Thursday, 22 December 2016

6 Sebab Kenapa Perlu ke Nepal untuk #MyTravelokaEscapade

Assallamualaikum....

Disaat semua orang mengimpikan untuk melawat atau melancong di negara -negara maju dan kaya dengan teknologi , mummy memilih Nepal sebagai negara pilihan untuk mummy lawati. Sebenarnya mummy teringin nak pergi ke negara dimana di Malaysia , penduduknya bekerja sebagai Pak Guard ataupun pengawal keselamatan takpun sebagai pekerja kontrak ditapak pembinaan. Walaupun negara ini di kira mundur dari segi pembangunan , ini bermakna alam semulajadinya tidak terusik dan tidak di ganggu kecantikannya . So kalau berpeluang bercuti dan melancong keluar negara ni memang menjadi satu idaman yang dinanti-nantikan. Nak nak dapat hadiah daripada #traveloka ni. Perghhh! Lompat bintang mummy... 😀😀😀

If Traveloka approves my leaves to Nepal as my dream destination or #MyTravelokaEscapade ,  here a few things I want to do in Nepal.

Kathamandu ( Old Kathmandu)

Kathamandu merupakan Ibu kota dan bandaraya yang terkenal di Nepal. Tapak Warisan dunia yang paling popular di Khathamandu di Nepal adalah Bhaktapur Durbar Square. Disitu kita seolah-olah dibawa  ke  zaman silam. Seolah-olah ianya kembali kepada zaman kegemilangan Malla King yang memerintah pada tahun 2000 . Lembah Kathamandu ini masih kekal dan dipelihara walaupun kerajaan baru telah mengambil alih. Durbar adalah perkataan Nepal yang bermaksud Istana, maka sekiranya mummy melancong disitu dapatlah mummy feeling feeling jadi pemaisuri Nepal.. Ehhh!??? hahahha :P Bukan tu aje , mummy juga akan dapat melihat tinggalan Istana lama, istana kecil untuk para raja, permaisuri dan juga anak mereka. Malahan ukiran-ukiran yang terdapat dibangunan itu sendiri cukup halus hasil kerja tangannya. Wow mesti mummy kagum kejap waktu tu kan..hehhehehe  Nampak tak mummy dah mula berangan..kikiki


Pemandangan di Kathamandu

Sumber Gambar : Google

Pemandangan Gunung Everest

Buat peminat aktiviti lasak seperti mummy ni, mendaki gunung Everest pasti akan menjadi idaman  yang cukup mengujakan. So kalau dapat naik tu bonus tapi kalau tak dapat naik/mendaki,  dapat duduk kat Base Camp di Annapurna pun dah rasa pengalaman yang cukup berharga kann... Actually Gunung Everest ni merupakan Gunung Tertinggi di dunia yang terletak di Banjaran Himalaya. Ianya bersempadan dengan Tibet dengan ketinggian 8.848m dari permukaan laut.. Fuhhh! tinggi tu...

Tapi kalau tak dapat naik hingga ke puncak Gunung Everest , banyak lagi aktiviti yang dapat dilakukan disekitarnya seperti junge trekking, berbasikal keliling pekan dan juga kampung, malahan dapat juga mendaki gunung-ganang yang rendah-renadah dan comel-comel tu menggunakan Tour guide Local dari Etnik Sherpa yang tinggal dikawasan pergunungan tu. Dengan cuaca yang sangat sejuk pasti akan menambahkan keseronokan berada disitu. Wow tak sabar hokay!...


Nampak tak..nampak tak ...mummy sedang lambai-lambai tangan kat puncak tu...
Phangggg.. Ehh mimpikah aku?! :P

Sumber Gambar : Google

Elephant Safari , Chitwan National Park

Ianya merupakan salah satu tapak Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 1984. Taman Negara ini juga merupakan antara kawasan pertama  dibangunkan di Nepal yang berkeluasan 932 kilometer persegi. Mengambil  tempoh masa 4-6 jam dengan menaiki bas dari kota Pokhara atau Kathmandu , rasa dah cukup untuk mengeksplorasi Taman Negara ini . Bukan itu aje terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan disini seperti  trekkingjeep tour ke hutan, naik gajah, kano dan boat, dan lain-lain lagi.


heyy seronoknya dapat naik gajah ni kan.. Fuhhh...

Sumber Gambar : Google
Tasik Phewa-Pokhara

Pokhara adalah bandar kedua terbesar di Nepal dan ianya merupakan titik permulaan ke Trek Annapura. Di Pokhara juga terdapat bandar-bandar kecil yang hanya perlu diexplore hanya dengan berjalan kaki yang dimana , kenderaan-kenderaan yang bersaiz besar tidak dapat melakukannya. Dimana salah satu tempat yang paling menarik adalah  Danau Tasik Phewa .


Tasik Phewa  ini juga dikelilingi oleh hutan , air terjun dan juga  tasik yang cantik. Malahan air-air ditasik tu memang jernih sekali,  sekaligus sesuai sangat untuk yang mencari ketenangan. Waktu yang sesuai sekali untuk kesana adalah pada waktu pagi untuk melihat matahari terbit dan waktu petang untuk melihat matahari tenggelam. Antara gunung-gunung yang dapat dilihat dari Tasik Phewa ni adalah Gunung Machapuchre, Dhaulagiri, dan Annapurna jika cuaca sedang cerah.


Cantik kan...

Sumber Gambar : Google

Sarangkot-Phokhara


Kenapa mummy nak ke Sarangkot ? Sebab kat sini boleh tengok matahari terbit dicelah-celahan gunung-ganang yang terdapat disitu. Especially kita datang pada waktu selepas subuh. Mesti sangat-sangat cantik! Ni pun refer gambar-gambar yang telah diambil oleh kawan-kawan di media sosial.


Matahari  yang terbit di pergunungan Himalaya di Sarangkot.

Sumber Gambar : Google
Festival Warna atau Holi Festival

Holi atau Festival Warna adalah festival awal musim yang dirayakan oleh Masyarakat India di India, Nepal , Bangladesh dan juga negara2 yang mempunyai penganut beragama hindu.  Ianya dirayakan dengan melemparkan bubuk berwarna -warni atau saling menyiram air yang berwarna-warni . Ianya diraikan selama 3-16 hari . Ianya diraikan pada akhir musim dingin iaitu pada akhir bulan februari.  Ianya diraikan bagi menggambarkan kemenangan kebaikan melawan kejahatan . Holi ini juga dirayakan secara besar-besaran di kawasan Braj ditempat-tempat yang berkaitan dengan Sri Kresna. 


Kemeriahan Festival Warna.

Sumber Gambar : Google

Hah! korang mesti tertanya-tanyakan kenapa mummy menulis mengenai destinasi impian ni... ni ha nak bagitau www.traveloka.com.my  sedang mengadakan contest  " Free Trip to your dream destination " tau.. Apalagi jom klik pada link diatas untuk maklumat lanjut cara untuk menyertainya.



10 lokasi pilihan idaman kalbu. Apalagi cepatlah join.. Apa-apapun doakan mummy berjaya ok. Menikmati keindahan bumi Nepal disamping mengenali bahasa , budaya, cara hidup , rupa bentuk serta muka buminya ok... 

Thanks for Reading! Wassallam

Wednesday, 7 December 2016

XPDC Gunung Datuk 0.1 /2016

Assallamualaikum...

Aku ni bila nak menulis je, jenuh kena belek balik gambar-gambar yang aku amik.. pastu sengeh  sorang-sorang! Jangan kata aku gila! Aku cepuk hampa kang! Hahhahaa Tulah orang cakap... lain orang, lain cara.. Cara aku menulis, gitewwlahh gayanya.. ehhehee 

 
Sejak dua menjak dapat kaki balik ni, aku ni memang pantang diajak. Laju je nak manjat. Insya Allah selagi aku tak jatuh sakit.. hopefully hobi aku satu ni akan berterusan la.. especially dapat kawan-kawan hiking yang super best ni. Syukur Alhamdulillah. 

2 Disember 2016 . 11.00 malam  . Hari Jumaat. Sebenarnya aku akan amik Tiera kat Muzium Orang Asli Alor Gajah. Pastu tunggulah aku kat Tol Alor Gajah tuk convoi ngan Tarme , setelah discuss ngan Tarme pagi Jumaat tu.. Tapi punyalah tunggu dan tunggu Tarme tak muncul tiba. Cuak kejap! Rupa-rupanya Tarme dari Tol Ayer Keroh masuk Alor Gajah , aku pulak dari tol Ayer Keroh nak keluar tol. Cehh memang tak jumpalah.. hahahhaa Tak pasal-pasal aku kena keluar tol Pedas, Linggi Rembau ke Gunung Datuk. Dorang pun terpaksa lah ikut sama-sama sebab aku dah lepas tol Alor Gajah selepas salah faham sewaktu bercakap kat phone. Hahahaha. Tak pasal-pasal ikut jalan jauh. Adeh.. Walaupun aku yakin , jalan senang ke Gunung Datuk ikut jalan ke Tampin. Yelahh ni bukan kali pertama ke Gunung Datuk. Hahahaha. Tapi salah jugakkkk... Ni semua gara-gara salah paham. Takpelah benda nak jadi kannn. Hehehee

Bila dah jumpa semua , kitaorang stop sekejap kat kedai makan berhampiran Gunung Datuk sementara tunggu Acad yang dok kat area -area tu jugak datang.  Kali ni kitaorang naik berenam je. Ni semua plan Acad ngan Tarme . Tarme bawak jiran tetangga .. Ali dan Adib. Aku tukang ikut je.. pastu aku paksa Tiera ikut sekali . Cian Teira. Yelah tak kan aku sorang pompuan je nak pegi.. tak rock la kannn! Hehehhee Rocklahh sgt! 😝😝

Kiaorang mula mendaki jam 3 pagi. Aku takde lah masalah mendaki malam-malam dan dalam hujan . Aku ok je. Tapi macam biasalah aku ni bila mula nak mendaki .. cuak lahh sikit bole ker..? Tak bole ker??? Dah jadi macam tebiat pulak.. fuhhhh ngada-ngada! Gedikk pun adalahh sikit.. bluekkk... hahahahaa Kutuk diri sendiri. 😝😝😝

Rasa macam smooth je mendaki kali ni walaupun jalan agak lecak sedikit . Tapi tak hujan pun.. Kena pulak Acad pasang lagu sepanjang perjalanan. Tapi lagu dia.. macam suh aku tidoo je.. Nasib baik takde lagi dangdut macam Tarme selalu pasang dulu.. opsss tercerita pulakkk... hahahaha. Cuma ada sekali tu aku berenti kejap sebab lapar . Yelahh malam tadinya aku tak makan. Dah la tak tido. Lapooo kejap. Makan roti yang Tiera kasi separuh dan minum air. Pastu aku ok dahh.. hahahaha Dasar perut ngada2! Cisss..

Kali ni semua mendaki ok je.. Cuba sesekali kitaorang berenti kejap tunggu Adib yang kekejangan. Nasih baik aku bawak Salon Pas.. Membantulah jugak kannn... Tapi semangat Adib kuat... Akhirnya berjaya jugak kitaorang panjat Gunung Datuk setinggi 885 meter dari paras laut ni. Aku rasa kitaorang mendaki dalam sejam lebih ke dua jam je kot. Kira cepatlah jugakkan. Sebab 1st group yang bergerak dari parking park dan mula mendaki dari jam 2.30 pagi tu , baru 2 minit sampai  dari kitaorang kat puncak tu. 

Sesampai je kat situ , kitaorang masuk berehat didalam celah-celahan batu sebab hujan mulai lebat. Acad buat air kopi, tapi idoklah aku minum. Almaklumla aku ni kang , minum banyak-banyak terus nak cari toilet. Habisss kang tak pasal-pasal kena cari semak dalam hujan.. jappp tengah bayangkan ... Hahahaha 😂😂😂

Dalam celahan batu
 

Termenung kejap ingat buah hati..ehh!
 

Tido dalam tu jenuh gak menggigil sebab hujan tembus gak kat celah-celah batu tu.. Sejukkk weiii! Nasib baik Acad kasi pinjam baju sejuk dia, sebab dia kata baju sejuk aku dah basah. Lagipun Acad tak pakai baju sejuk pun dah ok. Dia kebal.. hahahaha.. Moga-moga dia tak baca entry ni.. keh keh keh ..  Sejam jugak aku tido dalam kesejukkan. Miong-miong jugaklah kepala. Tapi kejap je lah.. pastu  bila hari dah terang sikit... apalagi start la mendaki batu besar tu tuk berposing macam biasa. Kalo tak posing kat situ rasa macam.. ehhh! Tak lengkap la hiking di Gunung Datuk ni.. 

Ali dan Adib kat puncak gunung. Excited naik dulu tak hajak aku..sobsss..


Aku Tiera baru  je lepas batu nak ke puncak..

Yeahhh Puncak Gunung sudah ku tawan sambil berposing tak hinggat dunia.. Adoii bila aku nak insaf ni.. hahahha 😝😝 Cuaca waktu aku naik tu tak berapa nak cantik sebab kabus tebal.. so tak dapatlah aku tempek Gambar Sunrise kat korang. sorii ea.. Nanti aku panjat lagi hokay..ehhh!!! 

Intro amik gambar... semua macam nak tak nak je amik gambooo...
 ciss purak-purak sgt!


Create kawan baru... Kak Das ( Berbaju merah ) dan Sha Berjersey hijau belang-belang 

Aku tengah bagi tupai makan.. ntah dari mana dia muncul.
Manja dan jinak je.. turn aku bagi makan roti coklat.. siap bersuap lagi..hehhee

Kabus tebal waktu kat atas batu ni.. so tak nampaklah pemandangan kat bawah gununng..sobsss..




Aku  dan gegurl 



Team boboi yang sakan berposing... mula-mula je segan, sekali dapat camera..Adoii! tak nak lepaslah pulak..hahhahaha 


Semua!


Dah puas posing.. Apalagi.. berdedai-dedailahh aku dan team turun. Turun ajak mencabar sikit dengan track yang lecak tu.. So kena slow-slow sikit.. Tapi takdelah slow-slow sangat pun.. Dalam satu jam jugaklah ! Slowww gitu.. huh!! Hahahahaha . Sampai je terus order Air Sirap Limau.. Fuhhh! nyaman.. Tapi sebelum sampai kat bawah tu jangan lupa bayar duit panjat Gunung RM 5.00 sorang kat pondok bumbung Biru. Dulu kalo mendaki Gunung Datuk ni dapat sijil tapi laa ni takde sijil dahh.. kegawatan ekonomi kot..  Cuma aku tak puas hati dengan Tandas kat Gunung Datuk. Yang mendaki kat Gunung Datuk tu punyalah ramai.. Wang pengeras pun dapat .. apasalahnya toilet tu repairlah sikit. Pintu takde, air takde..Hanya harap satu je toilet yang ada air. Azab! Dah la aku ni allergic sikit.. tak pasal aku muntah kang..huh! Moga ada tindakan selepas ni.. 




 

Posing kejap waktu nak turun..Lawoo track kat situ...



 Tips mendaki 
  1. Pakai kasut yang bergigi banyak supaya ianya grip ditrack yang lecak tu. Aku suka pakai kasut getah je.. Ringan ! 
  2. Standby Rain Coat.. Incase hujan la.. 
  3. Bawak satu air mineral, satu air Gastron .. Untuk elak cramp bole stanby air garam. 
  4. Yoko-yoko atau Salon Pas dilupa jangan.
  5. Jangan lupa bawak sweater . Wind proof okay. Sebab bila musim hujan ni, angin kat puncak kuat. Sejuk pulak tu... 
  6. Pakailah baju yang Cepat kering... Dry fit atau kain jersey untuk keselesaan. 
  7. Jangan cakap benda bukan-bukan atau pun riak.. Jeng jeng.. jaga -jaga ada banyak mata yang memerhati okay.. 
  8. Jangan mendaki diwaktu dimana akan bertukarnya hari. Contoh : Mula mendaki jam 11.00 malam so akan berada kat pertengahan jalan dalam jam 12 atau 1 pagi. Tak baik katanya. Kang tak pasal-pasal akan berpusing ditempat sama berkali-kali. Simpan sikit tenaga tu.. puncak gunung masih jauh... 😊😊

Sekian aku mengomel pasal hobi aku  yang satu ni. Memanjat je kejenya. Kalo mama aku tahu., Adehhh!!! Matikkahhlahhh  aku kena tambat kat penuh pokok kerengga.. hahhahaa Ok tu aku tipu! Mama aku baik hokay... habis kuat pun kena kitai-kitai manja giteww.. kikiki 😝😝😝

Thanks for Reading! Wassallam
Love , Mummy JA 

Friday, 2 December 2016

8 Tanda Badan Anda Penuh Toksin

Assallamualaikum..

Zaman yang berbagai-bagai menu masa kini memang seronok untuk dimakan kan.... Rupa cantik , rasa sedap tetapikan bagi sesetengah orang yang mengalami masalah sistem pencernaan,  ini akan membuatkan toksin mudah terkumpul didalam badan.

Apa itu Toksin?

Toksin adalah sejenis racun dalam tubuh kita yang terhasil daripada :-

  • Pengambilan ubat-ubatan , 
  • Pemakanan (bahan pengawet, 
  • Pewarna makanan, sisa racun perosak , 
  • Minyak terhidrogen dll) ,
  • Nitrat ,  
  • Udara yang kotor, 
  • Radiasi , 
  • Dehidrasi 
  • Terhasil daripada gaya atau amalan hidup yang tidak sihat seperti merokok.


Tapi apa yang lebih menakutkan sekiranya ianya dibiarkan , ianya mampu membahayakan organ penting tubuh kita terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh.Disini mummy ada senaraikan 8 tanda badan yang mempunyai toksin.

8 Tanda badan Penuh Toksin


Sembelit


Anda perlu membuang air besar dua kali sehari, bagi memastikan bahan buangan pepejal dan cecair bertoksin tidak disimpan lama didalam badan dan membawa penyakit









Kembung Perut


Usus yang tidak bersih dan penuh toksin akan memyebabkan angin terperangkap didalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.










Sakit Kepala


Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang berulang-ulang malah boleh menyerang anda pada setiap pagi









Letih dan Lesu


Toksin yang terkumpul dalam badan seumpama racun yang mencuri tenaga didalam badan, menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari










Mulut Berbau


Usu yang kotor dan tidak dibersihkan secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain di sekeliling.








Perut Buncit

Najis yang terkumpul lama di dalam usus akan mengeras  dan menjadi tempat angin berkumpul . Ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi walaupun berat badan normal.







Kulit Kusam

Jika masalah kulit seperti jeraqat dan kulit kusan adan berpanjangan , cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang berkumpul dalam badan terlebih dahulu. 







Kemaruk Makan

Badan yang bertoksin akan menyebabkan anda tidak boleh mengawal cara makan dengan baik malah menyebabkan anda sering rasa lapar dam ingin mengunyah sepanjang hari.








Cara Membuang Toksin dalam Badan

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membuang toksin secara semulajadi didalam badan  antaranya :-


  • Detoks dengan membuat jus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, anggur, belimbing, oren, tomato, nanas, kubis, brokoli, lemon dan timun  , 
  • Detoks Air  ( Meminum air masak/suam mengikut sukatan yang diperlukan oleh badan )  , 
  • Puasa ( Seperti yang semua sedia maklum berpuasa memang mampu membuang racun dalam badan secara berkesan) 
  • Bekam ( Membuat rawatan juga mampu menyedut darah kotor yang terkumpul didalam badan ) .


Thanks for Reading! Wassallam
Love , Mummy JA

Sumber Info : Facebook / Pesan Bonda
Sumber Gambar : Mr Google


Thursday, 1 December 2016

Hi Disember!

Assalamualaikum..Hi Disember!

Yeahh! Disember datang lagi... berbunga-bunga rasa hati tau.. hahhaa Orang lain tak suka aku pulak yang over suka. Keh keh keh 😝

5 Perkara Best Mengenai Bulan Disember

1. 1 Disember adalah hari kelahiran mama mummy. Selamat Hari Jadi Mama.. Moga panjang Umur Murah rezeki dan Comey Sokmo ! Ehh... Lupa Disember babies memang comel2 pun., ! Keh keh keh Masuk lif tekan sendiri...

2. Anak-anak cuti sekolah. Adoii bukannya apa rehat sikit mummy dari jadi Driver F1 di pagi hari. Terkejar sana, terkejar sini. Adoiii boleh sakit jantung mummy tau! Kikiki

3. Balik Kampung!! Yeahhh.. masa nak habiskan cuti rehat. Bolehlah lama sikit luruskan kaki. Bole cuti masak dan enjoy makan without limit. Yelahh makan masakan mak kann.. heehehe dah bosan weii makan masakan air tangan sendiri.. 😝🍝 over tau

4. Dapat banyak Coupon / Voucher free tau untuk December Babies.. hehehe Antaranya Free Treatment kat London Weight Management. Kali ni dapat Lavender Treatment tau.. Yabedabedooo! Dapat jugak tiket wayang GSC  free untuk 2 orang dan 20% dis untuk meal.. Hish nak ajak sapa ni.. hehehe. Tapi aku rasa sapa-sapa je yang lahir dalam bulan masing-masing mesti dapat Free Gift Voucher kann... hehehe
 

5. Dan yang terakhir sekali mestilah  sebab bulan ni adalah bulan kelahiran mummy. Berbintang Sagitaurus tau! Plus 1 lagi usia mummy . Ucapan panjang lebar tunggu waktu birthday okay.. hahahahaa gitewwww! 

Untuk Disember Babies ni hah.. ada serba sedikit fakta untuk korang termasuk mummy... Si Alient Pink ni.. keh keh keh  ( Baca Boleh , percaya jangan sebab apa yang tertulis tu mungkin satu kebetulan je kot.. Sebab masing-masing ada karektor dan gaya yang tersendiri , mana mungkin semua orang Yang lahir disember perangai sama kan.. hehehe)


16 Fakta Kelahiran Disember

Sangat setia dan pemurah


Bersifat patriotik

Sangat Aktif (Permainan dan Pergaulan)

Kurang Sabar dan tergesa-gesa

Bercita-cita tinggi

Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi

Seronok didampingi

Suka bercampur dengan orang

Suka dipuji , diberi perhatian dan suka dibelai

Sangat jujur dan amanah serta bertolak ansur

Tidak pandai berpura-pura

Cepat Marah

Perangai Berubah-ubah

Tidak Ego walaupun mempunyai harga diri yang tinggi

Benci pada kongkongan 

Suka berlawak
.................................................................................................

Thanks for Reading! Wasallam
Love , Mummy JA