR Ramada.

Selfie Sedas ngan Chef Wan. Dah tak larat nak bangun Chef Wan sebab ramai sangat yang nak bergambar dengannya. Walaupun penat melayan kerenah peminat, senyuman masih terukir tau. 

Selfie lagi..hehehe :D

Yeahhh! Happy Mother's Day Mummy.. Inilah cerita reward untuk diri sendiri sempena Mother's Day... 

Thanks for Reading! Wassalam..


Cara mengelakkan anak-anak anda digigit nyamuk I BuzzAway Adjustable Bracelet

Assallamualaikum...

Korang pernah tak rasa rimas bila dengar bunyi nyamuk.. Macamana ea bunyi nyamuk..? ehh lupa lak..hahaha . bukan takat bunyi tapi ?? bila kena gigit apatah lagikann.. Perghhhh rasa macam nak tampar-tampar je dia bagi kemik. hahahaha :p 

BuzzAway Adjustable Bracelet?  Pernah dengar tak.. Hah! Mummy pun baru 1st time dengar. Kebetulan tengah sibuk-sibuk melengkapkan peralatan hero kecik ke Kem Cuti sekolah , so mummy jumpalah BuzzAway  ni kat Guardian. 


Ni lah BuzzAway Adjustable Bracelet , produk keluaran Guardian. Harga RM 9.90

Ikutkan hati nak beli yang spray je.. senang . Tapi almaklum la anak-anak yang lasak ni. Takut terlupa je.  Tak pasal-pasal balik champing penuh bintat -bintat dan merah-merah satu badan. Jenuh la pulak tergaru-garu.  Cian lak memikirkan nya. Pastu tanya hero kecik dia prefer yang ni. So kita ikutkan je tuan badan yang nak memakainya.

Di Guardian mummy terjumpa BuzzAway Adjustable  Bracelet ni. Ada 2 pcs dalam ni. Satu color fancy , satu lagi Color kuning..  


Apa kelebihan BuzzAway Bracelet ni ? 


1. Senang dipakai oleh kanak-kanak yang lasak.

2. Berbau harum sebab diperbuat daripada  Kulit Kayu Putih. Kulit kayu putih ni memang sedia maklum bisa menghilangkan gatal-gatal , bengkak , mengusir nyamuk dan  pelbagai lagi. Lagipun mummy memang selalu pakaikan kat hero-hero mummy waktu dorang baby bila kena gigit nyamuk. Serius tiada bengkak dan tiada kegatalan. 

3. Waterproff!  Senang kalau ada aktiviti dalam hujan. Tak payah kelam kabut nak nyorokkannya dan baunya tak hilang bila kena air.

4. Diperbuat daripada getah yang lembut dan tahan lasak


5. Mampu bertahan selama 7 hari.

6. Money Back Guarantee lagi...

7. Menghindari anak-anak anda dari penyakit yang  berpunca daripada Nyamuk seperti Denggi.


Apakagi buat korang yang ada plan nak masuk hutan ker...? balik kampung ker.. Insya Allah Bracelet ni dapat membantu. Kalau tak membantu jugak, apalagi " Money Back Guaratee tu ..100 % lagi " ... hehheehe

Thanks for reading! Wassallam


Friday, 27 May 2016

Tony Roma's kini di Melaka

Assallamualaikum... 

Yeahh! Tony Roma's dah ada di Melaka. Bertambah lagilah port makan-makan bagi mereka yang suka datang ke Melaka. Almaklumla Melaka memang cukup sinonim sebagai sebuah destinasi pelancongan dan port makan best  yang mampu menarik ramai pelancong dari dalam dan luar untuk datang. So korang tak payah la pening-pening nak ke KL or JB untuk menikmati Ribs , Seafood , steaks dan lain-lain yang best  di Tony Roma's ni.



Untuk makluman korang Tony Roma's merupakan sebuah restoran yang telah lama bertapak di luar negara sejak tahun 1972 yang pertamanya di Florida . Menu utama di Tony Roma's lebih menfokuskan BBQ beef dan Lambs , World famous Onion Loaf  dan Kickin Shrimp , seafood , steaks , pasta , chicken, sandwichces dan juga burgers. 

CEO  / Mr George Ang yang menerang serba sedikit tentang Tony Roma's 

Dilahirkan dan dibesarkan disini merupakan salah satu sebagai sebab kenapa CEO of Tony Roma's Mr George Ang memilih Melaka sebagai destinasi pilihan sebagai  Cawangan Tony Roma's yang ke 11 setelah  ke 10 di Kuching Sarawak. 

Dah dah.. tak saboo nak tayang menu-menu best-best yang ada kat Tony Roma's ni... hahhhaa kejam tak?! Kitaorang makan berempat aritu.. Tapi Blogger Fizi lambat sampai, so posing tak sabo nak makan dulu ok..hehhee 


Takpe takpe sekarang kat Tony Roma's ada special tau ! BUY 2 FREE 1  sebagai Opening Promotion. Promosi ini bermula pada 19 Mei sehingga 30 Jun 2016 ( Mengikut syarat dan terma)



Tony Roma's Restoran

Lokasi : 
G04, Ground Floor , Mahkota Parade Melaka

Waktu Operasi : 
11.00 pagi - 10.00 malam

Info lanjut dan tempahan meja  bole hubungi :

Website :
 www.tonyromas.com.my

Facebook : 
Tony Roma's Malaysia

Instagram :
TRMalaysia

Restoran Tony Roma's yang terletak berhampiran pintu masuk PARKSON di Ground Floor Mahkota Parade Melaka

Di Malaysia , Tony Roma's bukan sahaja menghidangkan Ribs sebagai menu utama namun telah mengembangkan menunya sesuai untuk semua golongan pengunjung . Makanan yang dihidangkan juga adalah menggunakan kandungan /bahan makanan yang HALAL dan tidak mengandungi Alcohol sepertimana di luar negara. Dan ianya telah diolah mengikut kesesuaian selera Masyarakat Malaysia sepertimana ulasan Mr . Muhammad Adam Mah , Pengurus Cawangan Melaka ini. 

Menu pertama.. jeng jeng...


Tony's Asian Salad with grilled chicken
RM 22.15

Saiz Spanish Onion sebelum dan selepas menjadi hidangan  Onion Loaf yang diterangkan  oleh Mr Muhammad Adam. Menarik cara masak dan rasa dia memang lain dari yang lain. Serius korang patut cuba menu ni.


World famous Onion Loaf .. Sedap sangat ! Rasanya unik sebab menggunakan Spanish Onion  dan dihidangkan bersama BBQ sauce.
Half Loaf : RM 14.73 / Full Loaf : RM 21.09

Yum ! Yum!



Lamb Ribs
Roma Rack : RM 63.49
Full Slab : RM 95.29


Bountiful Beef Ribs
Roma Rack : RM  63.49
Full Slab : RM 91.05


Fish and Grill Salmon
RM 47.59


TR's Chocolate Avalanche
RM 15.79

Dari kiri : Melaka Branch Manager Mr. Muhammad Adam  , Mummy, Bloger Fizi, Blogger Farah, Blogger Kak Z dan juga CEO Mr George Ang.

Posing sedas muka happy dapat makan sedap di Tony Roma's . Apalagi jom la try..

Thanks for reading! Wassallam

Izeara Xtravaganza Produk Kurus Amukan Bella

Assallamualaikum...

Hah! Ingat tak lagi korang pasal Bella yang mengamuk disebabkan oleh ubat kurus yang dipakainya tidak panas. Yelahhh bila sebut krim kurus of course la dalam otak kita ni akan terfikir pasal nak bakar lemak.... Bila nak bakar lemak mestilah ingat panas.. Tapi ni sebaliknya yang terjadi. Itulah yang menjadi punca utama amukan Bella.

Maybe baru sekali dua je Bella pakai dah takde effect terus Bella mengamuk dan melatah tanpa sedar tindakan itu akan mengundang kecaman buat dirinya. Malahan ianya juga menjadi viral di media sosial. Cian ah kak tengok ko dik..! Kerana marahkan satu produk habis semua produk melayu ko babitkan. Siap laporan polis bagai! Hamik ko betul-betul mengamuk Si Bella ni...



“….secara logiknya produk slimming mana tak panas, memang tak panas, inilah produk Melayu, I dah buat report polis! ”  Bella


Hah tiba-tiba muncul pulak video Ayah Rani Kulop sound direct kat Bella supaya memohon maaf secara terbuka.. Jangan disebabkan satu produk habis ko labelkan semua produk melayu tak okay.. Meh dengaq sikit na... Apa kata Ayah Ayah Rani Kulop..



Bila dah jadi Viral.. Tak lama lepas tu barulah Si Bella ni muncul pula dengan Pengakuan maaf atas apa yang terjadi. So aku salute la , dia berani mintak maaf atas yang terjadi.. Takdelah lari sampai keluar negara bagai sebab takut dikecam. Kannn...... Bak kataorang berani buat berani tanggung arr.. Tak giteww..!


Atas permohonan maaf yang telah dibuat akhirnya owner produk itu sendiri iaitu Izeara Xtravaganza menjawab segala kontrovesi dan juga persoalan yang berlaku dari awal hingga akhir. Relax je dia bagi penjelasan walaupun dah dikutuk oleh orang ramai yang mengatakan bahawa dia menggunakan Bella sebagai salah satu cara promosi untuk produk beliau.



Setelah mendengar penjelasan yang diberi.. eh! tergerak pulak aku nak tau pasal produk ni... Yelahh produk krim kurus tak panas ni? memang 1st time rasanya di Malaysia . Suatu kelainan dan wajib dicuba... 

Apa Kebaikan Izeara Xtravaganza??

  • Merupakan serum kurus pertama di pasaran yang TIDAK PANAS, TIDAK MELEKIT 100%
  • Pastinya harganya MAMPU MILIK
  • Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilance C. Ia adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit,
  • Melawaskan pembuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza
  • Hilang strecthmark lama dan selepas baru melahirkan anak jika menggunakannya secara konsisten selama 7 hari.
  • Lemak-lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan pantas dan cepat.

Produk Izeara Xtravaganza

Berkesankah? Jom tengok testimoni pelanggan yang dah menggunakan produk ini


Wow rata-rata mengatakan ianya cukup berkesan. Superpower betul produk ni.. Apa-apa atas perkara yang terjadi ni aku dapat disimpulkan bahawa :

 Janganlah kita mudah melatah, baru cuba sekali terus judge produk ni tak bagus... 
sabar tu penting ok.   

Kalau buat salah tu cepat-cepatlah mengaku dan reti-retilah nak mohon maaf.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Thanks for Reading! Wassallam....

Thursday, 26 May 2016

Idea Lunch | Seafood Porridge Marrybrown

Assallamualaikum

Nah bagi idea nak makan apa tengahari ni.. heheehe. Selalunya mummy jarang lunch melainkan breakfast yang light light je.. especially oat dan Milo. Disebabkan light light breakfast ni la so mummy amik  lunch arini iaitu Seafood Porridge Marrybrown . Nak lagi best waktu tengah takde mood.. eh! Ada kaitan ker.. keh keh keh

Serius bagi mummy sikit punya banyak cafe , fast food , food stall kat Dataran Pahlawan Melaka  ni .... menu kat Marrybrown ni lah yang menarik-narik tekak mummy... Gitewww...! Simple je menu dia. So apa yang menarik.. Ntah! hahhaha..   Chili  dia kot. 



Nampak simple je kan.. Oklah berpatutan harganya.. RM 7.95 ala carte . Malas nak amik set sebab ada Air Gas. Erkkk kembunglah perut kalau minum. hehhhee.. Petua nak elak buncit jangan minum air gas.. Pastu jangan minum bersulam confirm tak buncit. Tapi mummy buncit jugak... hahahaha :p

Tapi kebetulan waktu tengah beratur ada seorang budak aka staff Marrybrown kat kaunter, tengah  lipat Diskaun Coupon so mummy mintaklah dia potongkan mummy 2 keping coupon Seafood Porridge ni. Eh suka -suka je mintak orang potongkan coupon tuk hang na. hahahaa .Terima Kasih adik tepi Kaunter..  

Harga tuk satu coupon bernilai RM 4.00 . Save banyak gak tu... Half Price.  Coupon ni Sempena 35 Tahun Marrybrown . Cuba hari-hari ada diskaun!! kan syokkk.. hahahhaa #tamakhaloba Nanti jangan lupa belek -belak kat Marrybrown berhampiran mana tau ada coupon Extra tuk korang. Cuba Nasib!


Dah dah .. Mummy nak sambung makan hero besaq punya pulak.. kah kah kah . Dia diet katanya.. Cehhh! Tapi memang dah nampak  slim sikit,  mummynya pulak yang nampak makin mengembang. Nasiblah jadi mummy. Layan.. Anyway Happy Lunch Uols.. 

Thanks for reading! Wassallam..

WhatsApp Penguna Iphone Bermasalah

Assallamualaikum.... Hi pengguna Iphone! 

WhatsApps untuk iphone problems...?! Huaaa sejak petang semalam aku memang agak busy.. tengok phone pun jeling-jeling je. So apa je update kat facebook, " Arghhh balik keje nantilah aku tengok.."  Desis hati aku...

Tetiba.. bila bukak je whatsApp ehh! awat white screen ni... ? Arghhh sudahhh!!  Banyak benda aku nak refer by whatsApp ni... So aku check App store... Ooo baru update WhatsApp ni.. " Bug fixed " je.. Ok hati aku masih positif lagi.. Tak silap aku dua kali semalam update " Bug Fixed " ni.. ok tunggu lagi... tapi still tak ok... Aku dah try adjust kat setting.. godek sana.. godek sini... Adoii tak jugak betui!  Aku dah mula hangin.. sebab notification still masuk.... beribu dah tu.. cisss! Jenuh la aku nak kena scroll apa yang terlepas.... 

Tunggu punya tunggu.. last last aku uninstall dan install balik..  Pastu try backup balik.. mak aiii lamo gilos.. so aku ignore. Bila bukak je.. huaaaaa Semua hilang... T_T #nangis tanpa lagu... Padan muka aku!  

So bila bukak Facebook dan update status , baru aku pasan masalah ni bukan masalah aku je... Semua pengguna Iphone terkena.  Tapi ada jugak yang terselamat  maybe  suku je yang terselamat. Untunglahh korang!

Baca punya baca post kengkawan dan ada jugak  yang sudi tolong dan  Private Message (PM) tepi  cara nak kembalikan whatsApp supaya ok.... Nah korang try ni.. mana tau ok.


Amaran kepada PENGGUNA IPHONE

Sementara ni jika system suruh update Whatsapp. 

TOLONG JANGAN UPDATE
TOLONG JANGAN UPDATE
TOLONG JANGAN UPDATE

Kepada PENIAGA ONLINE YANG PAKAI WHATSAPP
JANGAN UPDATE!!JIKA TIDAK RISIKO HILANG DATA KENA TANGGUNG

sejak smlm sudah ada sebahagian customer complain whatsapp lepas update jadi Force close /white screen. 

Sila share dan baigtahu kawan yg memakai Iphone. Whatsapp lama tetap boleh dipakai. Sementara ni jangan update whatsapp 

Jika anda telah hadapi msalah white screen boleh cuba langkah ini. 

UPDATE TERBARU, SELEPAS KAWAN-KAWAN CUBA CARA KEDUA, KEADAAN ADA LEBIH OKEY PADA SEBELUM INI TANPA HILANG DATA. KEPADA KAWAN-KAWAN, BOLEH MENCUBA OPTION KEDUA DAHULU. 

*SETTING>GENERAL>RESET>RESET ALL SETTING*
*SETING>UMUM>RESET>RESET SEMUA SETING*

WARNING!!
WARNING!!! JANGAN! JANGAN! JANGAN!!!
JANGAN PILIH (ERASE AND RESET ALL SETTING)!!! 
JANGAN PILIH (PADAM KANDUNGAN DAN SETING

1) delete whatsapp. Download yg baru.
(Sila amik perhatian,jika lepas delete , 
conversation dlm whatsapp akan hilang sekali,
 selain pada korang ada backup dlm icloud drive )

2) Reset setting phone ,setting>General>hujung bawah ada Reset>Reset all setting (Yang pertama) Reset setting tidak akan jejas 
maklumat anda, gambar ,video,contact etc tak kan hilang !

3)Jika dah cuba dua2 masih tak berkesan, anda dimohonkan pakai PC Itunes backup segala maklumat, lepas tu Restore Version terbaru ! (Sila amik perhatian, perlakuan restore segala  maklumat akan hilang, sila backup sebelum membuat restore. 

Sila bagitau kawan-kawan Pengguna Iphone


Selamat Mencuba.. Aku buat semalam ok sekejap.. Pastu jadi balik. Doa-doakan aku berjaya yang tegah try reset balik semua data ni ( Reset All Setting je bukan yang reset yang reset all content tu.. kalo tu matiklahh makkkk ) .

 Thanks for reading! Wassallam.. 


Wednesday, 25 May 2016

MITOS ? Apa tu...

Assalamualaikum...

Tak lama kat Galeri Seni Rakyat Melaka akan diadakan pameran yang Bertajuk  

" Mitos : Interpretasi Visual 2 Generasi " 

Tarikh : 1 Jun - 17 Julai 2016

Lokasi : Galeri Seni Rakyat , Jalan Laksamana Melaka
 ( Hadapan Bangunan Stadhuys dan sebaris dengan Cendol Jam Besar)

Masa Lawatan : 9.00 pagi - 5.00 petang



Apa itu MITOS ?


" Mitos adalah sesuatu perkara yang masih belum dibuktikan secara ilmiah dan kecenderungan mengarah ke hal yang tidak masuk akal , diperkemaskan lagi secara berlebih-lebihan agar menjadi lebih menarik. 

Mitos ? Lagenda dan cerita rakyat yang hanyalah sebahagian kategori cerita-cerita tradisional , namun watak-watak bersifat luarbiasa yang selari dengan ajaran Islam yang telah menyebabkan cerita-cerita MITOs ini menjadi lebih popular.

Latar dalam cerita merangkumi alam kayangan alam ghaib , alam jin dan lain-lain bererti unsur-unsur luarbiasa dan ghaib .. adalah intipati dalam penceritaan mitos "

Oleh : NAZRUL ASRAFF MAHZAN 



" Sebagai salah satu bentuk kesusasteraan lama MITOS merupakan cerita menghibur yang dirujuk untuk mempelajari budaya dan adat istiadat masa silam.

MITOS merupakan antara penyebab manusia tertarik kepada Islam. Sifat fitrah semulajadi kita mengagumi perkara-perkara luarbiasa selaras dengan ajaran Islam seperti penciptaan Adam AS dan kewujudan para malaikat mengaitkan ALLAH SWT sebagai pencipta segala makhluk , termasuk manusia. 

Namun kesudahan sesuatu penceritaan itu selalunya berkesudahan penuh dengan nilai-nilai moral dan agama khususnya."

Oleh : HAJI MAHZAN MANAN


" MITOS adalah tradisi lisan yang terbentuk di sesuatu dalam cerita yang bersifat simbolik dan mengisahkan serangkaian cerita yang nyata , imaginasi atau dongeng berlatarbelakangkan masa lampau.

Warna pula merupakan suatu bahasa yang tersembunyi , maka penataan warna dalam karya -karya MITOS ini bukan hanya berkaitan dengan estetika saja, tetapi melalui pemilihan warna diharap dapat mengkomunikasi sesuatu mesej.

Setiap calitan warna memainkan peranan dalam menimbulkan suatu persepsi tertentu serta menguatkan suatu simbol yang tersirat."

Oleh : HAIRUL AZZAHAR MAHAZAN


Antara lukisan -lukisan bertemakan MITOS yang bakal dipamerkan antaranya adalah :





So buat korang yang meminati lukisan mahupun yang meminati kisah-kisah MITOS ini boleh datang melawat. Thanks for Reading! Wassallam