Thursday, 8 June 2017

Kisah Seni Mummy

Assallamualaikum....

Adoii nak cerita pun malu, tapi kena tulis jugak sebab ni kan "Nota Chenta Mummy" .. hahha :P Ngada sangat kann... Kang tak tulis kisah-kisah cinta mummy dalam blog takde memori lah pulak..Okaylah mummy decide tuk menulis mengenai ni. Korang jangan gelak tau.. Bab kang.. haha :p

Mummy ni hobinya adakalanya suka melukis , membaca , membebel dan macam -macam lagi lah.. So salah satu hobinya melukis.  Hobi lain , lain entry ok. hahaha :P Mummy ni suka melukis dari sekolah rendah lagi.. Tapi waktu tu rasa rendah diri sangat sebab bila masuk pertandingan melukis tak pernahnya menang. Habis kuat pun lukisan-lukisan mummy penuh gantung kat sudut lukisan kelas. Tapi bila masuk pertandingan.. asyik saguhati je.Oh! Keciwanya disitu.

Tetapi...


Tapi kat rumah mummy selalu je hantaq lukisan kat contest-contest dalam paper mahupun dalam kaca televisyen. Paling banyak hantar kat KFC. Ala korang ingat lagi tak? Dulu ada rancangan kanak-kanak tajaan KFC( Kentucky Fried Chicken) Almost every week memang lukisan mummy je terpampang kat kaca tv. Tapi mummy pakai nama adik mummy. So nama dia kat sekolah memang pemeslah. So sebab mummy guna nama dia.. memang asyik kena pau pengeras je..hahaha  KEJAM pinjam nama pun kena bayar pengeras. Normally mummy share dua la hamper tu. hehhe Syok weiii dapat makan KFC satu family, dapat customade mug Tazmania, Tweety, Slyzerstone dan lain-lain lagi


Masuk sekolah menengah.. Waktu ni kat Penang la, ada subjek Lukisan. Waktu ni option sapa nak amik seni atau geografi..so opcoz la mummy pilih seni.Waktu ni boleh kira beberapa orang je amik seni, ada kot 2,3 orang..majoriti amik geografi. Ada mummy kisah? Mummy ni kalau dah suka.." Biar seluruh dunia menghentam mummy , mummy still dengan pendirian mummy.." Gitewww! ko hader..:P Degil sebenarnya..haha :P

So kat situ.. bakat seni mummy mula menyerlah. Nama Cikgu tu.." CIKGU JURIAH MD ALI" . Dialah yang selalu memberi semangat. Masukkan mummy  contest tu, contest ni...memang pulon sokmo. So paling tinggi mummy dapat tempat ketiga Peringkat Negeri Pulau Pinang. Contest apa lupa dah.. hehehe.. SPM pun dapat A1 walaupun subjek seni, subjek lain semua hancur! hahahaa :P Pastu mummy sambung belajar kat sebuah kolej di Sg Petani.. Bidang Graphic & Design.. Walaupun sebenarnya mummy dapat offer sambung belajar kat UTM Skudai dalam Rekabentuk Industri. Tapi tak pi sebab mummy tak minat. Bagi mummy , mummy nak belajar benda yang mummy suka. Bukan belajar sebab dipaksa ataupun untuk mendapat nama.

Bila grade.. Mummy susah sangat nak dapat kerja ... So mummy kejelah macam-macam Kerani, Secetary, Admin Assistant malahan ada juga mummy buat kerja -kerja part time seperti  Melukis Banner . Melukis hokay, bukan print macam zaman sekarang.. So kalau dapat tempahan kena melukis banner size 4 x20 kaki..so lukislah mummy. Terkedek-kedek selepas waktu kerja. Tapi lumayanlah satu banner size ni boleh dapat RM 350 sekeping..huaaa KAYO mummy! ahaha


Dulu teringin jugak nak jadi Fesyen Designer.. Tapi tu lah ustazah sekolah mummy dah warning " Julia ..awak kalau jadi Fesyen Designer buat design seksi-seksi awak pun dapat share sekali tau... hahhaa terus padam impian jadi Fesyen Designer. Padahal berlambak-lambak Buku Scrap mummy dah buat. 

Sekarang..??  Cari punya cari punya cari akhirnya dapatlah keje dalam bidang mummy ni.. tu pun lepas dah kawin.  Rezeki anak kot.. Akhirnya dapatlah title " Designer " yang dah lama mummy idam dan cita-citakan. Tapi tulah belajaq tinggi-tinggi, imbuhan yang diberi tak setimpal. Imbuhan dibayar dengan gaji seorang kerani. Ko rasa?? So mummy keje atas arahan keje je.. Nak over -over berkarya takdelah sangat. Kerja semata kerana amanah. Sebab mummy pernah dikata " Ala keje ko, designer bukan susah mana pun.. klik klik pastu  siap" Sejak tu.. hati ni mulai tawar , kelat dan lain-lain rasa yang tidak enak.. Tapi lama-lama mummy hadam.. Takpelah bukan rezeki bahagia mummy disitu. Rezeki amanah dan gaji sahaja yang Allah beri. 

Sejak dari tu mula lah satu fasa lain dalam hidup mummy.. Semua keje-keje seni lain mummy mula buat.. Job Wedding Photo, Product Photo, Freelance Designer, Souveniar Shop last sekali mummy lukis kasut doodle. Kasut doodle ni tercetus pun sebab ada kasut terpakai yang masih elok dan usaha mummy nak buat kasut tuk hero kecik yang cerewet tu. hehhe Apa-apapun, walaupun penat.. masuk keluar hospital. Mummy puas. Puas untuk berkarya... bukan kerana nama dan juga wang ringgit. Tapi kerana minat. Syukur Alhamdullilah

Keratan Akhbar Doodle Shoes By JA  di Dada Ahbar

Keratan Ahbar      I 5 Jun 2017 I    Page 4  (Full Page)  I Harian Metro 


Keratan Ahbar      I 7 Jun 2017 I  Page 35 (Full Page) I   Ruangan Wanita I Berita Harian


Sebab tu kalau korang ada minat usahakanlah. Biar kita dihenyak! Dihempap! Dipukul! Disepak! Diterajang ! Di hina! Jangan mudah gentar...  Kita wat lex wat peace je.. hahahha..  Insya Allah ada sinar dihujung sana.. Tapi tulah bila dah ada sinar.. bukan kaya raya lagi ye.. Dah bos suruh declare keje part time pulak, kalau tak kena tindakan tatatertib!.. Dulu waktu wat part time tak pemes tak pulak suh declare.. La ni kena declare siap kena tulis average income lagi. huaaa setahu mummy la.. Yang kena declare ni macam keje  Part Time Keje KFC , McD ka, ada kedai makan, ada syarikat sendiri.. ni page Doodle Shoes tu pun takde , jual atas nama "hobi" dan promosi dari mulut ke mulut je.. Sabooo je la.. Dulu tak pemes kau herdik, kau hina.. Dah pemes lain pulak jadinya...  Ops pemes ker??! huhuhu . Apa-apapun " Life Must Go On" Petikan kata dari Marka lama..hahah :P

Thanks for Reading! Wassallam..

19 comments:

  1. wow...hebat menulis..

    bakat yang boleh diketangahkan untuk menghasilan duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe.. Bukan Menulis kot, melukis..:D

      Tak hebat pun biasa2 aja.. :D

      Delete
  2. waa.. serius ?? dulu masa saya kat kolej, kasut conteng nih trend kot.. hee~ selalu nampak budak animasi pakai.. dorang buat sendiri.. beli kasut murah2 jek lepas tu conteng.. hee~

    salute !!! sekarang ni buat lagi tak conteng2 ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ker..? Dulu pernah trend awat mummy tak tau ni..

      Buat lagi Atie.. Nanti mummy upload entry Doodle Shoes ea.. :D

      Delete
  3. yup kaka, kalau dah minat, pedulikan apa orang nak cakap. Yang penting kita suka dan tak nyusahkan orang. Tahniah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah memang jarang peduli kata orang.. Tapi tu la, kadang2 menguji kesabaran jugak..huhuhu

      Thanks Nad..:D

      Delete
  4. Kreatif nya mummy ni rupanya. Tahniah dpt kembang minat Tu. Mummy mmg berbakat sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHhah.. biasaa2 aja.. Thank na mama :D

      Delete
  5. Bestnyaaaaa akak berbakat yang boleh masyuuukkkk macam ni... Cantik sgt draft fashion tu..

    (hi melawat sini dari feed AFB blog sendiri,haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Maizan.. Hat tu bukan mummy lukis..google punya mummy pinjam sat... :D

      Delete
  6. Wah, kronologi lahirnya insan seni ni. Hehe.. Kipidap mummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Saja ja buat nota sikit..kikiki :D Thanks Zumal

      Delete
  7. tahniah mummy berjaya juga jd designer doodle hehehe.. dlu skolah penang kt mana mummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nina.. hahhaa Kat Area Simpang Ampat ja..

      Delete
  8. tahniah mommy,kita pun A1 spm lukisan tapi tangan keras jugak ni nak melukis ,kita seni ikut lain hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. Sep sikit! Ada bakat tu, saja tak nak tunjuklah tu..hahha :P Eh! Seni apa tu.? ikikiki :P

      Delete
  9. sgt la tahniah dari aida. again tahniah.
    ada bakat, jgn dipendam. luahkan. lepaskan. let it gooooooo...
    there, dpt income kan. alhamdulillah.
    aida ni gerrrrram jer tgk kasut doodle tu tau.
    sgt comel. sgt cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aida.. Hish malulak kita..kikiki
      Tu lah memang nak cari rezeki lebih, nak tanggung hero2 katanya..hhee

      Apalagi Aida .. meh order meh..hahaa Nyempat promote.. kiki:P

      Delete
  10. Woweeeeee, Mummy! Hebat! Hebat! Hebat!
    So proud of you!
    Mummy, saya ada nak order ngan Mummy tau. Nak tempah design khas, tapi kena tunggu saya setel kerja menimbun. Nanti kita story ye :)

    ReplyDelete