Wednesday, 22 March 2017

Molten Chocholate Cafe Melaka

Assallamualaikum..

Hari jalan -jalan kat Dataran Pahlawan ternampaklah satu kedai ni.. Rasa-rasanya macam baru bukak kot.. Atau mummy yang tak pasan.. Almaklum la mummy kan jalan tunduk je.. pemalu katanya.. Hahahhaa Puiiiiih 😝😂

Kena pulak ada yang nak belanja hari tu, adoii langkah kanan sungguh . Terima kasih buat Tukang belanja , Pn Rohimin Omar.. Moga murah rezeki hendaknya Amin. 

Mummy ni 1st time masuk kedai yang dihidangkan dengan semua benda berasaskan coklat. So agak peghaq kat situ ( dalam istilah lain " jakun" ) hahahha Cian mummy kan... 😂😂

Molten Chocolate Cafe

Sebenarnya terdapat pelbagai menu kat dalam ni , dari waffle , dip dip , lava cup cake dan pelbagai lagi menu yang boleh membuatkan korang rasa macam nak order semua la..hahhahaa  Tapi jangan la order semua sebab harga menu ya ampun.. #kelip kelip mata.. 

Lokasi 
Dataran Pahlawan Melaka 
(Bersebelahan dengan MarryBrown dan 
berhadapan dengan Watson)


Mummy memang suka coffe Hazelnut so order tu je la... tapi terlupa pulak nak makan coklat , jawabnya lepas makan muak...hheehehe


"All We Need is Happiness " adalah tagline kat Molten ni.. so sesuai sangatlah dengan sifat coklat yang bila dimakan boleh menenangkan dan menghilangkan stress...  Tapi janganlah makan lebih-lebih..mau kembang dibuatnya..hehehe




Fettucini Crepe.. Harga lupa.. hhhhehehe biasalah dah kenyang semua lupa.

 

Rasa dia..? hah macam lempeng korang potong halus-halus pastu taburkan coklat atas dia, pastu makan dengan ice cream dan strawberry. Satu plate ni pun tak larat nak habis sebab muak.. banyak nau coklatnya..hhehehe

Sebenarnya banyak menu lain yang korang boleh pilih seperti Sushi Banan Crepe,  Flakes Fruits Crepe, Cinnamon Roll,  Molten Nuts Crepe , Strawberry Crepe dan pelbagai menu yang membuatkan korang rasa macam nak test semua menu...hhehehhe. Okay buat peminat coklat di Melaka bolehlah ke kedai ni dan mencuba segala menu yang ada .. So buat korang Selamat Mencuba ye..!

Thanks For Reading! Wassallam
 

4 comments:

  1. Kat melaka mmg byk tempat mkn best even kat seremban pun..i ni nama je org seremban..tp x explore pun tempat mkn kat sana...tunggu kurus dulu la baru start semula

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa! Nampak sedap! Boleh terjah kalau ke Dataran Pahlawan. Dah lama tak ke Melaka. Sesak, malas nak pergi. Hii

    ReplyDelete
  3. melting sungguh lah ... lapo jadinya :)~

    ReplyDelete
  4. lama dah tak singgah sini ... assalamualaikum mummy :)

    ReplyDelete