Friday, 10 November 2017

Happy Birthday Hero Besar Mummy

Assallamualaikum...

Semalam genaplah umur hero besaq 14 tahun , bermakna genap jugaklah mummy bergelar seorang mummy. Tiada hadiah mewah , tiada birthday party ... yang ada hanya sebiji kek dan juga ucapan birthday dari mummy dan adik yang sentiasa mendoakan anak mummy di sepanjang hayatnya  menjadi anak yang soleh , anak yang mendengar kata , anak berjaya dunia dan akhirat. Amin..

Birthday hero besar kali ni mummy nyaris terlupa  .. bukan lupa tapi tak ingat. Nasib baik mummy keluar ngan Aunty Min ke Tesco beli makanan kucing. Sampai kat area kek dan pastries, mummy seperti biasa otaknyanya ligat memikir makanan kegemaran hero-hero.. lantas tangan ni  , pantas mencapai sebijik kek. Aunty Min tanya " Wah birthday sapa ni beli kek" hah! Terus teringat birthday abang... hurmmm mummy lupa la sayang! Bukan lupa tapi tak ingat.. Hari-hari dok remindkan diri ini supaya senantiasa ingat akan birthday hero-hero tapi bila tarikhnya muncul boleh pulak mummy lupa.. Sobbsss.. Dah tua gamaknay mummy. #brainfog


Nak buat birthday party.. banyak benda yang nak kena fikir.. so mummy cadang beli kek je lah. Next year kita celebrate best-best sikit na.. Moga mummy murah rezeki lagipun tahun ni dugaan mummy bertimpa-timpa.. Maafkan mummy abang.

Balik je dari Tesco mummy letak kek dalam bonet kete.. kunun nak sorok kan lah... Tapi lepas kaki ni melangkah je kedalam umah , abang takde. Dah belayar ke rumah daddy.. Adoii frustnya! Baru plan nak buat suprise. So mummy amik balik kek letak dalam fridge. Sorok-sorok sikit.. Kang hilang tanpa dikesan!

Hero kecik aka Adam balik dari main basikal , bukak fridge terus dia jerit.. "Kek ni sapa punya..? Adam nak makan semualah!"  Hah! ( Bagusnya anak-anak mummy nak makan apa semua tanya dulu.. peel semulajadi maybe) Tulah adik ni semua yang ada dalam fridge dia nak ngap! Hahaha 🤣 " Ini makanan Ana yg punya" mungkin itu yang dibisikkan oleh hati kecil Adam bila jelmaan makanan muncul didepan mata.. hahha 😝😂

"Heyyy arini birthday Abang la! Nanti abang balik kita celebrate la.. " 
Mummy mula mengomel..
 "Aala Abang takde kita ngap je la.. Tak pun hah! Adam call daddy kita suh Dadddy hantar Abang.. pastu abang bukak pintu kita jerit dan nyanyikan lagu birthday" ok tak mummy?! 

Suka hati adiklah.. Mummy yang dah takde mood pantas membalas idea Adam aka hero kecik. Lepas tu Adam la yang uruskan itu dan ini. Plan itu dan ini. Lepas kul 9.30 malam , Hero Besar pun muncul..  

"Happy Birthday to You!
Happy Birthday to You! 
Happy Birthday Mukhriz!
Happy Birthday to You! 

Tengok hero kecik cucuk lilin dan macam kereta kebal rupanya..haha
Muka Hero Besaq..happy nau!

kalo kek coklat besor ni memang dua orang boleh makan sekelip mata je.. haha




Tiada lilin mengikut tahun , yang ada hanya lilin bunga api je menjadi saksi sambutan tuk Mukhriz aka Hero besar. Muka Hero Besar berbunga-bunga, berseri-seri . Suka dia... ! 5 minit kemudian lepas makan kek dan bla bla bla.. 

 "Mukhriz nah hadiah.. 
aku sempat lukis ni je kat ko" kata Adam

Hero kecik lukis basikal hero besar sebagai hadiah

Hah! Terkejut mummy .. Mukhriz apatah lagi. Tak sangka Adam sayang jugak abang dia.. Betullah orang cakap , cinta adik beradik ni hadir tanpa paksaan tanpa jajahan. Walaupun hari-hari kat umah, mummy punya jantung ni macam nak luruh bila dorang mula wrestling, bergaduh macam anjing dan kucing... , tapi dorang sayang each other.. Sebak pulak mummy.. Sorang anak mummy , sorang anak daddy.. kat rumah mummy bertemu jua..Chewahhh! hahaha :p  #kesatayaqmata

Apa-apa pun Selamat Hari Jadi Sayang yang ke 14 tahun. Moga jadi anak yang baik, anak yang soleh , anak yang mendengar kata , anak yang romantik dengan mak dia je..( hahaha 😝gila tamak rupanya mummynya) , anak yang berjaya dunia dan akhirat, anak yang tak akan pernah lupa mummy dan segala pengorbanan mummy membesarkan abang walaupun mummy tak minta dibalas tak kiralah di mana jua abang berada dan semoga abang menjadi anak yang selalu mendoakan kesejahteraan mummy dunia dan akhirat. Mummy sayang Abang! Bukan abang je .... adik jugak. Sayang yang tiada sempadan hingga ke hujung donia!

Love , Mummy JA..
Thanks for Reading! Wassallam

18 comments:

  1. Happy birthday hero besar..membesar menjadi anak yang mengutamakan mummy ok..

    ReplyDelete
  2. Hepi besday hero besaq... hero kecik... perut tu kasi cover... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macehh SS.. Hero Kecik cakap, Heyy kita dah cover perut kita tau..ahhaha :p

      Delete
  3. alolololooooo sweetnya adik diaaaa hehhee dengan tak berbajunya hahhahah,happy besday hero besar mummy ,jaga mummy nanti ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulahh budak brutal tetiba sweet.Confius jap mummynya..hahaha Tulah dia tak nak amik gambaq tapi mummy paksa jugak .Tapi cover ngan bantal tapi nampak jugak Tayar Lori tu..hahah :p

      Delete
  4. selamat hari lahir Mukhriz!

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday utk hero mummy..besar dh 14thn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mama Tisya.. Besaq dah. Dah jadi bujang pun.heheh :D

      Delete
  6. happy belated besday hero mummy

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. Comel2 la anak mommy ni..
    Happy Birthday Mukhriz. Semoga jadi anak yang soleh dna insan yang cemerlang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Kdang2 comel, kadang mengaum..hahahah Anw Thanks Kak Long.. Insya Allah.Amin:D

      Delete
  8. happy belated birthday..
    somga mnjadi anak yg membahagiakan ..

    ReplyDelete
  9. Epy belated birthday mukhriz..hadiah dari adam tu sweet..tgk bada adam..sado! Patutla suka masak lomak heheeh

    ReplyDelete