Thursday, 1 June 2017

Pesawat MAS MH128 Terpaksa Berpatah Balik kerana Cubaan Ceroboh KokPit Pesawat

Assallammualaikum..

Pagi tadi lepas sahur belek-belek facebook.. perghh terkejut pulak baca pasal MH128 ni.. Syukur Alhamdullilah semua takde apa-apa . Ni semua gara-gara  seorang penumpang yang mabuk yang cuba masuk ke dalam kokpit . 


Petikan Berita  dari Harian Metro
INSIDEN gangguan daripada penumpang sehingga pesawat MH128 yang dalam penerbangan dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik berakhir selepas penumpang yang membuat kecoh ditahan bahagian keselamatan lapangan terbang dan semua penumpang selamat meninggalkan pesawat.

Dalam kenyataan terkini daripada Malaysia Airlines pada 12.19 tengah malam, semua penumpang yang sudah meninggalkan pesawat menjalani pemeriksaan keselamatan oleh pihak berkuasa Australia.

Penumpang diberi kemudahan hotel dan ditawarkan untuk menaiki penerbangan seterusnya berdasarkan kekosongan atau menggunakan penerbangan syarikat lain.

Malaysia Airlines akan berkerjasama dengan pihak berkuasa Australia dalam menyiasat insiden yang berlaku.

"Kami ingin menegaskan bahawa tiada unsur pesawat dirampas.

"Keselamatan penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku," katanya.

Pesawat MH128 yang berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada jam 11.11 malam dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.28 pagi, Khamis.

Bagaimanapun, pesawat terpaksa berpatah balik selepas kapten menerima maklumat daripada anak kapal ada kekecohan berlaku apabila penumpang cuba masuk ke kokpit.

Susulan kejadian itu, akhbar tempatan Australia, Daily Mail melaporkan Lapangan Terbang Tullamarine ditutup dan pesawat diperiksa unit pemusnah bom.


Petikan Berita  dari BH Online

PESAWAT Malaysia Airlines MH128 yang berlepas dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur hari ini, terpaksa berpatah balik selepas menerima gangguan daripada seorang penumpang. 

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba Kuala Lumpur pada 5.28 pagi ini (waktu Malaysia). 

Bagaimanapun, pesawat terbabit berpatah balik selepas kapten pesawat berkenaan menerima maklumat daripada krew kabin yang memaklumkan terdapat seorang penumpang cuba memasuki kokpit. "MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada 11.41 malam waktu tempatan dan kini menunggu ketibaan pasukan keselamatan," katanya.

Info Lebih Lanjut klik  : http://www.news.com


Wassallam, Thanks for Reading!

20 comments:

  1. Wow. Nasib baik tak jadi lebih teruk kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. tulah mula2 baca berita online seriau jugak..Syukur Alhamdullilah takde apa2..

      Delete
  2. Mmg betul la ye kejadian ni. Ada terbaca masa sahur tadi. Munir xde kemalangan jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa betul Mama.. Syukur Alhamdullilah takde apa2..

      Delete
  3. Sungguh gempar... dah masuk berita tadikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa gempar satu Malaysia... aa masuk berita aritu..

      Delete
  4. Bahaya begini patut di hindar awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah hopefully.. harap MAS dpt buat tindakan yg lebih bijak lepas ni...

      Delete
  5. sakit jiwa orang tu katanye., huhu2

    salam ramadan mkcikmummy tu ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahhh.. ++ mabuk sekali kot..katanyalah..

      Salam Ramadhan jugak Wak..!

      Delete
  6. tak boleh bayang kan la mummy kalau kita yg ada dlm flight tu. Huhuhu...
    serammm rasanya. Btw, salam ramadhan mummy! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn bayangkan terlintas pun tak sanggup... Ngeri bunyinya...

      Salam Ramadhan jugak Aina...

      Delete
  7. bila teringatkan flight MAS ni teringat kes-kes sebelum ini..mudah-mudahan semuanya selamat sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang buat lagi ngeri bila memikirkannya... Insya Allah segalanya dah selamat..Syukur Alhamdullilah

      Delete
  8. Replies
    1. Berita ini tersebar seantero dunia SS.. hehhe

      Delete
  9. seram pulak kalau ada dlm flight tu.. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar pun dah ngeri apatah lagi berada disituasi..Syukur takde apa2 buruk yg jadi..

      Delete
  10. semoga dijauhkan dariperkara yang tidak sepatutnya sudah cukup dua insiden yang memilukan negara

    ReplyDelete
  11. Siqah pun baru tahu kisah ni. Semoga dijauhkan negara kita daripada inside seperti ini lagi..

    ReplyDelete