Saturday, 29 July 2017

Rabies atau Penyakit Anjing Gila?

Assallamualaikum...

Sekarang tengah isu panas mengenai anjing gila kan. Terutamanya yang berlaku di Serian Sarawak. Tapi korang jangan ingat Sarawak tu jauh tak boleh merebak, banyak cara penyakit itu boleh disebarkan tanpa korang sedar. Meh sini mummy kongsikan sedikit maklumat mengenai penyakit ini ok. Moga bermanfaat.

Apakah itu Rabies?
Rabies atau ( Penyakit Anjing gila) adalah sejenis penyakit secara semulajadi menjangkiti mamalia( haiwan berbulu dan berdarah panas) seperti skang , rakun , kelawar , haiwan peliharaan kucing dan anjing.



Tanda & Gelaja Rabies
Bermula dari tempat gigitan atau lain-lain tempat kemasukan virus , virus akan membiak di sepanjang sarag bermula dari saraf tunjang dan otak ke kelenjar air liur. Virus ini kadang-kadang kekal  hidup dalam keadaan "dormant" di dalam badan untuk beberapa minggu atau bulan sebelum gejala atau simtom pentakit ini mula kelihatan .

Antara tanda dan gejala rabies
  1. Pembengkakan dan kemerahan di tempat gigitan
  2. Sakit tekak , demam dan sakit kepala
  3. Cirit birit 
  4. Loya dan muntah
  5. Hilang selera makan
  6. Mengeluarkan air liur yang sangat pekat , mata berair dan tekanan darah rendah.

Rawatan
  1. Luka gigitan mesti dibasuh dengan sebersih-bersihnya dengan sabun berubat dan air
  2. Pemberian toxioid bagi tetanus dan antibiotik
  3. Pemberian vaksin Rabies
  4. Pencegahan
  5. Haiwan peliharaan perlu diberi vaksin melawan rabies
  6. Jangan sentuh haiwan liar
  7. Jangan cuba menggangu haiwan yang sedang bergaduh
  8. Jangan biarkan sampah atau makanan haiwan peliharaan terbiar diluar rumah

Vaksin pencegahan terhadap rabies perlu diberikan kepada pekerja yang bersentuhan dengan haiwan liar dan haiwan peliharaan yang tidak di imunisasi

Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak-anak mereka tentang betapa pentingnya untuk menjauhi haiwan liar dan terbiar dan betapa perlunya mereka memaklumkan tentang kelakuan pelik pada haiwan termasuklah haiwan peliharaan. 

Info : Melaka Hari Ini

Thanks for Reading! Wassallam.

Friday, 28 July 2017

Misi 5 Petang

Assallamualaikum..

Yeahh! Misi kul 5 petang berjaya jugak akhirnya. Penat siut.. kah kah kah 😝😝
Biasalah disaat orang lain "byk rehat" mummy pulak banyak kelam kabut.. keh keh keh

Sebenarnya hari Jumaat adalah hati paling busy dalam segala hari bagi mummy.. Almaklum la hari jumaat hero besar paling kul 12.15 tengahari , hero kecik pulak balik pukul 1.15 tengahari ( sebab ada kelas tambahan , ni pun dah jumpa Cikgu balik cepat sikit.. kalau tak pukul 1.45 baru balik) .. so mummy agak kelam kabut la. Hero kecik pulak memang wajib nak solat jumaat, tapi nak balik salin baju.. dengan jem lagi.. memang macam lipas kudung mummy... 

Waktu dorang solat jumaat lah mummy sempat tidur sekejap dalam kereta lepaskan penat. Hehehe Usai solat jumaat , 2.10 tengahari giteww mummy hantar dorang balik rumah.. belikan nasi bagai mummy terus balik opis.. kadang-kadang tu hanya kasi duit je sebab nak balik opis hari jumaat dekat Jonker Street tu jem habis ( tu je jalan nak balik opis) . Huaaa makan pun tak sempat.. Sebab tu hari ni mummy makan nasi lemak banyak-banyak sebab tau memang tak sempat nak makan tengahari nanti.

Pukul 3.00 petang.. Meeting! Huaaa macam lagilah macam lipas kudung mummy.. balik opis je terus solat masuk meeting.. Bos pulak mood berleter almaklum la banyak benda berbangkit dan perlu di ingatkan. Mukadimah je dah 1 jam lebih.. masuk minit dan bla bla bla dah dekat pukul 4.45 petang.. hua rasa cam menangis mummy.. Sebab hero kecik Tuisyen pukul 5.00 petang.. So korang bayangkan mummy bawak kete macam mana.. hahaha Macam bawak jet pejuang hokay.. hahaha So mummy terpaksalah mintak balik awal walaupun mummy ni balik pukul 4.30 petang sebab mummy masuk keje pukul 7.30 pagi. 

Hero kecik ada satu peel, dia tak akan pergi tuisyen walaupun lambat lima mint.. ko rasa... Mau guling-guling mummy dibuatnya.. Hari lain masuk kul 5.30 petang kira okaylah.. ni masuk kul 5.00 petang.. so kalau ada kerja urgent kat opis memang pontenglah jawabnya.. hahha.. Kalau dah tiap-tiap minggu tak boleh lah..  

Sebab hari ni mummy nak janji hantar sebelum pukul 5 petang kenalah tunaikan... Janji tu ! Haruslah ditepati... 
Finally dah siap hantar semua , baru mummy boleh tarik nafas. Kalau tidak jantung tu laju mengalah ferari.. Kang tak pasal-pasal kena buat ECG.. jenuh wayer berselirat kat jantung aritu.. hahaha.. Tak mau! Tak mau!

Akhirnya tamatlah riwayat jumaat minggu ini.. Tunggu pukul 8.30 malam nanti amik hero kecik pulak... Kita bukak Silat Gayung pulak ea.. Hahhaha

Anw Thanks For Reading! Wassallam

Tapai Pulut Sarimah

Assallamualaikum..

Suka makan tapai pulut..??? Serius mummy memang hantu tapai.. Especially dulu waktu mengandungkan hero kecik dan hero besaq..  Memang giler yakmat..hahaa maaf la bahasa budak-budak wechat..keh keh keh :P 😝😝

Nasib baik kandungan mummy tak jadi apa-apa. Hehehee.. Normally kalau kat Melaka ni mummy selalunya akan cari kat Pasar-pasar borong atau Pasar Besar.. tapi kann.. nak dijadikan cerita, dua tiga kali datang memang habis sokmo.. sobbsss ( nangis bawah meja) 😝😝

Bayangkan dari bulan puasa sampai lepas raya pun tak dapat makan.. huaa sedih tau! Nak buat..?! Pernah buat sekali tak jadi.. terus merajuk tak nak buat dah.. hahhaa.. 

So kali ni terpaksa post kat facebook mintak tolong kawan-kawan kat mana ada jual.. hah! Macam tu sekali tau.. hhahaha Dasat mengidam kali ni.. 😝😝😂


Sebenarnya banyak je yang jual kat Melaka ni, cuma mummy je yang tak tau.. So hasil pemantauan mummy kat Mydin Melaka Central ada jual.. Ala yang sebelah station bus Melaka tu la.. Tapai Sarimah.. 

Sedap! 


Amik dua peket.. Licin! Tukang teman beli yang selalu merungut layan tekak mummy.. pun ngap sekali.. bila marah buat muka sekupang.. hhahaha

Tapai ni kalau makan diwaktu sejuk-sejuk lagi sedap! Sebenarnya ada few place lagi yang kawan-kawan mummy suggestkan.. Tapi tak rasa lagi, almaklum la tak gaji lagi, takleh beli banyak-banyak, kopak poket.. keh keh keh cukuplah sekadar melepas tekak.. gitewww..!!

So sapa yang suka mengidam pelik-pelik macam mummy , especially mengidam tapai ni.. bolehlah dapatkan di Mydin Melaka Central.. Cepat dan mudah je nak dapatkannya..  

Harga ? 
4 ketul dalam satu peket ni hanya RM 3.29 sen sahaja tak termasuk GST.. 

Selamat Mencuba . Thanks for Reading! Wassallam

Wednesday, 19 July 2017

PizzArt di Movida Kitchen +Terrace oleh Anchor Food Proffesional yang comel dan unik

Assallamualaikum...

Korang pernah dengar pasal Muffin Pizza...?  Atau makan mungkin.. ? Belum!  Hah! Mummy dah rasa... rasa ermm! Dapp.. Cuma kalau pizza ni dihidangkan panas-panas lagi sedap kot.. Tapi dont worry makan sejuk-sejuk pun Pizza tu masih lembut untuk dimakan.. yummmy!

Apa itu PizzArt?

PizzArt ni bukan sekadar pizza yang boleh dimakan.. malahan ianya diumpamakan seperti masterpiece dari sebuah karya seni.. Gitewww...! Sebab kita akan dihidangkan dengan pizza dalam bentuk yang berlainan dari biasa.. dari segi saiz, bentuk malahan juga rasa.

Terdapat  5 jenis  PizzArt yang bakal diperkenalkan diantara bulan Mei- september antaranya Pizza Bombs , Mini Muffin Pizza , Adjaruli Khachapuri, Pot Pie Pizzas dan juga flower pizza.  


Ini juga merupakan kerjasama bersama dengan Anchor Food Professional ... ala Anchor Food ni adalah satu jenama yang cukup terkenal dalam pembuatan kek, muffin , kuih dan pelbagai lagi jenis masakan especially butter dan juga cheesenya. Sapa pernah memasak menggunakannya cuba angkat tangan. Hehhe

Kini Anchor memperkenalkan PizzArt yang lain dari lain. Takdelah terlampau tipikal sangat bila sebut pizza kan. Saiz yang besar  dan cepat muak. Yelah kalau makan sorang jenuh jugak nak habiskan. Hahhahaa

Baru-baru ini  berkesempatanlah mummy merasai Mini Muffin Pizza dan juga Pizza Bomb ni.. Size kecik-kecik je.. Comel! Kalau tengok sekali imbas Pizza Bomb ni macam donot bulat.. tapi no no no.. Ni Pizza hokay... Terasa akan Cheese Mozarella didalamnya.. Not bad! Sedap.. tapi kalau makan panas -panas mummy rasa boleh ditarik-tarik cheese kat dalam tu.. hehe.. Even dah sejuk pun Pizza Bomb tu tak keras pun.. Dap!

Mini Muffin Pizza. Sekali imbas nampak macam muffin kan..tapi bukan hokay

Dibahagian dalam Mini Pizza Muffin

Untuk Mini Muffin Pizza ni.. sekali imbas nampak macam muffin.. dibahagian atas tu nampaklah Taburan Cheese.. dan Isinya yang sedap..So kalau korang sukakan sesuatu yang berlainan boleh lah cuba.

PizzArt yang bersaiz kecil dan menarik ini juga cukup sesuai untuk dihidangkan dan dimakan diwaktu pagi dan dijadikan sebagai snack food .

Pizza Bomb yang mummy cakap macam donat bulat tu.Gebu! 

Bahagian dalam Pizza Bomb

Dimana untuk mendapatkan PizzArt ni ?

PizzArtby Anchor ni boleh didapati di seluruh cawangan Movida , US Pizza , The Chups Grill and Mad Ben Cafe Sabah  dan beberapa lagi Cafe yang terdapat di Malaysia , Sabah dan Sarawak yang kesemuanya berjumlah 25 cawangan diseluruh Malaysia.

Bersama Chef dan juga orang kuat Anchor Food Professional



Mummy sedang menikmati Mini Muffin Pizza.

Antara blogger-blogger yang hadir.

Apalagi cepat dapat dan rasai sendiri PizzArt di cafe-cafe dan juga restoran yang terdapat berhampiran kawasan korang ye..

Thanks for Reading! Wassallam


Friday, 23 June 2017

Raya weii ! Raya..

Assallamualaikum...

Sedih pulak raya tahun ni.. baju raya tak siap, dengan rasa tak bersalah, tailor suh mummy amik baju raya lepas raya.. huhuhu bukan mummy hantar sehari dua ni , dah hantar 2 bln awal sebelum ramadhan. Dah  la kain pink peberet lak tu.. huhuhu.. Tak pasal-pasal pagi jumaat dah berlinang ayaq mata.. sobsss... 😭😭

Pastu barang order kat Lazada stuck pulak tak boleh kluaq . Bagai nak rak adik Courier Lazada minta maaf..Sbb dia janji nak hantaq arini. Dia buat lawak pun mummy tak terdaya nak gelak.. huhuhu Just bayangkan Adam kat depan pintu , tggu barang sampai.. huuhh

Sedih lagi....huhuhu

Apa-apa pun yg terjadi raya ni, mummy maafkan lah. Walaupun sedih ni dah masuk tahap dewa.. putus cinta pun takde rasa sedih camni tau.. 😝 ok hat tu bohong.. hahaha 

Dah la .. dah la.. Mummy nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat ampa semua.. kita kira 0-0 balik hokay... 

Pastu bawak kete tu baik-baik , jangan gopoh gapah ( eh! Tercakap tuk diri sendiri pulak.. hehehe) kang jadi apa2 , mummy jugak turut bersedih..  

Macam Mukhriz selalu cakap kat mummy " Mummy ni orang lain yang accident , mumy pulak yg sedih" .. hhhheehe.. Mummy ni jiwanya sensitif nak oii..! Hahaha

Psttt... Amacam cun tak kete baru mummy tahun ni.. hahaa 😝😝 🚗🚗 Penang  tggu mummy lip lap nak mai..hahaha

Thanks For Reading! Wassallam..

Tuesday, 13 June 2017

Apa itu Bahagia?

Assallamualaikum...

Salam Selasa Uols.. Hari ni nak berkata-kata manis seperti biasa. Biar kerumun dek semut kerana manisnya bahagia.. hahaha 😝 Saja je share , bukak telegram " Faiz Ibrahim" pagi tadi . Syok pulak dia berbicara tentang bahagia. So kata-katanya mummy tujukan buat kengkawan yang sedang gundah gulana. Tajuk ni mummy letak sendiri.. haha Ikut suka hati hang ja na.. hahhaa 😝

Apa itu erti bahagia?


Jangan letak kebahagiaan kau pada manusia semata-mata. Kerna manusia itu kadangnya ada waktu "Tingtong" dia dan dia mungkin akan persampahkan kau apabila dia lupa diri.

Bahagia itu dicapai dengan menghormati diri kau dan tidak memaksa diri kau untuk menjadi manusia lain. Kerna itu kau boleh lihat, walaupun dia masih sendiri, dia masih boleh ketawa tak ingat dunia dan siap mudah terhibur lagi.

Tak guna berpasangan tetapi masih rasa sendiri. Dan lagi tak guna kau membandingkan kehidupan indah kau dengan manusia lain.

Hidup kau dah cukup indah. Kau sahaja yang cuba hidup di cerita Cinderella walaupun jalan cerita kau umpama Snow White.

Nukilan Faiz Ibrahim

Thanks for Reading! Wassallam

Monday, 12 June 2017

Pesanan Buat Pesakit Hypertyroid

Assallamualaikum...

Terdetik pagi ni nak buka FB Group "Tyroid dan Anda". Huaa.. sentap kejap! Terbaca perkongsian Doktor Hana mengenai Ribut Tyroid..  Kalau yang belum tau mummy ni penghidap penyakit Hypertyroid... Klik Sini Yang luarnya nampak sihat, dalaman hanya dia je yang tau.. Malahan mummy pun selalu jugak skip-skip ubat.. cemuih orang Utaqha habaq...hhheehe

So ni peringatan tuk diri sendiri dan juga kawan-kawan yang selalu skip-skip ubat tu.. 

RIBUT TIROID


Tak semua pesakit yang saya rawat berakhir dengan penamat bahagia. Ada beberapa kes yang sampai sekarang tak dapat saya lupakan.

Saya masih teringat sewaktu saya on call, saya dapat referral dari ED bagi menguruskan pernafasan bagi seorang pesakit hipertiroid dengan goiter (bengkak tiroid) yang sangat besar, yang mengalami kegagalan pernafasan. Bukan itu saja, beliau juga sedang mengalami ribut tiroid (thyroid storm) akibat beberapa minggu tak ambil ubat.

Kes seperti ini adalah igauan ngeri kebanyakan pakar bius. Pesakit dalam keadaan thyroid storm saja, walau tanpa goiter dah cukup menakutkan doktor. Dengan rentak nadi tinggi dan bercelaru, tekanan darah melambung-lambung, pernafasan laju dan demam yang tinggi. 

Bayangkan pula kes thyroid storm dengan tiroid yang membusung, dan pesakit mengalami kegagalan pernafasan pula. Pakej lengkap untuk memaksa doktor bius menyelam jauh ke lubuk paling dalam untuk menyelamatkan pesakit.

Pesakit perlu diuruskan di dewan bedah, tak boleh di ED saja. Jika kami hilang kawalan pada pernafasan pesakit, lebih banyak pembantu dan gajet yang boleh membantu kerja sukar ini.

Sampai saja pesakit di dewan bedah, saya mengurut dada. Tersangatlah besar kelenjar tiroidnya, bak busut anai-anai bersaiz bola ragbi. Entah berapa belas tahun disimpannya. Rupanya tampak 20 tahun lebih berusia dari umur sebenar; hasil tubuh yang dimamah oleh penyakit yang tak terkawal. 

Pesakit pula dalam keadaan separuh sedar. Dadanya berombak laju bagaikan dalam sakarat. Tekanan darahnya melambung-lambung dan jantung teramat laju. Plan awal saya untuk menggunakan skop fiberoptik terpaksa ditolak ke tepi. Saya bertukar plan memasukkan tiub pernafasan menggunakan video laryngoscope dengan gas bius. Tak perlukan sebarang ubat kecuali sedikit Fentanyl dan tiub mudah saja dimasukkan. Langsung tiada reaksi dari pesakit. Kosong.

Seperti yang dijangka, tekanan darahnya melurut ke lantai sejurus kami ambilalih kawalan pernafasannya. Langsung tak berespon terhadap steroid tambahan yang kami berikan sebentar tadi. Tak lama kemudian rentak jantungnya menjadi semakin perlahan hingga tekanan darah semakin rendah. Kami mulakan ubat penyokong jantung dan dos yang diperlukan semakin tinggi. Hingga akhirnya beliau memerlukan 3 jenis infusi penyokong tekanan darah.

Jantungnya terhenti beberapa kali sebelum dia dihantar ke ICU hingga perlu diberi shock. Tampak lemah sekali jantungnya. Dah gagal barangkali. Keluarga beliau diberitahu tentang keadaannya. Nampak tak bagus dan kemungkinan besar tak lama hayatnya.

Benar. Dia meninggal dunia tak lama setelah berada di ICU. Keadaan penyakitnya dah begitu jauh tersasar hingga tak boleh berbalik ke asal.

Pada pesakit kronik, mohon ikut nasihat dan saranan doktor. Ambillah ubat menurut aturan. Jika berasa tak sesuai dengan mana-mana ubat, usahlah berhenti sendiri. Tetapi jumpa doktor kembali untuk membincangkan perubahan rawatan. 

Akhir sekali, usah putus asa kerana lamanya penyakit yang dihidapi tak sembuh-sembuh. Asalkan penyakit dapat dikawal dan anda boleh meneruskan hidup seperti biasa pun dah cukup. Anggaplah itu dugaan hidup untuk menjadikan anda insan yang tabah. Dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan juga. Ia sangat membantu memulihkan semangat.

.
.

Hana Hadzrami
Selalu teringat pesakit yang tak berjaya diselamatkan.



Ngerikan! So kawan-kawan jangan lupa makan ubat even walaupun kena makan seumur hidup. Especially buat diri sendiri yang selalu degil nak makan ubat.. kununnya rasa dah sihat.. hahaha 

Ops lupa Rabu ni amik darah lagi.. Adoii jenuh.. Aritu baru je dapat surat cinta aka Surat Amaran dari Opis mummy.. Katanya check-up yang mummy buat ni menggangu kerja-kerja harian mummy..  Malahan katanya tak maklumkan pada bos..Sabaq ja la, walaupun dah maklumkan tapi .. hurmm tu lahh.. Orang tak paham, hanya diri sendiri dan yang turut sama merasai sakit ini sahaja yang faham..  

Thanks for Reading! Wassallam

Cara Membuat Cermin Dinding Yang Murah dan mudah

Assallamualaikum...

Ahad! semalam la.. Hari gotong royong. Excited je mummy pesan ngan Hero kecik, adik arini kita gotong royong tau.. Nanti adik tolong mummy kemas rumah okay..

"Ala mummy kita dah gotong royong la ritu.. kan kita dah kemas bilik kita . Kita bersihkan kipas, angkat semua medal ngan piala susun dalam bilik. Kira kita dah gotong royonglah kan. So arini mummy gotong-royong sorang-sorang okay.." 

Pastu hero kecik jalan masuk bilik , layan movie kat You Tube..

Adoi laaa.. sabaq.. sabaq..

Tapi mummy selalu je buat macam tu kat Hero Kecik. Bila dia istyiharkan gotong royong , mummy busy dengan benda.. Panjat Gunung la , buat keje opis la , buat design la.. Hah! Padan muka mummy..Kan dah kena balik.. hahahah :P

So dok sorang-soranglah mengemas.. Dari ruang tamu , dapur , bilik tidur , ruang sidai baju , sampai la ke bilik air.. Habis semua  mummy punggah dan kemas..! Hahhaaha Amacam Rajin tak? :P

Bila punggah.. biasalah macam-macam la yang muncul. Kemas-kemas almari dapur jumpa lambakkan sudu plastik , baki dari birthday Party Adam bulan februari aritu.. Adoi   la semak mata memandang..!

Apalagi bila sel-sel otak sedang berhubung ... Bermulalah operasinya

Keh keh keh 😝

Sumber : Mr Google ( Spoon DIY Mirror)

Cara Membuat Cermin Dinding secara murah dan mudah
Bahan-bahan yang diperlukan
Glue Gun ( stick tu satu paket mummy guna - ada dalam 5 batang)
Cermin ( beli kat DIY-RM 2.50)
Sudu plastik ( 3 plastik bag -RM 1.80 sebungkus)

Cara-cara membuatnya

Panaskan Glue Gun, sambil -sambil tu ...bolehlah pecahkan frame cermin tu.. 

Amik cermin je tau ( berhati-hati ye , takut cermin tu sumbing)

Potong sudu ( yang ni sepatutnya di buat pada awalprojek.. amik bahagian sudu je , pemegang dia takyah)

Susun sudu di bahagian belakang Cermin dan gam kan ia. Buat berhati-hati ye , Glue Gun tu panas.. kena tangan .. Nangis!

Gamlah Sudu tu di sekeliling cermin.

Sampailah habis sudu tu.. 

Taraaaa.. Siap! Tapi mummy susun bertabur sikit... Salah teknik. Hahaha..:P

Nant korang buatlah cantik-cantik lagi ye.

Kalau yang rajin dan ada budget lebih , boleh lah spraykan dia.. Tapi pastikan cermin tu ditutup dengan masking tape .. Kalo tak sia-sia! comot bagai.. 

Bila dah siap , spray . Gantunglah ia di tempat yang korang suka.. Mummy plan nak letak kat opis, color pulak warna pink bertona. Tapi kann.. Office mummy still bocor lagi , tak pasal-pasal habis kena air hujan.

Nangis tak berlagu mummy nanti.. So nanti mummy fikirkan tempat lain yang lebih sesuai.

Apa-apa pun Selamat Mencuba ye.. boleh buat hias raya tuk Aidilfitri yang bakal tiba ni.. 

Thanks for Reading! Wassallam

Thursday, 8 June 2017

Kisah Seni Mummy

Assallamualaikum....

Adoii nak cerita pun malu, tapi kena tulis jugak sebab ni kan "Nota Chenta Mummy" .. hahha :P Ngada sangat kann... Kang tak tulis kisah-kisah cinta mummy dalam blog takde memori lah pulak..Okaylah mummy decide tuk menulis mengenai ni. Korang jangan gelak tau.. Bab kang.. haha :p

Mummy ni hobinya adakalanya suka melukis , membaca , membebel dan macam -macam lagi lah.. So salah satu hobinya melukis.  Hobi lain , lain entry ok. hahaha :P Mummy ni suka melukis dari sekolah rendah lagi.. Tapi waktu tu rasa rendah diri sangat sebab bila masuk pertandingan melukis tak pernahnya menang. Habis kuat pun lukisan-lukisan mummy penuh gantung kat sudut lukisan kelas. Tapi bila masuk pertandingan.. asyik saguhati je.Oh! Keciwanya disitu.

Tetapi...


Tapi kat rumah mummy selalu je hantaq lukisan kat contest-contest dalam paper mahupun dalam kaca televisyen. Paling banyak hantar kat KFC. Ala korang ingat lagi tak? Dulu ada rancangan kanak-kanak tajaan KFC( Kentucky Fried Chicken) Almost every week memang lukisan mummy je terpampang kat kaca tv. Tapi mummy pakai nama adik mummy. So nama dia kat sekolah memang pemeslah. So sebab mummy guna nama dia.. memang asyik kena pau pengeras je..hahaha  KEJAM pinjam nama pun kena bayar pengeras. Normally mummy share dua la hamper tu. hehhe Syok weiii dapat makan KFC satu family, dapat customade mug Tazmania, Tweety, Slyzerstone dan lain-lain lagi


Masuk sekolah menengah.. Waktu ni kat Penang la, ada subjek Lukisan. Waktu ni option sapa nak amik seni atau geografi..so opcoz la mummy pilih seni.Waktu ni boleh kira beberapa orang je amik seni, ada kot 2,3 orang..majoriti amik geografi. Ada mummy kisah? Mummy ni kalau dah suka.." Biar seluruh dunia menghentam mummy , mummy still dengan pendirian mummy.." Gitewww! ko hader..:P Degil sebenarnya..haha :P

So kat situ.. bakat seni mummy mula menyerlah. Nama Cikgu tu.." CIKGU JURIAH MD ALI" . Dialah yang selalu memberi semangat. Masukkan mummy  contest tu, contest ni...memang pulon sokmo. So paling tinggi mummy dapat tempat ketiga Peringkat Negeri Pulau Pinang. Contest apa lupa dah.. hehehe.. SPM pun dapat A1 walaupun subjek seni, subjek lain semua hancur! hahahaa :P Pastu mummy sambung belajar kat sebuah kolej di Sg Petani.. Bidang Graphic & Design.. Walaupun sebenarnya mummy dapat offer sambung belajar kat UTM Skudai dalam Rekabentuk Industri. Tapi tak pi sebab mummy tak minat. Bagi mummy , mummy nak belajar benda yang mummy suka. Bukan belajar sebab dipaksa ataupun untuk mendapat nama.

Bila grade.. Mummy susah sangat nak dapat kerja ... So mummy kejelah macam-macam Kerani, Secetary, Admin Assistant malahan ada juga mummy buat kerja -kerja part time seperti  Melukis Banner . Melukis hokay, bukan print macam zaman sekarang.. So kalau dapat tempahan kena melukis banner size 4 x20 kaki..so lukislah mummy. Terkedek-kedek selepas waktu kerja. Tapi lumayanlah satu banner size ni boleh dapat RM 350 sekeping..huaaa KAYO mummy! ahaha


Dulu teringin jugak nak jadi Fesyen Designer.. Tapi tu lah ustazah sekolah mummy dah warning " Julia ..awak kalau jadi Fesyen Designer buat design seksi-seksi awak pun dapat share sekali tau... hahhaa terus padam impian jadi Fesyen Designer. Padahal berlambak-lambak Buku Scrap mummy dah buat. 

Sekarang..??  Cari punya cari punya cari akhirnya dapatlah keje dalam bidang mummy ni.. tu pun lepas dah kawin.  Rezeki anak kot.. Akhirnya dapatlah title " Designer " yang dah lama mummy idam dan cita-citakan. Tapi tulah belajaq tinggi-tinggi, imbuhan yang diberi tak setimpal. Imbuhan dibayar dengan gaji seorang kerani. Ko rasa?? So mummy keje atas arahan keje je.. Nak over -over berkarya takdelah sangat. Kerja semata kerana amanah. Sebab mummy pernah dikata " Ala keje ko, designer bukan susah mana pun.. klik klik pastu  siap" Sejak tu.. hati ni mulai tawar , kelat dan lain-lain rasa yang tidak enak.. Tapi lama-lama mummy hadam.. Takpelah bukan rezeki bahagia mummy disitu. Rezeki amanah dan gaji sahaja yang Allah beri. 

Sejak dari tu mula lah satu fasa lain dalam hidup mummy.. Semua keje-keje seni lain mummy mula buat.. Job Wedding Photo, Product Photo, Freelance Designer, Souveniar Shop last sekali mummy lukis kasut doodle. Kasut doodle ni tercetus pun sebab ada kasut terpakai yang masih elok dan usaha mummy nak buat kasut tuk hero kecik yang cerewet tu. hehhe Apa-apapun, walaupun penat.. masuk keluar hospital. Mummy puas. Puas untuk berkarya... bukan kerana nama dan juga wang ringgit. Tapi kerana minat. Syukur Alhamdullilah

Keratan Akhbar Doodle Shoes By JA  di Dada Ahbar

Keratan Ahbar      I 5 Jun 2017 I    Page 4  (Full Page)  I Harian Metro 


Keratan Ahbar      I 7 Jun 2017 I  Page 35 (Full Page) I   Ruangan Wanita I Berita Harian


Sebab tu kalau korang ada minat usahakanlah. Biar kita dihenyak! Dihempap! Dipukul! Disepak! Diterajang ! Di hina! Jangan mudah gentar...  Kita wat lex wat peace je.. hahahha..  Insya Allah ada sinar dihujung sana.. Tapi tulah bila dah ada sinar.. bukan kaya raya lagi ye.. Dah bos suruh declare keje part time pulak, kalau tak kena tindakan tatatertib!.. Dulu waktu wat part time tak pemes tak pulak suh declare.. La ni kena declare siap kena tulis average income lagi. huaaa setahu mummy la.. Yang kena declare ni macam keje  Part Time Keje KFC , McD ka, ada kedai makan, ada syarikat sendiri.. ni page Doodle Shoes tu pun takde , jual atas nama "hobi" dan promosi dari mulut ke mulut je.. Sabooo je la.. Dulu tak pemes kau herdik, kau hina.. Dah pemes lain pulak jadinya...  Ops pemes ker??! huhuhu . Apa-apapun " Life Must Go On" Petikan kata dari Marka lama..hahah :P

Thanks for Reading! Wassallam..

Monday, 5 June 2017

Kisah Sebalik Ikan Parang Masak Lemak Cili Padi..

Assallamualaikum.. 

Salam Ramadhan Korang.  Dah masuk Ramadhan ke 9, dah beli baju raya ke ? Mummy ni masih belum bermood raya.. Pakai je apa yang ada macam tahun-tahun yang lepas... Eh eh.. bukak apa puasa apa tadi..? Lupa pulak nak tanya, ingat korang dah raya dulu Hahhaha

Mummy bukak puasa apa? Ni ha..makan masak lemak cili padi  je. Mummy ni hah! Tak habis-habis cerita pasal Masak Lemak kan.. Dah nak buat lagu mana? Masak menu lain-lain hero kecik tak buat hal, masak menu ni macam-macam peel hero kecik wat keluaq.. 

Arini dah kebuntuan idea nak masak apa? Tengok dalam peti ais ada ikan parang.. adehh.. 

"Ermmm.. Nak masak apa ea?? Kang masak Asam , Baru je masak aritu.. Takpa masak Lemak Cili Padilahh.. Ala habis kuat dia makan 2 pingan je kot kann...  

" Bisik hati mummy



Settle berbuka dan solat bagai.. Mummy siap-siap nak pi surau.. ala surau depan rumah je kot, takkan nak malas-malas kan. Bukan kena isi minyak pun.. hehehe

" Adik cepat siap! Jom pi Terawih!" 
Mummy jerit 

Diam

2 minit kemudian

Dia siap pakai baju pi surau..

" Mummy Adam sampai Isyak je tau.. pastu Adam balik.. Ala tak larat la nak buat" 
Ngomel Adam..

Mummy diam.. pastu terus je berjalan ( Dalam hati je cakap .. Suka hatilah dik, Yang penting hang tau jalan nak pi Surau.. kang dah tua-tua  buat perangai , kata mummy tak pernah ajak , tak pernah ajaq.. huhuhu) 

9.45 malam .. Lepas terawih 

Seperti biasa , terus je gomol-gomol Panda , Comel dan Black. Usai tu terus je Workstation melukis , tak pun belek-belek blog dan fb kawan-kawan. 

Tiba-tiba

Mummy ikan tinggal sekoq, habis kita sahur nak makan apa ? " 
Adam meluahkan kerisauan dia..

Eh! 1 ketul je tinggal ..? Bukan tadi ada 2 ketul , yang mummy makan tak habis tadi tu kan ada lagi bawah tudung saji..? Aku mula membebel musykil...?!

"Hehehehee.. Adam dah makan tadi , waktu mummy pi terawih.. 1 ketul lagi Adam nak makan lah sekarang.. " 
Adam buat muka sekupang..

Habis Adik makan dah berapa pinggan ni? Soal mummy

"Ala sikit je.. 3 pinggan..  Satu waktu bukak puasa , satu waktu mummy pi terawih , satu lepas mummy balik terawih... " Adam terangkan satu persatu.. 

Adoi la Adik .. habis sahur kita nak makan apa pulak ?  eh Mummy pulak bersoal -jawab

Ala yang satu tu Adamlah makan, mummy takyahlah makan! Hahaha.. Adoii dia buat lawak.. oii tak kelakar tau!

Kecik besor je aku tengok hero kecik mummy ni.. Bila mummy masak lebih tak habis , masak ngam-ngam tak cukup.. Hailahh anak.. Ikan tu besaq kot, banyak tulanglah pulak.. mummy yang kuat makan ni pun makan tak habis.. hurmmm urut dada jap... 

Tulah kisah hero kecik ngan menu favourite dia...  7.30 malam sehingga 9.45 malam .. 3 pinggan telah selamat dingap dengan seleranya.. Apa-apapun Syukur Alhamdullilah. Dapat anak kuat makan  , seronok bila memasak. Walaupun adakalanya rasa macam nak cari batu belah batu bertangkup.. Asyik kempunan je nak makan. Nasib baik telur Ikan parang tu dia tak reti makan.. hahhaha #guraujelah.. 😝😝 ehh! Gurau ker.. betuilahh.. Batu Belah Batu Bertangkup, Makanlah aku, aku kempunan Ikan Parang Masak Lomak Cili Padi.. hahha 😝😝🤣

Thanks For Reading! Wassalam..

Thursday, 1 June 2017

Pesawat MAS MH128 Terpaksa Berpatah Balik kerana Cubaan Ceroboh KokPit Pesawat

Assallammualaikum..

Pagi tadi lepas sahur belek-belek facebook.. perghh terkejut pulak baca pasal MH128 ni.. Syukur Alhamdullilah semua takde apa-apa . Ni semua gara-gara  seorang penumpang yang mabuk yang cuba masuk ke dalam kokpit . 


Petikan Berita  dari Harian Metro
INSIDEN gangguan daripada penumpang sehingga pesawat MH128 yang dalam penerbangan dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik berakhir selepas penumpang yang membuat kecoh ditahan bahagian keselamatan lapangan terbang dan semua penumpang selamat meninggalkan pesawat.

Dalam kenyataan terkini daripada Malaysia Airlines pada 12.19 tengah malam, semua penumpang yang sudah meninggalkan pesawat menjalani pemeriksaan keselamatan oleh pihak berkuasa Australia.

Penumpang diberi kemudahan hotel dan ditawarkan untuk menaiki penerbangan seterusnya berdasarkan kekosongan atau menggunakan penerbangan syarikat lain.

Malaysia Airlines akan berkerjasama dengan pihak berkuasa Australia dalam menyiasat insiden yang berlaku.

"Kami ingin menegaskan bahawa tiada unsur pesawat dirampas.

"Keselamatan penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku," katanya.

Pesawat MH128 yang berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.28 pagi, Khamis.

Bagaimanapun, pesawat terpaksa berpatah balik selepas kapten menerima maklumat daripada anak kapal ada kekecohan berlaku apabila penumpang cuba masuk ke kokpit.

Susulan kejadian itu, akhbar tempatan Australia, Daily Mail melaporkan Lapangan Terbang Tullamarine ditutup dan pesawat diperiksa unit pemusnah bom.


Petikan Berita  dari BH Online

PESAWAT Malaysia Airlines MH128 yang berlepas dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur hari ini, terpaksa berpatah balik selepas menerima gangguan daripada seorang penumpang. 

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba Kuala Lumpur pada 5.28 pagi ini (waktu Malaysia). 

Bagaimanapun, pesawat terbabit berpatah balik selepas kapten pesawat berkenaan menerima maklumat daripada krew kabin yang memaklumkan terdapat seorang penumpang cuba memasuki kokpit. "MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada 11.41 malam waktu tempatan dan kini menunggu ketibaan pasukan keselamatan," katanya.

Info Lebih Lanjut klik  : http://www.news.com


Wassallam, Thanks for Reading!