Wednesday, 31 May 2017

Buffet Ramadan "The Heritage Flavours" Di Philea Resort and Spa

Assallamualaikum...

Sempena Ramadhan 1438 yang telah tiba ni, pelbagai cafe, restoran dan juga hotel-hotel mengambil peluang untuk mengadakan pakej berbuka puasa  bagi memudahkan mereka-mereka yang diluar sana , yang sibuk berkerja dan  tiada masa untuk memasak dirumah. Malahan peluang ni juga dapat diambil bagi meluangkan masa bersama keluarga mahupun mencipta kelainan.

Philea Resort dan Spa juga tidak terlepas dalam menyediakan menu-menu yang menarik bagi kepuasan pengunjung yang ingin berbuka puasa disitu. Malahan Philea juga ada mengedarkan 7000 pek bubur lambuk sejak 8 tahun yang lalu bagi diedarkan pada penduduk setempat seminggu sebelum menjelang ramadhan.

"Ramadhan Heritage Flavour" merupakan tema bagi pakej berbuka di Philea bagi tahun ini. Apa yang lebih menariknya berbuka puasa disini adalah , suasana Philea itu sendiri yang berkonsepkan "Nature and Green". Sambil menikmati hidangan , pengunjung juga boleh menghirup udara yang segar memandangkan terdapat lebih 3000 batang pokok yang telah ditanam bagi mendapatkan suasana semulajadi yang menyamankan.

Apa yang menariknya disini? 

Sebenarnya banyak menu menarik yang dihidangkan di Philea ini , antaranya menu bercitarasakan Asia. Ada Redang Tok, Pajeri Nenas Johor, Gulai Kepala Ikan Utara, Kambing Masala, Bubur Lambuk, Kupang Masak Lada, Nasi Beriyani dan pelbagai lagi.


Masing-masing sedang menunggu masa untuk makan.

Hah! Tu baru citarasa Asia belum lagi citarasa tempatan. Antara citarasa tempatan yang dihidangkan adalah  Sup Kambing Mamak , Asam Pedas Ikan , Daging Gulai Kawah , Daging Panggang bersama Sarawak Black Pepper Sos,  Braised Lamb with Chinese Herbs dan dan lain-lain lagi.

Gerai-gerai bersaiz kecil juga  turut disediakan bagi memberi lebih banyak pilihan  selain daripada menu-menu utama yang mummy sebut tadi.  Antaranya Bukhara Lamb Carcass, Seafood Tempayaki, Pasta, Dim Sum , Tandoori Chicken dan juga makanan tempatan yang lain seperti Kajang Satay, Nasi Ayam dan Itik, Penang Asam Laksa dan lain-lain lagi.



Bukan itu sahaja Phile Resort dan Spa juga ada menyediakan pelbagai dessert-dessert yang sedap-sedap belaka. Sesungguhnya ini adalah favourite mummy paling heaven giteww.... Aritu mummy sempat rasa Tiramisu Cake... dahhh ummpppphhh sedapnya. Apatah lagi dessert yang lain kan. Tapai Pulut , Tapai Ubi , Dodol, Kurma , Kuih Lapis, Puding , mousse , kek , ice cream dan buah-buahan. Huaaa jenuh nak makan...

Malaysian Top Favourite Dessert pun ada jugak tau, ha! Ais Kacang , Ais Krim Goyang , minuman panas dan juga minuman sejuk dalam pelbagai pilihan.

Kari Ayam

Sup Kambing Mamak

Nasi Beriyani

Bubur Lambuk

Ada satay Ayam dan Satay Daging

Lemang dan Serunding


Rendang Tok

Kari Kepala Ikan

Nilah  chef-chef yang telah memasak menu-menu yang sedap tu

Ok. Apa yang menariknya lagi di Buffet Ramadhan di Philea Resort dan Spa ni adalah Sup Gear Boxnyalah. Hadoii tak payah-payah nak pi Batu Pahat.. kat sini pun ada. Sup Gear Box tak perlu kita cedok sendiri dalam mangkuk, tetapi bila rasa nak makan, pergi je order kat Gerai Sup.. Nanti dorang hantar ke meja korang. Panas-panas weiii , dia kasi siap sekali dengan Cili Kicap tu.. pergh Marvellous.. Isi pun lembut so nak suap kat anak-anak korang pun takde masalah.

Buah-buahan
Cake Tiramitsu yang telah menggoda hati mummy makan sampai licin..hahhaha Habis diet tau!

Buffet Ramadhan "The Heritage Flavours" ni dibuka setiap hari  bermula dari 27 May sehingga 23 Jun 2017 dan bertempat di Oasis Square.

Harga Buffet
RM 98 nett per person -Dewasa
RM 58 nett per person-Kanak-kanak/ Warga Emas
(4-11 Tahun / Warga Emas 60 tahun keatas )

Surau ada disediakan

Untuk Tempahan Buffet Ramdahan
Ramadhan Buffet Online Hotline :
06-232 8336 
atau email : fb@phileahotel.com

Malahan bukan itu sahaja yang ditawarkan, The Resort juga mengadakan Exclusive Ramadhan Pakej  bermula dari 27 Mei- 23 June 2017. Dengan harga RM 380 nett korang akan dapat satu penginapan jenis Pavillion Room dan juga breakfast / sahur untuk 2 orang. Sekiranya korang berminat, dengan penambahan Harga RM 140 nett , korang boleh menikmati Ramadhan Buffet di Oasis Square The Philea Resort and Spa.


Untuk Tempahan Ramadhan Pakej  ( Penginapan)
Ramadhan Pakej : 06-289 3399
atau email :
resv@phileahotel.com

Pavillion Room, besar kan.. Tapi kalau nak upgrade ke bilik jenis lain pun boleh. Special Price akan diberikan..

Apalagi cepat-cepatlah  buat tempahan, ala bukan selalu pun kan.. Harga pakej tu paling meletops mummy rasa. Sebab harga asal bilik tu RM1000++, hah! Waktu ni la masa yang sesuai untuk membuat tempahan, habiskan lah bersama kawan-kawan, keluarga dan anak-anak tersayang. Sambil menikmati pemandangan yang indah di Philea Resort and Spa ni. Mengenai bilik , nanti mummy cerita kat next entry ok...

Thanks for Reading! Wassallam..
Love, Mummy JA

6 comments:

  1. Alahai Juliaaaaa....bestnyaaaa....

    ReplyDelete
  2. Wow ni philea yg dekat taman rama2 Tu Kan. Sedapnya pilihan makanan dia

    ReplyDelete
  3. memnag best kalau makan dekat luar..haaha..lagi macam2 buffet ada

    ReplyDelete
  4. New Diet Taps into Pioneering Plan to Help Dieters Get Rid Of 20 Pounds in Just 21 Days!

    ReplyDelete