Wednesday, 21 September 2016

Halal Food di Zhuhai China

Assallamualaikum..

Tetiba tekak ni terasa rindu nak makan Mee Tarik waktu kat Zhuhai China aritu.. Hish ngidam apa ni ? kikiki :p  Walaupun kat sini ada, tak mungkin sama macam kat sana kan. Orangnya, persekitarannya, how they display the menu, cara dorang serve kita kann kann.. Tak caya mummy cakap.. apakata korang pi sana dulu.hehhee :P
Sepanjang waktu mummy disana, hanya restauran ini lah yang menjadi port rasmi mummy and team. Nak makan kat hotel hanya mampu telan roti dan bubur je. Kalau kat bilik pulak Maggi, oat , sambal kering Ikan Bilis .. hah! Tu jelah.. Menu ni je telah membuatkan berat mummy turun mendadak tau... jangan tak percaya hokay . Tapi tu aritu la.. sekarang lak naik mendadak-dadak.. keh keh keh :p

Dihadapan hotel yang mummy duduk ni terdapat satu kedai Halal Food milik Cina Muslim. So situ jelah port kitaorang makan. Mula-mula memang la rasa pelik sikit tapi lama-lama kena pulak ngan tekak mummy walaupun kawan-kawan yang lain dah tak boleh telan... Waktu mummy pergi tu cuaca dia memang sejuk waluapun memang tak kan ada salji kat sana , so sup memang menjadi pilihan mummy lah..  Nak tengok rupa dia.. jeng jeng jeng
Ni lah rupanya Mee Tarik.  Yang uniknya Mee Sup ada Telur Goreng. Nampak pelik kan.. tapi bila makan dengan cili flakes tu.. yummm...
Suasana dalam restaurant. Nak order makan tunjuk je menu kat dinding tu. Nak sebut tak reti apatah lagi membacanya.hahahaa Order ikut instict je..bole giteww
Ni Nasi Goreng dia.. Mummy tak pernah order sebab mummy tak berapa suka makan nasi yang berasnya comel-comel lagu ni..hahhaaha Demand!! Cuit-cuit kawan-kawan punya je.. heheh
Cara MeeTarik dibuat. Mengintai dari jendela kedai. hehee
Ni lah geng-geng yang ikut serta ke Zhuhai aritu
Ni Mee Tarik ala-ala Tom Yam.. 
Posing ngan Owner kedai bersama dengan pelayan-pelayannya sekali. 
Free style!
Restaurant HALAL ni depan hotel mummy je.. Lintas jalan sikit dah jumpa kedai. Sebenarnya banyak lagi menu ada kat sini macam Satay Kambing yang super duper sedap tu! Tapi mummy tak amik gambo sebab makan dengan bos. Kang dia kata makanan pun kau nak amik gamboo. Padahal dia tak tau.. salah satu tanggungjawab blogger ni kena amik gambo.. Kalau tak takdelah bahan nak tempek kat blog. Malahan dengan gambar-gambar ni lah yang dapat membantu rakan-rakan / pembaca yang lain mencari maklumat tentang sesuatu menu, lokasi dan sebagainya. Tak giteww..  Harga tak tercacat sebab semuaya dibelanja orang. Mummy tau ngap je! hahaha...:P Ehh! Lupa lak nak cakap Terima Kasih buat yang sudi belanja versi Blog. Nanti ada masa belanjalah lagi.. hahhaa :P :P

Thanks For Reading! Wassallam
Love , Mummy JA

Tuesday, 20 September 2016

Applikasi Phone Paling " Wow " untuk melancong tanpa Agensi Pelancongan

Assallamualaikum..

Lately ni memang rajin sungguh mummy share pasal tips untuk travel kan.. bukannya apa kebetulan bila selalu membaca travel magazine dan paper ni.. banyak pulak tips tuk travel yang muncul . So untuk rekod dan rujukan diri sendiri nanti mummy tulislah kat sini. Senang korang boleh guna.. mummy pulak senang nak cari.. hhehehe. Hopefully tip-tips yang mummy beri ni akan membantu korang tuk travel dengan mudah dan lancar. Mummy ni ntah bila dapat travel.. tabung asyik bocor je..hahhaha Almaklumla anak-anak makin membesar , so banyaklah yang perlu dibocorkan tuk dorang.. :D Insya Allah ada rezeki travel tuk mummy nanti.. Amin
Didalam dunia yang serba canggih dan moden ini , penggunaan alatan smartphone , ipad , tabs dan sebagainya kini semakin meluas tempiasnya kepada semua . Baik kepada pengguna, penggiat , pengusaha pelancongan seperti hotel , produk-produk pelancongan , resort , penggangkutan awam. Jom kita tinjau apa yang app yang makin menular diluar sana.


1. Agoda.com & Booking.com- 

Tempahan hotel dengan harga dan lokasi terbaik.




2. Tripadvisor- 
Cadangan Lokasi penginapan dan juga destinasi pelancongan berserta riview terbaik.



3. XE Com & Currency -
 Memudahkan anda mengetahui kadar tukaran matawang asing

4. SkyScanner - 
Mampu membantu anda membuat perbandingan harga ke semua syarikat penerbangan ke seluruh destinasi dunia dengan harga yang termurah.



5. Foursquare - 
Cadangan restoren , lokasi makan, destinasi pelancongan dengan review lengkap dan terbaik.


6. Waze , CityMapper & Google Maps - 
Merupakan GPS lokasi dengan jarak dan masa .



7. AccuWeather - 
Melaporkan kajian kaji cuaca harian , mingguan dan bulanan bagi semua destinasi dunia.



8. Google Translator dan
 Talking Translator - 

Membantu menterjemahkan bahasa.



9. Google , Yahoo - 
Enjin pencarian global paling mudah dan juga ringkas.


Kesemua app diatas adalah PERCUMA je.. So senanglah korang na download sebagai rujukan. So tak payah nak pening-pening kepala. Kalau nak lagi senang save location dan info siap-siap kalau takut takde coverage waktu travel nanti. So selamat men"Download".. :D 

Thanks for Reading! Wassallam
Love, Mummy JA

Sunday, 18 September 2016

Cara Mencuci Kasut Sekolah Tanpa Perlu Menyental

Assallamualaikum...

Bila tiba hujung minggu benda paling mummy tak suka adalah...?? Cuci kasut sekolah hero-hero ni lah. Kalau ada kat rumah bolehlah mengarah.. Kalau dorang takde memang parahlah jawabnya mummy.. #tepukdahi   Dah la hero-hero ni jenis lasak tahap gaban. Rupa kasut pun dah tak rupa kasut. Nak nak Si Hero Kecik tu.. Makkk aiiihhh .. Hitammm!! Confirm pengsan nak menyental..


Selalunya mummy suh hero-hero sental dengan sabun mandi.. So cerahlah sikit rupa kasut tu. Tapi ni ada cara lagi mudah setelah direnung-renung kasut sekolah hero kecik yang hitam berkilat tu. heheehe . Nak nak tengah demam ni. Adehh memang pening la tengok kasut tu.. 

Cara-cara mencuci kasut sekolah 
tanpa perlu menyental

1. Mula -mula masakan 2 jug air panas.

2. Sementara menunggu air mendidih tu, boleh la sagatkan sabun mandi tu halus-halus ke dalam baldi.  Tak kisahla sabun apa pun.. Fruitale ker, May ker, dettol ker.. terpulang. Kuantiti ikut berapa banyak kasut sekolah yang ingin  dibasuh ke dalam baldi.

3.  Bila air dah masak, campurkan air panas tu ke dalam baldi bersama sabun yang telah disagat.  Kocak-kocak air tu sampai berbuih.

4. Masukkan kasut dan rendam sampai tenggelam kasut tu. Kalau air masak tu tak cukup .. boleh je campurkan dengan air biasa sedikit . Tapi pastikan air tu still panas lagi . 

5. Rendam selama sejam.. Sambil-sambil tu bolehlah kemas rumah, sapu sampah , mop lantai , basuh baju ker dan lain-lain lagi. Multitask katanya.hehhe

6. Sejam Kemudian... Angkat kasut yang telah direndam tu .. kemudian gosok-gosok manja je. Takyah penat-penat sental dah bersih.

7. Jemur kasut tu ditengah panas. Bila dah kering nampak lagi putih. 

Senang dan mudahkan.  Lepas ni tak payah susah-susah nak menyental. Rendam -rendam , gosok-gosok manja.. taraaa kasut sekolah putih bersinar-sinar.

Selamat Mencuba.

Thanks for Reading! Wassallam.
Love , Mummy JA

Thursday, 15 September 2016

3 Fakta Menarik Dunia

Assallamualaikum..

1. Laut Mati Termasin di dunia... Betul ker?

Jika korang rasakan Laut Mati adalah tempat paling masin didunia , sebenarnya ia bukanlah yang termasin sebab  Tasik Don Juan di Antarktika  merupakan tempat paling masin didunia . Dimana ia mengandungi tinggi kandungan garamnya yang sesuai untuk terapi kesihatan. Kemasinan  dan ketinggian garamnya mampu dijadikan sebagai terapi kesihatan . Malahan jika hendak dibandingkan dengan Laut Mati kemasinannya merupakan 8 kali ganda jika hendak dibandingkan dengan Laut Mati.

Tasik Don Juan di Antartika
Sumber Gambar : Mr Google

2.  Kisah di sebalik Pulau Aoshima Jepun.

Suatu Masa dahulu Pulau Aoshima yang merupakan Pulau terpencil yang terletak di Selatan Jepun ini turut juga dikenali sebagai Pulau Kucing. Ini kerana jumlah haiwan / kucing itu yang tinggal disitu sendiri berlipat kali ganda lebih banyak daripada penduduk di pulau itu sendiri. Pada asalnya kucing dibawa ke pulau itu untuk mengawal tikus yang sering merosakkan peralatan menangkap ikan di bot nelayan. Walau bagaimanapun , apabila industri perikanan semakin hilang akibat sedikit demi sedikit penduduk dipulau itu yang berhijrah ke bandar , populasi kucing mula meningkat. Sehingga kini, lebih 120 atau lebih kucing tinggal di Aoshima bersama hanya segelintir penduduk yang kebanyakkannya warga emas yang tinggal disitu sejak Perang Dunia Kedua.

Ratusan kucing yang tinggal di Pulau Aoshima Jepun.
Sumber Gambar : Mr Google

3. Misteri Stonehenge

Stonehenge yang terletak di England ini adalah salah satu binaan zaman gangsa dan neolitik. Ia merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan yang dikenali sebagai megalit. Terdapat pertikaia n mengenai usia sebenar bulatan batu ini. Walaupun Stonehenge adalah struktur yang sangat menarik kerana batu-batu besar yang terdiri diatas satu sama lain , misteri terbesar bukan bagaimana ianya dibuat tetapi MENGAPA ia dibina ? hah! siapa yang nak jawab..? Semua itu masih menjadi tanda tanya sampailah sekarang.

Misterinya Stonehenge di England
Sumber Gambar : Mr Google

Thanks For Reading ! Wassallam
Love , Mummy JA

7 Tips untuk Beginner Travel

Assallamualaikum..

Berjalan atau menjelajah ke negara orang yang tak pernah kita jejak adalah satu pengalaman yang cukup mengujakan bukan. Terutamanya melihat benda -benda baru seperti budaya , masyarakat , keadaan sekeliling , cuaca , dan lain-lain lagi. Namun disebabkan sikap kita yang adakalanya terlampau mengambil mudah tanpa membuat persiapan yang secukupnya.. keseronokkan itu akan menjadi sementara dan adakalanya bakal menjadi mimpi ngeri buat seseorang. 

Disini mummy ada menyediakan beberapa tips bagi mereka-mereka yang first time hendak menjejakkan kaki ke negara orang. Moga lepas ni takdelah mimpi ngeri.. malahan mimpi indah-indah je muncul ye. hehehe

8 Tips Untuk Beginner Travel

1.  Pelan

Bawalah teman yang ada pengalaman melancong. Kalau bole biarlah yang sekepala. Kang asyik bergaduh je sepanjang pun susah jugak. Biarlah pengalaman melancong tu menjadi pengalaman yang menyeronokan. Malahan kalau bawa teman ni adakalanya mampu membantu kita disaat kecemasan dan sebagainya. 

Sumber gambar : Mr Google

2. Carian

Pilih negara yang dekat terlebih dahulu. Yelahh pertama kali buat pasport, pertama kali naik kapal terbang, pertama kali ke bumi asing dimana sekeliling kita nanti tu belum tentu paham atau mampu bercakap dalam bahasa inggeris mahupun bahasa melayu.


Sumber Gambar : Mr Google

3. Tempahan

Rancang awal untuk membeli tiket kapal terbang. Ada sesetengah manusia ni jenis tak pernah ambil tahu yang sesetengah syarikat penerbangan suka sangat untuk memberi tawaran harga yang menakjubkan secara kita membuat tempahan awal. Bukan takat tiket kapal terbang.. bilik hotel pun boleh dapat murah. Kann untung disitu. Duit lebih bole pergi shopping! yeahh! 

Sumber Gambar : Mr Google

4. Luggage

Susunan barang dalam luggage pun menjadi salah satu benda penting sewaktu melancong / menjelajah ke negara orang. Dicadangkan gulunglah baju -baju tu bagi menjimatkan ruang didalam beg. Kalau nak mudah  korang boleh pasang-pasang baju dan seluar (contoh) siap-siap . Senang tak perlulah korang punggah satu beg nanti. Jimat masa jimat ruang!

Sumber Gambar : Mr Google
5. Duit Poket

Budget. Sebenarnya ianya lebih bergantung kepada tujuan kita. Nak melihat negara orang ataupun nak membeli belah.  Yelahh kat luar negara tu pun banyak tempat murah. Dah la sekali sekala datang?.. ish rugi pulak tak beli... hehehe

Sumber Gambar : Mr Google

6. Peta dan buku panduan

Sediakan Itinenary. Ini memudahkan pergerakkan kita agar ianya lebih tersusun dan dapat membahagikan masa dengan sebaik-baiknya. Contohnya macamana nak sampai hotel, pukul berapa nak keluar, kemana hendak dituju, berapa kos dan lain-lain. Kan mudah kalau semuanya itu dapat kita compilekan dan letak dalam satu itinerary. 

Sumber Gambar : Mr Google

7. Pasport dan juga Visa

Buat dan semak passport korang tu. Pastikan dokumen tu masih sah  dan masih boleh digunakan sepanjang korang berada disana. 

Semoga tips-tips yang dishare ini dapat membantu dan juga memudakan perjalanan korang. Have a nice day and happy journey!  Bak kata orang Jauh Perjalanan , Luaslah juga pemandanganya. Tak giteww..  

Sumber Gambar : Mr Google

// Sumber Info  : Majalah Backpakers


Thanks for Reading! Wassallam
Love , Mummy JA

Thursday, 8 September 2016

Thomas Town Puteri Habour Johor Tawarkan Harga Tiket Promosi

Assallamualaikum..

Bila sebut Thomas and Friends , rasanya korang dah tahu la kan, Apa itu Thomas and Friends ? Ianya merupakan sebuah siri Kartun Kanak-kanak berbahasa Inggeris yang cukup popular  sejak dari tahun 1984. Namanya dah cukup gah an tak perlu diperkenalkan lagi malahan ianya cukup digilai oleh ramai kanak-kanak sehinggakan ada yang sanggup mengumpul koleksi Permainan Train Thomas and Friends ni sepanjang-panjangnya. fuhhhhh.. Rajin!



Dengan itu Sempena Sambutan Hari Malaysia ini Thomas and Friends  atau Thomas Town yang terletak di Puteri Habour , Iskandar Puteri Johor  . Pihak Thomas Town akan memberikan 100 pas lawatan percuma ke Thomas Town kepada Kanak-kanak yang dilahirkan pada bulan September. Haiii untunglah siapa yang lahir pada bukan september ni kan.. 
Lokasi 

Thomas Town, 
Persiaran Puteri Selatan, 
Puteri Habour , 
79000 Iskandar Puteri , 
Johor Darul Takzim

( 20 minit drive dari Malaysia-Singapore Second Link )
( 25 minit dari Senai International Airport)
(10 minit dari LEGOLAND Malaysia)
( 90 minit menggunakan Feri Dari Tanjung Balai ,Indonesia)
( 2 Jam menaiki Feri dari Batam, Indonesia) 

Masa Operasi 
Setiap Hari Mulai 10.00 pagi - 6.00 Petang

Tiket boleh dibeli secara online di 

Mini & Mighty Tour Malaysia
Pameran Mini & Mighty Thomas and Friends kat Dataran Pahlawan Melaka

Mummy datang dengan hero kecik. 

Pada 3 September baru-baru ini Thomas Si Enjin Biru No 1 dan rakan-rakannya telah menuju ke Melaka bagi sesi pengembaraan bagi peminat-peminat ciliknya di Melaka dan mempamerkan 70 Enjin MINIS Thomas dan Friends di Dataran Pahlawan Megamall Melaka  mulai 3- 18 September 2016 ini sahaja. Cepat datang sebelum terlambat.

Kick-off of the THomas Town Mini & Mighty Malaysia Tour Malacca: Mr Fahruddin Najumudeen, General Manager of Thomas Town, Puteri Harbour (centre) together with Ms Fong Jia-Li, Marketing Manager for Infant and Preschool Category of Mattel Southeast Asia (second from left) and Ms Chan Lai Hing, Senior Leasing Director of Hatten Group Sdn Bhd (second from right), Rusty & Dusty and a huge Thomas Town fan Keith Chan, 5 years old.

Mr Fahruddin Najumudeen, General Manager of Thomas Town, Puteri Harbour giving a speech during the launch of Thomas Town Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 at Dataran Pahlawan Melaka Megamall recently.

Thomas and Friends ini juga telah memenangi hati  dan menceriakan kanak-kanak diseluruh dunia dengan watak-wataknya yang cukup disayangi ramai melalui kisah-kisah pengembaraannya yang hebat dan juga nilai-nilai moral untuk pengajaran hidup bagi panduan kita semua. 

Thomas Town Puteri Habour pula merupakan sebuah Taman Tema tertutup bagi seisi keluarga . Lengkap dengn pelbagai permainan (rides) yang menyeronokkan dan juga aktiviti- aktiviti menarik yang akan mencabar imaginasi kanak-kanak dan cukup sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah keluarga dan menjadi pilihan untuk cuti sekolah yang bakal tiba ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Tema ni  SILA KLIK DISINI.

Mini & Mighty Tour Malaysia Tour 2016 ini pula menampilkan Pameran Khas Replika Enjin MINIS Thomas & Friends seperti  Dino , Wira, Spooky , Racers , Neon, Robo , Chillin dan Metalic. 


Put Put ..Put Put.. Train nak lalu..train nak lalu..

Kawan-kawan Thomas..

Selain pameran terdapat juga pelbagai aktiviti -aktiviti menarik seperti sesi bertemu karakter-karakter Thomas and Friends , Rusty & Dusty serta Sir Topham Hatt. Malahan terdapat juga aktiviti lain yang diadakan seperti Thomas Train Ride, Story Telling Adventures, Thomas Maze Challange dan juga Thomas Town Track Challenge.


Rusty & Dusty serta Sir Topham Hatt.


Antara aktiviti yang diadakan
Parents and children alike participating in the activities at the Thomas Town Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 at Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

The crowd gathers to watch the performance by Thomas Town, Puteri Harbour Team during the  Thomas Town Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 at Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

A little fan enjoying himself at the  Thomas Town Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 at Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Jadual Aktiviti di Mini & Mighty Malaysia 
Tour Dataran Pahlawan Megamall Melaka 
3 Sept sehingga 18 Sept 2016

Thomas Ride

10.00 pagi-12.00 tgh
1.00 tgh- 6.00 petang
7.00 Petang- 9.00 malam

Nota: 
A Minimum Spent RM99 untuk Thomas Town Tiket atau minimum spent RM 150 bagi apa-apa sahaja Merchandise Thomas and Friends di retail outlet Dataran Pahlawan berpeluang menaiki Thomas dan Trains secara percuma.


Kat belakang mummy terdapat pelbagai merchandise Thomas and Friends yang korang boleh beli. Menarik!


 Maximum 10 kanak-kanak bagi sekali ride dalam satu-satu masa. 

Tak dapat naik train..posing ngan train pun jadilah.. Oversize nampak gayanya..hehhee

Harga Tiket Promosi! Harga Tiket Promosi! Di Mini & Mighty Malaysia Tour Dataran Pahlawan Megamal Melaka mulai 3 Sept sehingga 18 September ini juga , terdapat jualan Tiket Promosi untuk melawat Pulau Sador dan mengenali dengan lebih dekat Thomas & Friends ini. 
Harga Promosi

 RM 99 - 2 Tiket (Harga Asal RM 170 ) 
Atau
Tambahan RM 67 untuk All Park Pass
( Valid di Dataran Pahlawan Melaka Sahaja 3-18 Sept 2016 )

Harga Asal



Untuk mengetahui lebih lanjut Thomas Town Puteri Habour dan Mini & Mighty Tour Malaysia 2016 ni sila layari 


 Thanks! Mummy dapat cabutan bertuah.. 


Thanks For Reading! Wassallam
Love , Mummy JA.