Wednesday, 13 July 2016

Mamaku , Maju selangkah!

Assallamualaikum...

Arini dapat message yang tak disangka-sangka.. Nak tau apa? Yeahhh mama mummy dah pandai bermessage bagai.. Cayalah mama! Mula -mula agak terkejut jugak.. Yelahhh dulu , mama la asyik komplen.. anak-anak asyik hadap phone je.. Sebab tu bila balik kampung agak jarang mummy hadap phone. Mummy campak je handphone jauh-jauh. Kang ada yang sentap jenuh nak pujuk. Mampuih mummy... Dahlah balik kampung 3 atau empat bulan sekali. So tak mau buat taik na.  Hadap pinggan mangkuk, penyapu , periuk belanga dan lain-lain yang berkaitan ye pun dah memadai. hehhe

Sebenarnya phone mama dah agak uzur, so balik raya aritu.. ntah macam tergerak hati mama dan abah nak beli phone baru menggantikan phone nokia antik tu.. So aku pilihla mana yang sesuai tuk mama dan abah. Yang penting memori kad kena besaq. Sebab mama kaki selfie.. hahahhaa Ajaran sesat oleh adik mummy la ni.. kikiki Kalah mummy kalo jumpa kamera. :p

Tapi mama mummy takdelahh havoc-havoc macam emak-emak korang tu. Canggih manggih! Mama mummy ni baru berjinak-jinak nak message je, whatsApp tu pun tak tau bila nak reti . hehehe..  Tapi tu pun dah syukur sangat, takdelah nak kena berletiaq kalo lambat angkat phone.. hheheehehe

 

Hahhahahaa.. Macam comey je mama mummy sound mummy.. hehehhee. 

 
Mama  kata bila dekat .. gaduh. Bila jauh baru la nak manja-manja kan. hehehhee.. Dah dah mata pun dah layu ni.. Selamat Malam.. Thanks for reading! Wassallam

Tuesday, 12 July 2016

Jatuh cinta lagi..

Assallamualaikum....

Haillaaaa sayang..  Arini Mukhriz bawak balik anak kucing. Adehhh pengsan mummy. Serius! Dah tak tahu ni kali ke berapa dia bawak balik anak kucing. Asal jumpa tepi longkang, dalam longkang , tepi jalan.. semua dia angkut! Alasan.. kesian dia mummy, dia takde mak, dia takde ayah... huaaaa

Arini jenuh merayu sakan dia kat mummy.. Mummy , pleasee bolelah kita bela anak kucing ni. Cian dia  , dia duduk kat tempat semut api kat sebelah Dataran Pahlawan Melaka ni. Dia meow meow meow kuat sangat. Kesian dia. Lagipun kita takde kucing macam ni, warna dia coklat dan mata dia biru. Comel sangat!! Kita bela ea mummy... Ala tak izinkan pun, hang bawak balik jugak.. kannnnnn

Bukan tak nak bela, dah meriah sangat kat umah tu. Sekarang makanan kucing pun beli satu guni. Belum lagi stray-stray cat yang datang bertandang. Semua hero-hero mummy layan macam anak sendiri. Tapi kannnn.. jenuh la mummy nak train pi toilet, nak mandikan lagi.. so jawabnya kena bertabahlahh lagi.  Hero kecik balik sekolah nanti , mesti melonjak sakan keseronokan lah jawabnya. Mummynya ?? Nangis tepi bucu katil laaaaaaa.. sob sob sobsss...

So Selamat Datang "Brown" to my Haru Biru Family...  Hang standby ada task tuk hang...  Nanti belajaq yak dalam toilet okay dan mandi pakai shampooo wangi-wangi.  

 

Mukhriz tengok dok geli geleman nak tidokan "Brown" dalam baju sekolah dia. Sebab dia nak panas emaknya. Tapi emaknya takde. sob sob sobs...


 Selamat tido sudah... 

Thanks for reading! Wassallam.. 

Tuesday, 5 July 2016

Kerana Kebab !

Assallamualaikum..

Heyyy dah lama tak mengomel.. Kelam kabut sikit lately ni.. Aritu hero-hero demam, muntah-muntah dan nyaris pengsan kat sekolah. Tapi syukur alhamdullilah semua dah ok.. 

Hari ni dah last terawih .. sayu je rasa hati. Dah nak masuk syawal. Korang dah beli baju baru ker? kuih muih dah siap berbalang-balang ker.. hehhee.. Mummy?? Baju raya tuk hero-hero je, mummy kalo jumpa yang berkenan  belilah, kalo tak pakai je apa yang ada. Ala dah tua-tua ni sapa la yang nengok kan.. hehehe

Kuih raya pulak.. mummy jual kuih raya macam biasa.. jual kat orang, tuk diri sendiri takde, kalo ada pun sebekas dua , tu pun dah selamat hadam jadi hidangan berbuka bulan ramadhan ni.. heheehe. Tak sampai hati tengok hero-hero ni merayu bagai nak makan. Apalagi makanlah nak oii.. sampai licin! heheehe

Puasa hero-hero??

Syukur Alhamdullilah dorang dah buat sebaik yang mungkin. Sebagai mummy, kenalah jadi pom pom gurl tuk dorang , agar dorang terus bersemangat tuk berpuasa kan.. Cuma bila dorang demam panas aritu , mummy tak kasi lah puasa. Kang nak makan ubat lagi..  

Oh lupa lak nak cerita..

 
Sumber gambar : Google

Arini ada budak sorang tu.. sedih sangat sampai nangis nangis berlinang -linang ayaq mata. Sayu sungguh baqhang! Pasaipa? Kebab Daging disambar orang.. hhehehe

Bunyi cam lucukan .. tapi buat hero kecik, Sayu dia satu macam. Menangis tersedu-sedu. Adoiii!  Kenapa ? Sejak sampai umah tok dorang dari Jumaat lepas.. Kebab daging Pasar Ramadhan kat sini jadi pilihan . Kalau boleh hari-hari nak. 

Mummy tengok kebab tu macam biasa je. Luaran lah.. Dalaman tu tak dan nak rasa.. ada jugak hero kecik dok huluq tapi tak sampai hati nak makan.. sebab size dia kecik je pun..tengok perut hero kecik ngan kebab tu, rasanya memang tak cukuplah.. hik hik hik..

So bila mummy balik terawih.. hero kecik panggil mummy. Tapi panggil sorok-sorok. Bincang ala-ala dalam kelabu.

Hero Kecik : 
Mummy.. Kebab kita ada orang makan.. ( ayaq mata mula berlinang)

Mummy : 
Laaaa sapa yang makan.. 
( Terus buat announcement: Sapa yang makan kebab Adam.. baik ngaku!)

Semua dok pakat tak ngaku...

Selidik punya selidik, tok wan dia yang makan. 

Mummy : 
Sapa yang makan kebab adik?

Hero Kecik : 
Tok Wan yang makan, Adam tengok je plastik kebab dah ada kat Tong Sampah.. ( nangis lagiiii.. adoiii cakap pun bisik-bisik je, tu tok wan yang amik kalau Abang dia yang amik mau perang ketiga jawabnya.. hahaha :p)

Kerana kebab , hilang terus kesadoon dan kemanchoan hero kecik... Nak tergelak pun ada , sedih pun ada. Esok kena pulon cari satu Penang la cari kebab ni. Agak-agak kalo tak jumpa kebab tapi diganti dengan Nasi Arab ( Peberet Hero Kecik) jalan tak... Adoii sadis sungguh.. 

Harap-harap hero kecik tak mengigau kebab malam ni... Sayu mummy nengok!! Tido pun dalam pasrah je.. Hahhaha.. :p

Oklah Good Night..! Mummy nak pi tidoq esok nak pi soq.. Doa-doakanlah kedai tu bukak besok na

Thanks for reading! Wassallam..