Thursday, 27 October 2016

Black ! Jelmaan Pirana

Assallamualaikum... 

Hah! Kalo baca tajuk je mesti korang ingat penyanyi Black tu ikan Pirana kan.. Tapi bukan Black tu la .. ni ha.. Ikan Pirana berekor yang telah dibawa pulang oleh hero kecik beberapa bulan yang lepas.. Adehhh! Hero kecik ngan hero besar ni memang tahap gaban pencinta kucing.. Habis semua anak, mak pak kucing-kucing dijalanan dia amik bawak balik suh mummy bela.. " Apa hang ingat rumah kita ni rumah tempat pemeliharaan kucing -kucing terbiar ker?? 

 
Mummy , Pirana.., Hero Kecik

Memanglah pada mulanya telinga mummy akan berasap! Mata mummy akan merah menyala macam nak makan orang, Tapi bila tengok kucing ni mengiaw kelaparan.. automatik CAIR! Hadoiii memang kucing sungguhlah kucing ni... Belalah mummy dekat berat hati pada mulanya... Yelahh makan sendiri pun adakalanya kena catu, inikan pula nak bela anak bujang dan anak dara orang kan.. huaaaa.. Tapi selalu je mummy cakap dalam hati " setiap makhluk Allah kat bumi ni mesti ada rezeki dia masing-masing.. so bertabahlah.. 

Tapi dulu ada  jugak beberapa kali mummy sabotaj Black ni, kurung kat luar bagi dia pi balik cari mak dia.. tapi hampehh.. mummy bangun subuh je, dia dah balik salam depan pintu.. #tepukdahi..  Dia nak jugak mummy jadi mak tiri dia.. Nampak sangat gorgegouskan mummy ni.. hahahah :p

 
Memang susah betui nak amik gambaq si Black ni, Ni je cara dia . Kasi kejap itu punya genggaman. heheheh .Habis selfie jenuh kena tokak.hahaha ;p

Lagipun dah selalu sangat hero2 bawak balik anak kucing tapi hayatnya tak panjang.. bukan tak cukup makan.. bukan tak bawak pi klinik.. tapi dah lumrah.. " Anak dan Mak " berpisahnya tiada.. 

Serius berlainan pulak ngan Black ni.. Eh! Panjang pulak usia dia.. makan tak memilih, frieskies abam Panda dan Comel dia telan macam Ikan Pirana tanpa toleh kiri dan kanan.. Lahap!! Mungkin itu perkataan yang paling sesuai mummy bagi kat si Black ni.. Bukan takat frieskies abam2 tu je dia telan.. apa je la yang kitaorang makan semua dia nak.. Memang takde can la kitaorang nak makan dengan aman.. Dimana ada makanan disitu ada Black.. Parohh!


Si Comel yang lemah lembut kununnya. Tido pun nak pakai bantal.  

Hingga kini, Black, Panda dan juga Comel lah yang menjadi hero-hero yang lagaknya tak ubah macam Avengers.. Sekoq Iron Man, Sekoq Captain America dan sekoq lagi Pirana Man.. hahahhaa.. Bukan menyelamatkan rumah mummy.. menelingkupkan rumah mummy lagi adalah.. kalo takde benda yang pecah bukan doranglah tu.. hahhha.. 

Sekarang ni pegang mop hari-hari pun dah rasa macam.. ahh! Takpelahhh aku berkorban sikit tuk dorang yang acapkali memeriahkan hidup aku walaupun adakala lebih kepada huru hara. Bak kata orang alah bisa tegal biasa.. tak gitewww. Buat yang suka spesis Pirana berekoq macam ni mesti dah faham kan.. 

Telatah Black yang mummy suka??? Dia penghibur yang bukan dipentas yang memegang mikrophone tapi  telatah dia yang suka menyorok ditepi-tepi tembok untuk menyergah sesiapa je yang lalu.. tak kiralah besar mana pun orang tu.. gergasi , dinasour... " Black cakap do I care!!" Hahaahahha.. Disergahnya ! Dikejarnya tak cukup tanah! Ditokak , digigit tangan ker kaki orang tu sampai lunyai.. tapi takde la sampai luka bagai.. ala tokak-tokak manja kata orang utaqa.. hhhehe


Panda yang bijak. Kebijaksaan dia luar biasa.Nanti free-free mummy citer hokay...hehehe 

Kalo mummy tengok tv, pusing kanan .. ehh! Dia tengok samalah... Kalau tengah lipat baju .. ehh! Dia landing baik dalam baju sambil ngap tangan kita.. Tengah basuh-basuh baju.. ehh! Dia dalam basket dok tolong pilih... " Mummy basuh baju ni dulu.. baju tu takyah"  begitulah lagaknya walaupun sepatah haram mummy tak paham apa yang dia ngomelkan.. heehhehee Tu belum lagi bab tolong siang ikan, tolong buangkan  lemak-lemak ayam ... hahhaaa.. adoiii memang mencuit hati sungguh.. 

Ishh tengah-tengah hujan lebat kat sini.. Apalah Black tengah buat kan.. sapu sampah ker? Main kejar-kejar ker? Tido mungkin atau tengah tampal kaca kat pasu bunga mummy yang telah pecahkan pagi tadi.. Hopefully Black Si Pirana Man mummy dok baik-baik aja. Tak sabo nak jumpa dia tengah dok skodeng mummy celah langsir menanti kepulangan mummy.. hhehhe

Thanks For Reading! Wassallam..
Love , Mummy JA

Wednesday, 26 October 2016

Berhujung Minggu Di Puncak Bukit Beruang , Melaka

Assallamualaikum... Tak jawab dosa! 

Sabtu yang lepas  mummy telah  meyempatlah diri memdaki  Bukit Beruang kat Melaka ni. Idea ni tercetus setelah membaca  komen Blogger Aida (http://www.adianiez.com/) yang berplan nak naik ke Bukit Beruang tu.. apalagi berdesub la mummy PM Aida kata nak join. Hehehehe sambil -sambil tu sempat jugaklah mummy ajak Tiera join sekali.. ( ni semua team hiking opis mummy.. cian kena paksa dengan mummy) Takpe kena paksa untuk bersukan takpe kan.. hahaha 


 
Mummy disepara puncak Bukit Beruang. Kat belakang mummy tu adalah pemandangan keseluruhan Negeri Melaka. Tapi mummy nampak bangunan je banyak.. rumah mummy takde pun..sobsss.. :P

 
Geng panjat Bukit aritu.. Tiera dan adik-adiknya. Gurl Pink Power ok!

Tapi sampai kat sana, Aida tak sampai lagi, nak jadikan cerita no phone Aida pun mummy lupa mintak.. Adehh cuai betui mummy ni, ajak plan tapi no phone lupa nak mintak. Apalagi mummy redha je la.. Tapi baru nak redah bukit  tengok Aida pun baru reply PM mummy kat FB. Tapi mummy cakap ngan Aida mummy naik dulu then jumpa kat atas. Sampai kat atas, bayang pun tak nampak. Yelah dah ramai-ramai, lagipun trek ke puncak tu macam-macam simpang ada.. Mummy pulak naik yang paling mudah dan pantas. Memanglah tak jumpa kann. Hahhahaa . So buat Aida.. Sorryyyy...:((

Lagipun mummy risau takut lambat balik, sebab hero kecik ada kat rumah. Hero kecik tu memang eksen sikit bab-bab ikut mummy bersukan ni.. kononnya dia punya aktiviti bersukan lagi best dari mummy . Cehh poyoss giloss.. Kununnya main bola sepak kat padang lagi bestlah.  Pastu kaki terpelecok cari mummy jugak.. Cehhh! :p

 
Cakkkk....

Lokasi Bear Hill / Bukit Beruang Hill

Jalan Teratai 3 , 
Taman Bunga Raya , 
Bukit Beruang Melaka. 
( Starting Point untuk hiking)

Senang je nak cari.. mula -mula simpang traffic light ke Taman Bunga Raya tu belok kiri ke Jalan Teratai 1 ( Yang ni jalan dari Multimedia Universiti -MMU tau ) , kemudian masuk simpang kedua belah kanan ( Jalan Teratai 3)  , Terus je .. then sampai la. Sebelah starting point tu ada sekolah SRJKC Bukit Beruang.  Untuk ke puncak Bukit Beruang , ada dua laluan... Satu trek jalan Tar, satu kagi trek lalu hutan.. trek tu sebelah -sebelah je.. Senang je nak cari.. 

Ni trek Jalan Tar waktu nak turun ke bawah. 

Mummy mula hiking lebih kurang jam 5.15 petang. Sebenarnya pakai redah je,  jalan trek pun mummy tak tau. Risau jugak sesat. Tapi degil! ku redah jua. Sapa kenal mummy tau lah atas kepala ada besar punya batu..:P  Kebetulan terjumpa sorang uncle yang nampak gayanya cukup familiar ngan trek Bukit Beruang ni.. apalagi pucuk dicita ulam mendatanglah.. dengan sengeh-sengeh dan terhegeh-hegeh mummy pun mintak tolonglah uncle tu guidekan . Sib baik uncle tu baik. Tak mintak bayooor pun, tapi mummy bayoorr la jugak dengan sekeping selfie paling manis giteww.. errr.. hahhaha :p

 
 Ni hah! Selfie.. adehhh manis ker???

Trek takdelah susah sangat , sesuai sangat buat  yang nak cuba-cuba belajar mendaki tu..dan mummy rasa trek yang uncle ni tunjuk pun yang paling senang dan pantas kot. Tak sampai satu jam , siap posing bagai kitaorang berjaya tamatkan hiking ni. Tu pun sebenarnya tak sampai satu jam pun. Anw mummy sebenarnya cungap jugak, yelah stamina running dan hiking kan dua benda yang cukup berbeza..., kuat mana korang lari, tapi kalo mental tak kuat , takyahlah daki. Ni pun berdasarkan pengalaman kawan-kawan jugakk..

Dok separa puncak yang jenuh dok senggeh ja..
 
Peace Yooo!
 
 
Gigih mendaki lagi kat batu-batu yang ada kat belakang. Nak amik gamboo punya pasal katakan.
Angle atas pulak.. :D 

 
Mummy dan tongkat sakti berpisah tiada.hahhaa :P

 
Kat tengah-tengah hutan tu ada pulak Bear Hill Garden.. Apalagi posing lagii

Ehh! Lupa nak habaq sebelum korang sampai kat puncak Buki Beruang tu,  jangan lupa singgah kat satu simpang di belah kanan korang yang membolehkan korang melihat pemandangan keseluruhan Banda Melaka. View yang ohsem! Tapi kalau dapat naik waktu sunrise atau sunset.. perghhh lagi terbaik kot. Ni idea dari orang yang suka bergambar dan mengambil gambar. Confirm Awesome! 

Apalagi selamat mendaki. Majulah Sukan untuk Negara! 

Wassallam, Thanks For Reading!
Love, Mummy JA

Tuesday, 25 October 2016

The Straits Melaka Hotel & Suites di Melaka

Assallamualaikum..

Cuti sekolah yang baru lepas ni,  mummy agak sibuk ditambah pula keadaan diri yang tak berapa nak sihat.. so nak bawak hero-hero bercuti yang jauh-jauh pula memang tak terdayalah kan .. So mummy plan yang dekat-dekat je...

So untuk mencari solution yang mudah, pantas dan bijak.. gitewww! Lepas habis cuti je mummy bawaklah hero-hero ni bercuti  di dalam Melaka. Ala sehari je pun.. tu pun tido kat hotel je. So kenalah cari hotel yang murah tapi bestkan. 

Kali ni mummy pilih The Straits Hotel and Suites yang terletak di Melaka Raya, Banda Hilir Melaka.. Dari rumah mummy dalam 15 minit je dah sampai. Hehehe 

The Straits Hotel and Suites

Sumber Gambar : Mr Google


Kenapa mummy pilih The Straits Hotel and Suites ni? 

Sebab....? Ianya terletak di tengah-tengah Bandar Melaka, nak access kemana-maan pun senang. Nak ke Bangunan Stadhuys, Mahkota Parade , Dataran Pahlawan , Tempat makan, Muzium, Taming Sari , Jonker Street, Kota Middlesburg , Kota A Famosa, Pirate Park , naik beca dan sebagainya .. Semua ada! bole jalan kaki je especially korang ni memang jenis yg tak suka hadap jem macam mummy... Jalan je menelusuri Jalan Kota tu.. macam-macam ada. Tempat makan pun senang.. 

Jenis-jenis bilik

Terdapat pelbagai jenis bilik yang ada kat sini. Deluxe Twin, Deluxe King, Premier Suite ataupun Straits Suite. Tapi disebabkan mummy pergi hanya dengan hero kecik mestilah Deluxe Twin jadi pilihan kann.. Nanti kalo mummy nak honeymoon baru mummy pilih bilik lain wokay .. ehhh tetiba lak ?! 

Deluxe Twin Room


Wow cekci tak bilik mummy..? Dari bilik air boleh nampak keseluruhan bilik. Walaupun saiznya tak besar mana , tapi bilik ni nampak luas sebab penggunaan kaca yang memisahkan antara katil dan juga bilik mandi.


Kat bilik ni jugak ada disediakan Kitchen Kabinet  


Mummy untung sebab dapat bilik berviewkan Kolam Mandi Hotel Novotel. segar je mata dapt tengok lelaki-lelaki gagoh bermandi-manda. ehh! termelalut pulak.. opss maafkan mummy.. hahaha :p


Peti Keselamatan / Peti simpan duit pun ada disediakan . Almaklum la korang datang Melaka mesti nak bawak duit berkepuk-kepuk tuk shoppingkan so korang  bole simpan kat situ. Hehheehe. Hero kecik buat simpan phone dan selipar dia je. Katanya tulah barang paling berharga dia. Hahha Bertuah punya anak!

Swimming Pool

Masa menginap kat sini, mummy  dan hero kecik kejenya berendam je. Habis luar dalam kecut! ehh.. yelah sampai 3,4 jam berendam mau tak kecut.. hahahha :p  :p

Best view ! dari swimming pool  dari tingkat 23 ni.   Hampir keseluruhan Banda Hilir boleh kita nampak termasuklah Laut Selat Melaka. Masjid Selat pun bole nampak jugak tau.. Jangan main-mian. Amacam teruja tak?  


 Bila Jaws datang menyerang.. Larikkk

Posing anak beranak

Kedalaman air sama rata 4 meter setengah. Tuk anak-anak kecil tu boleh je korang standby pelampung, walaupun pihak hotel ada sediakan pelambung tuk pengunjung yang mandi manda disitu.

Lagipun kat sini swimming pool ni ada bumbung.. so korang takyah nak tempek sun block banyak-banyak sebab tak panas pun. Cuma kena standby angin sepoi-sepoi meniup badai .. jenuh menggigil je lah.. Nak keluar kolam pun takut.. hahaha Alasan kukuh tak nak kluaq pool. Keh keh keh  :p

Cafe

Cafe Hotel ni terletak ditingkat 3. Breakfast kat sini je , Free tuk 2 orang makan . Untuk tambahan hanya perlu bayar RM 28 per person.  Suasana dia cosy je.. makanan yang dihidangkan pun variety..  So mummynya agak kelabu mata nak pilih makanan.. hahaha .. Mummy ni pergi mana pun memang kelabu mata manjang.. hhahhaa :p



Gym

Buat korang yang suka lepak hotel je tanpa jalan-jalan  bole lepak kat gym. .. Walaupun sizenya kecil tapi oklah nak mensadokan badan tu kejap kann.. Senang je nak cari.. sebelah cafe je pun. Hehehe :)

 Sebab tak bawak baju sukan.. so kita posing je lah kat sini sementara menunggu hero kecik test semua peralatan yang ada..hehhee

Lari dik..lari...

Untuk senarai harga bilik korang boleh
layari websitenya iaitu :

Kalau nak datang Melaka tu baik booking -booking cepat-cepat. Sebab kalau walk in memang takut takde bilik je.. Almaklumla banyak cuti yang bakal menyusul tak lama lagi.. Cuti Deepavali la, Cuti sekolah la, Cuti Krimas la, Cuti Birthday TYT la.. hehehe 

 Untuk senarai harga bilik-bilik yang terdapat di Straits Hotel and Suites boleh layari :

Thanks for Reading! Wassallam

Love, Mummy JA



Monday, 10 October 2016

Picnic Time with Blogger Melaka

Assallamualaikum..

Dah lama tak berpicnickan.. Windu weiii! Sebab tu mummy and team plan nak dok lepak-lepak tepi pantai sambil bawa potluck masing-masing..  Kebetulan Ratu Selfie kita , Farah Dafri balik Melaka.. Yeahhh!  Sekali sekala berjumpa memang havoc! Sejak kak Faa Intern kat KL ni memang susah nak jumpa dia.. so kurang kemeriahan team.. hehehe 

 

Lokasi Picnic kitaorang hanya kat Pantai Puteri je..dekat! kul 10.30 pagi semua dah berkumpul. Agak lambat sikit dari jadual asal.. Sebab masing-masing sibuk  hal rumah tangga, tingkap, pintu masing-masing..  Mummy pulak malam sebelum hari kejadian dah start dedau badan balik, rasa macam nak demam je.. tu yg pagi nak picnic tu baru terhegeh-hegeh nak beli nugget, hotdog bagai kat Mydin Melaka Central. Nasib baik ada tempat shopping 24 jam. kalau tak nak bawak apa pun tak tau...huhuhu 


 Makan-makan

 Nasi Lemak Kak Zura as usual memang terbaekk arr...


Kak Zura bawak Nasi Lemak, Sandwich dan juga kek. Farah pulak bawak buah-buahan dan juga air. Fizi bawak badan sebab dia tu memang sibuk je ngan keje. So dimaafkan. Hehehe . Sewaktu sesi makan-makan..  anak-anak pulak dah sibuk dengan sesi main pasir dan juga mandi manda. Haishh seronok tengok dorang tu bermandi -manda nasib baik mummy tak bawak baju mandi kalo takkk.. huh! Tak tau jadi apa.. kah kah kah :p Confirm macam mermaid terdampar ditepi pantai gitewww..hahahah :P (weeeiiii gelak sikit-sikt sudah!)

 Suasana Pantai Puteri pagi tu.. memang meriah. Ramai je family berkelah kat situ. Manfaatkan hari cuti bersama family memang terbaik!

 Hero kecik bila jumpa pantai memang melompat ler...

 
Perut Kenyang, Hati senang! hah .. apalagi posing laaa.. Well biasalah blogger dan kamera berpisah tiada. Hehee 

 
Ada satu scene tu, sedang sibuk mummy setting camera dalam pasir nak berposing ,
 tiba tiba ...
.
.
.
.
.
.
Kamera mummy telah tenggelam ditimbus pasir dan air disebabkan oleh Ombak besar. Terkejut besar dan secara spontan semua menjerit . Waktu tu memang rasa lucu, terkejut, panik pun ada... hahhaa Yelah  masing-masing dah standby nak posing sekali air bah.. terus pantai berubah.. heheehe

 
Nasib baik gambar satu ni ok.. Kalo tak memang kena nyanyi lagu Sesal Tak sudah lah..hahhaa :P

Apa-apapun walaupun Blogger Melaka ni still dalam scale yang kecil  dan tubuhkan team ni atas dasar suka-suka je dan share transport bila pi event semata-mata nak save budget nampaknya keakraban makin jelas kelihatan walaupun secara nyatanya perangai semua lain-lain. hehhee  So tiada niat tersembunyi giteww team ini ditubuhkan.. Apa-apapun terima kasih buat Kelab Blogger Ben Ashaari yang menemukan kitaorang..  Muah Ciked!

 
Terima Kasih jugak buat Farah yang berjaya menangani masalah mummy.. Masalah??? 
Masalah dahi jendul daaa.. hahhahaa Amacam pandai tak Farah tutup dahi mummy..keh keh keh :P

 
Bila wanita-wanita lain-lain abad berposing..hehhee 


Add on : Hafizi Hamsan..ehh macam order kat Mc Donald pulak :P 

Tomey tak Weouls!

 

 Chakkkk...

Apa-apapun thanks buat semua.. Kak Zura  atas nasi lemak sambal sotong yang sedap! Farah yang menyumbangkan buah-buahan dan air, Fizi yang sudi datang walaupun busy dan memeriahkan picnic aritu. Terima Kasih semua!  Nanti kalau tak sibuk kita bole picnic lagi.. Insya Allah.. 

Thanks for Reading! Wassallam
Love , Mummy JA

Sunday, 9 October 2016

Nights Of Fright 4 (NOF4) di Sunway Lagoon Malaysia... Jom Lawan Rasa Takut!

Assallamualaikum..

Gigih tau dari Melaka ke Bandar Sunway nak jumpa hantu.. hahhaa Balik keje terus gerak ke sana. Ala Melaka -KL 1 jam 45 minit je pong! hahhhaa #gelaklupadiri . Ni semua kes nak cabar diri yang penakut tahap gaban tu la.. hahhaaa :p Ingat dulu waktu kes Pontianak yang mengganggu penduduk taman mummy dulu.. Jangan main-main , hampir seminggu dua mummy tak keluar rumah basuh baju  malam-malam.  Yelahh kang ada yang di say "hi" tengah-tengah malam hari! Mau demam seminggu mummy.. tu nasib baik kalau seminggu.. kalau berminggu-minggu matiklahhh makkkkk nakk oiiii!!! 



"Face Your Fears" at Nights of Fright 4 (NOF4 )  Sempena Festival Of Fears di Sunway Lagoon sebenarnya dah masuk season 4.. ehhh awat mummy tak tau ni. Rugi rugi! Ianya dibuka waktu malam sahaja mulai 7 okt sehingga 31 Oktober sahaja tau Jumaat hingga Ahad.. Disini korang akan saksikan pelbagai jenis hantu dalam pelbagai variasi seperti local urban legends , Hollywood Icons dan juga modern dystopian Story .. 

 
Mummy pi bertemankan abam sadoo yang kununnya berani ni..hhehe Kunun jelahh! hahhahha :P

 
Belum start bole lerrr Peace! Waktu ni tengah ada sesi launch program ni..

Frights ! Fear! Fun! Itu yang mampu mummy ungkapkan bila melangkah masuk ke sini. Terdapat 8 buah rumah berhantu , 6 zone ketakutan dan juga 11 rides yang menakutkan. 

 
Hantu ni kejap-kejap keluar hammer... 

 
Pintu masuk Ghostbuster

 
Pakai Spec 3D untuk masuk kat salah satu rumah hantu kat situ. Naik juling mata mummy..berpinau-pinau. Hantu punya pasal layankan ajee..hehhee :P'

 
Ehh ! Hantu ni main chak-chak pulak..

Langkah pertama mummy dimulakan dengan memasuki " Malaya High School"  perghhh ketaq lutut mula-mula tu. Dah la classroom tu ditingkat atas.. kena naik tangga lagi dalam gelap-gelap tu..  perghhh...Scary doh! Tapi sekali bila hantu jerkah.. Adam pulak boleh secara spontan cakap " Shut Up  U! " hahahha.. Dari rasa takut pun jadi tak takut pulak.. jenuh dengan gelak tawa je.. Yang Kak Farahnya pulak.. Gelak non stop sebab nak lawan rasa takut.. adehhh! Baru nak feel scary.. kikikiki :p

Dah penat-penat jalan refill pulak yang paket darah!... yum yum... :P 
Ala juice tembikai je la.. 

 
Ehh! Hantu comel ni berkenaan sungguh kat Adam aka Hero Kecik yang dah ta berapa nak kecik ni..hehhe

 
"Senggih lagi"

 
Yang tengah tu dok sibuk buat muka sekupang 5 det.. hhhee

Langkah kedua ..  " DIYU - Journey Of Judgement "  Menelusuri gua yang penuh kegelapan.. di kiri hantu , di kanan hantu .. huh! Ketaq lutut weii.. Dah la mummy dok belakang sekali.. Hantu elok je dok follow belakang mummy.. hampehh betui! Adam pulak.. " Mummy.. ada hantu follow mummy.. Mummy ...ada hantu follow mummy.. " Waktu tu rasa macam nak cekik-cekik je Adam bukan hantu..  Dan waktu tu jugaklah tetiba meremang bulu hidung dan kaki.. Cisss!!  Tapi part paling seram bila nak sampai ke penghujung perjalanan ada sekoq hantu cina ni, boleh pulak dia gelak cara yang menakutkan mummy! Hampehhh betui!

 
Antara hantu dan Adam... Mummy rasa Adam lagi pemes kot. Semua hantu dok sapa dia.. hishh! 


 

Sebenarnya banyak lagi rumah hantu yang boleh diexplore dalam ni.. antara berani dan tak berani je.. Buat lelaki -lelaki sado kat luar tu , waktu ni la nak tunjuk macho wife memasing, wife ok! Bukan marka ( Girlfriend)  iyeee! Jangan pulak korang yang lari lintang pukang.. hahhaa :p

Masa Lawatan
7.30 malam - 11.30 malam 
( Jumaat -Ahad sahaja)

Tarikh 
7-31 Oktober 2016

Harga Tiket untuk Night Of Fright 4
Dewasa : RM 58
Pelajar : RM 50

Promosi : 
RM 120 ( Sunway Lagoon + NOF4)
RM 80 ( 2 Tiket NOF4 with entry dates only on Sundays)

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
No tel : 603 5639 0000

Pelawat berumur 12 tahun keatas sahaja dibenarkan masuk 

Antara rumah-rumah hantu yang
menakutkan terdapat disitu adalah :

Malaya High School
Chaonei #81
Diyu " The Journey To Judgement"
Kevin Hill
Tahah Perkuburan Bukit Lang
Ah Wing's Butcher Shop
The Ghostbuster Adventure Live
Zombie Apocalypse
Angoscia
The London Fog

 
 
Apalagi jom .. rasai sendiri! Melawan rasa ketakutan didalam kegelapan  yang dipenuhi dengan makhluk-makhluk yang menakutkan disekeliling korang.. Dan jangan biarkan hidup korang diselebungi misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... hihihhihihihihihihihihihi (ala-ala pontianak mengilai...:P)

Thanks for Reading! Wassallam
Love , Mummy JA