Monday, 9 October 2017

Asma dan Cara Mengatasinya

Assallamualaikum...

Semalaman tak nyenyak tidurnya mummy disebabkan oleh kondisi Mukhriz yang tak berapa nak baik. Asma dan juga demam panas. Dah lama rasanya Mukhriz tak kena asma sehinggakan mummy terlepas pandang akan Inhaler yang selalu dipakainya dah kontang. Diajaknya ke klinik tak nak. Sebab dia betul-betul tak laratlah tu, so di suruhnya mummy refill je. Adoii la , Poliklinik kerajaan ramai, Klinik Swasta Panel pun ramai.. so jawabnya refill kat farmasi je la.. Kalo boleh nak yang pantas-pantas je, senang boleh balik rumah dan pantau anak dengan pantas! Takdelah buang masa menunggu je..

Sejak berpindah ke rumah baru memang banyak dugaannya, Mummy susah sangat nak tidur sebab terlampau tak tahan sejuk dan yang terbaru hero-hero demam panas. Hero kecik ok dah, Hero Besar pulak melarat ke Asma. fuhh... Dengar dia sesak nafas dan "wheezing" pun hati ni tak senang nak pergi kerja. Tapi paksakan jugak diri ni pergi tapi call setiap sejam. Risau! Dah la duduk sorang-sorang. Bagi yang tak tahu apa itu asma ? ni serba sedikit info yang mummy dapatkan melalui Blog Doktor Budak yang amat baik sebagai bahan rujukan bagi anak kita.


Apa itu asma?
Asma merupakan sejenis penyakit melibatkan saluran pernafasan. Seseorang yang menghidap penyakit asma mempunyai salur pernafasan yang ‘hyperresponsive’ atau dalam erti kata lain,  terlebih sensitif.  Apabila terdedah kepada sesetengah faktor pencetus, saluran pernafasan menjadi sensitif, dan bertindakbalas dengan penghasilan lendir atau ‘mucus’ dan otot-otot saluran pernafasan mengecut, ‘bronchoconstriction’. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan seterusnya mengakibatkan susah atau sesak nafas. Asma tidak boleh berjangkit tetapi boleh diwarisi.
Ada beberapa factor pencetus asma seperti:
  • Asap rokok
  • Haiwan peliharaan (bulu anjing atau kucing)
  • Lipas
  • Habuk pada permaidani, katil, bantal, patung berbulu
  • Ekzos kereta, sesetengah minyak wangi, ba usesetengah sabun pembersih
  • Debunga (‘pollens’) dari pokok, bunga, rumput
  • Cuaca atau angin sejuk, atau kadang-kadang cuaca panas dan hujan
  • Selsema atau lain-lain jangkitan
  • Aktiviti-aktiviti seperti berlari, bermain, bersukan.
Setiap individu yang mengidap asma adalah berlainan.  Bukan setiap pesakit asma akan alah kepada semua factor-faktor pencetus di atas.



Apakah tanda-tanda asma?
  • “Wheezing”- bunyi seperti orang bersiul sewaktu melepaskan nafas
  • Batuk
  • Berasa susah untuk bernafas
  • Berasa kekurangan udara
  • Dada berasa ketat
  • Berasa letih dan kekurangan tenaga
  • Berasa susah nafas semasa bersenam atau aktif bermain.

Bagaimana doctor mengenalpasti pesakit asma?
Diagnosa asma didapati melalui ciri-ciri dan latar belakang (‘history’) dan pemeriksaan fizikal.
Berdasarkan tanda-tanda yang dialami seseorang pesakit, penyakit asma boleh  diklasifikasikan mengikut tahap keseriusan  penyakit.



Bagaimanakah asma dirawat ?
Secara amnya, ada 2 jenis kumpulan ubat pam asma.
1.   Ubat pam (inhaler) sebagai pelega cepat (‘quick reliever’) 
  • Apabila asma menyerang, ubat ini digunakan untuk melegakan pernafasan dan memberhentikan serangan asma.
  • Ubat ini juga boleh digunakkan sebelum anak melakukan aktiviti bersukan sekiranya aktiviti bersukan merupakan salah satu factor pencetus asma. Ini dapat mengurangkan kemungkinan serangan asma untuk berlaku.
  • Ubat ini berfungsi dengan meluaskan otot-otot saluran pernafasan dan melegakan pernafasan.
  • Contoh: Salbutamol
 2.     Ubat pam (inhaler) steroid sebagai pengawal and pencegah asma
  • Ubat pam steroid akan dimulakan untuk pesakit asma di mana penyakitnya tidak terkawal dan serius.
  • Ubat ini berfungsi dengan mengurangkan bengkak dan radang di saluran pernafasan dan seterusnya mencegah serangan asma.
  • Ubat ini tiada fungsi pelega cepat. Ini bermaksud ia tidak sesuai digunakan waktu serangan asma sedang berlaku. Ia juga mengambil masa yang lebih panjang untuk menampakkan kesan postitif.
  • Ubat ini perlu digunakan SETIAP HARI untuk suatu jangka masa yang lebih panjang untuk menampakkan keberkesanannya.
  • Setelah asma menjadi terkawal dengan ubat pam steroid, doctor akan mengurangkan pengunaan ubat secara perlahan-lahan dan berkala, dan seterusnya memberhentikan penggunaan ubat tersebut. Tempoh penggunaannya bergantung kepada individu dan tahap keseriusan asma. Ini bergantung kepada keadaan dan kawalan asmanya. Kanak-kanak yang mengidap asma dan memerlukan ubat pencegahan perlulah dipantau oleh pakar kanak-kanak.



Apa-apapun korang doakan Mukhriz cepat sembuh ye... Tak sanggup nak tengok dia sesak nafas dan "wheezing" macam tu... Sebab mummy pun ada history kena asma jugak dulu, so paham sangat macamana rasa seksanya bila kena. Apa-apa ada jugak petua orang-orang tua yang baru mummy praktikkan dan berhasil. Makanlah nenas.. Insya Allah "wheezing" atau bunyi bersiul tu akan berkurangan dan tak terlampau menyeksakan diri. Selamat Mencuba!


Thanks for Reading! Wassallam

7 comments:

  1. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  2. bagus info ni. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. 10 thn lepas. aida byk research pasal asma.
    nurin time kecik sgt nak kena asma.
    hingga la sekitar dia 4-6 thn tau.
    asben aida ada asma terok. ilang bila dah kawin :)
    so, nurin tu aida bwk gi pakar kanak2.
    dpt ubat utk elak asma. alhamdulillah. after 3 thn rawatan, dia takde asma.
    if not, aduhai. risau! kalau dia batuk, teruk!!! sampai x bernafas!

    ReplyDelete
  4. Semoga Mukhriz cepat sembuh.. Kesian dengan penghidap penyakit kronik macam kami, kadang-kadang susah nak buat aktiviti lain.. huhu

    ReplyDelete
  5. moga cepat sembuh.. saya penghidap asma dari bayi hingga skrg... dan memang keluarga ada sejarah asma..

    ReplyDelete