Tuesday, 30 August 2016

Air Jagung Ketagih

Assallamualaikum..

First time rasa Air Jagung Ketagih ni.. Aritu ada gak beli nak rasa atas tiket beli tuk hero besar  tapi sekali pandang.. adoii dah tinggal bekas je.. Ciss takleh nak numpang langsung ngan budak sorang tu. Tak pasal-pasal mummynya kempunan. hahahaha :p 

 

Arini pulak beli ngan tiket tuk hero kecik  pulak dengan harapan dapatlah numpang kununnya, tapi bila sampai kat gerai tu. arghh cancel la, terus beli 2 . Satu mummy, satu hero kecik. hehehehe kang kempunan lagi tak pasal-pasal. hehehe

Gerai air jagung ni depan umah mummy je  so selalu la nampak orang beli. Tapi bila  ingat air manis kat pasar malam je  je terus tak jadi beli. hahahha bole
gitew.. :p Kunun dietlah. Pegidahhhh! 

 

Ni hah rupa air jagung ketagih! Sedap weiii.. takde ais banyak-banyak sampai sakit kepala tu. Rasa jagung tu pekat. Dah la tu tak manis sangat. Hish terus jatuh cinta tau..  Mummy beli yang biasa je. Istimewanya dibancuh sendiri . Bancuh macam mana mummy tak pastilah pulak. RM 2 satu bekas besoo.. rasanya ada lagi besoo kot tapi cukuplah ni , pun dah puas hati. 

Medium Cup RM 2
Medium Cup Special RM 2.50
Giant Cup RM 4
Giant Cup Special RM 5.00
add on Ice Cream RM 1

Korang bole je cari kat tempat korang, rasanya macam dah banyak lokasi air jagung ni dijual. Nak tau lokasinya kat mana korang bole guna hashtag kat Instagram : Air Jagung Ketagih. Selamat Mencuba ye.. 

 

Thanks for reading! Wassallam
Love , Mummy JA

Piala Cawan Air

Assallamualaikum..

Akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan dan berjaya mendapat Piala Cawan Air. Kenapa cawan air..? hehhee Baca sampai habis ok. Tahun lepas hero kecik tersenarai bagi peserta Syarahan kelas masing-masing tapi kecundang sebab kaki bengkak dan tak sihat lepas main bola sepak. Apalagi tahun ni kasi balas dendam la.. Syukur Alhamdullilah. 

Walaupun hanya sekadar tempat ketiga  dan dikalahkan oleh pelajar-pelajar perempuan sekolah dia ( well pompuan memang awesome pun..kah kah kah :p), tapi banggalah jugak.. sebab takde sapa lagi pelajar lelaki kat sekolah dia yang bisa ke depan selain hero kecik ni.. hehehe

Tahun ni nampak la kesungguhan dia nak menang..Hari-hari hafal, balik kampung rumah Tok dia kat Penang pun  diangkutnya text syarahan tu. Nasib baik ada nombor yang diraih kalau tak muram durjana je lah muka hero kecik tu... hehehe

 
Hero Kecik buat muka rabbit bersama Piala Cawan Teh. Hahhaa :p

Arini waktu perhimpunan pagi nama dia dipanggil, tapi hero kecik dah bole agak dia menang apa.. ciss eksennya! Dia cakap walaupun syarahan dia ala-ala samseng bagi syarahan .. Hero kecik menang tau..! aaa hero kecik ni buat ala-ala samseng untuk menghilangkan gemuruh dihati.. walaupun gaya ala-ala samseng .. dia cakap kawan-kawan dan guru jenuh gelakkan dia . Kelakor gamaknya sebab nampak pelik cara dia bagi syarahan, katanyalah.  Baca syarahan " Pentingnya Membaca " tapi gaya persis tajuk syarahan " Castello" .. mau tak gelak. hehehehe 

Piala Syarahan Cawan Teh. Tengoklah design dia. Hero Kecil siap bubuh air minum lagi. Adoii Bertuah punya anak. Tapi yang mulakan ni cikgu tuisyen dialah. Siap pesan nanti balik bole bubuh air teh tau..nanti bole minum dalam piala.. hahhaa :p Cikgu pun sama naik ngan anak murid. Adehh!

Apa-apa pun tahniah hero kecik! Mummy doakan adik berjaya tak kisah la dalam apa jua pertandingan, syarahan  ker, bola sepak ker, Wushu ker ... memasak ker? ehh! Tersasul pulak.. hahahha :p Yeahh ! Hero kecik memang piala bole minum teh ! kikiki :p Lepas ni Syarahan English pulak.. Tapi hero kecik macam tak berminat je.. walaupun nama peserta , cikgu dah listingkan. Semuanya terpulanglah. Keputusan di tangan hero kecik. Apa pun keputusan mummy sokong je. Hopefully hero kecik , do the best! Menang kalah bukan ukuran yang penting semangat tu ada. Kalau semua nak menang sapa pulak nak kalah kan.. kikiki :p

Thanks for reading! Wassallam..

Monday, 29 August 2016

Tukar Sukatan Gram ke Cawan dalam masakan

Assallamualaikum...

Lately ni rajin pulak tangan ni mengecah -ngecahkan (sepah-sepahkan )  dapur. Hero-hero suka pulak tu.. Apalagi makin excited nak kecahkan dapur.. Baking biskut la.. baking kek la.. roti la... Tapi untuk makan diri sendiri je la.. Nak jamu orang masih malu-malu gitew..hahahaa  :p

Tapi tu lah bila dah seronok-seronok berbaking bagai... sekali tengok resepi ada yang pakai gram.. ada pakai cawan... So nak senang mummy tempek je kat sini. Nanti korang tak payah nak pening-pening macam mummy, korang boleh terus refer kat sini ..hehhe



Sukatan Tepung

45 gram = 1/4 cawan
65 gram = 1/2 cawan
90 gram = 3/4 caw an
125 gram = 1 cawan
250 gram = 2 cawan
500 gram = 4 cawan
10 gram = 2 sudu kecil
15 gram = 2 sudu besar

Sukatan Gula
80 gram = 1/4 cawan
125 gram = 1/2 cawan
190 gram = 3/4 cawan
250 gram = 1 cawan
500 gram = 2 cawan
10 gram = 1 sudu kecil
15 gram = 1 sudu besar

Sukatan Mentega

80 gram = 1/4 cawan
125 gram = 1/2 caw an
190 gram = 3/4 cawan
250 gram = 1 caw an
500 gram = 2 cawan
10 gram = 1 sudu kecil
15 gram = 1 sudu besar

Sukatan Cecair
50 ml = 1/4 cawan
125 ml = 1/2 cawan
180 ml = 3/4 cawan
250 ml = 1 cawan
1000 ml @ 1 liter = 4 cawan (1 Quart)


Thanks for reading! Wassallam

Thursday, 25 August 2016

RM 1 untuk Susu Kotak Dutch Lady hanya di 7 Eleven

Assallamualaikum...

Berita baik! Berita baik! Wahh dah macam baut lelongan pulak.. hahahah  :p Buat peminat Susu Dutch Lady ni,  7 Eleven ada buat promosi tau diskaun 50% bagi semua perisa Susu Kotak Dutch Lady 200 ml.  Harga Asal RM 2.00 tapi sekarang dah jadi RM 1 tau.. jangan main-main. Ni pun mummy terbaca di facebook oleh beberapa orang blogger. Apalagi borong sakanlah jawabnya kannnn.. 

 

Mummy and the geng memang selalu je singgah 7 Eleven dekat depan rumah tu. Dan memang hari-hari beli susu ni untuk dorang jadikan bekal ataupun buat minum otw ke sekolah. Hah! Apalagi memang bestlah..!

Pagi -pagi sebelum ni hero kecik je yang turun  dari kereta tukang beli.. mummynya dok dalam kete je. Kalau turun macam-macam kena cukai. Jenuh! Tapi  hari ni mummy pun turut serta sama nyopping . Sebab promosi ni punya pasallah.. kalau dia turun beli , tau angkut je.. bukan nak baca apa-apa promosi pun. hurmmm

Pagi ni amik 6 kotak je sebab nak cepat ke sekolah. Budak cashier tu cakap kalau nak beli satu karton pun bole, tapi bayar 3 kotak setiap kali scan.  Hah! kan jenuh nak tunggu tu.. Dah la hero kecik masuk sekolah 7.15 pagi. Mau kena tulis nama kalo lambat. So mummy cakap " Takpelah dik , esok akak datang beli lain na " Adik tu pulak spontan je  balas.. " tu pun kalau ada lagi kak " adeehhh.. Takpe lah kalo ada rezeki ada lah nanti. 


Tangkapan pertama 6 kotak dipagi hari 

Sebab nak dijadikan rezeki , petang tadi mummy suruhlah  hero kecik pi beli lepas balik sekolah tadi. Manalah tau ada rezeki mummy and the geng kan.. Hero kecik macam biasalah.. " Mummy kita beli banyak-banyak pastu kita jual depan umah okay " Cadang hero kecik. Adoiii biasalah hero kecik ni.. Asal cakap je , habis semua nak buat berniaga! Pengsan.. Modal mummy keluar , untung ngan modal-modal sekali dia kaut.. hahaha 

Hasilnya dapatlah mummy and the geng dapat 13 kotak lagi.. tu pun semua low fat dan full cream. Oklah tu. Peberet mummy! Pastu hero kecik pergi satu lagi 7 Eleven yang dekat dengan rumah mummy ni jugak. Dapat macam-macam perisa 11 kotak. Ok cukup stok untuk 2 minggu. Total semua 24 kotak.. Yeahhh! Expired date pun tahun 2017. So tak perlu risau.

 
Tangkapan petangnya.. 24 kotak.. Mission Completed!

Bagi korang yang suka minum susu Dutch Lady ni dan masih tak beli lagi.. cepatlah ke 7 Eleven berhampiran. Promosi bermula pada 24-28 Ogos 2016 ( 5 Hari je hokay). Cepat ! nanti melepas.. Apalagi cepatt! 

Thanks for Reading! Wassallam.. 

Ubat batuk? Mujarab atau tidak?

Assallamualaikum..

Didalam  keadaan cuaca yang tak menentu , kejap hujan .. kejap panas , memang ramai yang jatuh sakit kan . Dan tak terlepas hero kecik yang dah hampir seminggu demam dan batuk. Dimulai dengan cirit birit , demam dan kini batuk yang teruk.  Memang kelam kabutlah sikit mummy dalam seminggu dua ni. Contohnya aritu sampai masuk lambat ke opis disebabkan oleh berjaga hingga lewat malam. Tak pasal-pasal semua bangun lambat! fuhhh cobaaaaannnn!  Yang untungnya hero besar la , terpaksa ponteng. Suka betul dia.. padahal mummynya risau takut dia ketinggalam dalam pelajaran.  Tapi apakan daya dah nasib badan. Bertabahlah.. 



Disini mummy sharekan beberapa panduan untuk kita bersama. Moga bermanfaat dan mampu jadi rujukan bersama.  Mummy sharekan sebab hero kecik tak nak makan ubat batuk walaupun keadaan makin teruk. Terpaksa perah lemon ngan madu untuk redakan batuk dia. Sesekali mummy sapukan Bam Buah Pala Jeruk Pak Ali didada. Bagi lega! Syukur susut sikit.. 


Cara nak bagi budak batuk teruk yang tak nak makan ubat , mummy kasi ni. Lemon campurakan dengan  madu ,  kemudian mummy masukkan ke dalam secawan air panas.

Batuk dan selsema

Batuk merupakan satu masalah biasa bagi kanak-kanak . Kebiasaannya batuk ini disebabkan oleh jangkitan salur pernafasan seperti demam selsema.

Kanak-kanak kecil secara amnya akan mendapat selsema antara 6-12 kali setahun  yang berpunca daripada jangkitan virus.

Demam selsema juga boleh sembuh sendiri.  Ubat hanya untuk simptom sakit bukan untuk mengubati demam selsema.

Walaupun terdapat tanggapan bahawa ubat batuk & selsema adalah selamat dan berkesan.. anggapan ini adalah salah. Tiada bukti yang boleh  menunjukkan ubat ini sebenarnya membantu dalam melegakan simptom penyakit . Terutamanya bagi kanak-kanak bawah dari 6 tahun.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya anak saya kerap batuk?

Jika anak anda kelihatan sihat , kemungkinan besar batuk ini tidak disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius.

Sekiranya anda risau bawa anak untuk pemeriksaan doktor.

Asap rokok juga boleh menyebabkan batuk menjadi lebih teruk . Jadi elakkan anak anda dari terdedah kepada asap rokok.

Adakah Ubat Batuk berkesan?

Ubat batuk tidak berkesan untuk mengubati batuk kanak-kanak. Kajian yang ditunjukkan sebenarnya ubat batuk membawa mudarat terutamanya kanak-kanak kecil dibawah usia 2 tahun.  Walau bagaimanapun masih tiada bukti sahih atas kenyataan diatas ni.

Adakah batuk disebabkan oleh Asma?

Kanak-kanak yang mengalami batuk pada waktu malam mungkin menghidap asma. Kebiasaaanya asma dalam kanak-kanak akan menunjukkan simptom yang lain seperti nafas bising  dan susah untuk bernafas. Malahan kanak-kanak yang mempunyai masalah asma juga akan mempunyai masalah alahan dan ekzema kulit.  Untuk maklumat lanjut pasal ni kena jumpa doktor la.. sebab dia akan memberikan penerangan yang lebih terperinci.

Bila saya perlu bawa anak saya pergi berjumpa doktor?

Bawa anak berjumpa doktor jika anak menunjukkan tanda tidak sihat ( demam panas tinggi , kurang makan/minum , kencing berkurangan  dan juga sukar bernafas.

Apa yang saya perlu risau sekiranya batuk berterusan untuk beberapa minggu?

Mintak rujukan kepada pakar kanak-kanak . Sesetengah batuk disebabkan oleh jangkitan virus  yang mampu berterusan selama beberapa minggu, (Seperti menghidap Bronchiolitis)



NOTA PENTING
  • Batuk adalah masalah yang sangat biasa untuk kanak-kanak
  • Kebanyakan kanak-kanak mengalami batuk dan selsema 6-12 kali setahun.
  • Kebanyakan kes batuk selsema tidak memerlukan sebarang ubat termasuk antibiotik.
  • Ubat selsema tidak dibuktikan membantu tetapi mungkin memberi kesan mudarat kepada kanak-kanak.

Sumber : Jabatan Farmasi Hospital Port Dickson Negeri Sembilan -2014

Thanks for Reading! Wassallam

Wednesday, 24 August 2016

Resepi Biskut Famous Amor yang sedap dan mudah

Assallamualaikum..

Mummy dan hero-hero ni memang hantu biskut. So mesti kena ada biskut kat rumah tak kisahlah biskut chipsmore ker.. Oreo ker.. mesti ada. Kalau tak bila petang menjelma asyik kena cukai je ngan hero-hero. So nak lebih mudah mummy buat je biskut Famous Amor untuk stok kat rumah. Save sikit budget. Banyak pun banyak. Makan pun puas. kannnn...

Biskut Famous Amor 

Bahan A
250gm butter
100gm gula perang 
( kalau tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula ni)
100gm gula castor
(Pukul pakai tangan je..senang! )

Bahan B
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanila
Sedikit butter oil bagi menaikkan aroma

Bahan C
350gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat

Bahan D
250gm Butter Scocth Chip
100 gm Walnut yang telah dibakar dan dicincang 

Gaul sebati bahan A , selepas tu  masukkan  bahan B...
Kemudian campurkan  dan gaul rata  bahan C dan D


Cubit-cubit adunan tu jadi macam ni. Tak perlu besar-besar sangat saiznya sebab ianya akan membesar dari saiz yang asal.

Masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 1 jam atau pun dua jam. Bagi keras sikit dan mudah bila nak dicubit-cubit nanti. Mummy bakar dalam 30 minit pada suhu 170c.. (Bergantung pada jenis oven..) Sebab oven mummy lambat sikit nak dapat effect kekuningan tu..eh macam photoshop pulak.. hehehhe.. 

Ok biskut mummy dah siap! Jom makan.. 
Apalagi nanti korang cuba la buat biskut ni. Senang je pun.

Thanks for Reading! Wassallam


Tuesday, 23 August 2016

Tips Merawat Rambut Rosak dengan Cara Paling Murah dan Berkesan

Assallamualaikum..

Kalau sebut rambut je.. hah! memang dah macam -macam masalah timbul. Kalau zaman anak dara dulu.. mak aiii, rambut panjang mengurai dan ikal mayang  , lembut lak tu.... halus je. Tapi sekarang dah macam dawai. Dawai pun kadang-kadang lembut lagi.kah kah kah :P

Bila usia semakin meningkat dewasa ni, maka muncullah pula masalah rambut gugur dan juga uban . Ianya berpuncanya daripada pelbagai faktor sebenarnya. Diantaranya disebabkan oleh penggunaan shampoo yang berasaskan alkohol , kekerapan mencuci rambut, faktor melahirkan anak, terdedahkan kepada kepanasan dan kekeringan disebabkan oleh peralatan yang berhaba tinggi seperti pengiring rambut dan pelurus rambut. Malahan   ada juga yang disebabkan oleh penggunaan pewarna-pewarna rambut  yang berbagai-bagai color yang mengandungi bahan kimia  dan sebagainya.

Disini mummy sharekan dua tips yang mummy selalu amalkan sehingga hilang segala masalah rambut yang menghantui mummy selama ini. Rambut pun dah cepat panjang, malahan semakin lembut. So mummy sharelah mana yang termampu  agar dapat membantu masalah korang. Manalah tahu sesuaikan.

Tips 1

Bahan-bahannya

Santan kotak   atau pun santan asli tapi yang original lagi baguslah kan
1 biji limau nipis 
( Kalau rambut panjang amiklah santan tu banyak sikit , kalau rambut sikit ..eh bukan rambut pendek amiklah sikit...hehehehe :P)

Cara-caranya

Campurkan kedua-dua bahan tadi dan gaul rata . 
Ratakan dengan  sikat dan lumur secara rata seisi rambut. 
Guna jari pun boleh  kalau nak lagi puas hati. 
Balut rambut pakai towel atau shower cap . 
Biarkan selama  30 minit-1 jam .( Tapi kalau mummy suka peram sehari semalam..eh macam perap ayam barbeque pulak..keh keh keh :P )
Kemudian bilas rambut dengan shampoo bersih-bersih. 

Kebaikan

Rambut akan tumbuh lebih cepat dan lebat 
Rambut yang rosak atau yang bercabang-cabang tu akan hilang dan pulih sedikit demi sedikit  
Melembutkan dan mengilatkan rambut
Menyihatkan  dan melembabkan kulit kepala korang
Menghilangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala
Melambatkan proses rambut putih ( Uban)


Tips 2

Sila beli Minyak Rambut Herbal Hair Oil jenama Franch Natural & Herbal ( Almond)
Harganya kurang daripada RM 10 ..harga asal lupalah pulak . Mummy beli minyak ni kat Mydin je.. bau wangi je!  Serius tak memeningkan kepala. Mummy pakai minyak nilah segala rambut rosak mummy hilang..Memang terbaeklah! Ni tips mudah lah. Tak perlu perah santan.. sesuai sangat untuk mummy yang cukup terlebih rajin ni..hehhe

Sapu pada kulit kepala dan ratakan. Biarkan dalam 20 minit..tapi mummy selalu letak sebelum tidur  , kemudian pagi esoknya baru bilas..hehhee

Kebaikan

Melembutkan struktur rambut
Mengilatkan rambut
Menguatkan akar rambut
Mengelakkan rambut gugur

Kandungan

Halba
Almond
Bijan Hitam
Kastor

Tips-tips ni korang boleh amalkan setiap hari atau pun 2 atau tiga kali seminggu ikut kerajinan. Lagi rajin lagilah cepat dapat hasilnya. Apa-apapun semuanya bergantung pada keserasian kulit kepala juga. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Thanks for Reading! Wassallam

Monday, 22 August 2016

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK ! 2016 ( Siri 1) dan Pelancaran Peraduan Selfie & Menang

Assallamualaikum..

13 Ogos yang lepas telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK ! bagi tahun 2016. Majlis ini telah diadakan di Wisma OK, Halal Hub Serkam Melaka. Sehubungan itu sempatlah mummy menghadirkan diri bagi melihat penyampaian hadiah tersebut. Mana tau satu hari nanti mummy pulak datang untuk mengambil hadiah. Amin. Syok tau tengok orang amik hadiah..Ok berangan jappp....


Dihadapan Bangunan Wisma OK yang tersergam indah

Mummy dihadapan bangunan  Wisma OK di Halal Hub Serkam Melaka

Mummy dan Kak Zura

Peraduan Mini Bonanza OK! 2016 telah berlangsung dari 1 Februari hingga 30 Jun 2016. Sepanjang tempoh peraduan tersebut, pihak OK telah menerima ribuan penyertaan sehingga ramai yang menyertainya secara berulang-ulang kali. Peraduan ini diadakan bagi tujuan untuk menghargai para pengguna setia produk Teh Herba Orang Kampung yang mempunyai tiga perisa iaitu, Teh herba Original, Teh Herba Limau dan juga Teh Herba Halia. Peraduan yang dikhususkan pada ketiga-tiga produk ini telah berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 200%. Selain itu juga pihak OK dapat mengumpulkan testimoni dan komen-komen membina dari pengguna setia produk ini.


Antara hadiah yang disampaikan iaitu Laptop DELL


Hadiah berupa Televisyen Panasonic

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK! 2016 ini akan diadakan sebanyak 3 siri dimana ini adalah siri yang pertama. Setiap siri akan mempunyai kejutan atau informasi yang akan disampaikan.  OK Group berbesar hati kerana sokongan dari pengguna sejak dari 30 tahun yang lepas tidak pernah mengecewakan. Pihak OK juga berjanji akan menjaga kualiti dan keberkesanannya sebaik mungkin untuk memberi yang terbaik kepada para pengguna produk OK.

Pada kali ini, terdapat 8 pemenang akan menerima hadiah yang berupa TV LED Panasonic 32’ dan Laptop jenama Dell 15’. Kesemua hadiah ini disampaikan pada Majlis Penyampaian Hadiah Siri pertama. Untuk siri kedua kami akan mengumumkan 8 pemenang yang bertuah yang akan memenangi hadiah berupa Jam Tangan Fossil dan Samsung Galaxy Tab 7’. Pihak OK juga berharap semua akan sentiasa berpuas hati dan meneruskan menggunakan produk kami.


Disamping Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK, Pihak OK juga telah melancarkan Peraduan Selfie  & Menang Bersama Kapsul Kacip Fatimah.


Apa yang perlu dilakukan ?

1. Beli Produk Kacip Fatimah

2. Selfie Bersama Produk Kacip Fatimah bersama bukti pembelian (Resit)

3. Postkan gambar anda di FACEBOOK dengan hashtag
#SelfieKacipFatimahOk
#KapsulKacipFatimahOk
#LVKacipFatimah

Peraduan ini bermula pada 15 Ogos 2016 dan
 tamat pada  15 Ogos 2016


Beli produk ni ok.. Kacip Fatimah Orang Kampung. Jangan lupa selfie dan menang! Hadiahnya merupakan sebuah Beg LV ( Louis Vuition ) .. Best woo!

Thanks for reading! Wassallam..

Saturday, 20 August 2016

Resepi Brownies Mudah dan Senang

Assallamualaikum.. 

Hah! Sebenarnya aritu mummy memang dah teringin sangat nak makan brownies ni sebab pernah try waktu pi open house raya rumah kak Zura aritu. Ya ampun sedap weii... ! Tak manis sangat tau! Cukup sesuai dengan tekak mummy dan hero-hero. 

Kebetulan pula nak dijadikan rezeki , setelah selesai menghadiri event, Kak Z dok la kejap melepaskan lelah dirumah mummy. Mummy mintaklah kak Z ajarkan cara mudah dan senang! Kebetulan pulak semua bahan-bahan dah ada . Apalagi jom baking! 

BROWNIES KEDUT


Bahan A
Coklat 250 gram ( potong kecik-kecik) - Coklat ketul2 punya
Mentega  125gram ( potong separuh mentega kotak tu) 
( Double boil , cair dan sejukkan )

Bahan B
Gula Perang 1/2 cawan 
Tepung Gandum (1/2 cawan)
Serbuk koko 2 sb
Telur 2 biji 1/2
( Gaul pakai spatula )

Setelah bahan A  yang telah sejuk dan B . Gaul sehingga rata, kasi mesra giteww.  Kalo nak lagi menarik boleh je masukkan walnut yang telah dibakar atau chip coklat. 

Masukkan dalam loyang 4 segi. Sapukan sedikit marjerin kat loyang tu supaya brownies tak hanggit dibawah. Tuangkan adunan itu mengikut ketinggian 1 1/2 inci atau 2 inci. Sudah mudah untuk dipotong nanti. Mummy bakar dalam suhu . Pertama 120 c 60 minit . Kedua 150c 30 minit. Senang cerita ikut oven je. hehhee

Keluar dari oven dia akan mengelembong macam ni.. nanti dah sejuk dia akan kedut sendiri.

Mummy letak dua suhu sebab nak bagi dia kembang cantik, bila kembang cantik .. nanti dia sejuk akan muncullah kedut -kedut yang menggoda tekak tu nanti. 

Diingatkan jangan nak pandai-pandai godek brownies tu sehingga ianya benar-benar sejuk. Bila dah sejuk barulah potong dan ngap! sedap weiii... Especially buat hantu coklat macam mummy ni... yum yum!

Mummy dan Kak Z. Kak Z ni banyak resepi  best-best tau kat blog dia. Nanti try la ronda ok. www.azurarahman.com

Buat kak Z, thanks sebab ajarkan resepi simple ni.. perghh macam kacang jelah buat.. hahhaa ( berlagak, sekali masak next time hanggit! kah kah kah :p ) Padan muka mummy..! 

Nanti korang cuba tau.. ehh lupa nak cakap ni brownies kecik je, ikut size family .. Kalo nak besar.. doublekan ajer kuantiti bahan kat atas. Mudahkan.. Selamat Mencuba! 

Thanks for reading! Wassallam..

Thursday, 18 August 2016

Pulau Nangka Melaka , Pulau Harta karun yang penuh misteri - PART 2

Assallamualaikum...

Sambungannya entry sebelumnya klik disini..



Selepas puas menjelajah, masing-masing sibuk dengan aktiviti petangnya.. Hah?! Apa aktiviti petangnya?

Aktiviti petangnya adalah BEBAS! hahaha :p 

Mandi , main masak-masak serta makan dan makan lagi.. hahaa sampai kembong. Ada yang masak nasi goreng, masak makanan dalam tin cecah roti , kambing bakar, ayam bakar dan lain-lain lagi. Tak lupa jugak yang melakukan aktiviti apungan badan persis ikan dugong ditengah laut.. kah kah kah 

Start dari petang tu lah  semua lelaki yang hadir take over memasak. Kitaorang tukang makan je. hahaa Ada korang camping rasa pengalaman macam ni. hahahhhaha :P



Ni lah tukang bakor-bakor petang tu.. Ada yang bakar kambing dalam tanah, hurmmm hangit! Seketui pun takleh makan..hahhhaa Ada yang bakor ayam atas api..perghhh jenuh asap masuk mata tapi ayam dia bakorr sedap weyyy...tapi syukur malam tu memang ada seekoq nyamuk ja..yang lain dah lari nyorok sebab mata dah pedih! keh keh keh :p Sorang lagi bakor kambing  atas dapur gas.. hah! tu sedap...nyaman je masuk tekak... Apa-apapun terima kasih semua ,  kenyang mummy petang tu.. 

Kambing Bakorr

Siput Timba.. Ada orang tu kutip takmo, tapi bila dah rebus.. habis dia sorang je hadap sebekas..hahahhaa Baru hang tau penangan Siput Timba. Mummy pun 1st time cuba..nampak cubaan itu telah mengenyangkan perut mummy. Rasa dia macam siput sedut je pun..hehhe :D

Ni namanya Teh Tarik Dawai.. sebab ikat pakai dawai teh-teh bebanyak tu... Sib baik sedap.. hehhe

Bab mandi pulak kitaorang mandi pakai mata air je..ala-ala gadis melayu berkemban tepi sungai mencedok air mengguna timba. adehh ! sadisss.. tapi seronok... yelahhh suatu kelainan dari kebiasaannyakan. hehhee Tapi kalo nak melabur saham yang besar cangkul ada disediakan pastu gambuslah balik. hhahaha :p tapi kitaorang simpan kedap kedap balik ke darat je nanti.kikiki

Bila Malam Menjelma..


Head lamp siap! Wisel Siap! Torchlight Siap! Tongkat Sakti lagilah siap.. Peace yo! Lebih kurang dalam pukul 9.00 malam kitaorang mula mendaki puncak bukit belakang tu. Gelap bakhang! 

Aktiviti meredah hutan melawat beberapa makam yang terletak diatas bukit  dan disedekah al-fatihah pada pejuang yang telah pergi. Ada jugak berlaku beberapa peristiwa ala-ala manja sebagai tanda salam perkenalan. Syukur Alhamdullilah takde apa-apa yang berlaku hehhee Biasalah lumrah masuk tempat orang. Selain itu juga kitaorang sempat meninjau batu-batu yang dipercayai batu yang menutup pintu masuk ke Gua yang dipercayai tersimpan harta karun tu. Terbelah dua , namun telah diselak dengan batu besar ditengahnya. Kalo nak angkat dengan kudrat manusia ..ishh tak termampu gamaknya. Badang je boleh kot yang boleh angkat hehhee.


Makam

Pintu Masuk Gua Harta Karun atas bukit. Nampak macam pernah dipotong batunya, tapi ditutup semula dengan batu yang lain ditengah.

Selfie dalam kegelapan. Nak welfie ramai-ramai takut dari bersembilan jadi 10, 11, 12..adoiilah! Aktiviti menjelajah tu berakhir lebih kurang sejam setengah. Waktu nak balik je macam tak jumpa jalan keluar sebab dipenuhi dengan pokok bakau yang tajam-tajam tu. Tapi syukur alhamdullilah semua selamat

Selesai aktiviti melawat tu, apalagi makan lagi lerrr..Lagiii...hahhaha tak tau la awat camping kali ni, asyik makan je kejenya. Rasanya 2 kilo kot badan mummy naik.ishhh!


Abam sado masak Murtabak maggi

Ni hah! Roti pintal. Kayu tu pakai ranting-ranting kayu yang telah dibuat segala kekotorannya. Pastu adunan roti dililit-lilitkan dan bakar sampai masak, bila dah siap cari kari Ayam atau daging.Cicah!! Sedap! Pastu minum ayaq kopi..hurmmm baru teringat patutlah mummy tak boleh tido malam tu..minum ayaq kopi rupanya..hahhaa :P

Malam tu juga mummy takleh tido .. sebab biasalah rasa macam tempat baru, belum lagi rasa macam orang jalan belakang khemah maybe budak-budak lelaki menjaga keselamatan kitaorang kot. Lebih kurang dalam pukul 3 pagi, riuh sekejap sebab hujan lebat dan ribut bakal muncul , dikhuatiri ada ranting atau pokok yang bakal tumbang. Syukur Alhamdullilah kejadian tu tak berlaku. Okay sambung tido balik.. sempat la tido dalam barang sejam dua. hehehe 

Esoknya aktiviti ronda-ronda pulau, mandi persis ikan dugong, kutip siput timba dan mengemas pun bermula. Sebab boat akan datang pick-up kitaorang dalam pukul 11.00 pagi.


Bukak bukak khemah nak solat subuh nampak ni dulu. MasyaAllah cantiknya ciptaan yang Maha Esa.

Test air dulu sejuk ke idak.. Ok tak sejuk.Jom jadi ikan duyung..fefeling giteww..hahaha :P

Kita mandi dulu!

Diapung-apungan. Tak berani nak takut sangat mandi kat sini. Sebab air dia jernih je. 

Ada jugak aktiviti mengorek pasir..hah! nak buat apa ni melabur saham ker..? 

Taklah nak amik gambo je pun..hehhee LOVE!

Bintang-bintang hati

Selamat Tinggal Pulau Nangka. Kami balik dulu na

 So selesai sudah aktiviti perkhemahan group pertama ke Pulau Nangka. hehhee 

Kalau ada yang berminat nak join atau terdapat sebarang 
pertanyaan bolehlah menghubungi :-

En. Nurman       : +6011-1514 9607 
En. Kamal         : +6013-692 5598

Thanks for reading! Wassallam