Saturday, 18 March 2017

Roti Canai Kayu Arang Melaka, Sedap tak??

Assallamualaikum...

Happy Saturday Uols...! Hari ni bermula la cuti sekolah yang pertama bagi tahun 2017. So mummy ngan hero kecik , apalagi cari port makan yang best la. Kali ni mummy akan bawak korang ke tempat makan yang viral di Melaka iaitu Roti Canai Arang.. Review ramai kata sedap .. tapi betul ker sedap???!

Mummy pernah jugak makan sekali aritu ngan kawan mummy, tapi bawak hero kecik tak pernah pulak... Aritu bawak kawan , dia kata biasa-biasa aja. Kali ni meh mummy bawak hero kecik kat situ.. Hero kecik ni bab -bab review makan bagus sikit..Hehhehe


Keunikkannya terletak pada cara memasaknya menggunakan arang .. 

Roti Canai Arang ni terletak betul-betul tepai jalan Malim sebelah kiri sebelah BHP Petrol dan nursery. Kalau korang nampak  kete banyak tu, kat situ la... Parking je tepi jalan , takpun ada satu simpang masuk je parking sebelah dalam..

Apa yang specialnya kat sini???

Sebenarnya kat sini bukan sekadar roti canai je.. macam-macam ada. Ada kuih-muih yang pelbagai rupa dan rasa, Ada Soto Nasi dan geng-gengnya seperti mee rebus , behoon soto , mee soto. Sate pun ada kat sini tau... Order je.. tapi jalan lupa pulak korang bayar.. hahhaa Oh! Lupa lak... Ayam Crispy , Sotong Crispy jugak ada dihidangkan disini. Bolehlah korang makan bersama nasi lemak.

 
Eh! eh! Sedap ker makan kat sini??

Hah! Kali ni mummy order  Roti Canai satu ( RM 0.80) , Roti Telur ( RM 2.00) , Otak-otak , Milo O' dan Milo Ais.. Total kenyang RM 12.70 . 

Sebelum tu , mummy nak pesan kat korang , bila cuti sekolah ni pengunjung yang ingin menjamu selera kat sini memang ramai. Ramai macam semut . Hahhaha Semut Api ada, Semut hitam ada , semut kecik-kecik pun ada.. hahhaha 😝😝😝. Dan disebabkan oleh betapa ramainya orang kat sini, Roti Canai yang mummy order telah sampai hampir setelah 40 minit kemudian.... Huaaa nyaris-nyaris mati kebulur.. Nyaris je tapi belum lagi la... 


Macam semut.. Ramai sangat..! 

So kalau korang bukan jenis penyabar macam mummy , better korang order la dulu nasi lemak ker, kuih muih ker.... bagi sejuk sikit hati korang tu..  Tadi pun nyaris-nyaris nak balik sebab ..

" Mummy , kita dah kenyang la jom balik"  Hero kecik luahkan perasaan.. 

Tu tanda nya dia dah fed up..  Sebab kitaorang ni bukan jenis nak order banyak-banyak.. Kalo teringin nak makan tu.. makan tu je... 

Sedap tak??


Roti Telur

Setelah hampir 45 min menunggu , roti canai yang diorder pun tiba. Yum yum yum.. Ermm tak sedap mana pun.. Roti canai tu keras dan liat. 44 kali jugaklah mummy kunyah.. hahahha 😝😝 Same taste jugak kat Roti Telur tu... Biasa-biasa aje... Nothing special tuk mummy.. Macam tu jugak lah yang hero kecik rasa.. 


Roti Kosong 

So kalau korang nak rasa boleh je.. Pi la.. Cuma seperti biasa mummy nak pesan , mulut dan tekak manusia ni lain-lain. If rasa teringin sangat nak rasa pi la... dan buatlah kesimpulan sendiri.. Hokay..

Happy School Holiday Uols ! Thanks for reading! Wassallam.. 

3 comments:

  1. Huwaaaaa...nyesalnya masuk sini..terus terbayang..cane nak diet ni..

    ReplyDelete
  2. mesti rasa dia lain dan sedap lagi kan.. alaaa bila mummy nak bawak ?

    ReplyDelete
  3. ok sebab 45 minit... kita lupa kan sahaja.

    roti canai je kot...

    adeiii

    ReplyDelete