Sunday, 2 April 2017

Restoran Nasi Kukus Ayam Berempah Chef Mozart Ala Fastfood kini dibuka di Melaka

Assallamualaikum...

Baru-baru ni mummy telah berkunjung ke sebuah Restoran Nasi Kukus Berempah ala-ala fastfood ni Taman Kota Syahbandar , Melaka yang baru dibuka tak sampai pun sebulan. Mula -mula masuk je dah teruja sungguh tengok ayam-ayam didalam bekas ayam goreng berempah tu lahh.. Besorr-besorrr!! Menggoda sungguh..! Hahhahaha 😂😂😂


Terliur tak? Terliur tak... Ha amik hang...

Lokasi Nasi Kukus Ayam Berempah Chef Mozart
Nasi Ayam Kukus Chef Mozart
No 22 , Jalan KPKS 1,
Kompleks Perniagaan Syahbandar ,
75250 Melaka

Delivery service juga disediakan..
Waktu Operasi : 11 Pg -10 Malam



Hadapan Kedai Restoran Chef Mozart

Nasi Kukus Ayam Berempah dari Chef Mozart  ini  menyediakan 5 jenis Nasi Ayam Kukus Berempah ala-ala fastfood beserta dengan air dengan harga   RM 9.90 ( Air boleh pilih tau!) Ayam bersaiz  besar boleh makan sampai pitam hokay. (JUMBO cut portion) hehehehhee

 
Set Menu yang disediakan RM 9.90


1. Nasi Kukus + Ayam Serai Berempah + Air



2. Nasi Kukus + Ayam Kicap Berlada +Air


3. Nasi Kukus + Ayam Madu Berempah+Air

4. Nasi Kukus + Ayam Ros + Air

5. Nasi Kukus +Ayam Goreng Sambal +Air

Mummy makan dulu ye... yum yum..

 

Nasi Kukus Ayam Berempah...Sebab sedap , banyak macam ni pun boleh habis tau.. Siap tapau untuk hero kecik lagi.. Jangan main-main...

Memang pelbagai jenis Ayam la ada.. Pilih je mana yang berkenan kat tekak dan citarasa masing-masing. Air pulak terdapat dalam beberapa pilihan macam fastfood lain jugaklah seperti Coke , Sarsi , A&W , Sprite dan lain-lain lagi.. Semuanya dengan harga RM 9.90 .. Berbaloi-baloiii...  Kalau korang jenis yang tak minum air bergas ni boleh la add on dengan penambahan sedikit untuk air panas mahupun air yang lain... Oh! Lupa pulak nak cakap.. Set -set itu juga disediakan bersama telur masin , kuah kari , Ayaq Asam dan juga nenas timun tu.. ala lupa pulak nama dia aihh!! Tapi bab makan tak lupa pulak.. hahhaha 😝

 
Posing sebentar dengan Owner Chef Mozart, Owner Restoran ni... Seorang Chef berpengalaman ..so no wonderlah Nasi Kukus Ayam Berempah tu marvellous..Ikut tekak mummy ni la, almaklum rasa  tu kan subjektif...

So sekiranya korang dah jemu nak makan fastfood lain tu bolehlah mencuba fastfood Nasi Kukus Ayam Berempah oleh Chef Mozart ni.. Sekali rasa pasti nak lagi.. hehhehe

Thanks for Reading! Wassallam

5 comments:

  1. Fuhhhh! Tergoda tengok 'keseksian' ayam rempah tu! 😊

    ReplyDelete
  2. sesampainya saya ke melaka kelak - haruslah mummy membelanja saya ke sini .

    okay.

    hihihi

    ReplyDelete
  3. aduyai....sila waktu ber blogwalking....kena waktu entri makan...memang boleh terpengaruh....

    menarik...sampai melaka mesti nak kena terjah

    ReplyDelete
  4. wowww nampak crunchy sungguh lah

    ReplyDelete