Sunday, 19 March 2017

Tempat-tempat Menarik dan Terbaru di Melaka

Assallamualaikum...

Melaka sememangnya terkenal sebagai destinasi weekend gateway mahupun destina percutian bila tibanya musim cuti sekolah terutamanya bagi pelancong dari Negeri Singapura , Johor , Kuala Lumpur , Selangor malahan negeri-negeri dibahagian utara juga..

Antara lokasi wajib yang selalu menjadi tumpuan ramai sudah semestinya Banda Hilir denga tinggalan bangunan bersejarah dan juga muzium-muzium disekitarnya. So bagi pelancong dari luar Melaka mahupun dalam Melaka , disini mummy ada senaraikan antara tarikan terbaru yang terdapat di Bandar Melaka ini.

1. A Famosa ( Safari , Old Town , Water Theme Park , Freeport Outlet Melaka )
A Famosa diambil nama sempena kubu peninggalan penjajah  Portugis yang cukup terkenal yang dibina pada adab ke-16. Ianya juga dikelilingi dengan bukit dengan pemandangan yang hijau yang mempunyai keluasan 520 hektar yang telah direka oleh artikek padang golf yang tesohor daripada Australia iaitu Ross.C Watson. Selain daripada Cowboy Town iainya juga terkenal dengan Animal World Safari , Taman Tema Air, Resort Hotel , Condotel dan juga Villa.
Harga Tiket : 
Korang boleh klik pada setiap link yang diberi untuk 
maklumat lanjut bagi setiap tempat di A Famosa Resort 

Waktu Operasi :
 Bergantung kepada lokasi

Alamat : 
A’FAMOSA RESORT
Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Tel.No:   06-552 0888

Website /Facebook/ Untuk Booking  : 


My Experience / Detail bagi setiap lokasi

Water Theme Park A Famosa: 

Safari Wonderland A Famosa :

Cowboy Town :

FreePort Outlet Melaka

Penginapan :

2. Muzium Kapal Selam Melaka

Dibina pada tahun 1979, kapal selam yang bernama SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis seberat 1,200 tan ini dibawa ke Malaysia dan dijadikan sebagai Muzium Kapal Selam. Muzium ini mempamerkan mengenai ruangan kawalan kapal, bilik berehat, dapur dan sebagainya. Lebih menarik lagi muzium ini mengekalkan ruangan sebenar dalam kapal untuk para pelancong.

Harga Tiket : 
Dewasa RM 5 , Kanak-kanak RM 3

Waktu Operasi :
 9.00 pagi - 5.00 petang ( Dibuka setiap hari)

Alamat : 
Dataran 1 Malaysia,
Klebang , Melaka

Tel.No:  06- 2826526

Website /Facebook : 


3. Muzium Hang Tuah 
Hang Tuah Centre yang terletak di Perkampungan Duyong, Melaka mempunyai 6 buah bangunan iaitu Pusat hang Tuah, Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Kasturi dan juga Rumah Hang Jebat. Muzium ini dilengkapi dengan persembahan visual memaparkan mengenai Hikayat Hang Tuah. Selain itu, muzium ini turut menyediakan permainan visual mengenai Hang Tuah yang dapat menguji minda pengunjung. Hang Tuah Centre turut menyediakan cara untuk mempelajari silat melalui persembahan visual yang ditayangkan.

Harga Tiket : 
Dewasa RM 5 , Kanak-kanak RM 3

Waktu Operasi :
 9.00 pagi - 5.00 petang ( Dibuka setiap hari)

Alamat : 
Hang Tuah Centre,
Duyong , Melaka

Tel.No:  06- 2826526

Website /Facebook : 

4. The Shore Sky Tower

Sky Tower ( Kredit Pic :  Sky Tower Melaka)

Lokasi ni memang cukup sesuai pada mereka yang sukakan pada ketinggian dan juga satu cabaran untuk mereka yang ingin melawan perasaan gayat pada ketinggian. Terletak didalam satu bangunan dengan Toy Museum , Oceanarium , Sky Deli  adalah amat memudahkan korang bergerak , malahan lebih menjimatkan masa. Ianya terletak di tingkat 42 bangunan The Shore ini. 

Dari atas bangunan The Shore Sky Tower ini juga dapat kita dapat melihat keseluruhan Bandar Negeri Melaka dan juga Laut China Selatan. Apalagi buat korang yang suka kan cabaran telah semestinya menjadi lokasi wajib buat korang.

Harga Tiket : 
Dewasa RM 18 , Kanak-kanak RM 15

Waktu Operasi :
 10.30 pagi -9.00 malam setiap ( Last masuk jam 8.00 mlm)

Alamat : 
The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

Tel.No:  06 - 288 3833

Website /Facebook : 

5. Toy Museum Melaka ( The Shore)
Sebenarnya lokasi asal Toy Museum ni adalah diBukit Baru tetapi disebabkan oleh lokasinya yang tak berapa nak strategic ianya telah berpindah di The Shore.Terdapat hampir 10k koleksi permainan yang  "Limited Edition". Antara koleksi yang menarik terdapat  di Toy Museum adalah seperti Iron Man , Star Wars , Superman  dan pelbagai lagi yang menarik. Malahan tidak semua toy yang dipamerkan dimasukkan ke dalam showcase, ada juga yang dipamerkan tanpa showcase bagi memudahkan pengunjung bergambar bersamanya.

Harga Tiket : 
Dewasa RM 30 , Kanak-kanak RM 20

Waktu Operasi :
 10.30 pagi -9.00 malam setiap ( Last masuk jam 8.00 mlm)

Alamat : 
Level 1, The Shore Shoppping Gallery,
193 Pinggiran Sungai Melaka
Jalan Persiaran Bunga Raya,
75200 Melaka

Tel.No:  06-282 3733

Website /Facebook : 

6. Bayou Lagoon
Di Bayou Lagoon hanya terdapat dua papan luncur air yang mencabar jika hendak dibandingkan dengan Water Theme Park yang lain , ini lebih memberi ruang kepada ibu bapa untuk memantau anak-anak dengan lebih mudah. Mummy suka pergi ke sini jika hendak dibandingkan dengan Water Theme Park yang lain sebab ianya lebih selesa, ruang yang luas serta terdapat kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa yang bukan sekadar untuk berendam sahaja.

Harga Tiket : 
Dewasa RM 22, Kanak-kanak RM 16
Cuti Sekolah / Public Holiday : Dewasa RM 28 , Kanak-kanak RM 20

Waktu Operasi :
9.00 pagi - 7.00 petang

Alamat : 
Bayou Lagoon Park Resort,
Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil , 75450 Melaka

Tel.No:  +06-233 0888 / +6013-286 8750

Website /Facebook : 

My Experience :

7. Upside Down House
Bukan setakat di Sabah sahaja ada rumah terbalik, Melaka pun dah ada tau.. Ianya terletak dibelakang Hotel Seri Costa Melaka membuatkan ianya mudah untuk dikunjungi oleh para pengunjung luar dan dalam Melaka. Terdapat beberapa bahagian didalam bangunan dua blok ini antaranya ruang tamu, bilik tidur , bilik air , dapur dan pelbagai lagi. Tapi ruang bangunan ni takdelah besar mana ye... hah! Apalagi nak rasa keunikan semua barang dalam rumah terbalik.. jom jom..

Harga Tiket : 
Dewasa RM 15, Kanak-kanak RM 10

Waktu Operasi :
 10pagi-7.00 malam (Isnin-Khamis)
9.00 pagi - 9.00 malam (Jumaat-Ahad)

Alamat : 
G12 & G14 Jalan PM 7,
Plaza Mahkota , Banda Hilir Melaka

Tel.No:  011-1072 2260/ 06-282 6019


Website /Facebook : 

My Experience :

8. 5D Art Studio Melaka
5D Art Studio Melaka ini merupakan sebuah bangunan 2 tingkat dan mempunyai 44 ruang yang menempatkan 77 buah lukisan berdimensi bagi membolehkan pengunjung berimaginasi umpama sebahagian daripada lukisan tersebut .  Nampak macam kecil je bangunan ni , tapi lukisan-lukisan yang ditonjolkan cukup memukau mata dan menimbulkan perasaan teruja  untuk berposing sakan . Malahan mummy telah  dibantu oleh kakitangan 5D studio yang seramai  4 orang itu.

Harga Tiket : 
Dewasa RM 25 , Kanak-kanak RM 20

Waktu Operasi :
 10.30 pagi -7.00 petang

Alamat : 
39, Lorong Bukit Cina 
( Bersebelahan dengan Capitol Satay Celup) , 
75100 Melaka.

Tel.No:
013-3875555 / 017-992 6665/016-207 1010 

Website /Facebook : 

My Experience :

9. Ocenarium
Bagi peminat hidupan laut, pastinya tidak akan terlepas untuk menyaksikan pelbagai jenis dan spesis hidupan laut yang terdapat disini. Bukan sahaja kanak-kanak yang seronok melihatnya malahan orang dewasa juga akan ikut teruja.

Bukan sekadar melihat, kanak-kanak  juga dapat melakukan beberapa aktiviti yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti soalan kuiz dan juga dapat merasai sendiri rupa bentuk dan tekstur dengan memang hidupan laut itu sendiri seperti tapak sulaiman.

Harga Tiket : 
Dewasa RM 35 , Kanak-kanak/ Warga Emas RM 25

Waktu Operasi :
 10.30 pagi -9.00 malam setiap ( Last masuk jam 8.00 mlm)

Alamat : 

Tel.No:  06-282 9966

Website /Facebook : 

My Experience

10. Pasir Klebang

Sebenarnya Pasir klebang ini menjadi tarikan setelah terdapat longgokan pasir yang terbiar hasil projek tambak laut di Pantai Klebang. Disebabkan ianya kerap menjadi tarikan para photografer untuk mengambil gambar wedding ianya telah menjadi popular secara tidak langsung dan menjadikan tarikan secara tidak langsung kepada pengunjung luar dan dalam negara.

Selain daripada bergambar ada juga yang melakukan aktiviti luncur pasir bagi menambahkan lagi keseronokan bermain diatas pasir.

Harga Tiket : 
FREE tapi kena bayar duit parking je RM 2

Waktu Operasi :
Anytime ( Elakkan waktu senja la.. )

Alamat : 
Dataran 1 Malaysia,
Klebang , Melaka

Tel.No: -

11. Mamee Jonker House
Mamee Jonker House ini telah dibuka pada 8 Ogos 2013 setelah berada didalam dunia perindustrian  Mamee hampir 40 tahun. Bangunan yang digunakan kini untuk Mamee Jonker House telah mengambil masa hampir 3 tahun untuk kerja-kerja baik pulih setelah mendapat kelulusan daripada pihak UNESCO.

Dibahagian dalam Mamee Jonker House ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kafe, Jualan Souverniar , dan dibahagian atas pula terdapat Lil Monster Kitchen dimana terdapat sesi workshop selama 90 min pada hari Sabtu dan Ahad ( 11.00 pagi, 1.30 tgh dan 3.30 petang ) .Untuk tempahan awal boleh menghubungi Charlotte 012-618 0778.

Harga Tiket : 
FREE

Waktu Operasi :
 10.30 pagi -5.00 petang (Isnin-Khamis)
10.00 pagi - 7.00 petang ( Jumaat, Sabtu, Ahad)

Alamat : 
No.46 & 48 Jalan Jonker Street ,
Melaka

Tel.No:  06-286 7666

Website /Facebook : 

12. Illusion 3D Art Museum Melaka
Illusion 3D Art Museum Melaka ini terletak di tingkat 2 Dataran Pahlawan yang bersebelahan dengan Mr DIY dan juga Toy Rus'. Terdapat 38 jenis lukisan 3D  bagi merasai sendiri suasana atau gambaran berada di angkasa lepas, kutub utara,  hutan belantara mahupun didalam dasar lautan. Malahan lebih menariknya ia bukan sekadar lukisan malahan ianya dapat dirasaikan didalam bentuk video . 

Harga Tiket : 
Dewasa RM 33 , Kanak-kanak RM 16.50

Waktu Operasi :
 10.30 pagi -9.00 malam 

Alamat : 
F2-29,F2-30, F2-32, F2-33 & CA-1, 
Dataran Pahlawan Megamall, 
Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 
75000 Malacca, Malaysia

Tel.No:  60 6-221 3002

Website /Facebook : 

13. The Pirate Adventure Melaka
Ianya merupakan sebuah penjelahan  yang meransangkan pancaindera kerana korang akan mengalami kehidupan harian seorang lanun dan menjelajah semula ke zaman silam. Dimana ianya mengusai segala-galanya. 

Alamilah rasa lautan yang bergelora didalam bahtera dan mengumpul segala keberanian menempuhi segala rintangan yang muncul dihadapan anda.Sehingga korang berjumpa dengan harta karun yang diimpikan. 

Harga Tiket : 
Dewasa RM 20 , Kanak-kanak RM 15

Waktu Operasi :
Isnin - Khamis
10.00 pagi -7.00 malam
Jumaat - Ahad & Cuti Umum
10 .00 pagi- 9.30 malam

Alamat : 
THE PIRATE ADVENTURE
Melaka Alive , Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka
( Berhadapan Memorial & A Famosa -Belakang Dataran Pahlawan)
GPS : N2.191 261 E102.250 725

Tel.No:  012-266 9374/  012-266 9461   / 603-7877 2828

Website /Facebook : 

My Experience

14. SkyTrex  Adventure Melaka
Perjalanan ke Skytrex Adventure Melaka ini mengambil masa 5 min daripada Tol Ayer Keroh. Ianya terletak di Taman Botanikal Melaka. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan mengikut umur mahupun secara  berkumpulan . Terdapat pelbagai jenis pakej yang ditawarkan antaranya Little Dino, Pahlawan Thrill  , Extreme Warrior dan lain-lain lagi.Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawarkan oleh downlod Broucher lengkap mengenai Skytrex  ini. http://www.skytrex-adventure.com/pdf/melaka-brochure.pdf
Harga Tiket : 
RM 55 per person ( book online) Pahlawan Thrill
RM 65 per person ( book online) Extreme Warrior

Waktu Operasi :
 9.00 pagi ( Setiap Hari)

Alamat : 
Taman Botanikal Ayer Keroh , 
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh , Melaka

Tel.No:  018-909 5679

Website /Facebook : 

15. Melaka Thousand Tales Of Adventures Melaka
" Now Anyone Can Be Hero " hah! Tagline Melaka Thousand Tales Of Adventure dimana ianya merupakan sebuah pengembaraan dalam bentuk 7D.  Korang hanya perlu memulakan pengembaraan bersama Sinbad iaitu merupakan pelayar 7 lautan yang gagah perkasa dan kapten terunggul didunia. Dimulakan dengan melalui  lembah kaktus dan haruslah melepasi cengkaman tengkorak didalam penjara  dan pelbagai halangan sehingga ke penghujungnya... 

Harga Tiket : 
Dewasa RM 25 , Kanak-kanak RM 20

Waktu Operasi :
 10.00 pagi - 7.00 petang ( Isnin-Khamis)
10.00 pagi- 9.30 malam ( Jumaat, Sabtu , Ahad / Cuti Umum)

Alamat : 
No. G-30, 1-30, 2-30, 3-30, Jalan PM 9, Plaza Mahkota
Melaka 75000

Tel.No:  010-9788805 / 06-2922070

Website /Facebook : 
https://melaka1001.com.my/en/home/


16. Muzium Penjara, Banda Hilir Melaka
Muzium Penjara Banda Hilir....Mesti rasa korang nak tanya seram tak masuk muzium penjara ni..? hhhehehehehe ada la sikit-sikit. Tapi kalau masuk beramai-ramai bole dikategorikan ala-ala suam-suam kuku la seram dia..hahahahhaa. 

Ianya merupakan penjara kedua yang tertua terdapat di Malaysia. Dibina di Zaman pemeritahan British yang menempatkan pesalah jenayah dan penentang kerajaan.Pada tahun 27 ogos 2010 , Jabatan Muzium Penjara Malaysia telah meluluskan sebanyak 1.5 million bagi kerja-kerja menaiktaraf penjara dan pada 25 Jun 2010 semua banduan/ pesalah jenayah  yang ditempatkan disitu  telah dipindahkan ke Penjara Baru Sungai Udang Melaka , Masjid Tanah untuk memberi laluan bagi kerja-kerja naik taraf sebagai Muzium Penjara yang pertama di Malaysia.

Harga Tiket : 
Dewasa : RM 3.00  , Kanak-Kanak : RM 1.00 

Waktu Operasi :
9.00 pagi - 5.00 petang

Alamat : 
Muzium Penjara Malaysia
Jalan Parameswara ,
75000 Melaka

Tel.No:  +606 2813548

Website /Facebook : 
https://www.facebook.com/pages/Muzium-Penjara-Bandar-Hilir/257642947615463

My Experience
https://notachentamummy.blogspot.my/2013/08/my-heritage-learning-curve-muzium.html

Apalagi jomlah ke Melaka . Terdapat pelbagai produk-produk pelancongan terbaru yang terdapat disini, malahan bukan itu aje... terdapat juga tempat-tempat yang bersejarah yang wajib di lawati seperti Kota A Famosa, Bukit St Paul, Muzium Istana, Masjid Tengkera (Masjid Tertua di Melaka ) , Masjid Kampung Hulu , Muzium Pulau Besar , Bangunan Stadhuys  dan lain-lain lagi. Zoo Melaka, Taming Sari , River Cruise , Taman Rama-Rama, Taman Burung , Wonderland Melaka , Taman Buaya , Taman Mini Malaysia dan lain-lain lagi tidak terlepas sebagai salah lokasi yang korang lawati...

Thanks For Reading! Wassallam

5 comments:

  1. wah ! semakin menarik lah Melaka cam ni.. ada yang oenah pegi, ada yang tak penah langsung.. uuuu

    ReplyDelete
  2. mummmy... kusangkakan sudah sering ku ke melaka.
    tapi rupa2nya...

    baru g senarai 1 dan 2 je...
    hahahaha

    ReplyDelete
  3. ada 14 lagi nak kena pergi ni.

    mummy sila lah teman jom

    ReplyDelete
  4. mummy - mee besen dah pindah lokasi ke?

    ReplyDelete
  5. mummy - pasir kat pantai klebang tu tak jumpa lah jalan masuk.

    jumpa sampai hat lalang tu je.

    ada lagi ke mummy lokasi pasir tu?

    ReplyDelete