Friday, 13 January 2017

XPDC Gua Batu Maloi Negeri Sembilan

Assallamualaikum..

Tercapai jugak hasrat nak masuk gua.. Macehh Acad yang berjaya merealisasikan impian aku.. giteww..! Hehehehee Aku ni pandai order je, tapi cari info malas.. hahahaha 😝😝 Lagipun aku saje je, nanti kasi yang pro handle... so takdelah cacat celanya nanti. hehehehe 

Sebagai aktiviti pembukaan tahun baru 2017 , aku dan team telah memilih untuk menjelajah di Gua Batu Maloi yang terletak di Kampung Tanggai , Johol Negeri Sembilan. Sebelum ni asyik memanjat gunung je, kali ni kitaorang tukar ke haluan yang lain pulak ..... hehehe Penyertaan kali ini melibat 16 orang peserta kesemuanya yang datang dari Melaka , Negeri Sembilan dan juga Kuala Lumpur..



RM 45 dikenakan sebagai bayaran untuk XPDC kali ni. Ianya termasuk dengan Insurans, permit, Makan tengahari  serta Juru pandu yang comel iaitu Ema dan assistantnya Hakim . Kalau korang nak info lanjut untuk pakej yang disediakan boleh hubungi Ema di facebooknya iaitu Emma Alya

XPDC Ini dimulakan jam 9.30 pagi walaupun 6.30 pagi aku dah terpacak menunggu yang lain kat Petronas Tampin.. huh! Hampeh betul dorang ni  Hurmmm.. 😡😡😡 Semua lambat.. ahkak  dan Tiera jugak yang terkebil-kebil tengok orang isi minyak disubuh hari.. sobsss

Aktiviti pertama sebelum memasuki gua adalah dengan mendengar taklimat oleh Pak Cik Johari mengenai Gua Batu Maloi serta pantang larangnya. Pak Cik Johari ini juga merupakan antara orang yang terawal yang menjumpai dan mengekplorasi Gua Batu Maloi ni.. So memanglah banyak pengalamannya kan.. Namun aku tak sempat nak korek rahsia.. kang tak jadi aku nak masuk gua nanti .. hahahhaa

Pak Johari yang berbaju Purple tu.

Gua Batu Maloi ini merupakan Gua Batu Granit yang terletak dikawasan lembah dipertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan juga Gunung Tampin. Gua ni terbentuk disebabkan oleh tindihan batu-batu besar yang tergolek jatuh dari gunung ganang yang berdekatan. Namun disebalik tindihan-tidihan batu-batu inilah terdapat laluan yang membolehkan aku dan team menyusurinya . 

Gua ini juga  merupakan gua terpanjang di Malaysia yang mempunyai ukuran 2.38 km laluannya dan mempunyai 24 check point.. Hutan Gua Batu Maloi ini juga diselia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. 

Laluan gua ini juga boleh dikatakan 80% daripada merupakan kawasan yang berair. Tempoh penjelajahan juga mengambil masa dalam tempoh 4,5,6 jam , malahan ada yang sampai 7 jam pun ada. Ni lambat pun sebab banyak sangat traffic light. Traffic light??? hehhhe tunggu team yang lain melepasi ruang yang kitaorang nak lalu la..hehhee


Sebelum memasuki gua, kitaorang terpaksa mendaki sebelum
 berjumpa dengan pintu gua.. Takdelah jauh mana pun dalam 5 minit giteww

Belum kuyup lagi waktu ni..apalagi posing lerr dulu. Gua ni memang kena pakai head lamp. Gelap gelemat weeiii!



Aku dan Tiera... 


Waktu ni kitaorang berhenti sekejap di Gua Perahu mendengar kisah mitosnya oleh Emma. Katanya dahulu batu yang berbentuk separuh perahu ini mempunyai kisahnya sendiri . Kisah cinta Maloi dan juga Puteri Bunian. Perahu separuh ini merupakan simbolik kepada kisah cinta dorang yang terpaksa melarikan diri untuk hidup bersama akibat halangan dari dua alam yang berbeza. Namun perahu ini karam dipertengahan jalan . Katanya lagi... sebelah perahu lagi berada di dunia bunian. Katanyalah. Namun kisah ini masih tidak pasti akan kesahihannya memandangkan Maloi dan Puteri Bunian sehingga kini masih tidak dijumpai. 


Gua Perahu ( Check Point 7)  Didalam Gua Batu Maloi ini terdapat 24 check point yang wajib dilalui. So Gua Perahu ni merupakan check point yang ke 7.  Selepas menelusuri Gua Perahu... redah punya redah.. merangkak , memanjat, melompat dan sebagainya . Akhirnya kitaorang ke Gua Kelawar pulak. Beberapa minit sebelum sampai ke Gua Kelawar kitaorang telah dihidangkan dengan bau yang sangat harum... hahhahah weiii bau najis kelawar la... kah kah kah.

Namun di Gua Kelawar tidak dibenarkan sama sekali untuk membuka lampu. Bukan apa... Kalau dah bukak lampu awal- awal  tak dapatlah tengok kemeriahan kelawar lari lintang pukang.. hahhahaha... Tapi apakan daya Ghaz dah terbukak lampu awal-awal , mungkin dia tak sedar kot.. sebab sibuk dengan camera dia.... hampehh tul... Bila bukak lampu secara berjemaah, banyak kelawar dah lari lintang pukang. Kempunan aku tau! Nampaknya kena masuk sekali lagi ni.. Masuk sekali lagi, kalo ada yang bukak lampu aku nak cepuk waktu tu jugakk... Hamboii cakap macam berani je..podahhh..hhahahahha


Lain angl di Gua Perahu . Gua yang penuh dengan tindihan batu-batu yang besar. 


Dah habis redah segala bagai.. kitaorang stuck sekejap, adalah dalam setengah jam. Dah la tak boleh tegakkan kepala. Kedepan pulak kena simbah air.. adehh! Macam diluah mati mak ditelan mati bapaklah pulak..hahhhaa  Waktu ni kitaorang terpaksa menunggu team lain yang terpaksa panjat arus deras (air terjun) untuk ke check point seterusnya. Dah settle team yang lain tu, turn kitaorang pulak.. Semua lepas cantik jeeerrr... Bila tang aku yang berkaki pendek ni ..perghhh memang azab. Kena tolak badan baru lepas.. Huaaaa.. Aku nak tinggi! kah kah kah... 


Kena meniarap pulakkk...  Tapi waktu ni ada team kitaorang kena asthma. Mungkin sejuk sangat atau sebab laluan dia yang terpaksa  kena meniarap... so bila lalu kat air terjun yang deras tu... memang terkebil-kebil jugaklahh... Terkelip-kelip mata dan hidung mummy menahan nafas...fuh fuh fuhh... hahahhaa

Dah keluar gua rehat kejaplahhh... 
Dapatlah basuh kasut yang di penuhi dengan pasir dan air.

Pastu apalagi..posinglah weiiii... Dok dalam hutan ni memang best gilerrr! Sejuk je..
Udara pun nyaman... yum yumm...


Dah rehat kejap meluruskan tulang belakang yang penat tahan badan dalam gua.. meh panjat mehh... Ada check point lain yang sedang menanti. Kita panjat pulak akar-akar kayu.. Kena hati-hati tau jangan tergrlincir sudah...

Masuk gua balikkk...adehhh!..hahahahahaha.. Bab kena kecikkan badan aku rasa 70% memang aku kena buat.. Sabooo je laa... 

Waktu duduk kat sini , yang syoknya boleh tengok ikan berenang-renang. Ada kecik ada besoorr... nasib baik tak banyak.. kalo tak aku dah suh ikan-ikan tu urut kaki aku...hahhha Berangan lagi! :P



Akhirnya kitaorang sampai ke Batu paling besar sekali kat Gua Bau Maloi ni. Dipahamkan nama asal batu ni, adalah Batu Maloi.. tapi telah ditukar kepada Batu Maloi yang aku dah lupa apa sebabnya..hahahha

Posing lagi depan Batu Maloi ni.



Apalgi operasi memanjat pun bermula. Aku ni memang mengedik nak naik... Yelahh kalau tak naik memang aku menyesal tak sudah la.. Walaupun kaki aku dah menggigil tahap gaban.. aku paksa jugak diri aku naik. Kang menyesal.. sapa pulak nak bawak aku datang Gua Batu Maloi ni lagi..

Actually ni 1st time aku panjat batu yang besar dengan hanya memijak akar-akar kayu. Ngeri tapi best! Nanti cubalahh.. Yang penting aku tak panjat signage Ipoh sudah... ahhahahaha


Ni kat atas Batu Maloi tu.. Gempak weii ada Pokok Besar atas batu... serius ohsem...  Betapa indahnya Ciptaan yang Maha Esa.. Dah habis posing bagai , aku terlupa pulak cara nak turun. Dorang kata senang je !  tu yang aku excited panjat. Sekali hah! hamik ko..satu je akar kayu besor  yang aku kena  ragaih... Seram sejuk aku!.. Tapi seperti biasa  kena la kontrol ayu... dengan muka takde perasaan aku turun dan memastikan kaki aku still berbentuk L supaya tak jatuh menyembah bumi.. Kalo tak??? tak tau rupa aku macamana... Rupa Nangka busuk kot! haahhahahah :P


Akhirnya tamat sudah pengembaraan di Gua Batu Maloi  selama hampir enam jam.. Fuhh lama tu. Naik menggigil satu badan kerana kelaparan disebabkan isi perut dipagi hari hanya dengan sekeping roti telur yang rupanya macam roti kosong.. Berlagu riang perut aku... ! hahahaha. Aku rasa 6 jam ni termasuk dengan kesibukan traffic didalam gua.. ha! jangan main-main dalam gua pun jem tau... So sila bezakan muka masuk dan keluar gua... Masuk semua tegak berdiri, keluar nak diri pun..adehhh tak larat! hahahaha Apa-apapun aku nak kongsi beberapa tips yang aku rasanya cukup berguna untuk korang.

Tips ke Gua Batu Maloi

  1. Sila pakai baju berlengan panjang dan berseluar panjang. Kalau yang pakai tight tu kalau boleh pakailah seluar pendek kat luar. Bagi mengelakkan seluar koyak disebabkan oleh batu-batu  yang tajam.
  2. Sila pakai kasut getah dan berstokin  agar tidak  berat menampung air dan pasir.
  3. Sila bawa barang-barang yang berharga didalam beg waterproof. Tapi seeloknya tak payah pakai beg. Buat menyeksa jiwa je macam aku.
  4. Sila pakai glove agar tangan tak luka macam aku.
  5. Bawaklah bekal makanan kalau korang jenis cepat lapar macam aku.

Thanks for Reading! Wassallam


Thursday, 5 January 2017

Kisah Hari Pertama Persekolahan

Assallamualaikum...

Dua tiga hari ni memang news feed kat Media Social penuh dengan kisah-kisah mak bapak yang excited dengan telatah serta ragam anak-anak ke sekolah, especially yang masuk Darjah Satu dan Tadika. Ada yang nangis , ada yang excited , ada yang pegi sekolah rupa lawa yang ampun.. tapi balik dah tak rupa orang... hahaha ,  ada jugak yang anaknya so so je.. Tapi yang aku pasti ,  kebanyakkan anak pompuan yang ke sekolah tu semuanya membawa bag berwarna  pink.. tak kisah lahh pink biru ker, pink hijau ker, pink kelabu kerr.. yang pasti pink pasti akan menyelit.. hahhahaha...! Oh tipikal mak pak zaman la ni.. Pompuan dan pink berpisah tiada.. keh keh keh Eh! Tercakap tuk diri sendiri pulak.. hahhahhaa

Oklahh asyik dok kutuk anak orang je , meh sini mummy nak throwback 1 st day anak-anak mummy ke sekolah....

Hero Kecik 

Hah! Ni gambar hero kecik masuk Tadika Anika ( Aliran Cina) di usia 5 tahun. Keding je anak mummy.. almaklumla lasak tahap gaban.. hehehhe bak kata Pak Ngah dia.. 

" Bila gangster kecik masuk sekolah.... confirm huru hara" 
hahhahahaa... 

Lawak tu memang lawak la.. sebab hero kecik ni memang brutal perangainya tapi tak sangka pulak bila masuk tadika,  dia punya boleh perangai boleh bergegar satu Melaka... adoii!

Actually dia okay je, cuma dia tak nak mummy dia yang comey lote ni ( erkk jangan pitam..hahhahaa)  jangan hilang dari pandangan. Yelahh anak mummy kot.. dok berkepit duploh empat jam ngan mummy.. Kalo mummy bawak kete mesti nak dok sebelah, takpun atas riba.. takleh berenggang.. adoiiilahh anak..! Boleh dikatanya memang nak mummy je aje.hhehe

Apa dia buat waktu 1st day kat school ?? Nak dijadikan cerita mummy kena masuk office awal on the 1st day school tu, sebab mummy tak amik cuti , almaklum la sebelum ni mummy pernah je masukkan dia ke Taska.. DIA OK! .. Siap jadi cip lagi kat taska.. Dikumpulkan budak2 kecik yang lain dan dia ajar ABC dan 123... Berangan nak jadi teacher la tu.. hahhaa .. so tak sangka pulak jadi macam ni..

Tapi bila mummy masukkkan kat Tadika yang proper .. adeh!!! Melaung weiii.... Terpaksa teacher kena tutup semua pintu sebab dia dok ligan mummy nak ikut balik, apalagi diketuk -ketuknya pintu macam nak pecah.. nasib baik tak pecah, kalo tak,  jenuh mummy nak ganti... Tulah kisah gangster kecik masuk sekolah menangis... hahhahahha 

 Hero Besar

Ok! Ni pulak kisah hero besar masuk darjah satu...  Waktu ni mummy masukkan dia darjah satu kat sekolah aliran cina so petang dia kena transit la kan kat After School Care. Sapa nak jaga kan,  sebab dah separuh hari daddy temankan kat school. So petang kenalah berdikari. Apalagi bila petang menjelma.. Handset mummy berdering sakan... 

 " I nak tanya U ada amik anak u tak? Adam Mukhriz .. 
Sebab cikgu pergi sekolah datang nak ambil dia  , dia takde..."

Arggh! Jenuh.... Dua tiga kali cikgu cari tak jumpa.. Apalagi, mummy pun call daddy suh pi cari, cari punya cari.. hah! Dia menyorok kat tepi toilet tunggu daddy  datang dan takmo pi sekolah petang.. Bila dia nampak cikgu Transit terus dia nyorok.. hahahhaa Adeh la anak..! Ni lahh masalah anak daddy.. Duploh empat jam nak ikut daddy...  Kiranya dua tiga hari la daddy teman, baru dia ok.. huh! Ngada-ngada sungguh perangai sorang-sorang.. Bertabah jelah.. hhahahah

Apa-apa pun tulah dia memori yang tak dapat dilupakan... Jangan disangka nampak brutal pi sekolah ikut brutal , padahal pi sekolah nangis.. hah! Huru hara jadinya.. keh keh keh.. 

Sekarang semua dah makin membesar dengan jayanya.. Bukan jaya belajar.. jaya dengan saiz badannya.. kah kah kah.. Hero kecik dah 12 Tahun dan hero besar dah 14 tahun.. lip lap.. dah besooo anak mummy kan... Tapi kenapa mummy tak besoo-besooo ni.. ? Hahahha. Apa -apa pun mak pak yang nak sekolahkan anak tu.. lex lex sudah..biarkan dia berdikari ..lama-lama oklah tu...

Apa-apa pun enjoylah dengan ragam anak-anak 1st kat sekolah tu... Ambil gambar , print dan jadikan moment paling indah. Nanti dorang dah besar citer balik tau. Pasti dorang gelak sakan..

Thanks for Reading! Wassallam..