Wednesday, 22 June 2016

Tak Pedas Pun Maggi Ramen ni ..

Assallamualaikum...

Maggi Korea / Hot Chicken Samyang Ramen ni korang pernah dengar tak? Hah ni lah maggi yang menjadi viral di media social. Ianya datangnya  dari Korea yang telah membuatkan sapa saja yang memakannya berlinang-linang ayaq mata dan juga ayaq hidung.. Katanya jugak ianya tersenarai antara maggi yang terpedas didunia.. Eh betui ka?  Dan kerana maggi ni lah mummy didesak dan digoda saban hari tuk membelinya.. Adoii sadis betui tau nasib mummy ni...!

Ikutkan hati nak beli je secara online... tapi arghhh tak jadi la. Rasa macam membazir je layan maggi ni sampai nak suh pos bagai kannn.. Lagipun hero-hero bila tengok mummy ignore , lama kelamaan dia pun ikut diam la,  cuma sekali sekala bila ada orang post kat Facebook dan dia tertengok.. Mulalah la dia mintak balik....huhuhu


Nak dijadikan cerita , kebetulan semalam mummy keluar lunch kat Dataran Pahlawan ni.. Saja je cuci mata. Benak asyik dok dalam bilik je sepanjang bulan ramadhan ni. Nak update entry malas macam la pulak.. hehee

Jalan -jalan punya jalan kat pentas utama Dataran Pahlawan tu terdapat la gerai-gerai kecik yang menjual baju raya dan kuih raya. Hah! Mata aku tiba-tiba tertumpu pada sebungkus beg plastik berwarna merah.. 

" Eh tu bukan maggi Ramen ker " Bisik hati aku...

Apalagi depan pantasnya terus teringat hero-hero mummy.... Apalagi sambar 2 bungkus la. Sebungkus RM 7 hengget..! Mak aiii mahainya.. So beli dua je la... share 3 beranak.. 

Waktu amik kat sekolah transit. Punyalah excited hero kecik bila mummy dah cakap, mummy dah beli maggi ramen.  Tulah jadi mummy ni... hati lembut je bila ingat anak-anak nak makan . 

Katanya nak makan lepas terawih budak-budak ni..Tapi bila balik , masing-masing sibuk ngan aktiviti masing-masing. Lupa agaknya pasal maggi ramen ni. Aku pulak dah tertido. Lagi dorang lupa lagi aku suka.... hahaha #gelakjahat .Sebab mummy pun risau gak , bulan-bulan puasa ni dorang makan benda yang pedas-pedas. Meragam perut tu nanti satu hal pulak mummy nak dok melayan.

Tapi keesokkan harinya.. Bangun pagi dan selesai kemas dapur , check phone tengok ada video dorang makan maggi. Sah projek malam tadi waktu aku tengah tido..  Waktu makan sahur takde pulak tanda-tanda kekenyangan . Relax je .  Sorang sepinggan habis makan nasi. hehehe :) 

Ni hah video " Tak Pedas pun"



hahahha.. sebenarnya mummy dah tak larat nak dok ulang tayang balik video ni dua tiga kali  , drama habis.... hahaha  Macam tu kat dalam video , macam tu jugaklah dia  kat rumah. Jenuh nak dok melayan. Akai panjang katanya .hehehehe.. Lepas ni sapa nak panggil berlakon bole email..hahha :p

Apa-apa pun buat korang yang nak makan maggi ni,  bole je makan tapi makan la dengan kadar yang sedikit, sebelum korang sakit perut.Pedas sebenarnya maggi ni sebab hero-hero ni memang makan pedas. So kiranya maggi pedas tahap gaban la kan. Hero besar cakap pedas dia sampai merah-merah bibir. Hah ! Nak makan sangat kan. Rasakann....

Berani dorang nak komplain ngan mummy.  Tapi hero-hero ni share berdua maggi ni, sorang separuh sebab mummy dah warning awal-awal. Jangan pandai-pandai nak amkan sorang sebungkus , just amik rasa je . 

Nanti janganlah pulak korang berbuka pulak dengan maggi ni. Ada beraya kat hospital kang..hehehhee. Untuk status halal Maggi ni bole klik Facebook Blogger Farah Lee : Farah Lee

Thanks for reading! Wassallam

Tuesday, 21 June 2016

Salam Browser I 5 Kebaikan yang perlu kita tahu

Assallamualaikum...

Pada zaman teknologi yang serba canggih ni , komputer , laptop , handset dan pelbagai lagi gadget memang tak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita seharian. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang bagaimana kita sebagai ibu bapa hendak memantau setiap penggunaan anak-anak kita dalam penggunaan gadget-gadget ni. Kalau letak password kat phone ni.. fuhhh dah berkali buat. Tapi anak-anak zaman sekarang ni memang tahap pemikiran dorang ni memang susah nak dijangka especially password kat phone. Kejap je dia dah di godam .. #peningkepala



Kalau kat laptop tu ok lagi nak bendung. Tapi yang kat tangan tu.. Fuhhh.. #lapayaqpeluhsat Tapi sekarang dah ada solution melalui Salam Browser bagi menggantikan aplikasi lain yang lebih bersifat islamic ni. 

Sebenarnya ada terbaca mengenai browser ni di www.arzmoha.com . Kat situlah mummy tau baik buruknya browser ni. Good info Arz.Thanks. Senang sikit nak pantau, Takdelah pening sangat kejap-kejap nak letak password kan.  

Kebaikan Salam Browser

1. Setiap gambar, Iklan dan juga video yang seringkali ( ikan tak senonoh tulah) yang selalu muncul secara tiba-tiba tu akan ditapis dulu oleh Salam Browser. So tak bolehlah view kan.

2. Malahan iklan-iklan yang beserta virus juga mampu disekat akan penggunaannya walaupun bukan 100%.Tapi sekurang-kurangnya dapat dibendung dari terus melingkupkan laptop /PC kita tu kan.. 


3. Bagi yang kerap kali menggunakan you tube, kini button muat turun dah disertakan sekali dalam di you tube  yang berformatkan MP4, Flash Video atau 3GP.  Mudahkan..

4. Salam Browser juga adalah salah satu aplikasi yang menjimatkan data. Tapi yang ni mummy tak cuba lagi sebab asyik pakai wi-fi rumah je. hehehehe. Nanti korang cuba okay.


5. Setiap kali halaman tab baru dibuka akan muncullah hadis-hadis sebagai mukadimah pelayaran internet anda. Menarik bukan.. hehhee :)

Keburukkannya Salam Browser

1. Salam browser ini hanya kini hanya boleh dimuat turun untuk pengguna Android dan juga pengguna Windows sahaja.. Huaaa sedihnya.   ( Sebab ianya masih dalam tempoh percubaan dan akan dinaik taraf pada next stage..)  So pengguna Apple silah bersabar ok. 

Apalagi jomlah download. Senang  nak download video-video dari you tube untuk tontonan hero-hero . Takdelah perlu mencari App " You Tube Downloader lagi " Mudah dan pantas kan..

Download Salam Browser

DISINI

Thanks for reading! Wassallam.. 

Monday, 20 June 2016

Ice Cream Malaysia mengimbau memori

Assallamualaikum... 

Dulu waktu kecik-kecik mummy selalu makan ice cream Malaysia. Harganya tak silap aku 20sen je kata orang keyell, 2 kupang kata orang utaqa.. Kadang-kadang harganya , ada juga dijual dengan harga 10 sen je. Tengok tukang jual tu lahh.. Normally kalau untuk perisa sirap, oren , anggur lebih murah harganya.. Cuma kalau yang ada susu tu harga dia mahal sikitlah. Susu kan mahal ... katanyalah. 

 
Ice Cream Bubur Kacang Yang mummy buat..

Kebetulan sabtu yang lepas mummy ada masak bubur kacang, tapi disebabkan semua overdos dengan menu berbuka puasa aritu , apalagi mummy jadikanlah bubur kacang tu sebagai ice cream. Nampak lagi mudah untuk mummy menggoda hero-hero makan. Takdelah asyik nak request ice cream Magnum dan ice cream paddle pop memanjang. Dah makin gugur pulak rambut mummy ni.. hehehe :p

Paling excited nak buat hero besaq lah.. Suka dia kalau mummy buat ice cream. Dan yang paling best buat pada bulan puasa ni.. takdelah buat terus habis. hehehee 

 
Bubur Kacang

Senang je nak buat. Cari je plastik yang memanjang tu kat kedai runcit. Masukkan air / bubur kacang ker.. pastu ikat di bahagian hujung. Sejuk bekukan dalam peti semalaman.

 
Plastik Ice Cream

Cara nak makan.. kalau yang sopan tu bole gunting bahagian hujung plastik ice cream tu. Yang brutal sikit bole je gigit dan pusing pusing dan pusing kat bahagian hang diikat tu sampai putus. hehehehe.. Barulah rare!  Kalau nak lagi best makan ice cream malaysia macam zaman budak-budak dulu. Makan sikit ice cream dulu sampai suku. 

 
Ice Cream yang sedang dalam proses pembekuan. Dah dibekukan bole ngap kan.. hehehe :)

Pastu ambik ice cream dan ketuk kat dinding bagi hancur-hancur sikit. Pastu hisaplah ice cream tu sampai habis.. Bestt weiii!  Nanti kalau korang rajin buatlahh.  Hero-hero mummy sibuk nak suruh mummy buat jual. Tapi mummy kata kita tengoklah dulu. Siap ada yang request buat signage depan rumah lagi. Hamboii anak mummy! over tau... hhehehehe 

Thanks for reading! Wassallam.. 

Resepi : Roti Jala

Assallamualaikum..

Hari ni jenuh bergaduh dengn hero kecik. Sebab mummy pesan jangan sesiapa pun pergi Pasar Ramadhan sebab mummy akan  masak macam biasa.. Makan je apa yang ada, dan jangan membazir. Sebab ada satu hari tu, semua dok pakat membeli last-last ada dua tiga jenis kuih tak habis. Sakit pulak hati mummy sebab kena jadi tukang habiskan.. huhuhu 

Tapi waktu mummy masak pulak dia sibuk ke padang bermain ngan kawan-kawan. So kawan bercekau kat dapur arini hanyalah hero besaq. 

Bila hero kecik balik je, dia tuduh mummy pergi pasar ramadhan sebab nampak Roti Jala ni.. Yelahh mummy memang jarang masak kuih muih sebab kurang mendapat sambutan sebab masing-masing hantu nasi. Tapi takdelah alasan kata mummy tak reti.. perghh sentap maknyahhh.. hehhe

Jenuh la dok bercekau mulut tapi bila dia pergi dapur ..  " ooo mummy masak ea..." hah! baru nak percaya mummy masak . Kejam tau! Menuduh tanpa niat ni.. sob sob sobsss... 

Namun disebabkan oleh pujian hero besaq dan bertambah-tambah hero-hero makan. Mummy share resepi roti jala ok. Tapi kalau korang masak tak sedap jangan marah mummy.. lain tangan , lain kuali, lain orang.. lain la kot hasilnya.. hehehee :)

Resepi Roti Jala

 

Bahan-bahannya

Tepung gandum satu cawan
Air satu cawan
Santan 1 cawan
Telur satu biji
serbuk kunyit satu sudu besar
garam secukup rasa

Cara-cara memasaknya

Masukkan tepung, air, santan , telur , serbuk kunyit dan garam kedalam satu bekas. Blend sampai sekata.

Masukkan dalam acuan roti jala.

Panaskan kuali. 

Bulat-bulatkan  corak roti jala dalam kuali. Tunggu sampai masak. Kemudian gulung. 

Siap!

Makan pulak dengan kari ayam. Perghhh!! 

Senang je nak masak roti jala ni. Antara rajin dan tak rajin je. Hehehe..  Kari Ayam tu korang mesti pandai buatkan. hehehe Tak yah resepi okay. Selamat Mencuba. 

Thanks for reading! Wassallam.. 

Sunday, 19 June 2016

Nota Chenta untuk Abah

Assallamualaikum...

19 Jun 2016 ( Ahad) .. Hari ini hari Abah tau! Korang tau tak? Seperti makhluk-makhluk lain dimuka bumi ni.. aku pun tak terlepas nak wish jugak hari Abah kat abah aku.. Tapi takdelah nak update kat Media Sosial sebab abah takde facebook , instagram ker dan lain-lain lagi .. kalau update pun, dia nak tengok pun melalui FB  adik aku.. Nadia. Tu pun aku tak berapa nak yakin dia nak layan benda-benda macam ni. Kalau mama tu okay lagi. Tapi aku tulis la sikit Nota Chenta tuk abah kat sini sebagai kenang-kenangan. 

Abah suka borak dan abah juga suka buat joke. So dengan bill unlimited ni boleh lah aku berboraklah sakan  dengan abah arini. Tapi Unlimited Lah sangat sehingga  hero-hero aku datang mengacau. hahahha. Biasalah aku kan mak dan aku jugaklah bapak.. memang senantiasa menjadi mangsa hero-hero . 

Abah.. 

Abah memang suka layan borak. Hal anak-anak memang selalu dia titik beratkan.  Dari hal kerja sehinggalah ker hal personel . Abah ni memang  prihatin orangnya. Tak suka tengok anak-anak susah. Tapi tu lah anak-anak , suka sangat buat benda susah. Kan abah kan..hahhaha #jari telunjuk satu ke depan, empat lagi tunjuk ke diri sendiri.. 

Aku dan abah

Waktu aku kecil ...

Sebagai kanak-kanak yang menghidap asthma , aku ni memang suka berkepit je dengan abah sebab dengan abah , aku boleh berdukung memanjang. Hahahaha Abah kan sado! Aku pulak memang sentiasa lembekkan badan. Cian Abah....Nasib baik aku dulu badan macam papan lapis, kalau badan macam kayu balak seperti sekarang tak tau lah apa nasib abah aku ...hehhee

Pernah tak korang dengar.. Kalau anak pompuan ni waktu keciknya mesti manja dengan Abah. Macam tulah aku. Semua nak Abah!  hahahha :p Dasar anak manja tak sedar diri.. kikiki :p

Zaman sekolah rendah 

Aku ni kira kememe orangnya .. asal kena usik je mesti aku akan bilang " Nanti aku balik , aku report dengan abah aku " hahahha.. Tu pun hasil maklumat dari kawan-kawan sekolah rendah dahulu.  hahaahahhaha.. Lolaq sungguh perangai aku dulu- dulukan...


Zaman Kolej

Aku ingat lagi .. waktu aku belajar , aku bukanlah datang dari keluarga yang kaya raya. Sanggup diberinya kad ATM BSN dia  ( Duit Pencen) untuk aku bayar yuran dan duit belanja kolej. Habis macamana Mak ngan Abah nak belanja kan... huhuhu #hatikenakuat Tapi berapa sangatlah duit pencen abah tu dulu-dulu, takat lepas bayar yuran kolej je. Namun waktu tu aku rasa dah bersyukur sangat-sangat.

Bila tak cukup aku diamkan aje, sanggup aku keje part time kat kedai seluar jeans untuk tampung duit belanja. Tapi ni rahsia tau. Kalau dia tau, matiklah aku kena cincang. 

Abah selalu pesan biar abah yang susah tapi anak-anak jangan..  T_T  Zaman belajar dulu aku tak de lah semewah kawan-kawan aku.. Boleh beli je apa yang dorang mampu. Makan pun kadang -kadang aku sita perut. hahaha bole tak ayat macam tu..  Kalau nak beli barang-barang untuk study ( graphic kan barangnya mahai2 tu ) aku diam je... malas nak mintak abah. Sanggup aku tebalkan muka dan pinjam dengan kawan-kawan yang lain.. Memang besar pengorbanan abah. Terima Kasih Abah..

Tapi dalam lembut-lembut abah dan manja -manja aku.. Abah still  tegas orangnya.. bukan takat tegas malahan garang weiii..! Sekali dia gulung newspaper dan ketuk lantai.. bersepah kitaorang adik beradik lari nyorok dalam bilik.. hahahha Tau Takut!! Tak kira la kau manja tahap gaban ker apa? Salah tetap salah. Hukuman harus diterima.. hahahah :p

Huish terlampau banyak memori aku dengan abah. Tak tertulis! Tengah taip entry ni pun hati rasa sayu je.. uhuhuhu.. Along sayang Abah! Maafkan along abah .. Along tak mampu kasi hadiah setinggi gunung namun Along akan cuba memberi kasih sayang tak berbelah bahagi.. Insya Allah. 

Abah.. 

Along ingat lagi waktu abah sakit dulu.. Hati rasa tak keruan, sebab abah tak pernah sakit, sekali abah sakit terus masuk hospital. Waktu tu berdesup along drive bawak kete balik kampung dari Melaka ke Penang. Waktu tu aku dah tak fikir apa dah..Hanya nak balik cepat jumpa abah. Terlintas juga  kat kepala ni , kalau bos tak izinkan cuti... along berhenti keje je terus.. ( Padahal bos tak lulus cuti lagi aku dah cabut balik) Arghhh lantaklahh orang nak kata apa.. Abah dan mama tetap berada ditangga teratas dihati Along..  

Waktu sampai kat hospital tu abah dah sedar.. Abah macam biasa bergurau senda seperti biasa. Pandai abah sembunyikan rasa sakit , asal anak abah ni tak susah hati. Waktu tu, Along memang tak bole tengok langsung muka abah.. rasa macam air  mata ni dah macam air terjun , deras.. ! Waktu tu abah ada cakap " Ala Along tak yah risau la, Abah okay je.." Sambil membuat aksi sihat  yang mencuit hati.. Abah memang kuat! Tapi Along tahu Abah dah tak sekuat dulu. Apatah lagi Along kena temankan Abah mandi, temankan abah makan, siapkan baju abah.. Along sayu sangat! Tapi kan Abah memang cekal.. Along harap tu kali terakhir Along tengok abah terlantar di katil hospital. Along sentiasa akan doakan kesihatan Abah.



Sayang sangat!

Along sayang Abah sangat-sangat sebab Abah "Marka" pertama Along ! Moga Abah sentiasa sihat, bahagia dan ceria seperti selalu. Nanti Along balik kita makan durian sama-sama okay dan abah jangan lupa doakan anak abah yang sorang ni terus cekal meneruskan kehidupan yang  makin goyang ini. Adakalanya Along memang tak kuat  untuk menghadapi orang sekeliling yang tak pernah mengerti tapi setiap kali dengar kata-kata hikmah dari mulut abah, seumpama satu energy baru akan muncul.Terima Kasih Abah ! Tak terhingga jasamu... T_T

Sayang Abah!  Selamat Hari Abah. I love U, Abah to the moon and back!

Wassallam

Saturday, 18 June 2016

Resepi : Kek Coklat Kukus

Assallamualaikum...

Hari ni semua takde mood nak berbuka puasa aka dah takde idea nak makan apa. Kebetulan pulak arini dok sibuk mengemas rumah tetiba.... terjumpa pulak saki baki bahan-bahan buat kek aritu.. Apalagi laju je tangan ni menulis bahan-bahan tuk buat kek. 

 

Sebelum ni pun hero-hero ada gak request nak makan kek coklat. Tapi disebabkan kemalasan mummynya.. mummy beli je bagi anak-anaknya makan. hahahah kejamkannn ! :p

Mummy tanya gak hero-hero ni nak makan apa.. dah semua tak nak makan nasi so mummy tanyalah budak kuat komplen yang tengah demam teruk tu .. boleh tak makan kek coklat. Dia on je.. " Hero kecik cakap " kalau kek coklat Kita lalu makan kot" ehh.. bole pulak gitew.. hahaha . Times makan bole timbang-timang air ea tekak tu.. kikiki

Hero besaq tak yah cakap.. pucuk dicita ulam mendatang.  Yang sorang ni lagilah hantu coklat. So masaklah mummy ngan bahan-bahan yang ada . 

Resepi Kek Coklat Kukus..

Bahan A 

1 Cawan Susu Cair ( mummy pakai mug je sukat)
1 Cawan air 
1 Cawan mentega Cair ( mummy panaskan dulu bagi cair - pakai 1/2 butter 250gm tu)
2 Cawan Gula Perang

Bahan B ( Kacau bagi rata dan ayak )

2 Cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 Sudu Teh Baking powder
1 Sudu Teh Soda Bikarbonat

Bahan C ( Dikacau rata bagi sebati)

1 Biji Telur
1 Sudu Teh Esen Vanilla

Topping Coklat ( Double boil)

1 Cawan Susu Pekat
2 Sudu makan serbuk koko
2 Sudu makan mentega
atau
1 Peket Coklat  cadbury / Van Houten dll ( Cairkan)




Kek yang telah siap dikukus .


Cara membuat Kek

Panaskan kukusan ( api kecik sudah)
Kacau Bahan A didalam mangkuk besar supaya rata dan sebati

Ayak bahan Bahan B  dan masukkan ke dalam bahan A  dengan perlahan. Kacau sampai rata.

Bahan C dipukul dengan garlu dan masukkan ke dalam mangkuk besar tu. Kacau supaya ianya tak berketul-ketul.

Lapik loyang dengan kertas mahjong dan ratakam lapik tu dengan mentega supaya tak melekat nanti. 

Tuang bahan kek tu kedalam separuh loyang supaya nanti dia kembang tak melimpah.

Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana kecil bagi mengelakkan kek pecah.

Cara membuat topping coklat

(Masak menggunakan teknik doubel boil)

Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk dan kacau rata. 

Panaskan dengan api yang sederhana  dan kacau sehingga sebati . 

Masukkan mentega fan kacau  sehingga sebati lagi.

Tunggu sehingga kek sejuk dan dituangkan coklat keatasnya..

Siap!!


Apalagi jom makan dengan Ice Cream Vanilla.. Yummy! 

Seronok tengok hero-hero makan.  Terlepas hajat nak kek coklat mummy masak. hehehe. Senang keje mummy tak payah masak macam-macam menu makan kek je dah kenyang. Tapi standby gak nasi, tapi tak laku. Simpan tuk sahur je la nanti. 

Muka ada happy jugak posing ngan kek coklat peberet! 

Thanks for reading! Wassallam

Friday, 17 June 2016

Bagaimana Nasi Lemak Mendapat Nama?

Assallamualaikum..

Makan nasi lemak panas-panas memang sedapkan. Nak .. nak ...  ianya dijadikan juadah berbuka di bulan Ramadhan yang mulia. Perghh kena pulak ada sambal sotong, sambal udang, sambal ayam, ayam goreng ker, puyuh goreng ker... kacang lebih! perghhh marvellouskan.

 
Sumber : Gambar Google

Tapi kali ni mummy tak nak cerita pasal resepi ker .. port best nasi lemak ker.. tapi mummy nak berkongsi info mengenai "Bagaimana Nasi Lemak mendapat nama? " Ni pun baru je mummy tahu waktu mengikuti program Kampung Morten Heritage Walk Melaka oleh Mr . Hj Shaukani Abas , antara Tour Guide terpemes di Melaka ni. 

Bagaimana Nasi Lemak mendapat nama?

Suatu masa dahulu, Emak Si Peah bukan nama sebenar,  telah menyuruhnya memasak nasi. Sementara itu emaknya keluar mencari rezeki. Apalagi Si Peah ni pun masaklah nasi. Dek kelam kabut sedang memasak nasi tu, Si Peah telah tertuang santan ke dalam nasi yang sedang dimasaknya . 

Apalagi kelam kabutlah Peah. Sedangkan nak masak nasi semula confirm la tak sempat. Dalam beberapa minit je lagi maknya confirm akan terpacul depan pintu rumah. Peah dah kelam kabut, serius dia memang tak tau nak bagi alasan apa pada emaknya bila ditanya nanti.

"Peah , Hang dah masak nasi ker belum ?" Tanya Mak Peah.

"Dah mak " Jawab Peah dengan muka cuak.

Apalagi Mak Peah pun membuka periuk nasi untuk memastikan bahawa anaknya , Si Peah ni benar-benar telah memasak nasi sepertimana yang disuruh. Dikautnya nasi itu dan rasa. Yelah dulu-dulukan pakai periuk nasi atas api. Takdelah macam la ni.. ada slow cooker la, rice cooker la, Fast cooker la.. kannn

" Hang masak nasi apa ni Peah? , awat rasa dia lain..?"  Tanya mak Peah lagi

Peah dah kelam kabut. Buntu memikirkan apa yang perlu dijawab. Dengan spontan dan tanpa idea...

"Nasi Leee... Mak " Jawab Peah pantas...

"Apa ?"  Tanya Mak Peah lagi untuk kepastian..

" Nasi Leeeee... Mak " Jawab Peah..

Hah.. Dari situlah Nasi Lemak mendapat nama. 
Jawapan spontan Peah pada Emaknya...  " Nasi Lee Makk "

Cuba kalau bapak Peah yang tanya confirm akan jadi Nasi Lepak kan..Hahahhahaa.. Tapi apakan daya dah maknya yang tanya. Tulah yang jadi Nasi Lemak..hehehhee

Sekian antara kisah-kisah sejarah pendek yang tentang " Bagaimana Nasi Lemak Mendapat Nama.." Lain waktu lain masa.. kita cerita yang lain  lagi okay..

Thanks for reading! Wassallam..

Thursday, 16 June 2016

Resepi Gulai Ikan Keli Mummy

Assallamualaikum...

Adoi bulan-bulan puasa ni tekak memang tak boleh diduga akan kehendaknya kan. Begitu jugaklah tekak mummy.. Teringin itu.. teringin ini .. hhahha Kalah orang yang mengandung sembilan bulan seploh hari tu kan kikiki :p Kali tetiba rasa nak makan  menu masakan utaqa pulak..

Ehh lupa lak nak tanya , korang masak apa tu?  ke masak kat Pasar Ramadhan. Ala takpe ... kadang-kadang tak semua orang ada masa nak masak.. terkejarkan itu , terkejarkan ini.  Mummy ni nama je balik pukul 4.30 ptg tapi start masak pukul 6.30 ptg jugak... hhahahahha  Dasar muntut berat! :p

Ni hah! dah masuk ramadhan ke  yang ke seploh baru dan nak up entry resepi makanan. Yelahh makan kat umah secara ala kadar je.. Malas betul nak makan kat luar bulan-bulan puasa ni. Dah la ada mamat sorang kat umah tu yang kaki komen. hahha 

Lagi seronok dok kat dapur , keletang keletung bermain dengan periuk belanga. Hasilnya pula dijamu untuk yang hero-hero kaki komen. Berselera pulak tu... Haii berbunga-bunga lah hati ni kann... Sapa yang jadi mak confirm akan tahu rasa apa tu.. :D 

Semalam mummy masak Gulai Ikan keli  selain tu ada jugak  menu sampingan yang lain.. ada beli kat pasar ramadhan depan umah dan ada jugak dimasak sendiri . Tapi disebabkan hero-hero suka ni kita menu ni kita tulis resepi kat sini. Senang nanti dorang dah besar refer entry ni .je.. Keyword : Gulai Ikan keli Mummy..hahahaha :P


Resepi Gulai Ikan Keli 

Serbuk kari baba's ( 1 peket daging + 1 paket ikan- dicampurkan)

Tumis ( bawang merah, halia (ditumbuk)
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga , biji ketumbar dan adik beradiknya yang lain) 

Ikan Keli 6 ekor ( kalau besar belah dua takut periuk tak muat) hehehhe

Bendi 6 biji ++ ( amik saiz yg kecik atau muda )

Kelapa parut sebiji ( Perah dan ambil santannya)

garam secukup rasa

Sedikit minyak

Cara memasaknya

Panaskan periuk , kemudian masukkan sedikit minyak, masukkan pula bawang, halia, kulit kayu manis , bunga lawang, bunga cengkih , biji ketumbar , Buah Pelaga . Goreng sehingga naik kekuningan dan naik bau harum rempah tu. Kemudian masukkan serbuk kari tu. Gaul sehingga rata baru dimasukkan santan. Kemudian  masukkan air . Kacau  sehingga ianya pecah minyak. Bila dah mendidih masukkan  ikan dan juga bendi. Biar kan ia mendidih dan masak. Tapi kalau ada sesiapa ada daun kari bolehlah ditambah menaikkan lagi aroma masakan tu..Eh jangan lupa letak garam secukup rasa ok.. 

Siap!

Ops jalan lupa korang rasa bulan -bulan puasa ni.. buat sesiapa dah serasi kat dapur tu especially mak mak , amik aroma je dah tau, cukup garam ker tidak.. Biasalah mak mak kan selalunya ada magic.. hehehee .. 

Thanks for reading! Wassallam

Wednesday, 15 June 2016

5 Tips Untuk Menghilangkan Keliod

Assallamualaikum...

Lately ni dengan cuaca tak menentu memang banyaklah penyakit yang mengundangkan. Kesian pulak kawan-kawan yang diserang demam dibulan puasa ni. Moga korang cepat sembuh ok.Hah! Termasuklah mummy. Tapi mummy demam bukan disebabkan oleh cuaca tapi disebabkan oleh allergic perfume.. Pelik tapi benar ok.hhehhe Spray punya spray kena hampir dengan muka. Apalagi mula la demam selsema . Huaa tak best. Tapi takpelah sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. bertabahlah..

Oklah sebenarnya mummy nak cerita pasal "KELIOD" pernah dengar tak?  Sebenarnya hero besar dah lama kena penyakit ni, tapi bila setiap kali dia cakap dekat mummy buat endah tak endah je. Tapi lama kelamaan bengkak atau benjolan tu makin jelas kelihatan. Hero besar terkena keloid satu dekat telinga yang disebabkan terkena batu oleh orang tengah mesin rumput  dan satu lagi didada yang disebabkan terkena serpihan cermin dalam bilik air. Sekarang kesan-kesan luka itu berkembang menjadi keloid. 

Apa itu Keliod?

Keliod itu merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh  penyembuhan sesuatu luka dibadan. Seperti akibat jerawat,  tergores  dan juga luka akibat terbakar oleh sesuatu seperti bunga api dan lain-lain lagi. Ianya kelihatan seperti isi ataupun benjolan padat pada kulit yang berwarna coklat atau kemerah-merahan. 


Faktor Utama penyebab keliod 

1. Luka bekas operation atau suntikan imunisasi / vaksinasi

2. Genetik atau keturunan 

3. Luka tergores, terbakar , cacar , jerawat dan lain-lain lagi.

4. Usia  ( 10-30 tahun )

Keliod pada tangan

Pada umumnya keliod ini tidak menyakitkan , malahan tidak mempunyai apa-apa rasa pun. Cuma kadang-kadang tu ada la rasa gatal-gatal sikit. Ianya boleh diubati mengunakan laser dan juga pembedahan kecil dihospital swasta dan juga awam dan juga suntikan bagi mengecutkannya. Tapi untuk makluman penyakit ni akan datang semula sekiranya ada luka kecil yang terjadi.  Ianya akan terjadi dan terus terjadi.  Jenuhla kan setiap kali keliod timbul nak melakukan operation kannn.. T_T . Mummy ada jugak tanya doktor kenapa bole jadi macam tu.. Doktor cakap ianya disebabkan oleh penyembuhan luka yang terlampau cepat dari biasa dan ianya akan menarik sumber-sumber kolegen dari bahagian kulit yang lain so disitulah punca keliod terjadi. Luka cepat sembuh pun masalah jugak ea. 

So mummy terdapat beberapa tips agar cara untuk mengatasinya . Moga-moga ianya dapat membantu dan menjadi panduan untuk sesiapa juga yang menghadapinya. 

5 Tips Cara Menghilangkan Keliod



1. Madu Asli 
( Bersifat menyembuhkan dan melembabkan kulit) 



Sapukan ia pada kulit bagi mendapatkan sirkulasi darah dan mencegah akumilasi dari sel-sel kulit mati. 





2. Bawang Putih 
( Mencegah proliferasi fibroblast yang berlebihan )

Dicincang halus bawang putih itu , kemudian disapu pada keliod.  Biarkan ianya selama 10 minit . Setelah itu ianya haruslah dicuci dengan air panas.




3. Baking Soda
( Bersifat abrasit yang membantu mengelupaskan dan menghaluskan kulit) 



Sapukan baking soda dengan air sampai membentuk ketulan . kemudian disapu pada keliod untuk mengurangkan radangan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Setelah itu bilas ia menggunakan air. Dan lakukan selalu secara teratur.


4. Jus Lemon
( Mengandungi antioksidan dan vitamin C yang tinggi )



Perah lemon dan diambil airnya. Sapukan pada keliod . Biarkan selama setengah jam  dan kemudian bersihkan ia menggunakan air panas. Lakukan ia secara teratur sebanyak 2 kali sehari.


5. Aloe Vera

( Mengurangkan radangan , melembabkan kulit dan menyembuhkan kulit yang rosak)

Bersihkan keliod dahulu dengan air panas/suam. Sapukan lidah buaya pada keliod. Biarkan selama beberapa minit, Kemudian basuh dengan air bersih. Lakukan ia secara teratur dua kali sehari. 

Sebenarnya banyak lagi tip-tips yang boleh menghilangkan keliod  ni. Takpe kita cuba yang ni dulu ok. Selamat mencuba.. 

Thanks for reading! Wassallam

Autopublish 15/6/2016 1.00tgh