Friday, 23 June 2017

Raya weii ! Raya..

Assallamualaikum...

Sedih pulak raya tahun ni.. baju raya tak siap, dengan rasa tak bersalah, tailor suh mummy amik baju raya lepas raya.. huhuhu bukan mummy hantar sehari dua ni , dah hantar 2 bln awal sebelum ramadhan. Dah  la kain pink peberet lak tu.. huhuhu.. Tak pasal-pasal pagi jumaat dah berlinang ayaq mata.. sobsss... 😭😭

Pastu barang order kat Lazada stuck pulak tak boleh kluaq . Bagai nak rak adik Courier Lazada minta maaf..Sbb dia janji nak hantaq arini. Dia buat lawak pun mummy tak terdaya nak gelak.. huhuhu Just bayangkan Adam kat depan pintu , tggu barang sampai.. huuhh

Sedih lagi....huhuhu

Apa-apa pun yg terjadi raya ni, mummy maafkan lah. Walaupun sedih ni dah masuk tahap dewa.. putus cinta pun takde rasa sedih camni tau.. 😝 ok hat tu bohong.. hahaha 

Dah la .. dah la.. Mummy nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat ampa semua.. kita kira 0-0 balik hokay... 

Pastu bawak kete tu baik-baik , jangan gopoh gapah ( eh! Tercakap tuk diri sendiri pulak.. hehehe) kang jadi apa2 , mummy jugak turut bersedih..  

Macam Mukhriz selalu cakap kat mummy " Mummy ni orang lain yang accident , mumy pulak yg sedih" .. hhhheehe.. Mummy ni jiwanya sensitif nak oii..! Hahaha

Psttt... Amacam cun tak kete baru mummy tahun ni.. hahaa 😝😝 🚗🚗 Penang  tggu mummy lip lap nak mai..hahaha

Thanks For Reading! Wassallam..

13 comments:

  1. Alaa mummy. Sedihnya baju raya tak siap lagi T_T Dah hantar awal pun masih tak siap. Dahlah baju favourite kan. Huhu.

    Selamat Hari raya Mummy! Have a safe journey dan take care 😊

    ReplyDelete
  2. Mummyyy. sedihnyaa . aduh apa lah tailor tu. nasib lah Mummy ni penyabar orangnya

    i hantar kain tempah jugak,tapi kat kazen sendiri je. memang dia jahit utk kami bertujuh ja.nasib sempat siap. risau jugak tu. hehehe

    selamat hari raya mummy. kita balik Melaka raya ke dua ni. tidur kat mahkota apt tu. kalau mummy ada boleh jumpa jap ke ajak bebudak mandi kolam sama ke. mesti meriah depa tu kan

    ReplyDelete
  3. sedih jugak mummy baju raya xsiap, brg dh 3 bln gdex peram 😂😂😂 slmt hari raya mummy lawa bridge tu jambatan ke 2 eh hahah

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya mummy..dah upgrade dari beskal ke keta pink hahaa
    tq ya mummy atas jemputan kenduri tu..xdpat nak gi, jlan penang sat jah..

    ReplyDelete
  5. hahahaha... tak jadi mami lip lap2 lah baju raya tak siap.. heee

    ReplyDelete
  6. mummy selamat hari raya.

    bila ada melaka - kita nk raya ngn mummy ni...

    ReplyDelete
  7. Dah macam iklan TNB lak mummy - kisah sedih baju raya #bajuramlahram #bajuYuna

    ReplyDelete
  8. Alaaa siannya mummy T_T Anyway, Selamat Hari Rayaaa 🎉

    ReplyDelete
  9. Jangan sedih-sedih yer mummy...yng penting dapat beraya juga...Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  10. raya Penang rupanya Mummy, patut ada gambar Firah gi beraya rumah Mummy. Selamat Hari Raya Mummy, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  11. Bermula tahun ni raya ss berubah 360 darjah...

    ReplyDelete
  12. salam raya dari aida, MJ.
    wah balik penang. seronok lah...
    aida mcm biasa, cover bahagian selatan la.
    aida plak, baju melayu asben x siap. hadoi lah.
    tu yg 1 day before raya baru decide tema dondonan di pagi raya.
    sib baik ler baju melayu lama-lama boleh muat dan selesa lagi, MJ.

    ReplyDelete