Tuesday, 16 January 2018

Perubahan Mee Besen Ori Melaka Selepas Viral

Assallamualaikum..

Setelah seharian berkurung dalam bilik akibat demam, akhirnya mummy berjaya keluar dari bilik setelah dipaksa secara berhemah oleh hero kecik. Setiap sejam dia ajak mummy ke Mee Besen sebab nak makan Talam Western kat Mee Besen tu.. Hah! Tak pernah rasa katanya..baikkkk. Cuba korang klik kat entry ni.. 


katanya tak pernah rasa.. hahaha puihhhh! Habis budak debab ni sapa?! Adoii la anak.. taktik sangat.. Lokasi dan menu lain mee besen boleh klik link ni


Mummy memang tak berapa suka nak pi Makan kat Mee Besen. Sebabnya penat nak beratur, tunggu giliran, ramai, muka pelayan masam mencuka.. tapi bila anak dah mintak nak makan.. kemudian dirayu-rayu, mengidam katanya. Hokay mummy kalah!

Nak nak selepas viral akan servisnya yang kurang memuaskan , ramai yang dah ban. Walaupun pada awalnya kewujudan Mee Besen ni , mummylah antara yang terawal menulis di blog mengenai Mee Besen. Dari kedai bawah flat sehinggalah dah buka 3 pintu Mee Besen ini. Semuanya penangan viral. Namun kerana viral jugaklah sesebuah perniaagaan itu merunduk jugak. So servis kenalah jaga ye...

Pukul 3 petang mummy dah keluar rumah nak ke Mee Besen. Hero kecik yang set time segala bagai. Mummy follow je. Hero kecik kata pukul 3.30 petang dia bukak. (Mummy tau saja je buat tak tau) hahaa. Penat nak layan dia.. kejap kejap ketuk pintu bilik mummy. Sampai terbantut la demam mummy ni. Balik je terus rasa macam nak pitam. Adoii la!

Mee Besen

Tak berapa ramai pun..Maybe baru bukak kot.kalau dulu siap kena beratur, nak makan pun tak aman sebab ada je orang yang berdiri sebelah meja kita menanti tempat duduk.

Lengang!

Hero Kecik order air Chocholate Float RM 3.50

Mee Besen Saiz Small RM 8.00 ( Boleh makan untuk 2-3 orang) Makan ni tuk dua orang memang mengah habis.

Talam Western idaman hero kecik. Ni mummy amik saiz kecik sebab takut tak habis. RM 17.50. Rasa biasa-biasa aja. Cuma banyaklah kalau RM 17.50 ada pelbagai makanan dalam satu talam.

Perubahan selepas viral servis kurang memuaskan.
  1. Tak perlu beratur lagi dan tiada lagi angka giliran. Orang pun dah tak ramai sangat sehingga nak beratur panjang. Meja boleh je share-share kan.
  2. Muka pelayan masih kelat dan payau. Mummy rasa dulu ok sikit kot. Tapi kali ni mummy pergi muka kelat sokmo baik yang amik order mahupun hantar makanan walaupun mummy dah renyeh sakan walaupun demam.
  3. Harga Mee Besen saiz S dah naik. Dulu RM 6 sekarang RM 8.
  4. Mee Besen dulu hanya menggunakan Mee Soya tapi sekarang korang boleh pilih nak mee apa, Mee Kuning, Mee Hoon dan juga Mee Teow. 
  5. Pilihan minuman pun dah semakin banyak.
  6. Disediakan surau untuk keselesaan pengunjung ke situ.
  7. Dulu talam western ada satu saiz je yang RM 35 tu sekarang dah ada small size yang berharga RM 17.50. 
  8. Menu semakin bertambah seiring dengan bilangan pintu kedainya . Menu baru seperti Shellout, Nasi Goreng Talam dan pelbagai lagi juga disediakan. Tengok sekali imbas je. Takdan nak hafal. 
  9. Waktu menunggu order yang di pesan maintain seperti dulu 15-20 minit. Rasanya bergantung pada bilangan pengunjung kot. 
  10. Rasanya kalau korang nak datang boleh je kot. Tak perlu nak book-book meja. Ada kosong je cekup!  

Ok akhir kata mummy sajikan gambar-gambar makanan dan envoirement kat Mee Besen yang baru mummy pergi dengan hero kecik.


Thanks for Reading! Wassallam. 

9 comments:

  1. ooo...dia hidang dalam besen pas tu dia bagi la mangkuk2 eh...pelik gak mee besen..sedap eh...bleh masuk wishlist ni...

    ReplyDelete
  2. Wow mummy detail ye noted semua perubahan tu

    ReplyDelete
  3. Siannya demam..nasib ada ank bujang tlg tengokkan

    ReplyDelete
  4. ada tgk aritu kwn pegi amik nombor...kalo dh viral gtu la..owner kena bersedia tp bila dh viral rmi komplen sure owner kena buat sesuatu la utk improve kn

    ReplyDelete
  5. Belum pernah try lagi Mee Besen ni. Nampak sedap jugak...

    ReplyDelete
  6. Dah makin kurang customer kalau servis mcm tu..skrg ni apa2 kalau viral mmg cepat la naik or jatuh..kuasa viral kan

    ReplyDelete
  7. haritu namapk masuk tv..adakah tempat yang sama..huhu

    ReplyDelete
  8. aida pun da gi ari tu.
    kosong. santai. relax.
    menu pun byk...
    viral ni ada impak positif & negatif.
    peniaga kena guna dgn bijak.

    ReplyDelete
  9. Ini x cukup berubah mummy... kalu berubah... makan pakai mesin basuh.. keh keh keh...

    ReplyDelete