Monday, 3 April 2017

Restoran LeQue Melaka Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Assallamualaikum...

Heyy dah lama betul la mummy teringin nak makan kat LeQUE ni,  katanya sedap! Especially waktu Restoran ni  dibuka kat Jonker Street , Melaka.. Tapi apakan daya waktu tu memang keadaan tak berapa nak mengizinkan sebab paham-paham je lah  kat Jonker tu, tapi kat situ masalah besarnya ... memang amatlah susah sangat nak dapat parking.. Nak nak hari Jumaat, Sabtu , Ahad... Tu je masa yang boleh keluar malam..hari lain, nak tarik nafas pun kadang-kadang tersekat-sekat..hahaha  :P

 
Di LeQUE ni memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan tak kira fusion mahupun Western.. Bukan  itu aje... LeQUE juga salah satu Restoran yang telah terpilih oleh TripAdvisor dan berjaya tersenarai dalam top 10 Restoran yang sedap di Melaka .. 

Hadapan Restoran LeQUE  di Kawasan Aeon Bandaraya Melaka. Restoran ni sebaris dengan Sen Heng, Satay Celup , Restoran Chinese Muslim, Traders dan lain-lain lagi.. So memang sangatlah nak cari. Parking pun banyak..

Deko dalaman restoran ini. Sempoi je...
Lokasi Baru Restoran LeQUE

LeQue Melaka 
( Sebaris dengan Satay Celup , Sen Heng - Aeon Melaka)
No.14 , Jalan Lagenda 3,
Taman Lagenda 1, Melaka 

Waktu Operasi : 5 ptg-11 mlm ( Selasa Tutup)

Apa yang menariknya disini.. ?

Meh meh sini mummy nak habaq .. Favourite mummy.. ni hah! Ni Chicken Teriyaki with pasta, Chicken Garlic Cream , Prawn Curry Laksa dan dessert istimewanya Waffle Pisang Bakar dengan Gula Melaka. Sedap bakqhang!  Apa-apa pun meh sini mummy nak tunjukkan kawan-kawan yang turut serta dalam ageda makan-makan malam tu..

Yang tengah tu Amy.. Wartawan Sinar Harian.. dan Kak Zura Penulis Bebas dan juga Food Blogger

 
 Ada Fizi, Cik Diva, Aeril dan juga Cik Farah kita.. Sekali sekala jumpa memang gamat.. Nasib baik tak retak dinding-dinding kat tepi tu..hehhee
Ok..meh meh sini mummy memperkenalkan menu-menu yang best yang terdapat kat sini.. Firstly mestilah dessert kann.. Mummy kan suka makanan manis-manis supaya mummykana manis sentiasa..hahahhaa #matiklahmakkmasukbakulangkatsendiri  Ni ha...  Waffle Pisang Bakar dan Gula Melaka. Sedap! Gula Melaka tu manis sesedap rasa.. ngam ngam orang kata

Chicken Teriyaki with pasta
Chicken Garlic Cream
Burger.. Sedap semuanya dibuat sendiri termasuk roti dan juga dagingnya..yumssss!

 Lamb Chop.. Dap! Cuma dagingnya agak liat sedikit.. so kunyahlah 44 kali..ahahha
 
Prawn Laksa.. Tapi specialnya ianya menggunakan Spagethi dan menggunakan perencah seperti membuat Laksa Sarawak  . Tak guna behoon seperti biasa  dan ditambah sos creame yang membuatkan ianya berasa lemak-lemak manis..Sedap! Udang pun banyak.. Manis-manis semuanya! Yumsss
 Melaka tanpa Asam Pedas memang ngam..Umpama Lagu dan Iramalah kan.. Hamboii bermadah pujangga mummy ni tau.. Perut kenyang katakan..hahhaa :P

 Ok! Asam Pedas daging ni tak pedas sebenarnya.. Minyak pun tak banyak dan masam pun tak berapa nak masam.. So sesuai sangat yang sibuk nak jaga badan tapi tak nak banyak minyak dan pedas-pedas.. Budak-budak pun boleh makan jugak tau...
 
So buat sesiapa yang belum pernah datang dan masih tertanya-tanya dimana lokasi makanan sedap di Melaka bolehlah datang mencuba menu-menu istimewa yang terdapat di LeQUE ini... Insya Allah pasti tak mengecewakan sebab semua menu-menu yang digunakan adalah menggunakan bahan-bahan yang segar . Opss lupa pulakk jangan lupa order Air Serai dia tau... hehhehe. Akhir kata meh la kita posing dengan owner restoran ni iaitu Chef Ibrahim.. Untung pengetahuan korang , Chef Ibrahim ini jugalah yang memasak sendiri untuk semua pengunjung yang datang ke sini... Bestkann..!
 
   
 
Thanks For Reading! Wassallam.. 

18 comments:

  1. Assalam , mummy lamaya tak singgah blog mummy , maaf tau ! jumpa kat ig je ... :) btw sedap nampak makanan tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Yana.. Samalahh soriii.. Mummy busy nau, dah lama tak blogwalking... huaaa

      Delete
    2. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
      Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
      Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 97 juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
      Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
      Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
      Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.
      ATAU KLIK DISINI

      Delete
  2. semuanyaaaa nampak sedap mummy!! alahai tak dinner lg. dap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Nina.. YUmmy!Nanti mai Melaka try la na..hehhe

      Delete
  3. Alaa..terus terasa nak makan sedap2

    ReplyDelete
  4. dah tergoda dengan menu di le que ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.. Mummy pun tergoda jugak..hhhaha

      Delete
  5. boleh singgah nti kalau pergi melaka

    ReplyDelete
  6. amboi mummy, nmpk udang tu lg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Zie.. mai la sini kita udang tu..hehehe

      Delete
  7. yummy ... nampak sedap semua menu tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa menu menu kat sini memang sedap.. sebab tu pemes..hehe

      Delete
  8. luas dan simple deco ... memang sesuai untuk family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa.. sempoi kata org utara... aaa bawak anak-anak pun mudah nak control.. takde pun deco yang sarat barat

      Delete
    2. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
      Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
      Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 97 juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
      Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
      Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
      Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.
      ATAU KLIK DISINI

      Delete