Monday, 28 November 2016

XPDC Gunung Nuang 0.1

Assallamualaikum...Tak jawab dosa , jawab cayang! Heheehehe 😘😘

Sebenarnya perancangan mendaki Gunung Nuang ni adalah perancangan yang tidak dirancang sempena Cuti Deepavali aritu. Kawan-kawan ajak terus je ON.. hehehe Yang diajaknya pulak memang menggeletis nau dengan benda-benda lasak ni.hah! memang sesuai sangatlah kannnn...

Actually ni adalah pendakian pertama aku setelah lama berehat  dari aktiviti macam ni disebabkan masalah lutut. So feel mendaki dia macam 1st timer pendaki la. Ketaq lutut weii.. boleh panjat ker idok?? Adehhh jenuh jugak kalo pancit ditengah jalan. Tak ker naya menyusahkan pendaki yang lain ... huhuhu tapi segala rasa aku tolak tepi macam biasa, well sapa yang kenal aku kan. The Degil Gurl.. keh keh keh

 


Sebelum mendaki tu posinglah dulu okay..hehhe
 
Serba sedikit mengenai Gunung Nuang ni. Puncak Gunung Nuang ni sebenarnya terletak diatas sempadan Negeri Selangor dan juga Pahang . Sebab tu juga lah pendakian boleh bermula dari 3 lokasi iaitu dari Kuala Pangsoon Hulu Langat Selangor , Kampung Kemensah Gombak  dan juga Bukit Tinggi , Bentong Pahang. So korang boleh pilih ikut laluan mana yang bagi korang mudah berdasarkan stamina yang ada.  Ketinggian Gunung Nuang ni pula adalah 1493 Meter dari paras laut. Waweee ! Tinggi jugakkan.. phewww 😅

Sehari sebelum..

Keluar masuk .. keluar masuk... hah! Tulah aku.. hidup nak pink aje. Kunun nak bawak beg hiking warna pink tapi keciklah pulak.. nak sumbat sleeping bag la , pekakas hiking la.. adoii pitam makkk.. akhirnya beg besaq gedabak jugak aku pilih.. Nampaknya hidup aku kali ni memang takde pilihan. Bertabahlah wahai hati..keh keh keh



Antara mereka-mereka yang terlibat dalam pendakian kali ini.
 


Posing setelah aktiviti regangan badan sebelum pendakian bermula.
 




Aku tiba di starting point utama atau kaki Gunung Nuang jam 9.30 pagi tadi. Lambatkan! Mana taknya melantak nasi lemak sedap dipertengahan jalan.. tu lah pasal lambat! Untuk trip hiking kali ni Seramai 15 orang peserta yang ikut serta.. Dari Seremban dan juga Melaka. Wow meriah. Setelah agihan nasi , roti dan juga air minuman, kitaorang ada membuat sedikit aktiviti renggangan bagi mengelakkan kekejangan anggota badan. 
 


50 meter pertama
 
Actually ni 1st time aku usung bag besaq pi hiking , kalo dulu selalu gak aku suh je abam-abam sado bawakan .. hahahha kejam! Dulu pi panjat kinabalu aku mintak abam porter bawakan tapi kali ni aku memang takde pilihan sebab abam-abam yang sado pun usung bag jugak.. besaq dia?? Perghhh kalah peti ais.. hahhaha so memang tak sampai hati la aku nak suh depa bawakkan. Oh! Aku tak kejam.. peel kejam akan muncul kadang-kadang je.. 

Namun kitaorg tiba di kem Lolo lebih kurang jam 11.30 pagi dan ianya lewat sejam dari jangkaan awal.



Dah sampai Kem Lolo

Syukur alhamdullilah 2.9 kilometer pertama di Check point Buluh Akar, semua masih ok. Masih lengkap anggota tubuh badannya . Hahahaha. Track ok... landai je... fuhhh lega, tapi bila dah masuk 3 dan 4 kilometer terakhir , track makin mencabar sikit. Tapi semuanya bisa diatur sebab kebanyakkannya dah biasa hiking..nasib baik..!  
 


Cakkk
 


Kem Lolo

Apalagi cari port pacak khemahlah.. kebanyakkan kawasan kat situ berbatu aje.. apalagi memang sakit badan la jawabnya aku tido malam tu... huaaaa.. Setelah settle semua bagai, pukul 2 tengahari kitaorang mulai bergerak ke puncak.. Hujan mulai turun renyai-renyai.. tak lama kemudian lagi rancak dan terus-terusan rancak turunnya.. Apalagi track ke puncak dah macam air terjun teh tarik.. likat! Serius makin mencabar!


Disepanjang perjalanan aku asyik jumpa kertas yang bertulis "Pelan-Pelan Kayuh .. Jumpa Di Puncak". Serius memang banyak. Mungkin ianya sebagai kata-kata semangat untuk pendaki yang menaiki Gunung Nuang pada hari itu.
 
 


Sedang sibuk recce port yang sesuai untuk dipacakkan khemah
 




Khemah dah pasang! Yeahh..
2.00 Tengahari.
Hujan turun dengan lebatnya..


Tapi itu semua  tak mampu mematahkan semangat aku dan team meneruskan aktiviti memanjat walaupun track memang licin nak m....s . Salah langkah.. Gud Byelahh jawabnya.. Rain cot aku pulak dah koyak rabak sebab tersangkut kat sana sini ..banyak  pulak pokok tumbang.. So makin mencabarlahhh.. Tu belum pulak serangan liar dari lipan hutan yg bapok besar sebab salah sorang kawan aku , Aishah tersalah parking tongkatnya.. terparking pulak kat badan dia. Mau tak ngamuk.. nasib baik tak jadi apa-apa... Dah la hujan lebat, aku pulak terkedek-kedek sebab rain coat tu memang menyusahkan aku untuk bergerak.... rasa dia macam pakai jubah mendaki didalam hujan yang lebat.. hurmmm pejam mata dan sila bayangkan.. hehehe :p


Namun perjalanan ke puncak tak dapat diteruskan sebab track dah makin kelam.. laluan semakin licin.. Ramai pendaki yang turun suggestkan patah balik sebab sah-sah terlampau bahaya. Namun sebab degil sekoq-sekoq termasuk aku... panjat lagi.. Bak kata orang nak alang-alang dah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. Namun! Kitaorang terpaksa mengalah pada keadaan dan berpatah balik sebab licin benau dan demi menjaga keselamatan yang lain. Degil-degil pun ada hati dalam taman tau.. jangan main-main. Hahaha


Air terjun yang mulanya jernih bertukar menjadi warna teh tarik 


Sesampai je di khemah!

Patah balik ke Khemah.. Khemah lak bocor! Hahahaha .. dugaan lagi. Nak seberang air terjun ke tapak perkhemahan pun dah agak mencabar disebabkan air terjun yang deras. Ni lah namanya dugaan mendaki dimusim hujan. 

Masing-masing dah kesejukkan, nak mandi pulak untuk membersihkan diri dari kekotoran sewaktu mendaki pulak , air terjun arusnya deras pulak. Takut juga ada yang dibawa arus nanti.So hold dulu untuk mandi.

6.50 petang

Air dah mula tenang sedikit, waktu nilah kitaorang mengambil peluang untuk mandi. Huh! Tak selesa sungguh badan. Melekit!Walaupun waktu tu, dah nak masuk maghrib. sabooo je la.hehhee

Aktiviti malam.

Makan la... hehehehe. Yang jejaka-jejaka je yang masak, kitaorang yang gegurl ni tukang makan. Molek benor perangainya. hehhe. Yelahhh nak buat aktiviti apalagi lagi , aku ni nak keluar khemah pun takut sebab ??? Takut disapa angin lalu, weiii ketaq. Sejukkkkkkk sangat! kikiki 

Setelah kekenyangan bagaikan ular sawa, Apalagi beradulah aku. Walaupun aku rasa yang lain masih dok rancang menyembang diluar khemah. Tapi takdelah nyenyak mana, hujan turun lagi . Tidur dalam kesejukkan yang amat walaupun berselimut tebal dan berbaju sejuk. Lain kali kena bawak comforter kot, baru selesa..keh keh keh.. Tapi tulah aku memang cukup kalah dengan suasana sejuk. sobssss...

Pagi Ahad..

Subuh je semua dah pakat bangun . Seronok je dok dalam hutan ni.Nyaman..! Waktu amik wudhu pun eh! Air dah jernih la. Apalagi menggeletis lah nak mandi tapi ....  air dia punay sejuk macam letak ais. Huaaaaaa... So jawabnya lap-lap je la. keh keh keh..

Sarapan pagi tu ada maggi dan juga roti salut telur .Yum Yum! Semua jejaka-jejaka yang masak . Kitaorang tukang makan je seperti biasa. kikiki



Waktu ni masing-masing dah siap kemas khemah untuk berangkat pulang. So masa untuk posing! 
 

Tengok air kat belakang mummy . Jernih sangat tau ! Rasa macam tak nak balik je . Hilang rasa segala masalah dunia.hehe
 


Last kopek punya posing sebelum meninggalkan tapak perkhemahan.
 


1, 2, 3 senggeh!
 

 


Posing lagi Minah Pink ni..kikiki
 


Kitaorang dah bergerak pulang.
 

Antara yang terawal sampai di garisan selamat. hhehe 
Yeahh! Mission berjaya...

Thanks for Reading! Wassallam..
Love, Mummy JA

Saturday, 26 November 2016

Manual Chopper dari Tefal yang best!

Assallamualaikum...

Yeahhh! Hujung minggu muncul lagi.. well biasalah jadi mak mak ni, hujung minggu kenalah masak breakfast kan.. tapi kalo malas takpe makan kat luar pun bolehh.. tak giteww! Hehehhe

Tapi kan.. minggu ni mummy mood rajinlah sikit.  Basuh karpet , pi jogging , basuh baju , kemas rumah walaupun kaki kiri mummy ni masih terseliuh lagi. Super Woman katanya.. cehh poyos gilossss..! Hahahaha 😝😝😝

Nak masak apa ea??

Nasi Gorenglahh! Peberet mummy dan hero kecik.. yehaaaaa!

 
Nak menumis bahan-bahan untuk memasak pulak senang sangat kali ni, sebabnya..?? Ada Manual Chopper dari Tefal yang mummy dapat aritu dari Lazada.  Tak payah la berpeluh-peluh menumbuk menggunakan lesung batu lagi.. lalallalalaa

Senang je nak guna dia, dalam masa 5 saat bahan yang nak dihancurkan siap! Semudah 1,2,3 .. . Dan ianya juga digunakan tanpa pengunaan letrik.. so jimatkan!

 
Mula-mula masukkan bahan-bahan yang nak dihancurkan . Mummy masukkan bawang kecil, bawang putih , halia dan juga ikan bilis. Mummy potong kasar-kasar je..

Sambil-sambil tu, jaga sikit tangan Kak Limah oiiii.. pisau Manual Chopper ni tajam tau..!

Kemudian tutup dan tarik tali pemegang tu beberapa kali sehingga hancur bahan-bahan tadi.  Mummy buat kejap je.. Sebab mummy suka bahan tumisan tu kasar-kasar.. Rasa sedap dan baunya yang harum akan membuka selera mummy sewaktu menumis nanti.

 
Hah! Nilah hasilnya.. senangkan . Lepas ni tak payah la susah-susah nak kena menumbuk  dan keluarkan belendar bagai tuk bahan yang sedikit cam ni. Kerja pun jadi mudah dan pantas. Perut yang lapar pun tak perlu lagi berkeroncong lama. Hehehe

Ehh! Lupa nak amik gambar Nasi Goreng.. Dah hadam baru pasan..! Ehh gambar Nasi Goreng tak amik la..kiiki

Apalagi cepat dapatnya kat http://www.lazada.com.my/ tau..  Selamat Mencuba! 

Thanks for Reading! Wassallam
Love , Mummy JA

Friday, 25 November 2016

Maggie Kari Berkeju.. Eh! Sedap ker ?

Assallamualaikum..

Argghhh! Hari mood malas masak is ON! Well biasalah sindrom mak-mak yang dah bosan berada didapur. Lagipun takde sapa nak makan kan, kalo masak pun rugi bebenor gayanya. Apalagi operasi selongkar-menyelongkar lemari pink mummy pun bermula.. Eh! Ada maggi la (hasil dari hamper rasanya).. Apalagi jom masak! 


Chezzy Curry Instant Noodle atau bahasa "kita" Mi Segera Kari Berkeju keluaran Carjen.... Ada  logo Halal ok! So don't worry..  Menariknya maggi ni , ianya bukan sebarang maggi dan lain dari yang lain.. iaitu ianya BERKEJU ok.. Bukan pizza je ada keju.. maggi pun dah ada . Kerlass ko jah! 😎

Maggi ni dah lama terperosok dalam lemari pink mummy sebab hero kecik tak makan cheese kalo tak dia cherry berry.. katanya la, tapi aritu mummy belanja dia makan dominos ehh! Takde pulak cherry berrynya.. Oh! Mungkin cheese terpilih je kot. Hahahha 😆😆

Cara Masak

Ala masak je macam biasa. Mula-mula masak air , dah mendidih masukkan la maggi. Apabila dah kembang barulah masukkan perencah dan chili flakes tu.. Dah siap masak barulah masukkan cheese dalam paket yang disediakan. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dimakan. Yum yum!



Ulasan Rasa

Sedap buat peminat cheese. Mummy kurang sikit bab-bab  cheese ni sebab rasanya masin. Makan sikit je amik rasa. Kang kempunan pulak. Lagipun mummy ni memang jenis makan maggi selalu tak habis , tapi kalo bagi maggi Korea pedas tahap gaban tu, serius boleh licin. Sebab mummy ni hantu pedas! Hahaha Giteww kisahnya. So buat Hantu Cheese diluar sana boleh try okay.. 

Amaran : Jangan makan maggi selalu nanti botak kepala.. Mak mummy cakaplahh! Mummy ikut je.. keh keh keh 😝😝

Thanks for reading! Wassallam
Love , Mummy JA

Thursday, 24 November 2016

13 Tahun Sudah Ku Sulam Cinta

Assallamualaikum..

Telah ku sulam cinta ini sejak 9 November 2003 , maknanya dah 13 tahunlah kan. Kadang-kadang waktu menyulam tu ,  terasalah jugak tercucuk jarum, sakit, berdarah.. Namun adakalanya sulaman tu cantik hasilnya.. Giranglah rasa hati waktu tu kan. Tapi seriously sulaman tu hanya untuk hero besar aku okay. Bukan sulaman cinta untuk aku.. Sulaman cinta untuk aku tu masih lagi kelam.. masih teraba-raba dalam kepekatan malam.. wahh gitewww..! Sastera sangat tau! Hahhaa :p Lagipun sapa la nak kat aku., dah la rendang, garang, tak flawlesss, tak comey, sombong (org cakap ea) , pelik dan giler-gilerr.. tu yang buat orang takut nak dekat kot.. hahhaha.. Takpelah dek non oiii,  ah kak dah redho ... hahhaa :p 😂😂

Hari ini genap 13 tahun , Adam Mukhriz dikirimkan kepada aku untuk dibesarkan, disayangi, dikasihani , dipertanggungjawabkan pada aku untuk senantiasa berada disisinya.. tak kiralah saat dia sakit, dia degil, dia melawan cakap dan tak lupa saat datang penyakit romatik dan ringan tulangnya itu datang.. aku ni dok sebelah tu .. pakat dok urut dada je.... sabo sabooo.... Allah cakap dia tak akan uji hambanya ,  kalau dia tahu hampaNya tak mampu untuk diduga. Kannnn... 13 Tahun menyulam cinta untuk hero besar memang penuh dengan drama suka duka penuh lara.. bab berendam ayaq mata tak payah  nak cakaplahh.. sampai disaat ni, ayaq mata dah kering untuk menitik lagi.. Macam tu sekali dah aku rasa 13 tahun yang dah aku harungi. 


Hero Besar dengan peel terbaru, senggeh herot! hhaha :P

Hari ni genap umur Mukhriz 13 Tahun ... Tiada kek dan tiada taman tema untuk diraikan.. Ni pun atas permintaan hero besar.. Jalan-jalan tengok wayang , makan-makan  dan aku hanya buat satu permintaan kat dorang agar kitaorang ambil gambar untuk dijadikan kenangan. Yelahhh aku ni kan memang suka bergambar untuk dijadikan kenangan. Hero-hero ni pulak makin besar , makin tak suka bergambar tapi aku paksalah jugak.. Sekurang-kurangnya nanti aku dah takde , ada juga kenangan tuk hero-hero. "ooo ni lah rupa kita waktu umur 13 tahun kan.. rupa Mukhriz , rupa Adam, rupa mummynya.."  Sebab kenangan memang tak dapat dibeli dengan wang ringgit . Almaklumla masa kan tak boleh diputarkan kembali sebab tu harga untuk upah photografer tu mahai! Melainkan korang ada sahabat baik bernama  Doreamon .... kikikiki 😝😝


Ni lah musuh ketat dan sahabat baik hero besar! Kadang-kadang baik, kadang-kadang perang . Tulah namanya lumrah adik beradik. Bak kata orang umpama 'Air yang dicincang tak akan putus" tulah perumpaan yang paling sesuai untuk hero-hero aku ni.

Mula-mula cadangnya nak berpicnic tepi pantai , aktiviti peberet mummy tu, tapi apakan daya cuaca tak mengizinkan . Apalagi berpicnickah kitaorang didalam panggung wayang menonton " Dr Strange "! So memang kenalah dengan jiwa kitaorang anak beranak.. Layan action movie aje kejenya.. 🙈 hehehhee. Mummy dan anak sama je perangai !

Lepas tengok wayang , jalan-jalan , kaut-kaut apa yang berkenaan kat Shopping Mall.. Sesi berposing pun bermula. Pilihan mummy kali ni adalah Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka.. Mummy memang suka tempat yang penuh kehijauan ni... Nyaman je.. 

Ikut kan hati nak je naik basikal ronda-ronda taman tu... Tapi kannn, nanti dah naik basikal alamatnya memang tak nampaklah  bayang hero-hero mummy  tuk berposing . Kannnn.. 



Posing dalam terowong


Hero kecik dok pantau monyet kat atas terowong.. Muka cuak sebenarnya tu
 
Sesampainya kat sana , kitaorang disambut oleh sekumpulan monyet , dari bapaknya hingga anak baru lahir. hah! ketaq jugak kitaorang. Dahla waktu tu tak ramai orang. Mungkin monyet-monyet ni terbau makanan dari dalam kereta kot ( Monyet-monyet dah mula berkumpul kat Car Park 🚗 )  . Apalagi dorang pakat dok mengikut je kitaorang. Hero-hero muka dah cuak. Ada jugak aku halau dia "syhhh .. syhhhh" Ada ker patut dia menyingga balik kat aku. hampehhh!! So sesi bergambar kitaorang memang spoil habislahh.. Nak posing pun ada penonton, cehh! Makin lama makin dekat .. dekat dan dekat ! nasib baik sempat jugaklah kitaorang berposing sekeping dua sebagai kenangan. Nak berpindah ke lokasi lain macam dah tak sempat sebab cuaca dah makin gelap menandakan hari nak hujan .. huh sedih tau.. Tapi takpelahh dah nasib mummy kot. Sabooo je la. Eh lupa lak nak amik gamboo monyet yang ramai tahap gaban tu sebagai kenangan.. Kikiki



Harta dunia akhirat


Mummy dan hero besaq..  


Hero Besaq yang semakin membesar dengan jayanya. Nampaknya lagi dua tiga tahun mummy dah boleh tukar position kot.. hahhaha Jadi Marka hero besaq.
 
Apa-apa pun mummy nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 13 Tahun buat hero mummy yang kacak  dan bergaya ni. Kejap je dah besoo kan.. Moga jadi anak yang berguna , senantiasa menceriakan suasana bukan gaduh dengan adik tau! , sentiasa rajin tolong mummy kat dapur, belajar rajin-rajin , jadi anak yang soleh buat mummy dan daddy , jadi abang yang sempurna untuk adik dan jadi cucu yang baik untuk tok dan juga wan  dan semua yang selalu berada disisi abang. Dan ucapan yang tiap-tiap tahun mummy harapkan ..bila mummy dah tua, dah kerepot, dah takde yang berseri dimata abang.. jangan pernah malu mengaku ni mummy abang. Mummy bukan nak wang ringgit.. asalkan abang ingat setiap pengorbanan mummy dalam membesarkan abang dan adik penuh dengan drama dunia ni. Pimpinlah tangan mummy saat mummy dah tak terdaya nanti dan janganlah abang buang rasa cinta abang pada mummy sepertimana seorang Hamba Allah membuang rasa cinta dia pada mummy dalam hatinya.

Sorii abang , abang selalu cakap mummy garang, mummy garang sebab mummy nak abang jadi manusia , bukan hantu. So jaga segala tingkah laku ye.. Mummy sayang abang sangat2!  Ni lahh jawapan untuk soalan yang abang acapkali tanya kat mummy hari-hari sampai mummy dah naik fed-up nak jawab..hahhahaha Yelahh satu hari kat 10-20 kali abang tanya.. mau mummy tak hangin ! " Mummy.. Mummy sayang kita tak?? " So ni lah jawapannya.. Mummy sayang abang sangatttttt2! ... Muahhhsss!

Thanks for reading! Wassalllam
Love , Mummy JA

Tuesday, 22 November 2016

Lamb Ribs Eating Contest by Tony Romas Melaka- Final

Assallamualaikum..

Makan?! Sapa tak suka makan kan.. Mummy pun suka. Tapi dengan syarat makan dengan pantas  dan licin tanpa meninggalkan kesan..! Tapi kalau tulang tu ada, jangan pulak korang telan... mau kes naya nanti. hahahahahaa so Amacam ada berani ka? 😝

Tapi untuk contest ni... makan Lamb Ribs dari Tony Romas yang sedap tu..perghhh tengok je dah meleleh ayaq liuq.. yum yum..

 

Mummy dihadapan pentas Mahkota Parade dimana Eating Contest diadakan

Baru-baru ni , Tony Romas Cawangan Mahkota Parade Melaka ada mengadakan satu contest (Final) makan Lamb Ribs dengan cepat dan pantas . Bukan setakat itu sahaja Pertandingan Selfie bersama Lamb Ribs juga telah diadakan. Sapa dapat like terbanyak di facebook itulah pemenangnya. Ok tang selfie tu mummy tak sanggup. Hishh! Habis hilang vogue I tau... Jenuh nak tempek make -up. Hahahha. Patutlah dulu kini dan selamanya tak pernah masuk contest makan... kah kah kah 😝


 Mummy and Team Blogger Melaka




Antara pengunjung yang hadir untuk menyaksikan Eating Contest ni.


Suprisenya..?!!! Sebelum acara Eating Contest tuk Lamb Ribs tu bermula Acara Makan French Fries dan Coke untuk pengunjung/tetamu yang hadir turut juga diadakan bagi menambahkan kehangatan Eating Contest Finale pada petang itu.. Apa lagi .. Dengan perut laparnya , mummy dan Blogger Fizi telah ikut serta. 



Yelahh bila dorang announce menu tu .. ala bunyi pun  macam kacang je nak makan kannnnn.. kununnyalahh.. Sekali..! Nak habiskan , Rasa macam nak telan semua tanpa kunyah, tapi apakan daya tekak ini seolah mensabotaj mummy untuk menang! oh.. tidakkk.. Nampak tak..? Pandai tak mummy cipta alasan.. Padahal makan je pun dah sopan santun ada hati nak menang Microwave Oven tu.. hahahaa 😝 Propa je lebih !! 



Ni hah! Juara makan French Fries.. Hebat sungguh dia makan.. Dia taburkan sos atas French Fries.. Gaulkan kasi rata macam makan nasi, kemudian dia ngap! Agak-agak terlekat  kat tekak dia minumlah air PEPSI.. Perghh hebat weiii... 

Selepas acara makan French Fries , tibalah masa Eating Contest Lamb Ribs Tony Romas tu.. "Eating Contest Final " dari Tony Romas ni dah masuk peringkat akhir tau.. so finalnya diadakan di Mahkota Parade Melaka pada 11 November 2016 . 10 peserta wanita dan juga 10 peserta lelaki telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir  Eating Contest Tony Romas ni.. Wow bila tengok Lamb Ribs yang dihidangkan didalam pinggan tu nampak macam kacang je kan.. Yelahhh Lamb Ribs tu kan sedap!  tapiiii... Jeng jeng jeng Mampu semua peserta tu menghabiskannya ?? 


Mula-mula peserta wanita yang memulakan acara .. dan seterusnya diakhiri dengan peserta lelaki.. Memang berselera sungguhlah tengok dorang makan.. Terliuq bakhang!


Pulon kak..Pulon...
 

Yeahhh .. Nilah juara bagi kategori wanita... Cayalah Kak.. Cool je makan, tau-tau eh! dah licin..hhhehee 😀
  

Ha... ni ketegori lelaki pulak... Hamboiii makan sambil diri ye... Katanya ada yang telan je, tanpa kunyah.. Adehhh Sanggup ea.. Takpe yang janji menang ... tapi jangan sampai terlekat sudahh..
 
Ni pulak pemenang Selfie bersama Lamb Ribs.. " Rib Face Contest 2016" Tahniah Bro... Bro ni berjaya mendapat 500 like keatas untuk menjuarai contest ni... 
 
Pemenang " Rib Face Contest 2016" Mohamed Al-Hafz Bin Mazlan




Pemenang Eating Contest yang telah berjaya memenangi " Eat Free For 1 Year" di Tony Romas.. Terbaekk arrr! Eating Contest Lamb Ribs untuk wanita dimenangi oleh Puan Mashasliza Ismail dari Melaka dan untuk Juara Lelaki dimenangi oleh En. Mohamed Amir Bin Ayob. Tahniah buat semua yang berjaya.
 

Ni pulak turn mummy nak makan Lamb Ribs pulak.. Adoiii tengok dorang je makan mana boleh tahan.. hehhhee... Selfie sedas dengan Abam Fizi dari blog http://hafizihamsan.com/  Bukannya apa mummy dah start praktise tuk contest tahun depan pulak..hehhee

Thanks For Reading! Wassallam
Love, Mummy JA