Thursday, 4 May 2017

DIY Cara Membuat Kasut Lama lebih Menarik Dengan Doodles

Assallamualaikum....

Setiap orang mempunyai minat/hobi... tak telepas jugak dengan mummy. Seharian menghadap komputer adakalanya membuatkan mummy cepat bosan dengan segala gadget teknologi zaman kini. Adakalanya boleh rasa mual hadap lappy mahupun phone.. Sebab tu kalau kawan-kawan message  mahupun whatsApp , mummy mengambil masa yang agak lama nak reply....Kalo reply awal tu ada la benda nak buat,  dan sama sekali tak boleh nak elak..hahhaha 

So antara salah satu hobi mummy adalah melukis.. Walaupun mummy bukan seorang yang pakar dalam melukis figure seseorang manusia , alam semulajadi dan lain-lain lagi... Conteng adalah pilihan yang paling mudah untuk melukis ataupun dalam istilah lain berkarya.. Tapi nama yang lebih sedap didengar pada zaman kini bagi menggantikan conteng adalah doodle.. Ala macam nama glomour giteww..hah! ingat korang je ada nama glamour.. hahaha :P

Kali ini projek menconteng/ doodle  mummy adalah diatas kasut hero kecik yang dah lama tak boleh pakai.. Memandangkan tumbesaran saiz kaki dorang yang tak dapat dijangka akan tumbesaranya..Pantas sekali dalam setahun..  Dari saiz 37 telah merebak ke saiz 42 kini dalam tempoh beberapa bulan sahaja.. Serius mummy memang tak paham macamana kaki dorang boleh membesar dengan pantasnya.. Tapi yang untungnya opcoz la mummy.. dapat songlap kasut dorang dan melukis.




Projek DIY kasut lama ke Kasut Doodles

Bahan-bahan yang diperlukan

1.Kasut lama / kasut baru
Yang ni mummy amik kasut hero kecik brand Angry Bird saiz 37 ( 5)... hahahaa ( Ala pakai kat kaki bukan orang baca pun brand apa) #adaakukisah



2. Color Acrylic ( Pelbagai Warna)
Mummy suka pakai color acrylic sebab ianya cepat kering , mudah meresap, warna menarik. Tapi kalo nak pakai Dye Fabric pun boleh jugak.. Sebab ianya pun mempunyai fungsi yang sama. Ianya juga boleh dibeli /didapati di kedai-kedai buku yang berhampiran korang.



3.Pen Artline.( 0.2, 0.4, 0.5, 0.6,0.8)
Pen ni mempunyai mata yang pelbagai saiz.. ada besar dan juga kecik. Semuanya terpulang kepada jenis kanvas dan texture kasut korang tu sendiri.. Ada kasut canvasnya jenis kasar..so boleh pakai mata pen yang kecil.. kalo tak jenuh jugak nak serap dakwatnya nanti. Tapi kalau brand lain pun boleh jugak yang penting ianya waterproof dan juga pigment  ink.


Ni mummy skecth dulu pakai pencil sebab mula-mula tu takde idea nak lukis apa.Dah masuk kasut kedua , ketiga mummy terus pakai pen je..



4.Pencil
Bagi yang dah biasa melukis boleh je terus lukis pakai pen artline ,tapi kalau yang tak biasa tu lukislah pakai pencil light light.. tak perlu detail..comot kang... 

5. Giltter
Ok hat ni option ye.. nak guna boleh, tak nak guna pun boleh..terpulang. Mummy guna sebab mahukan kelainan.. Dan biasalah jiwa perempuan  yang suka sangat bling bling dan glomourous gitewww.. hahahah

  
Taraaa.. siap! Doodle monster jadi pilihan tuk mummy kali ni.. Dicolorkan dengan warna merah bagi dari jauh nampak kaki mummy je ha...Boleh je pakai dengan baju kurung mahupun jeans dan t-shirt. Tapi jangan  korang pakai dengan baju kerja ..Tak sesuai.. tak sesuai...! Kalo nak pakai jugak pakai lah color yang cool sikit.. macam hitam, biru mahupun hijau.. Mungkin boleh dipertimbangkan..  Apalagi selamat mencuba na..!

Thanks for Reading! Wassallam..
Love , Mummy JA

18 comments:

  1. kreatif nya mummy buat doodles ni, kasut buruk trus jadi bawuuuu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe..Macehh Zie.. Ala mummy conteng je..

      Delete
  2. Wahhhh cantiknya, kreatif sangat!

    ReplyDelete
  3. ehh series lawa !!! terus nmpk baru tauu

    ReplyDelete
  4. ai suka warna merah..org seni mmg boleh buat bagi lawo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti leh tempah ngan mummy.. hahha..Merah itu mengancam! Kikiki

      Delete
  5. When creative people have the time to go artsy-artsy... jealous! Used to love doodle, but since dah bekerja ni, nak mencari free time sangatlah susah. Especially bila kerja kita berkait dengan Healthcare and Medicine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala conteng2 ja Nisa.. Nisa lukis la muka pasion.. heheh

      Delete
  6. dh boleh bt bisnes mummy.. all the best dlm doodle lawaaa 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nina.. Lukis biasa2 aja.. Tapi memang mummy ada amik order. Hehehe

      Delete
  7. mummy ni memang kreatif la kagummmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala biasa2 aja Sue.. Mummy conteng je.. hehee

      Delete