Monday, 12 June 2017

Pesanan Buat Pesakit Hypertyroid

Assallamualaikum...

Terdetik pagi ni nak buka FB Group "Tyroid dan Anda". Huaa.. sentap kejap! Terbaca perkongsian Doktor Hana mengenai Ribut Tyroid..  Kalau yang belum tau mummy ni penghidap penyakit Hypertyroid... Klik Sini Yang luarnya nampak sihat, dalaman hanya dia je yang tau.. Malahan mummy pun selalu jugak skip-skip ubat.. cemuih orang Utaqha habaq...hhheehe

So ni peringatan tuk diri sendiri dan juga kawan-kawan yang selalu skip-skip ubat tu.. 

RIBUT TIROID


Tak semua pesakit yang saya rawat berakhir dengan penamat bahagia. Ada beberapa kes yang sampai sekarang tak dapat saya lupakan.

Saya masih teringat sewaktu saya on call, saya dapat referral dari ED bagi menguruskan pernafasan bagi seorang pesakit hipertiroid dengan goiter (bengkak tiroid) yang sangat besar, yang mengalami kegagalan pernafasan. Bukan itu saja, beliau juga sedang mengalami ribut tiroid (thyroid storm) akibat beberapa minggu tak ambil ubat.

Kes seperti ini adalah igauan ngeri kebanyakan pakar bius. Pesakit dalam keadaan thyroid storm saja, walau tanpa goiter dah cukup menakutkan doktor. Dengan rentak nadi tinggi dan bercelaru, tekanan darah melambung-lambung, pernafasan laju dan demam yang tinggi. 

Bayangkan pula kes thyroid storm dengan tiroid yang membusung, dan pesakit mengalami kegagalan pernafasan pula. Pakej lengkap untuk memaksa doktor bius menyelam jauh ke lubuk paling dalam untuk menyelamatkan pesakit.

Pesakit perlu diuruskan di dewan bedah, tak boleh di ED saja. Jika kami hilang kawalan pada pernafasan pesakit, lebih banyak pembantu dan gajet yang boleh membantu kerja sukar ini.

Sampai saja pesakit di dewan bedah, saya mengurut dada. Tersangatlah besar kelenjar tiroidnya, bak busut anai-anai bersaiz bola ragbi. Entah berapa belas tahun disimpannya. Rupanya tampak 20 tahun lebih berusia dari umur sebenar; hasil tubuh yang dimamah oleh penyakit yang tak terkawal. 

Pesakit pula dalam keadaan separuh sedar. Dadanya berombak laju bagaikan dalam sakarat. Tekanan darahnya melambung-lambung dan jantung teramat laju. Plan awal saya untuk menggunakan skop fiberoptik terpaksa ditolak ke tepi. Saya bertukar plan memasukkan tiub pernafasan menggunakan video laryngoscope dengan gas bius. Tak perlukan sebarang ubat kecuali sedikit Fentanyl dan tiub mudah saja dimasukkan. Langsung tiada reaksi dari pesakit. Kosong.

Seperti yang dijangka, tekanan darahnya melurut ke lantai sejurus kami ambilalih kawalan pernafasannya. Langsung tak berespon terhadap steroid tambahan yang kami berikan sebentar tadi. Tak lama kemudian rentak jantungnya menjadi semakin perlahan hingga tekanan darah semakin rendah. Kami mulakan ubat penyokong jantung dan dos yang diperlukan semakin tinggi. Hingga akhirnya beliau memerlukan 3 jenis infusi penyokong tekanan darah.

Jantungnya terhenti beberapa kali sebelum dia dihantar ke ICU hingga perlu diberi shock. Tampak lemah sekali jantungnya. Dah gagal barangkali. Keluarga beliau diberitahu tentang keadaannya. Nampak tak bagus dan kemungkinan besar tak lama hayatnya.

Benar. Dia meninggal dunia tak lama setelah berada di ICU. Keadaan penyakitnya dah begitu jauh tersasar hingga tak boleh berbalik ke asal.

Pada pesakit kronik, mohon ikut nasihat dan saranan doktor. Ambillah ubat menurut aturan. Jika berasa tak sesuai dengan mana-mana ubat, usahlah berhenti sendiri. Tetapi jumpa doktor kembali untuk membincangkan perubahan rawatan. 

Akhir sekali, usah putus asa kerana lamanya penyakit yang dihidapi tak sembuh-sembuh. Asalkan penyakit dapat dikawal dan anda boleh meneruskan hidup seperti biasa pun dah cukup. Anggaplah itu dugaan hidup untuk menjadikan anda insan yang tabah. Dapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan juga. Ia sangat membantu memulihkan semangat.

.
.

Hana Hadzrami
Selalu teringat pesakit yang tak berjaya diselamatkan.



Ngerikan! So kawan-kawan jangan lupa makan ubat even walaupun kena makan seumur hidup. Especially buat diri sendiri yang selalu degil nak makan ubat.. kununnya rasa dah sihat.. hahaha 

Ops lupa Rabu ni amik darah lagi.. Adoii jenuh.. Aritu baru je dapat surat cinta aka Surat Amaran dari Opis mummy.. Katanya check-up yang mummy buat ni menggangu kerja-kerja harian mummy..  Malahan katanya tak maklumkan pada bos..Sabaq ja la, walaupun dah maklumkan tapi .. hurmm tu lahh.. Orang tak paham, hanya diri sendiri dan yang turut sama merasai sakit ini sahaja yang faham..  

Thanks for Reading! Wassallam

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum, geng ketaq!
    Ni datang nak menyerang nih :)

    ReplyDelete
  2. Sabar banyak-banyak ye, Mummy. Sakit kita ni memang tak nampak so orang yang tak tahu tak akan faham. Saya doakan hormon tiroid Mummy cepat stabil dan terkawal. Insya-Allah, mungkin awal-awal ni makan masa sikitlah. Yang penting, tak mahu stress sangat tau. Stress akan makin terukkan keadaan.

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan., aminn

    ReplyDelete
  4. Kisah kisah kesihatan begini agak mengerikan.

    Minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  5. selalu gak ikuti dr hana ni. bagus ingatan dia

    ReplyDelete