Friday, 2 February 2018

Surat Aku Janji Tak Siap Homework

Assallamualaikum....

Rasa macam dah lama tak cerita pasal hero-hero mummy yang makin meningkat dewasa ni.. Sekarang ni peel dah lain, kecik-kecik ala-ala romantik , dah besar ala-ala bodyguard..hahaha macam-macam! Semalam Hero kecik bagi hadiah surat aku janji kat mummy.. Dari sekolah katanya.. 

Dia kata mummy kita ada suprise untuk mummy ," Cuba Teka"

Mummy pulak memang tak kuasa nak layan sebab semalam mummy cherry berry, so badan memang dah lembik je, makan pun tak lalu. Ngap sikit je rasa macam nak muntah.. 

So untuk mudah bicara mummy cakap " Tak nak bagi sudah..bye mummy nak tido" hahahah strees je anak dapat mummy macam ni kan..hahha


Pastu tu hero kecik kasi mummy, mummy pun baca  (Seperti gambar yang tertera kat atas.)

Pastu dia pun cakap ni semua salah mummy sebab tak beli kompas.. apalagi mummy balas la " aa memang semua salah mummy , mummy dah kasi duit kan... 

"Pastu adik kata takde stok.. Habis tu duit mana?" 

"Stok takde duit tu Adam belilah ice cream.. " balas Adam

"Habis salah mummy jugaklah ni.. Hokay... ! "ala-ala merajuk, pastu terus peluk bodek macam biasa. Biasalah budak-budak zaman sekarang...

Menariknya lagi ni adalah kesalahan kali kedua hero kecik , mula-mula dulu buku dia tertinggal kat umah (yang ni mummy dah tau lama, dia ada cerita kat mummy tapi mummy tak sangkalah sampai dapat surat aku janji) kali kedua tak siap homework sebab takde kompas. Mummy cakap adik share  ngan kengkawan dulu sementara cari kompas .. Boleh pulak dia balas.. alahhh macam la kawan-kawan Adam bagi share. adoiii la anak menjawab je kejenya..

Apa-apapun benda dah jadikan, cuti esok mummy pulon cari satu Melaka sampai jumpa. Tak jumpa jugak mummy order online sampai dapatlah! so takde lagi alasan tak siap homework. Kalo tak siap jugak mummy sebat je...Adik ! Mummy WARNING ni..

Menariknya lagi kat dalam Surat Aku Janji tu boleh pulak dia letak no phone daddy dia. So mummy tanya kenapa tak letak no phone mummy . Dia jawab Daddy nanti bila cikgu.. jawab daddy '' aaa..ooo...ok.." hahha Kalo letak no mummy , mummy bising macam tsunami..hahhaa :P taktik sangat.. Tapi balik rumah bagi jugak surat aku janji ni kat mummy . Dasar tak boleh simpan rahsia langsung dari mummy.. Semua dia nak cerita walaupun niat awal nak sorok dari mummy...hahhaha

Apa-apapun ni lah lumrah sekolahkan anak di sekolah yang penuh berdisplin ni. Kejap-kejap cikgu call, kejap-kejap buat surat aku janji, kejap-kejap itu , kejap-kejap ini.. Apa-apapun harap-harap lepas ni takde lagilah surat aku janji yang kedua menyusul... Moga hero kecik dan hero besar belajar rajin-rajin dan tidak akan  memeningkan kepala mummy lagi . Amin.  Entry dipost sebab nak suruh dia baca bila besar nanti, betapa nakainya dia waktu kecik...haha :p

Dulu zaman mummy kalau tak siap homework kena diri atas kerusi, atas meja pun ada, kena jemur , kena jalan itik dan macam-macam lagi denda yang menyeronokkan untuk dikenang. Namun zaman kini dah berubah , guru-guru sekarang membuat denda dengan cara psikolgi  untuk para pelajar..takut kena turun naik mahkamah katanya.hahhaa Zaman cucu cicit mummy macamana pulak gayanya kan.. hahaha

Thanks for Reading! Wassallam

32 comments:

  1. wah..buat aku janji. so kalau cikgu rotan, parents tak boleh complain sebab dah bagi early warning. hehe. macam-macam, bak kata mummy bukan kena denda macam dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..baguih jugak denda lagu ni..sbb parents skrg kan suka claim dera anak dorang tapi mummy ok je kalo nak rotan .Yg penting jgn patah riuk sudah..hehhe

      Delete
  2. Hello Everybody,
    My name is Ahmad Asnul Brunei, I contacted Mr Osman Loan Firm for a business loan amount of $250,000, Then i was told about the step of approving my requested loan amount, after taking the risk again because i was so much desperate of setting up a business to my greatest surprise, the loan amount was credited to my bank account within 24 banking hours without any stress of getting my loan. I was surprise because i was first fall a victim of scam! If you are interested of securing any loan amount & you are located in any country, I'll advise you can contact Mr Osman Loan Firm via email osmanloanserves@gmail.com

    LOAN APPLICATION INFORMATION FORM
    First name......
    Middle name.....
    2) Gender:.........
    3) Loan Amount Needed:.........
    4) Loan Duration:.........
    5) Country:.........
    6) Home Address:.........
    7) Mobile Number:.........
    8) Email address..........
    9) Monthly Income:.....................
    10) Occupation:...........................
    11)Which site did you here about us.....................
    Thanks and Best Regards.
    Derek Email osmanloanserves@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Jgn puji lebih2 satg kembang kang..hahah

      Delete
  4. Murid skrg kecik2 dah guna kompas ye..kita dulu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang serba canggih... kadangkala pening .. Dulu mummy pakai buku atlas ja... Kalo nak tunjuk arah dok diri tengah panas.. Pandai jugok..hahaha

      Delete
  5. Aduduh. .Mcm2 kan anak2 ni kadang. Mencabar sungguh jadi mak mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn sgt mencabar... pitam dah berapa kali dah mummy....hahaha :p

      Delete
  6. Wow siap ada aku janji yer, takpa depa ada super mummy. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhhaaha.. budak2 zaman sekarang canggih manggih hokay... Super dupper apa.. dah tumbang dah ni..hahahaha Takdan nak terbang..hahha

      Delete
    2. Fuh kena tambah sayap gamaknya...

      Delete
  7. Wah.. siap beraku janji pulak ek.. tapi kelakar jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... senang bukti bertulis... hahhaa

      Delete
  8. Hero mummy yang seorang ni otak geliga sungguh,..ada je akal dan taktik dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geliga berjela-jela.Pitam nak layan.Kadang2 kita pulak kena cari idea macamana nak balas.Salah balas kena balik kang..hahahah

      Delete
  9. Hahaha siap ada surat aku janji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... Bagus bukti bertulis ni..

      Delete
  10. Replies
    1. hahhahha comellah sangat... :P padahal kena denda.. kikiki

      Delete
  11. alololo hero kecik yg cerdik.
    sabo nyer lah, mummyJulia.
    tapi betol la, mummyJulia, zaman skang lain beno dah cara cikgu2.
    sebab parents pun asyik nak saman ajer kan. da tak boleh dah denda mcm kita-kita dulu.
    berdiri atas meja ramai-ramai. da atas tu masih nak gelak ketawa :)
    kena lari keliling padang, pun masih enjoy ha ha ha....
    memori daun pisang. zaman belajar adalah memori terindah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. parents sekarang byk yang educated.. so asyik nak berbahas je ngan cikgu.... Tapi mummy ok je nak kena denda atas perbuatan sendiri. Sapa suruh buat salah.Padan Muka.. Balik2 pun boleh gelak2.. Jgn haraplah mummy nak simpati...Apa2 pun zaman dulu jugak best kan.. Denda macamana pun,,, sampai skrg still jadi memori manis..hehe

      Delete
  12. wow bagus la. moga dimudahkan tuk siap kerja geografi dia nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Dalam istilah lain sendiri buat sendiri tanggung..

      Delete
  13. Kelakar pun ada cikgunya...tapi baguslah cikgu buat gini..tak adalah nak salahkan sesiapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..sgt bagus cikgu ni... Mummy sokong sgt tindakan dia. Baru hero kecik takut kalo tak siap homework..

      Delete
  14. hahaha
    lawak lak ada surat akujanji tu
    hehehe

    ReplyDelete
  15. ehehhe comelnya dia n cikgu dia dedua comel hehe.. ala Mummy.. hes still young and still learning. its ookay dia da janji tu. pulun la Mummy cari barang dia sampai dapat =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. cumil sgt.. Tapi kejap je suruh cari. pastu cakap.. ala takyah beli pun takpe.. eh! Akal sangat tau..

      Delete