Wednesday, 15 March 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Assallamualaikum...

Yeah! Contest dari Lazada kembali lagi.. wahh excited giteww..! Kali ni  " Lazada Birthday Blogger Contest diadakan sempena Birthday Lazada yang ke -5..  (http://www.lazada.com.my/birthday-sale/) . Sebenarnya Lazadalah yang membuka mata mummy untuk shopping secara online.. Kalau dulu takut-takut je.. manalah tau takut ditipu bagai.. yelahh sekarangkan jenayah cyberkan semakin berleluasa.. Tapi dengan Lazada, takdelah pulak rasa was was. Actually banyak dah yang mummy dah shopping kat Lazada. Lastest sekali Mummy beli Vacum.. Penghantaran cepat dan produk yang berkualiti . Tahniah Lazada .. Awak telah mendapat kepercayaan saya untuk shopping dengan lebih sakan untuk di masa akan datang. Hahhahahhaa.. #rabakpoket 😝😝😝


Ok berbalik kepada contest yang diadakan,  ianya bermula pada 1 Mac 2017 sehingga 23 Mac 2017 (11.59 malam) . So buat semua blogger , apalagi cepat- cepatlah menyertainya... Lagi ramai yang menyertainya akan lebih  meriah dan  Hadiah yang menanti pun akan lebih mengancam... hehehhee.. 

Setiap blogger yang menyertainya haruslah menjawab 4  soalan dan menulis didalam blog masing-masing..  Maklumat lanjut dan soalan akan ditanya bolehlah melawati link berikut http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Okay .. ni la jawapan mummy untuk soalan -soalan yang telah dinyatakan di laman web Lazada tersebut...

What do you love about Lazada?
Apa yang mummy suka pasal Lazada.. Adehhh banyak nau yang mummy suka ni. Mau tak cukup satu entry ni kang... hahaha 😂😂😂. Mostly mestilah mummy suka produk-produk yang dijual didalam laman web lazada. Murah yang amat-amat sampai dua tiga kali masuk wish list pastu bila nak proceed tuk payment tak cukup budgetlah pulak.. Adehhh! Tulah bila dengan Lazada je kelabu mata pulak mummy.. padahal bila buka website nak cari barang lain. Hahaaaha .. Lepas tu kalau dapat barang yang ditempah ianya diterima dalam keadaan yang baik dan berkualiti walaupun ianya dalam harga promosi. Especially barangan elektrik seperti Microwave Oven dan Vakum yang telah mummy beli di Lazada.  Gini ha 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 ( Thumps Up) Mummy kasi kat Lazada. 

Top Three Product picks from Lazada Malaysia?

1.Tefal Super Cook Wokpan 28cm With Lid 
 
Sebenarnya mummy tengah dok usha -usha  Periuk . Almaklum la hero-hero mummy telah menghangitkan periuk mummy sampai berlubang aritu .. Saboo je la..  Sampai la ni , pakai la periuk steal yang tidak beberapa memenuhi citarasa mummy. Anw tulah jadinya bila Mummy suka masak , anak ikut join.. hahahaha #urutdada




 2. 5-8 People Automatic Speed Tents Outdoor Beach Home Camping Tents 
 
Tent for 6 person- Kenapa mummy pilih ni.. Ni hah.. Kami anak beranak ni memang suka picnic . Almaklum la kat Melaka ni kan banyak pantai. Hujung-hujung minggu boleh angkut anak- anak dari menghadap gadjet dan tv sokmo kat umah tu..  Boleh mandi pantai , main masak-masak , ngantuk-ngantuk boleh tido dalam khemah.. hehhehe .. Syokkk tu.. Kena pulak angin tengah sepoi-sepoi bahasa. Nyaman seyhhh!  Hehhee

  

3.GoPro Hero 5 Edition 4K Ultra HD LCD 2" Waterproof Digital Video Action Camera
 
Go Pro 5.. Kenapa ? kenapa ? kenapa? Ha! Sebab mummy dan anak-anak suka posing la!  Especially aktiviti lasaklah. Tak kan nak masuk berendam dengan air sungai bawak DSLR kot.. Nangis tak berlagu nanti kang.. Malahan dengan Go Pro ni juga  dapatlah mummy merakam detik-detik dalam kehidupan  melalui kecangihan Video dalam Go Pro ni.

  

How do you thinks Lazada Malaysia can improve?

Bagi mummy Lazada adalah sebuah laman web yang bagus , murah dan mudah dalam membeli -belah secara online , tak kiralah menggunakan website mahupun  phone mobile. Pantas! Tetapi daripada segi penghantaran perlu ada baik pulih. Sebab sesetengah company courier yang  dipilih , tidak menjalankan amanah yang diberikan seperti penghantaran ke pintu rumah  secara jujur. Tetapi diminta customernya mengambil sendiri barang yang dibeli di kedai / pejabatnya tanpa datang ke rumah customer dulu. So what for we pay for delivery tapi barang yang diorder tak sampai ke pintu rumah..kannnn.. so diharapkan pihak Lazada dapat meperbaikinya dimasa hadapan. 

What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

Happy Birthday To You! Happy Birthday To You! 
Happy Birthday To Lazada... Happy Birthday To You..! 

Semoga Lazada terus menjadi yang The Best dalam menjual barang-barang keperluan dan kehendak pengguna masa kini  secara online dengan lebih effisen dan sentiasa menjadi yang teratas dimasa hadapan. Malahan juga akan menawarkan lebih banyak barangan dengan harga promosi yang akan buat mummy dan pengguna diluar sana panas punggung untuk shopping sakan di Laman Web Lazada.. God Luck Lazada! Chaiyok chaiyokk!! 

Thanks for Reading! Wassallam

9 comments: